27 March 2011

Karya : Sajak (Di Ufuk Jendela di Bukit Broga)

Sajak: Di Ufuk Jendela di Bukit Broga






Di kaki Broga...
Kegelapan malam bukan halangan,
Keinginan memacu langkah rintangan,
Dalam fikiran bermain gambaran,
Apa yang bakal ditayang...












Ufuk menjala ke pelusuk taman
Seruan tuhan tak sekali dilupakan
Sinar Islam menyemarakan penghayatan











Menyinari sinar keindahan alam
Menyerlah kecantikan daripada kegelitaan kegelapan









Di puncak Broga....Ku cipta kenangan
Ku bina persahabatan
Ku hayati satu pengalaman
Bersama teman...teman.









Hati berpalu kegembiraan
Melihat...menatap...menilai kejelitaan ciptaan tuhan













Ku pohon kekuatan ingatan,
agar terpaku kukuh dalam simpanan.....












Menjadi kenangan
Broga taman keindahan......................









23 March 2011

saja - saja : ......Berkali - kali........

Dah berkali-kali menonton "Red Panda playing in the snow" daripada saluran Youtube. Tak tahulah kenapa, seperti ada sesuatu yang menarik bila melihat telatah si cute ini bermain-main. Bagaikan hilang sebentar masalah di sandarkan di bahu ini. Terasa mahu sahaja ke China untuk mencurinya dan dibawa balik ke dalam bilik....hahaha."Comel...comel...comel......arrggghhhhhhhhhhhh...rasa nak gigit jeeee"

Comel...comel

15 March 2011

Komentar buku : A Doctor in the House VS The Malay Dilemma (daripada sudut pandangan peribadi)

  

Buku ini buku yang penulis baca setahun yang lalu. Buku yang dibaca merupakan edisi yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Tun Dr Mahathir  sendiri.  Segala isi dan kandungan yang dikupas melibatkan masalah Melayu sewaktu zaman pasca merdeka dan selepas merdeka. Kritikan yang disampaikan turut disertakan dengan cadangan. Tetapi ada bab-bab tertentu yang penulis kurang setuju, contohnya melibatkan isu-isu agama dan sensiitif yang lain. Apa yang menariknya setiap kenyataan yang dibuat turut diselitkian dengan hujah agama dan petikan Al Quran. Walau bagaimanapun, jika kita sentuh berkaitan agama, apa yang penulis dapati kenyataan yang disentuh berbau sedikit fahaman "liberalisma" iaitu persamaan kepada semua aspek. Penulis bukan orang yang arif, tetapi jika menyentuh kepada kefahaman agama yang asas. Bagi penulis ia sedikit bercanggah. Penulis biarkan persoalan ini diselesaikan sendiri oleh pembaca.



Buku kedua Tun Dr Mahathir bertajuk "A Doctor in The House - The Memoirs of un Dr Mahathir Mohamad" yang dijual dalam edisi berbahasa Inggeris yang bernilai sekitar RM 100.00. Buku ini memakan masa selama tujuh tahun untuk disiapkan. Secara umumnya, buku ini mengupas hal-hal berkaitan dengan dengan isu-isu semasa sepanjang pemerintahan Tun sebagai Perdana Menteri. Isu seperti kes Anuar, kes bahasa, kes hubungan Malaysia dengan negara jiran dan sebagainya. Walaupun begitu, menurut pensyarah buku ini hanya mengupas isu-isu yang hanya menutup kembali kesalahan yang lalu. Kita jangan lupa isu dan kenyataan seperti isu penghinaan Nabi, Isu bahasa, isu rasuah dan pelbagai isu penyalah gunaan lain. 

Tidak dinafikan penulis hormat dengan pemikiran Tun berkaitan teknologi dan ICT, untuk kemajuan bangsa tetapi pada masa yang sama kita jangan lupa bahawa Tun membunuh bahasa Kita dengan akta yang dikeluarkan dahalu. Ingatkan lagi isu kenyataan Tun dahulu yang menyentuh isu Nabi S.A.W (Lupakah kita dengan kisah Tun Mahathir menghina janggut Nabi? Nabi menyimpan janggut kerana ketiadaan pisau cukur diwaktu itu? Jika Hudud dilaksanaka, maka negara tidak boleh maju kerana ramai orang yang akan kudung tangan. Lupakah kita kata-kata Tun Mahathir itu? Atas pada pembaca untuk membezakan atau kagum beliau sebagai idola. PEnulis tahu kenyataan penulis ini berbaur umpatan dan memburukan beliau. Tetapi kita fikirkan pula, kenyataan yang dikeluarkan untuk Junjungan kita dahulu bagaimana. Siapa idola kita sebenarnya...fikir-fikirkan. 

