Showing posts with label saja-saja. Show all posts
Showing posts with label saja-saja. Show all posts

07 August 2011

Maaf Kepada semua, doakan semoga mendapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna

Di pertengahan Ramadhan yang barakah ini, saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa hati sama ada disebabkan keceluparan, kenakalan, atau kesilapan yang saya lakukan secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang bulan-bulan yang lalu.Semoga kemaafan sauadara/saudari dibalas dengan rahmat Allah.


RAMADAN bulan rahmat. Semua kita tahu mengenainya, malah hadis Rasulullah s.a.w bermaksudnya: "Awal Ramadan adalah rahmat, di tengahnya keampunan dan akhirnya selamat daripada api neraka.
 
(hadis ini tiada susur galur periwayat)

04 July 2011

saja-saja : malang itu tidak berbau...kenapa????

Hari ini ada satu kisah yang ingin aku kongsi. Kisah ini tidak sehebat kisah yang pernah anda dengar. Tetapi sekadar sebuah kisah daripada kisah yang pernah terjadi kepada sesiapa sahaja. Cuma kisah-kisah ini tidak pernah diambil iktibar.

Cuti semester yang panjang ini aku tidak bekerja, bukan malas atau apa. Cuma setiap hari aku perlu menjadi pemandu kepada ayah ku. Setiap hari sama ada pagi, tengah hari dan petang aku perlu menghantar dan mengambil ayah ku di pejabat. Dia tidak boleh memandu. Selepas itu menghantar makanan kepada nenek ku yang duduk di tempat lain. Jadi inilah rutin ku, dan sedikit sebanyak meringankan beban tugas emak ku yang mengajar di sekolah.   Jadi tugas ini sedikit menghalang untuk bekerja. Tetapi ini bukan kisah  yang aku mahu ceritakan.

Kisah yang sebenarnya ini, aku suka menunggang motosikal dengan laju. 8 tahun menunggang motosikal meter selalu terpacak angka 100km sejam dan lebih. Dua kali kemalangan pun tidak mampu menyedarkan perasaan takut. Sehinggalah hari ini.

Seperti biasa, selesai sahaja aku menghantar ayah aku ke pejabat. Aku akan terus memecut motosikal untuk pulang. Aku berhenti di sebelah seorang mamat di sebuah lampu isyarat. Tiba-tiba terdetik, rasa ingin menunjuk-nunjuk dan riak. Apabila bertukar sahaja lampu merah kepada hijau. Terus ku memecut motosikal,  meninggalkannya jauh sambil memotong beberapa buah kereta. Aku tersenyum rasa riak. Tapi tuhan itu maha adil. Kita merasa megah dan mulia. Tetapi sebaliknya kita insan yang hina. Sampai sahaja di rumah. Aku pun parking motosikal seperti biasa. Tiba-tiba aku terbau sesuatu yang busuk. Aku melihat bahagian tayar. Rupa-rupa aku terlanggar najis untuk kali pertama sejak 8 tahun menunggang motosikal. Aku kehairanan sejak bila aku melanggar najis, kerana Jalan yang aku lalui merupakan jalan bandar dan aku tidak melihatnya langsung. Tak pasal-pasal tayar itu terpaksa aku samak dengan air lumpur sebab aku bimbang najis itu najis anjing kerana warna dan baunya yang amat busuk. Pengajarannya, tuhan itu maha adil. Kita merasa megah dan mulia. Tetapi sebaliknya kita insan kecil dan hina. Mungkin kejadian ini merupakan satu peringatan kepada kita bahawa hanya Allah sahaja yang  ada sifat megah dan takbur itu. Dan apabila kita rasa riak, bila-bila masa sahaja dia boleh mengubahnya. Jadi betullah bahawa pepatah mengatakan bahawa  “ malang itu tidak berbau “  kerana jika kita bau malang itu pasti kita akan mengelaknya (najis).


Sorry, tak ada idea.

30 June 2011

saja-saja: Bersih ...Bersihkan dulu mentaliti dan kepentingan.



 
Julai ini akan diadakan perhimpunan Bersih 2.0 untuk menghantar memorandum bantahan kepada Yang Dipertua Agung kerana tuduhan bahawa pilihan raya perlu dilakukan secara tulus. Ini tujuan Bersih yang sebenar di bawah pengerusinya Datuk Ambiga. Sebelum itu penulis mahu jelaskan bahawa penulis bukan seorang yang pro-kerajaan mahupun pembangkang, jauh sekali menyokong pemimpin daripada Permatang Pauh. Ikon  penulis minati merupakan Tok Guru Nik Aziz (Pas) dan Haji Hadi (PAS), Arwah Dato Razali (BN) dan lain-lain pemimpin tidak kira pembangkang mahupun kerajaan. Menjadi keutamaan bagi penulis hanya pemimpin yang boleh menggambarkan akhlak dan aura pemimpin yang sebenar dan mana. Maksudnya pilihlah pemimpin berdasarkan personaliti, akhlak, kepimpinan dan bukannya parti.  Tapi secara realitinya perkara itu agak sukar kerana calon yang dipilih bertanding atas tiket parti. 

