22 September 2011

Soalan berkaitan gambar foto....



“Apakah hukum mengambil gambar photografi untuk keperluan atau ditayangkan?”

Mengambil atau membuat gambar yang berupa dari makhluk bernyawa (sama ada manusia atau haiwan) adalah haram, kecuali bagi tujuan yang amat diperlukan/mendesak, seperti untuk dokumen kerakyatan, passport, dan pengenalan identiti penjenayah bagi tujuan menahan (menangkap/memberkas) dan sebarang apa yang seumpama dengan hal tersebut yang mana sememangnya menuntut keperluan. (Fatwa oleh: Anggota Tetap Penyelidikan Islam & Fatwa yang terdiri daripada, Sheikh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee, Sheikh 'Abdullaah Ibn Ghudayyaan, Sheikh 'Abdullaah Ibn Munee', dan Majlis Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah lil-Buhooth al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa, Jil. 1, m/s. 660, Persoalan 3 dari fatwa no. 260)

“Apakah hukumnya memiliki/membeli majalah yang mana di dalamnya mengandungi gambar?” 


Memiliki/membeli majalah yang di dalamnya mengandungi gambar adalah dibenarkan jika tujuannya adalah untuk manfaat dari kandungannya yang di sana mengandungi maklumat berguna. Dan sewajarnya kepada mereka yang memiliki majalah tersebut hendaklah menghapuskan gambar-gambar yang terdapat di dalamnya. Walau bagaimanapun jika tujuan memiliki/membeli majalah tersebut adalah untuk memiliki gambar-gambar yang terdapat di dalamnya, maka untuk itu adalah tidak dibenarkan. (Fatwa oleh: Anggota Tetap Penyelidikan Islam & Fatwa yang terdiri daripada, Sheikh Abdul Aziz bin Bazz, Sheikh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee, Sheikh 'Abdullaah Ibn Ghudayyaan, Sheikh 'Abdullaah Ibn Munee', dan Majlis Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah lil-Buhooth al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa, Jil. 1, m/s. 691, Persoalan 2 dari fatwa no. 3079) 


Isu berkaitan gambar banyak kilaf. Yang pasti, gambar-gambar seperti poster artis yang mendedahkan aurat adalah haram seperti dalam buku karya Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi (Seni & Hiburan dalam Islam) ms 154. Gambar-gambar wanita telanjang atau setengah telanjang, menampakkan bahagian-bahagian tubuh wanita yang merangsang (tidak menutup aurat), melukis dan menggambarkannya di berbagai tempat yang merangsang syahwat dan membangkitkan keinginan terhadap dunia, sebagaiman dilihat di dalam majalah, surat khabar dan poster.Semua itu tidak diragui keharamannya dari segi siapa yang membuatnya,mengedarkannya, memasangnya di dinding di rumah, pejabat, serta keharaman melihatnya. Itu memang pasti.

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baz apabila ditanya,“Apa hukum menggantung lukisan di rumah dan tempat-tempat lainnya”? Hukumnya adalah haram jika gambar tersebut adalah gambar makhluk bernyawa, sama ada manusia atau selainnya... (Rujukan: Ibn Baz, Kitab ad-Da’wah, hal. 19-20. Disalin dari buku al-Fatawa asy-Syar’iyyah fi al-Masa’il al-Ashriyyah min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia - Fatwa-Fatwa Terkini-3, Terbitan Darul Haq)
 
Tapi sekiranya foto berkenaan merupakan foto untuk disimpan dan bukan untuk digantung rasanya tidak menjadi masalah. Seperti untuk simpanan di dalam album. Sebenarnya penulis rasa pernah mendengar tetapi terlupa, berkaitan gambar-gambar kita yang dilekatkan di dinding.Seingat penulis, penulis pernah terdengar bahawa gambar-gambar ini tidak boleh digantung tetapi lupa sember ceramah dan ustaz mana yang memberitahunya. Semalam penulis menghubungi sahabat penulis seorang guru Kafa yang sama-sama penulis belajar pondok dengannya. Katanya, pernah satu hari dia mengantung gambar arwah datuknya di dinding. Dan selepas itu, datang guru yang mengajar pondok ke rumahnya. Ustaz itu memintanya menurunkan gambar berkenaan. Kenapa perlu diturunkan tidak dijelaskan, sebab penulis lupa. Tapi kalau di ikutkan fatwa-fatwa di atas, rasanya kamu semua sudah mendapatkan jawapannya.