Diharapkan baca dahulu kedua-dua buku sebelum menerima pendapat atau komen penulis. Kerana kenyataan ini berbaur peribadi. Kaji dahulu kebenaran kenyataan yang disampaikan oleh penulis sebelum menjatuhkan hukuman dan pandangan.

(Kagum dengan Zaman Tun Hussin dan Tun Razak.)
 

10 March 2011

saja - saja : Izzatul Islam.........

video

Cerita Sang Murabbi yang ditonton oleh penulis di KTP seminggu yang lepas...Ceritanya cukup emnarik mengisahkan perjuangan seorang Ulama daripada Indonesia. Walaupun teknik perfileman tidak seberapa. Tetapi mesej yang nak di sampaikan cukup jelas...Terharu menontonnya..... Masyallah di mana kita, apa yang kita tinggalkan dan kita bawa untuk bekalan???...........Lagu temanya sehaja sudah cukup gah mengambarkan kehebatan semangat Islam......

Lagu Tema Youtube

http://www.youtube.com/watch?v=w2I1leq039A&playnext=1&list=PLBAF4645B1520706D..
Poster Filem 'SANG MURABBI'

06 March 2011

Komentar Buku : Keanehan dan Keunggulan buku karya Shaharom TM & Salasiah A.W (2003)


Lama tak post berkaitan komentar buku. Kesibukan tugasan membataskan pembacaan. Banyak lagi buku yang dibeli sewaktu jualan gedung Utusan Publications yang masih belum dibaca spenuhnya. Malam  ini beban tugasan dah  kurang sikit, kemudian baru balik daripada KTP tengok tayangan filem dakwah.. Jadi boleh dikatakan semangat nak menulis masih ada lagi..hahah.... Kesempatan ini, bolehlah penulis tulis sedikit sinopsis berkaitan buku bertajuk "Keanehan dan keunggulan buku". Buku ini penulis syorkan kepada sesiapa yang cinta dan sayangkan buku, bacalah buku ini. Kebanyakkan kisah di dalam buku ini berkisahkan tentang kisah tokoh-tokoh dengan buku dan keganjilan mereka sama ada sewaktu membaca dan menyimpan bahan bacaan. Banyak info-info yang ada pada buku ini, tetapi jarang kita tahu kewujudan kisahnya. Kisah yang tidak pernah diceritakan oleh media massa berkiatan keganjilan tokoh dunia sama ada dalam bidang sains, politik, dan sebagainya. Contohnya seperti yang penulis petik daripada sinopsis belakang buku berkenaan mengenai John Stewart yang berwasiat supaya dia dikuburkan bersama buku-bukunya. Manakala Isac Volmer dan Theodore Rinking sanggup memakan buku. 

Keanehan dan Keunggulan Buku menghimpunkan tulisan penulis tentang keupayaan buku dan perpustakaan dalam mempengaruhi kehidupan manusia. Antara yang menarik diperkatakan ialah membaca sebagai terapi, adab menjaga dan menghormati buku, kuasa sihir novel Harry Potter, kisah penjenayah buku, buku-buku yang mengubah dunia dan mimpi buruk penerbitan novel-E.

Menerusi buku ini, khalayak akan dapat mengikuti perkembangan hayat buku dengan segala keanehan dan keunggulannya, dari zaman tradisional hinggalah era digital. Sejarah membuktikan bahawa buku merupakan wadah kepada kecemerlangan dan keintelektualan bangsa. Bahkan tahap kemajuan sesuatu bangsa ditentukan oleh tahap kemajuan industri bukunya. Kecintaan terhadap buku mendorong penulis untuk melahirkan karya ini bagi tujuan menyedarkan serta mengembalikan minat kepada sesiapa jua yang pernah membaca agar terus membaca. Serius tak rugi baca...kalau ada yang rasa Nerd!!! Giggs!!! atau apa-apa book mania berkaitan isu buku. Bacalah buku ini, memang best.

03 March 2011

saja- saja : penat


Minggu yang memenatkan dengan tugasan......................rasa perlukan masa untuk 
reliks dan bersantai...Teringin nak tengok wayang tapi 
(tak tahu prosedur nak masuk macam mana)...
baru 2 kali masuk.hahahaha....
maaf saya orang kampung.