Penulis jelaskan bahawa penulis akan sokong jika perkara itu layak untuk disokong dan diperjuangkan ada membawa kebenaran. Perjuangan itu akan diteruskan tak kira melalui bantahan atau mogok. Itu pun, sekiranya perkara berkenaan betul-betul memperjuangkan kebenaran. Tetapi jika berkepentingan, rasanya kita mungkin diperbodohkan. Berkait dengan Bersih, pendapat penulis isu ini hanya isu politik semata-mata. Pendapat peribadi penulis bahawa kedua-dua pihak ada isu, dan rakyat dipergunakan oleh pihak-pihak yang bukannya bertengkar untuk menegakkan kebenaran tetapi kepentingan politik semata-mata.

Di pihak Bersih, terdapat beberapa isu yang berbau politik dan bukannya perjuangan yang diperjuangkan seperti mana tujuan asal penubuhan Bersih. Buktinya beberapa kali pihak SPR datang berjumpa dengan bersih, tetapi Bersih seperti menidakkan sesuatu. Kedua, kenapa perhimpunan ini kemuncaknya sewaktu musim pilihan raya diibaratkan “around the corner”. Jika dilihat hanyalah promosi parti semata-mata mahu mempromosikan parti.

Pihak kerajaan juga sedikit mencurigakan. Ketakutan dan kebimbangan kepada ancaman pihak pembangkang menyebabkan kerajaan melaksanakan beberapa tindakan yang kurang bijak. Penipuan dan fitnah terus berlaku. Ekonomi masih di polisi lama, gaya dan corak kepimpinan semakin lemah berbanding zaman Tun Dr. Mahathir. Ini menyebabkan rakyat marah dan tidak berpuas hati. Gaya dan corak hidup pemimpin yang menghabiskan duit rakyat dan amalan rasuah masih terus berlaku di hadapan mata sejak zaman Dr.Mahathir. Teruk betul kerajaan, semakin lama semakin menjadi-jadi.

Jadi apa yang patut disokong??? Teringat kisah dan contoh pedoman, bagaimana kisah pemilihan pemimpin yang dilakukan seperti mana yang ditonjolkan dalam Islam. Kisah pemilihan khalifah selepas kewafatan Rasulullah merupakan pedoman yang terbaik untuk dicontohi. Mana ada parti seperti pemilihan Abu Bakar, Umar dan Khalifah yang lain. Yang ada hanyalah kepentingan kepada perjuangan dan amanah untuk menegakkan Islam dan tanggungjawab kepada rakyat. Kita diagungkan dengan demokrasi kerana beranggapan bahawa demokrasi adalah sesuatu yang adil. Tetapi kita perlu ingat ideologi demokrasi bukanlah sama seperti musawarah. Kerana hal itu menyebabkan tidak semua demokrasi itu baik.

Minggu lalu keluar dalam akhbar tentang cubaan menghidupkan fahaman komunis. Penulis tertarik kerana, dalam ketidakstabilan politik negara, ada pihak cuba menyelitkan fahaman komunis dalam sebuah negara yang berfahaman demokrasi. Bagi penulis, dunia demokrasi sekarang sama sahaja dengan fahaman komunis.  Demokrasi memperjuangkan ideologi “capitalism” dan perkara ini berlawanan dengan “communism”. Ideologi of democratic, it’s just a greedy scramble ideologi for wealth by the ruling classes. The democratic stand to lose everthing if their countries go communist. Because communists want to abolish private property altogerther. So the capitalist rulers desperately tried to halt the global spread of communism. And the communists, for their part, didn’t exactly stay true to their principles. They also just want to escape class-based society. Because once people have power, they stop caring about equality. It’s make the democratic and communism just same, and the victim are people.

19 May 2011

saja-saja : Anime Studio Ghibli.