Sekiranya kita meragu sama ada tindakan kita itu betul atau salah ada baiknya kita meninggalkan terus perkara berkenaan. ”Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukanmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 1/200. Disahihkan oleh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Musnad, 3/169. ath-Thayalisi, m.s. 163, no. 1178 dan al-Albani mensahihkannya dalam Jamius Shaghir, no. 3372 dan 3373)

Demikian juga dalam hadis berikut ini dari Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu secara marfu’,

“Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka siapa yang menjaga diri dari syubhat, maka dia telah membersihkan Dien (agama) dan kehormatannya. Dan barang siapa yang jatuh kepada yang haram, seperti penggembala sedang menggembalakan ternaknya di sekitar tempat yang di pagar (terlarang), hampir-hampir ia terjatuh padanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 
 
Maaf ilmu penulis cukup sedikit dan penulis seorang yang jahil. Kalau masih meragui dan was-was. Tanyalah pada yang lebih arif dan berilmu.



13 September 2011

Ditujukan kepada semua orang yang berkaitan...

Rasa malas nak cakap tapi kena juga cakap. Ramai yang suka memakai pakaian bergambar, menggantung gambar, meletakkan patung-patung di dalam kereta dan lain-lain lagi yang bergambar dan gambar itu mempunyai bentuk rupa dan sifat haiwan, manusia mahupun sifat yang bernyawa termasuk kartoon.  Di sini penulis letakkan hukum bergambar yang penulis petik daripada kitab “fikih Sunnah jilid 12-14”. Kitab ini merupakan kitab fiqah yang menghimpunkan hadis-hadis berkaitan hukum hakam agama. Penulis bimbang nak menghuraikan maksud dan huraian yang lebih rinci kerana keterbatasan diri penulis yang jahil tentang agama ini. Jadi kalau ada keraguan tanyalah orang yang lebih arif atau ustaz.

Hukum Gambar.
Gambar yang dibolehkan merupakan gambar yang berbentuk pohon, bunga , lain-lainnya, maka diperbolehkan untuk digambarkan.
Dari Ibnu Abbas, dia berkata telah bersabda Rasul Allah saw “Barang siapa menggambarkan suatu gambar (dari apa yg bernyawa) di dunia, maka dia akan dimintai untuk meniupkan roh kepada gambarnya pada hari khiamat, sedang dia tidak berkuasa meniupkannya”
Dari Rasulullah s.a.w beliau bersabda “Sesungguhnya di antara manusia yang paling besar siksannya pada hari kiamat adalah orang-orang yang menggambarkan gambar-gambar (dari apa yang bernyawa)”
** Mengambarkan dan menyukai gambar berkenaan.

Diperbolehkan gambar untuk mainan kanak-kanak
Dikecualikan dari hal yang demikian ini adalah mainan anak-anak seperti boneka dan lain-laiannya. Mainan itu juga boleh dibuat jual beli.
Dari Aisyah dia berkata “aku bermain-main dengan mainan yang berupa anak-anakan (boneka). Terkadang Rasulullah saw mengunjungiku, sedang di sisiku terdapat anak perempuan. Apabila Rasulullah datang, mereka keluar dan bila beliau pergi, mereka datang lagi.”

Larangan meletakkan gambar di dalam rumah
Sebagaimana diharamkan membuat patung dan gambar, makan diharankan pula memelihara dan meletakkan di dalam rumah , dan wajib untuk dipecahkan sehingga tidak ada lagi bentuk patung itu.
Diriwayatkan Bahawa Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya para malaikat (pembawa rahmat itu tidak memasuki rumah yang di dalam nya terdapat patung).”

Dalil yang menunjukkan di atas larangan adalah apa yang diriwayatkan Sayyidah Aisyah r.a. Dia berkata: Rasululah sam mengunjungi aku, sedang aku tengah menutup kotakku dengan kain tipis yang padanya terdapat gambar-gambar patung. Ketika beliau melihatnya, beliau mencabutnya dan wajah beliau pun berubah, beliau berkata “Wahai Aisyah, manusia yang paling berat seksanya pada hari khiamat itu adalah mereka membuat sesuatu yang menyerupai makhluk Allah”
Berkata Aisyah: Lalu kain itu kami berpotong-potong, dan kami jadikan satu atau dua bantal.

Mungkin ada di antara kita akan pertikaikan , habis gambar yang ditamparkan di depan surau lelaki itu apa pulak, gambar yang di tampar di dinding pejabat dan sekolah itu apa, gambar yang dekat lencana itu apa pula. Kalau tidak silap dengan pengetahuan penulis yang sedikit ini dan jahil ini merupakan gambar pemimpin dan pemerintah yang beriman sahaja, gambar untuk kegunaan tugasan, gambar yang diperlukan untuk memudahkan pekerjaan. Tapi penulis lupa , jadi kalau nak tahu lanjut tanya ustaz. Penulis jahil sikit.

Wahai kawan-kawan semua, kita hidup untuk mendapatkan keberkatan dan keredhan Allah. Tetapi sebaliknya kita membuat perkara yang mendatangkan kemungkaran Allah. Ada yang menampal poster, ada pula yang bercadarkan gambar, ada pula yang meletakkan patung di dalam kereta, ada pula yang meletakkan gambar kekasih di atas meja(tidak kah korang tahu gambar itu boleh menaikkan nafsu, cuba korang fikir korang bercinta kerana nafsu atau kerana cinta. Kalau cinta, tak perlukan gambar si dia kerana s cinta itu buta..hahaha). Apa yang ada dan tidak ada di dalam huraian ini merupakan kelemahan dan kejahilan ilmu penulis sendiri yang terbatas dan lalai ini.

07 September 2011

Takutlah pada kematian....

Teringat ucapan "hubbul dunia" iaitu bermaksud cintakan dunia. Manusia yang leka merupakan manusia yang kasihkan dunia dan takutkan mati. Dalam konteks "takutkan mati" bukan bereti kita perlu riang dan gembira dengan kematian. Pernah juga kita ucapkan " apa salahnya mati awal. Kurang dosa, dan kurang pula dihisab dan seksanya di neraka".  Ucapan ini ada betulnya dan salahnya.Antara yang betulnya kurang dosa kuranglah tempoh seksanya, tetapi yang salah adakah setiap kali matinya anak Adam itu dalam keadaan Islam. Ramai juga yang mati dalam keadaan dirinya kekufuran, fasik, murtad dan lain -lain.

Oleh sebab itu, tak salah kalau kita katakan kita takutkan pada kematian....yang mana kematian yang datang itu dalam keadaan diri kita sedang kufur, dan berdosa dengan Allah. Alangkah rugi, binasa dan sia-sianya hidup kita bila sewaktu kematian itu datang kita ucapkan "bahawa dunia itu fitnah semata-mata......alangkah baiknya....aku.......". Itu lah ucapan yang bakal kita ucapan sewaktu sakaratul maut mula menghampiri diri. Bila mula malaikat maut menunjukkan hakikat dan kebenaran yang akan kita hadapi selepas ini.

Cuba baca petikan yang diambil daripada sebuah blog :
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretanmalaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuh kuluka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar menjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang ali! k mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimudari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Gerum rasa bila membacanya artikel di atas, bila dihitung keadaan diri kita sekarang, dekat manalah kita sekarang. Setiap hari kita bergelumang dengan fitnah dunia. Malah kalau di ikutkan sahabat di zaman rasulullah. Mereka takut keluar daripada rumah walaupun jaraknya 2 atau 3 langkah daripada rumah mereka. Kerana mereka bimbang kalau-kalau ketika mereka melangkah, mereka terlakukan perkara yang syirik dan tiba-tiba kematian datang menjemput.

Itu sahabat, bagaiman kita. Bukan setakat langkah, malah darah daging dan nafas penuh dengan dosa. Allah itu maha menerima taubat, tidak kira sebesar dan seberat mana pun dosa. tetapi jangan lah pula anggap sifat mulia Allah yang maha pengampun itu sebagai lesen untuk melakukan dosa. Ketahuilah orang yang bertaubat adalah orang yang di dalam hatinya tidak tahu adakah taubatnya itu diterima atau tidak. Dan ketidak pastianya itu menyebabkan dia sentiasa melakukan taubat dan kesal sekesalnya akan kesilapanya. Tetapi tidak pula dia , merasa putus asa untuk terus dan terus meminta pengampunan Allah.

Jadi bukan senang sebenarnya taubat ini. Tetapi ingatlah, kita akan dapat seperti mana yang kita usahakan....semakin banyak kita berusaha semakin banyak yang kita.

06 September 2011

Bukan ku tak nak kahwin...ikutkan hati....

Si A- "Bukan aku tak nak kahwin...ikutkan hati memang nak kahwin...tapi"

Si B- "Kahwinkan satu ibadat, Ibarat membina masjid...nabi suruh kahwin...".

Si A- "Tahu.."

Si B-"Kalau kahwin, insyallah rezeki bertambah"

Si A- "Tahu......"

Si B- "Kahwin dapat jauhi maksiat"

Si A-"Bukan tak nak kahwin...cuma bukan masanya lagi....aku tak nak menzalimi diri aku dan orang lain"

Si B-"......kahwin zalim"

Si A- "Zalim...kalau aku kahwin dalam keadaan diri aku jahil tentang agama". Ustaz selalu kata, kalau kahwin kita akan di pertanggungjawab tentang semua perkara. Kalau keadaan aku jahil ini, macam mana aku nak beri hak bini dan anak aku. Kalau aku akan dihisab di hari khiamat. Dosa aku pun tak tertanggung, manakan lagi nak menanggung dosa bini dan anak-anak aku. Jadi aku tak nak menzalimi diri aku. Kalau aku jahil macam mana aku nak didik mereka dengan betul.. Malah bawa mereka dalam neraka. Jadi aku juga  menzalimi mereka.