 Ada banyak lagi. Tapi lupa letak mana, adik penulis biasa pinjam lepas tu buat hilang...huhuhu

Studio Ghibli merupakan sebuah filem studio untuk animasi yang ditubuhkan sejak tahun 1985 oleh Hayao Miyazaki. Hayao Miyazaki ini merupakan seorang pengarah filem animasi yang paling penulis kagumi. Beliau pernah memenangi anugerah Oscar untuk filem Spirit Away. Spirit Away merupakan filem pertama yang penulis tonton dan terus jatuh cinta dengan hasil-hasil karya beliau. Penulis sentiasa mengumpul hasil karya beliau seperti Castle in the Sky, My Neighbor Totoro, Kiki's Delivery Service, only Yesterday, Pom Poko, Whisper of the Heart, Princess Mononoke, Ponyo, Tales From Arrientty (kerjasama dengan anak beliau). Apa yang seronok dengan cerita filem beliau berbanding filem lain. Satu je penulis boleh katakan, iaitu "Falsafah dan Budaya" berlatarkan satu plot yang disusun secara realisma iaitu ada kebenaran dan mesej setiap apa yang hendak disampaikan. Filem yang kebanyakan mengetengahkan sifat kasih sayang dan kemanusiaan. Masuk universiti ini jarang dah kisah berkaitan benda-benda macam ini. Bila kemas bilik, terjumpa cd-cd anime yang dikumpulkan waktu budak-budak dulu. Saja je nak kongsi. Ini antara sinopsis berkaitan movie-movie daripada studio ghibli yang penulis kumpul sewaktu di alam sekolah menengah.

Castle in the Sky

Kisah yang berkaitan sebuah dunia yang penuh dengan pencemaran alam akibat perang dunia yang menghancurkan sistem udara dunia. Bagaimana seorang puteri yang mempunyai sifat kasih sayang dan berhati waja berjaya menyatukan dunia yang berperang antara kebaikan dan kejahatan.


Grave of the Fireflies

Kisah berkaitan seorang abang bersama adiknya selepas perang dunia kedua. Bagaimana dua beradik ini kehilangan keluarga tercinta kerana bahana peperangan. Hayao Miyazaki (pengarah) berjaya menimbulkan sifat simpati dan kesedihan daripada filem ini. Babak bagaimana seorang abang yang sentiasa bekerja untuk menjaga adiknya. Babak yang menitis air mata penulis merupakan babak di mana adiknya makan kek yang dibuat daripada pasir akibat terlalu lapar, lalau abangnya menangis kerana terlalu sedih melihat kelaparan adik kecilnya yang sentiasa tersenyum. Memang jujur, first time menangis tengok cerita yang betul-betul menyentuh sifat kemanusiaan penulis. Kisah yang cukup cantik tetapi ending yang cukup sedih. Adik nya mati kerana kebuluran, dan abang di akhir cerita digambarkan keadaan nazak di sebuah stesen kereta api kerana terlalu lapar akibat bahan peperangan di Jepun. Serius…serius..seriusss sedih.Kalau korang tak menangis memang korang bukan manusia ar....


My Neighbor Totoro

Kisah di mana sebuah keluarga yang berpindah ke sebuah rumah lama. Di rumah berkenaan tinggal satu keluarga makhluk yang bernama Toroto (cute). Kisah berkaitan jalinan hubungan antara adik-beradik. Bagaimana seorang kakak menjaga kerenah adik kecilnya. Yang paling menarik bagaimana budaya dan persekitaran desa di jepun dilukis dengan cukup cantik.

Kiki's Delivery Service

Kisah fantasi yang cukup menarik. Kisah berkaitan ahli sifir. Susunan jalan cerita yang menarik dan penuh dengan kejutan. Kisah berkaitan seorang gadis remaja yang hidup dalam masyarakat yang mengamalkan sihir. Pengarah berjaya menyelitkan falsafah kebenaran yang sentiasa mencapai kemenangan apabila bertemu dengan kejahatan. 



Only Yesterday

Kisah keluarga yang hidup dalam satu kejiranan. Bagaimana seorang gadis remaja hidup dalam sebuah masyarakat di rumah teres hidup. Filem ini menggambarkan dan mengetengahkan kehidupan masyarakat Jepun yang hidup di bandar. Budaya berkaitan masyarakat Jepun yang sentiasa dalam kesibukan dan ke tidak urusan seorang gadis membuatkannya memberontak. Tetapi apabila berjumpa dengan seorang remaja lelaki yang membuat Biola menyebabkan dia bermotivasi untuk terus belajar mengejar cita-cita.


Porco Rosso

Kisah berkaitan sebuah kisah penyiasatan. Tak ingat mana kisah ini. Tetapi kisahnya lucu. Cuma wataknya (babi) je yang tak sesuai.


Pom Poko 

Kisah berkaitan kehidupan sekumpulan Musang yang berupaya mengubah diri menjadi pelbagai benda(mengikut kepercayaan Jepun). Kehidupan mereka terganggu akibat aktiviti manusia yang merosakkan alam sekitar untuk pembinaan bandar. Akhirnya mereka bekerjasama untuk menghalau manusia dengan pelbagai cara yang melucukan. Filem ini cuba mengetengahkan sikap manusia yang sentiasa merosakkan dan mencemarkan alam sekitar dan hutan untuk tujuan pembangunan.