Si A-"Bukan tak nak kahwin....tapi nak baiki diri dulu...alangkah indah kalau kalau melayari bahtera rumah tangga itu dalam keredhaan Allah, sekuat mana pun ribut dan taufan yang menguji bahtera, tetap kukuh bahtera itu di bawah rahmat perlindungan Allah.. ."



** Dialog ini rekaan je semata-mata. Tiada kaitan yang hidup mahupun yang mati. Cuma ini gambaran yang terbayang tentang keghairahan berkahwin...padahal kahwin itu sendiri sesuatu yang besar. Macam manalah kita nak memandu kapal terbang...kalau kita sendiri tak belajar memandu dahulu.(Ramainya kawan aku yang kahwin...mereka kahwin sebab mereka dah bersedia, untungnya mereka yang sudah awal-awal bersedia... Tetapi ..husnuzun. Tapi jangan pula menjadi perkahwinan sebagai matlamat utama....tapi satu cara dan jalan mencari keredhaanya....Amin)

04 September 2011

Menghitung hari...hari demi hari...


Lamanya pondok dan kuliah cuti raya, cepatlah buka balik....aku dah nak balik UPM ini.....

(Hormon dah tak berapa nak stabil)..>AAAAAAAAAArrrrrrrrrrrrrrrrgggggggghhhhhhhhhhhhh


.

29 August 2011

Berakhir sudah cuti ini......Gembira dan sedih

Apa yang menggembirakan???

 Cuti semester sudah berakhir, tak sabar bertemu semula dengan sahabat-sahabat. Cuti ini ramai sahabat yang bekerja. Tak apalah, bagus juga dia orang bekerja. Bekerja mengajar pengalaman berdikari. Aku dah lalui pengalaman itu.  .Jadi mesti buka sem ini ramai yang akan pakai baju yang cantik-cantik dan keluar makan sana sini. Tapi aku tetap miskin. Tak apalah duduk di rumah pun ada baiknya. Berkhidmat untuk ibu bapa pun boleh lah dikira pekerjaan..hahaha. Cuma tak bergaji(sekarang aku dah hitam tiap-tiap hari kena matahari). Lagi pun cuti ini tidak rugi, tapi paling bermakna bagi diri ini. Bersyukur tuhan bagi kesempatan dan buka pintu hati aku yang jahil ini untuk kembali belajar tentang agama dengan lebih mendalam. Cuti ini ada kalanya belajar di Masjid. Kalau di masjid biasa bergurukan Ustaz Omar dan Ustaz dr. Zulkifli, biasanya belajar kitab Matan jauharah tauhid, Minhaajul Aabidin, ilhamul baari dan kitab Mathlail badrain. Tak pun di Pondok di Kuala Ibai, belajar tentang solat, hadis dan Fiqah . Rupanya banyak lagi yang diri ini jahil tentang agama.... Apa yang diberitahu ini bukanlah nak membangga diri. Tetapi satu je, untuk korang doakan supaya diri ini terus..terus..dan terus lagi istiqamah belajar tentang agama. Kata kawan yang bekerja sebagai guru KAFA....doa yang kita doakan dan orang itu tidak tahu yang kita doakan kepadanya..merupakan salah satu perkara daripada yang menjadikan doa itu mustajab . Doakan ye sahabat-sahabat dan semoga doa korang semua itu sebagai sedekah kepada diri ini. Sebab kalau sedekah, jika barang yang disedekahkan itu digunakan untuk jalan yang baik, insyallah selagi itulah pahalanya akan terus masuk dan bertambah.








Apa yang menyedihkan???
Tesis..tesis...aku tak sentuh satu pun lagi...Arrrrrrrrrrrrrrhgggggggggggghhhhhhhhhhhhh...Tak pasti lepas raya ini sempat buat ke tak..............AAAAAAAAAArrrrrrrrrrrrhgggggggggggghhhhhhhhhhhh........

07 August 2011

Maaf Kepada semua, doakan semoga mendapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna

Di pertengahan Ramadhan yang barakah ini, saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa hati sama ada disebabkan keceluparan, kenakalan, atau kesilapan yang saya lakukan secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang bulan-bulan yang lalu.Semoga kemaafan sauadara/saudari dibalas dengan rahmat Allah.


RAMADAN bulan rahmat. Semua kita tahu mengenainya, malah hadis Rasulullah s.a.w bermaksudnya: "Awal Ramadan adalah rahmat, di tengahnya keampunan dan akhirnya selamat daripada api neraka.
 
(hadis ini tiada susur galur periwayat)