Princess Mononoke

Kisah prasejarah, bagaimana lagenda jepun berkaitan konflik antara haiwan dan manusia diketengahkan. Kisah seorang Putera yang bertemu dengan seorang puteri yang dibesarkan oleh serigala. Terdapat satu kuasa jahat yang cuba menggugat keseimbangan alam yang membawa ancaman kepada kehidupan manusia dan haiwan. Bagaimana kedua-dua hidupan boleh bekerjasama untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Konflik antara dendam banyak diketengahkan dalam cerita ini. Tetapi plot cukup cantik disusun.



Spirited Away

Kisah paling famous. Kisah seorang anak yang terpaksa bekerja di sebuah rumah mandi untuk hantu. Gadis itu terpaksa bekerja untuk membayar hutang makanan yang tidak sengaja dimakan oleh ibu bapa , yang akhirnya bertukar menjadi babi. Kisah kegigihan dan semangat seorang gadis melawan kejahatan seorang ahli sihir. Yang akhirnya ahli sihir itu menjadi baik dan terpaksa akur dengan kebaikan gadis berkenaan. Plot yang cukup cantik dan di luar imaginasi penonton. Mesti tonton .



The Cat Returns

Sesuai untuk penggemar kucing. Kisah berkaitan seorang remaja yang telah menyelamatkan seekor kucing. Akhirnya seorang maharaja kucing tertarik hati dengan gadis berkenaan dan cuba mengahwininya. Tetapi gadis berkenaan tidak sudi dan diselamatkan oleh seorang putera kucing(golongan bangsawan). Kalau nak tahu, tengok sendiri lah. Memang cantik susunan plot cerita dia.



Howl's Moving Castle

Cerita kisah seorang gadis yang disumpah oleh ahli sihir menjadi tua. Dia akhirnya terpaksa bekerja dengan seorang jejaka yang juga ahli sihir untuk membebaskan dirinya daripada sumpahan berkenaan. Plot yang menarik yang penuh fantasi. Penuh falsafah tentang kehidupan. Memang menarik. Mesti tonton.



Tales from Earthsea

Kisah seorang putera raja yang bertukar menjadi seekor naga. Kisah pada zaman dahulu. Lukisan yang cantik dan jalan cerita yang menarik. Sedikit lari daripada tema sedia ada kerana filem ini mengetengahkan budaya kehidupan pada zaman Inggeris. Berbeza dengan filem-filem yang lain yang banyak mengetengahkan budaya Jepun. Ini mungkin sebab filem ini dihasilkan oleh anak kepada pengarah Miyazuki.



Ponyo

Kisah yang kompleks. Bagaimana persahabatan antara makhluk yang hidup di lautan yang bernama Ponyo dan seorang budak lelaki yang masih belajar di tadika. Ponyo merupakan sebuah ciptaan daripada seorang pencipta yang hidup di dasar laut. Ponyo merupakan makhluk yang berjiwa keanak-anakan. Pertemuan dengan budak lelaki telah mendidik dirinya dengan sifat kemanusiaan, budak berkenaan telah mengubah ponyo menjadi manusia yang akhirnya membawa kepada ke tidak seimbangan ekosistem alam antara laut dan daratan. (rasanya pengarah cuba ketengahkan unsur alam seperti darat dan lautan saling memerlukan antara satu sama lain )  


**Penulis bukan kaki anime, tetapi tengok juga cerita yang diketengahkan itu berkualiti atau tidak.


04 May 2011

Saja-saja : review buku......semoga berjaya.

Cuti semester sudah tiba….
Kawan-kawan  datang dan pergi, silih berganti, yang tinggal hanya kenangan dan ingatan. Semoga kekal abadi dalam benak fikiran. Cuti panjang, tesis perlu disiapkan sewaktu cuti semester. Mungkin kerja, rugi pada duduk buang masa. Tapi yang paling penting, azam untuk review semua buku yang lebih 70 buah yang dibeli semester ini. Semuanya dibawa balik ke rumah, insya Allah akan cuba habiskan dalam masa 4 bulan ini. Semua buku bergenre ilmiah, dan mungkin cuba buat ringkasan daripada bacaan berkenaan. Moga-moga tercapai azam ini.

 Sebahagian buku........

23 March 2011

saja - saja : ......Berkali - kali........

Dah berkali-kali menonton "Red Panda playing in the snow" daripada saluran Youtube. Tak tahulah kenapa, seperti ada sesuatu yang menarik bila melihat telatah si cute ini bermain-main. Bagaikan hilang sebentar masalah di sandarkan di bahu ini. Terasa mahu sahaja ke China untuk mencurinya dan dibawa balik ke dalam bilik....hahaha."Comel...comel...comel......arrggghhhhhhhhhhhh...rasa nak gigit jeeee"

Comel...comel

10 March 2011

saja - saja : Izzatul Islam.........


Cerita Sang Murabbi yang ditonton oleh penulis di KTP seminggu yang lepas...Ceritanya cukup emnarik mengisahkan perjuangan seorang Ulama daripada Indonesia. Walaupun teknik perfileman tidak seberapa. Tetapi mesej yang nak di sampaikan cukup jelas...Terharu menontonnya..... Masyallah di mana kita, apa yang kita tinggalkan dan kita bawa untuk bekalan???...........Lagu temanya sehaja sudah cukup gah mengambarkan kehebatan semangat Islam......

Lagu Tema Youtube

http://www.youtube.com/watch?v=w2I1leq039A&playnext=1&list=PLBAF4645B1520706D..
Poster Filem 'SANG MURABBI'

03 March 2011

saja- saja : penat


Minggu yang memenatkan dengan tugasan......................rasa perlukan masa untuk 
reliks dan bersantai...Teringin nak tengok wayang tapi 
(tak tahu prosedur nak masuk macam mana)...
baru 2 kali masuk.hahahaha....
maaf saya orang kampung.



28 February 2011

saja- saja : Bangkit..bangkit....


Bangkit...bangkit...untuk lawan ketidak adilan senang...tapi susah untuk bangkit...bangkit ..untuk....Sembahyang Subuh.....

22 February 2011

saja - saja : Bantahan.....

Kalau 2 hari lepas isu undi di sekitar UPM. Sekarang dah merebak kepada Isu politik di kolej pulak. Post dalam Facebook yang berbunyi


"Isu Panas di Kolej Kediaman Canselor, Pengetua Kolej Dr. Hanafiah telah menghantar surat ancaman tindakan untuk melucutkan jawatan, buang kolej, dan akan dimasukkan ke dalam fail tatatertib kolej, akademik dan fakulti. Terhadap seorang MTM kerohanian." - Petikan Facebook Hamba Allah A

"Lagi perangai seorang felo, menengking seorang pelajar di hadapan orang ramai, kerana membaca doa, "Ingat ini ceramah ke?" Terkejut bila balik KC ramai datang mengadu. Mungkin kita sudah lama membiarkan perkara ini berlaku." - Petikan Facebook Hamba Allah B


"kes qasidah di KC,isu maksiat dlm mkn mlm KC,kes kuliah tasawwur,dan prgrm2 kerohanian yg di senarai hitam,serta trbaru,surat ugutan thpd mtm kerohanian KC,ttg isu prgrm kerohanian KC.." - Petikan Facebook Hamba Allah C

Huhu..kalau isu luar mengundi menjadi topik, dalam kolej pula isu ini yang hangat duduk bincang. Penulis juga terkejut bila dengar daripada cerita sahabat penulis sendiri kisah sebenarnya. Penulis dan beberapa sahabat penulis Insyallah...dah berpakat untuk menulis memorenden bantahan dengan sokongan seorang felo terus kepada Naik Canselor UPM. Minta-minta dipermudahkan, lagi pun bau-bau untuk dibuang kolej semakin kuat terbau.

19 February 2011

saja - saja : to roomate and for other..


Huhu...Maaf roomate dan orang lain yang berkaitan yang terasa hati dengan saya hari ini. Ini first time moody dan perangai gile-gile yang terlampau (Berkaitan kes tandas, kes padam lampu masa ko tengah memberak) . Dan banyak kes lagi dalam masa 2 hari ini.  Semua gara-gara tension  sehingga ada membawa kepada terlepas cakap.Sekarang dah ok bila masuk hari ke-tiga.

Sorry Bro and Other people.


                                           

10 February 2011

Saja-saja : dalam hati ada taman


"Kalau aku terdengar sesiapa kata dalam hati dia ada taman. Serius aku tak hairannya.....sebab dalam bilik aku sendiri siap ada taman lagi.."    

**Dia orang ingat bilik aku stor apa... Siapa nak curi pokok ini kalau letak luar pun...hahah. Petang ini alih luar...

25 January 2011

Saja-saja : Makan ikan keringlah lepas ini.....

Setiap pagi penulis biasanya akan membuka Kosmo!. Sewaktu membaca petikan-petikan akhbar, penulis tertarik dengan post Jualan gudang melalui anak syarikatnya, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) dengan kerjasama Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), program itu berlangsung dari 20 Januari lalu hingga 30 Januari ini. Jualan tersebut bertempat di pejabat UP&D, No. 1 & 3, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur. Penulis terus je catat alamatnya.

Habis je kuliah pukul 10.00 pagi , penulis bercadang hendak mengajak beberapa orang sahabat untuk ke sana. Tetapi kebanyakan budak bach penulis ada kelas pukul 1.00 petang dan ada yang ke Library. Jadi disebabkan semangat berkobar-kobar dan nafsu serakah yang  meluap-luap disebabkan godaan yang ada. Penulis teruskan juga hasrat. Walaupun tidak begitu arif jalan ke Kuala Lumpur. Penulis setkan alamatnya ke dalam GPS dan berdoa disepanjang jalan supaya tidak sesat. Akhirnya tak sampai 30 minit, penulis sampai juga ke destinasi. Rupa-rupanya tak lah sesukar mana sangat untuk ke sana. Sampai di sana, macam-macam godaan ada.

Buku disana dijual dengan potongan 70%, 50%, 45% dan malah ada juga semurah RM2 secara longok. Buku daripada penulis Faisal Tahrani seperti Kombat dan banyak lagi novel-novel yang best dijual dengan potongan sehingga 50%. Malah novel Imam karya Abdullah Hassan yang best saler juga yang harganya lebih daripada RM 40 dijual yang penulis lihat di MPH dan Gramedia, dijual dengan potongan 50%. Pengunjung yang membuat pembelian RM100 ke atas pula berpeluang mendapatkan cabutan bertuah berupa buku yang bernilai RM1,000. Tidak ketinggalan, pengunjung yang membawa brosur jualan gudang akan menerima hadiah misteri daripada pihak penganjur.


Memang rambang matalah penulis nak memilih. Akhirnya, pening sangat kepala. Penulis ambil bakul, penulis ambil je buku yang berkenaan di mata. Dua kali penuh bakul penulis isi dengan buku. Kebanyakan yang penulis beli buku bergenre sains, politik, kesihatan, agama, novel, pendidikan, bahasa, dan pelbagai lagi genre. Kesemuanya lebih kurang 68 buah buku semuanya.Memang banyaklah, sampai casher itu kata, awak lepas pergi kedai perabot. Beli rak...penulis hanya tersenyum...Borak-borak dengan casher itu, hampir terlupa petang ini ada tugasan. Tapi yang bayar seksanya. Mana taknya, semuanya hampir RM370 lebih. Huuuuuu......makan ikan kering lah aku!!!!!!....Memang sem ni tak beli buku dah.....lepas ini peruntukkan khas untuk disimpan untuk jualan pesta buku di PWTC je lah nanti untuk akhir sem ini. Aku dah muflis..hahha....

24 January 2011

Saja-saja : Balasan.....

Hari ini kelas bermula dari pagi hingga petang. Semua kelas hari ini merupakan subjek-subjek yang berat-berat. Kelas terakhir merupakan kelas amali yang berlangsung selama 4 jam.

Alkisah dialog penulis dengan sahabat dalam bilik kuliah sewaktu menunggu kehadiran pensyarah ;




 Penulis : Bosannya...mengantuk gile. Dahlah 
semalam buat tugasan sampai pagi.
(Kemudian berpaling ke arah sahabat sebelah)


Penulis : Kelas ini habis pukul berapa ??

Sahabat : Pukul 4 petang

Penulis : Gile...biar betul empat jam kuliah

Sahabat : Tak kot...tuan haji lepas awal ini.





(Tiba-tiba Sahabat yang sedang bercakap itu
pun bangun.Dan mencapai alat 
kawalan pendingin yang terdapat disebelahnya  )









(Tiba - tiba penulis mendapat idea )





Penulis : Eh...berapa suhu sekarang?

Sahabat : 27 celcius
Penulis : Ko turunkan lagi suhu.

Sahabat : ??????

Penulis : Ini kalau sejuk.Mesti tuan haji x ada mood nak mengajar.  Mungkin kelas habis awal ini.
(Sahabat  tersenyum)

Penulis : Ko turunkan sampai berapa ??

Sahabat : (menunjukkan alat kawalan. Suhu 22 calcius. Penulis tersenyum...hahaha).




( Pensyarah pun masuk ke kelas. Dan bermulalah kuliah )

Persyarah : Hari ini kita bincang pasal RP.

Penulis : Hahah...mintak-mintak awal..





(Selepas 1 jam pertama)bertahan, nanti habis awal ni

(selepas 2 jam )...bertahan
(selepas 3 dan seterusnya jam )






Akhirnya......aku yang selsema...

21 January 2011

Saja-saja : Maaf tersilap, benar tetap benar.


Manusia juga melakukan kesilapan. Betul kata nenek itu sewaktu makan, "perbuatannya perempuan itu tidak salah. Dan tidak baik memburuk nama orang lain". Kata-kata yang menyedarkan penulis sehingga terdiam sebentar berfikir akan kesilapan kata-kata yang dilontarkan penulis. Bila difikirkan kembali, timbul pula penyesalan di atas kealpaan diri dan pada masa yang sama melontar tanggapan yang buruk padanya. Mungkin cara komunikasi yang ditonjolkan oleh hamba Allah itu sedikit ego dan sombong, dan tiada sedikit unsur keramahan dan hormat. Tetapi hakikatnya hamba itu tidak salah, dan penulis akui memang betul cara dan tindakannya. Cuma seperti yang penulis kataka, mungkin kurangnya kemesraan dalam komunikasinya. Mungkin itu yang membuatkan penulis cepat melatah. Penulis malu, sebab terlupa akan prinsip yang penulis sering katakan "Husnuzon".Waima atau sebaliknya penulis pula bersangka buruk. Tetapi yang benar, tetap benar. Dan yang salah tetap salah. Penulis akui kesalahan dan kelemahan penulis. Pengajaran berguna pada hari ini.





Peringatan kepada sesiapa. Sesiapa boleh bawa penulis ke mana-mana. Tetapi awas, jangan sesekali membawa penulis ke kedai buku atau Book Station sekiranya masa yang diperuntukkan itu sedikit. Alamatnya lamalah sahabat-sahabat kena menunggu. Kalau tinggalkan penulis di sana, tanpa makan dan minum pun penulis sanggup. Jadi awas..... Tak sabar nak baca buku "Perbalahan hebat dalam sains" karya Hal Hellman cetakan ketiga 2009 yang baru dibeli. Walaupun masih ada lagi 4 buah buku yang diletakan di tepi bantai yang masih belum dihabiskan sepenuhnya. Tetapi minggu ini banyak meeting, jadi perlu disimpan dulu. 

15 January 2011

Saja-saja : Respon

Sakit mata kalau pakai dua screen yang berbeza. Tapi yang bestnya penulis dapat buat dua kerja dalam waktu yang sama. Satu buka Facebook dan saru lagi buka kerja. Malah kerja mengedit photoshop juga senang. Screen secondhand dibeli dengan harga yang murah.

Respon : To my friends...have faith yang berkaitan.

Sedih dengar dalam sebuah blog berkenaan. Kematian orang yang tersayang, memang menyakitkan. Apatah lagi dengan tiba-tiba. Teringat kisah seorang sahabat. Tiada sahabat yang penulis kenal yang baik dan sentiasa mengalah selain dia. Jika antara kami bergaduh dialah penyelesainya. Jika kami menunggu seseorang yang lewat selepas kelas, dialah orang kami tunggu. Jika siapa yang tidak pernah menyakiti hati kami, maka dialah orangnya. Seseorang itu tidak akan kita hargai dan rindui sehinggalah dia meninggalkan kita selama-lamanya.

Lepak dikedai sambil berborak-borak menjadi kebiasaan. Gelak dan ketawa silih bergantian. Tapi hanya tuhan yang tahu detik pertemuan dan perpisahan. Kami tidak mensyaki apa-apa kerana sudah menjadi kebiasaan dia selalu kuat berceloteh. Malam itu ada kelainan, dia seperti mempunyai tarikan. Setiap katanya kami dengar, hanya dia saja yang bercerita. Mungkin petanda malam kepada permulaan perpisahan. Malam kami mendengar suara terakhirnya, dan merasa salaman terakhirnya. Dia meninggalkan kami dalam tidurnya yang panjang keesokan harinya.

Kehilangannya bagai satu rasa lompang. Kami saling berpandang, tiba-tiba kami ramai-ramai saling berpelukan. Kami merasa kehilangan......Tiada lagi penyeri perbualan, tiada lagi pendengar setia kegelisahan kami, tiada lagi pendamai keadaan, tiada lagi yang akan kami tunggu kelewatan......

Lumrah alam dan kejadian. Setiap yang pergi akan kembali. Tiada apa yang ditinggalkannya hanya sebuah harta kenangan untuk kita simpan dan kenang. Penulis akui memang pedih rasanya perpisahan. Moga-moga tuhan meredhainya.

Baru sekarang penulis fahami keadaan sebenarnya. Penulis seorang orang luar yang tidak punya apa-apa kaitan. Memang betul blogger berkenaan kepada penulis, "You know me next to nothing".

saja-saja : Buku daripada teori kepada praktikal


Ke Hospital Putrajaya menemani seorang sahabat melawat jirannya yang sakit tenat. Kami bertiga bertolak selepas asar. Sampai di sana, penulis kagum dengan kemudahan yang disediakan di sana. Cuma keadaannya berbeza dengan hospital ditempat lain, iaitu jumlah pesakitnya yang tidak ramai. Mungkin disebabkan bilangan penduduk Putrajaya masih lagi kecil bilangannya. Selain itu, kawalan dan standart yang ditetapkan di hospital ini juga cukup tinggi. Oleh kerana  jirannya itu dimasukkan ke unit ICU. Jadi hanya 2 orang sahaja dibenarkan memasukinya.

Jadi penulis dan seorang lagi sahabat turun ke ruang menunggu di lobi tingkat bawah. Sewaktu menunggu, penulis memandang kelibat seorang pemuda muda dalam lingkungan umur 30-an. Gaya pemakainya cukup santai,  berkemeja lengan pendek dan berseluar jeans serta berkopiah. Tiba-tiba terdengar jeritan kanak-kanak perempuan lingkungan usia 3 tahun berlari sambil dikejar oleh seorang lagi kanak-kanak perempuan yang lebih tua sedikit daripadanya. Kanak-kanak berkenaan berlari mendapatkan pemuda berkenaan. Rupa-rupanya dia ayah kepada mereka. Kemudian berlari seorang lagi kanak-kanak perempuan ketiga diikuti oleh 3 orang budak lelaki yang penulis anggarkan yang paling tua berumur 10 tahun. kesemuanya 6 orang anaknya. Hebat pada usia yang muda sudah mempunyai anak seramai ini.

Apa yang menarik perhatian ialah bagaimana seorang ayah berkenaan melayan kerenah kesemua anaknya, terutama anak-anak perempuannya yang cukup ligat berlari ke sini ke sana. Kadang kala penulis geram melihat kerenah mereka, bukan kerana marah, tapi kerana kecomelan mereka. Dalam melihat gelagat si ayah melayan anaknya. Penulis teringat buku yang pinjamkan oleh seorang nenek berumur 91 tahun 11 bulan. Moga-moga nenek ini selalu sihat. Buku yang bertajuk "Nota hati seorang lelaki". Buku yang cukup menarik yang menceritakan ketabahan dan jiwa seorang lelaki sama ada dia bergelar lelaki, suami, ayah, anak dan pemimpin. Daripada alam remaja hingga ke alam dewasa dan akhirnya meniti zaman berumahtangga.



Buku yang menghuraikan pengalaman dan kritikan penulis berkenaan terhadap tanggapanya tanggungjawab seorang lelaki. Penulis teringat kisah yang diceritakan oleh penulis buku berkenaan sama seperti yang berlaku di depan mata penulis. Seorang ayah mampu menjaga 6 orang anaknya yang nakal dan comel. Tetapi bagaimana seorang anak tidak mampu menjaga seorang ayahnya. Bagaimana kita melayan ibubapa kita begitulah nanti anak-anak kita melayan kita.

Si ayah sentiasa tersenyum melihat kerenah anaknya. Di biarkan si kecil belari ke sana sini, tetapi pada masa yang sama disuruh si abang menjaga mereka. Ketiga-tiga si abang patuh, melihat si adik yang cukup girang bermain. Sentiasa tersenyum, seperti sahabat Nabi iaitu Ali bin Abi Talib. Bukan perkara yang mudah. Penulis akui, bukan setiap masa kita mampu tersenyum. Malah penulis pernah ditegur oleh pensyarah. "Kalau muka selalu masam tiap-tiap kali masuk kelas, anak murid tengok jadi takut" . Bukan masam, cuma lumrah fizikalnya rupanya sudah begini.

Tiba-tiba si anak yang paling nakal meluru mendapatkan ayahnya. Si ayah menyambutnya, dan cuba mendengar apa yang hendak disampaikan.Si ayah mengangguk faham. Kemudian si kecil itu meneruskan larian. Seorang lelaki perlu sentiasa mendengar. Mendengar keluhan si isteri, si ibu, si ayah dan anak-anaknya nanti. Dengan kata lain, jiwanya perlu prihatin, peka dan lembut melayan kerenah mereka semua. Bila dibandingkan, jauh bezanya dengan penulis terutama jika melibatkan mendengar dan memahami keluhan kaum wanita. Penulis masih ingat, sewaktu disekolah, penulis bukan seorang yang suka bergaul dengan pelajar perempuan (masuk U mula start rapat ). Rasanya boleh dihitung dengan jari kaki berapa sangat yang penulis rapat (sampai sekarang menjadi sahabat baik). Zaman alam persekolahan ibarat "zaman si kuat disanjung, si lemah dicemuh". Rapat dengan pelajar perempuan ibarat menjadi sasaran sindiran rakan-rakan. Dunia pelajar lelaki waktu itu hanya komik, motor, rokok, dan geng. Gurauan kami semua kasar-kasar, kami tidak pentingkan pakaian dan fesyen. Walaupun penulis berada di kelas yang kadang-kadang pertama dan kedua terpandai daripada tujuh kelas. Tetapi kebanyakan sahabat penulis berada dikelas hujung. Jadi di sekolah, penulis lebih mengambil pendekatan di tengah-tengah, si skema penulis rapat(kelas depan) dan si nakal (kelas belakang) penulis rapat. Jadi senang bila melibat diri dalam kelab (akedemik) kita ada teman, dan bila melibatkan koko (sukan) pun kita ada teman.

Jadi bagi lelaki seperti kami, gurauan kasar itu ibarat teguran mesra. Malah di rumah pun penulis bukan seorang yang suka bermanja-manja (kecuali dua orang adik perempuan). Jadi agak kekok bila bercakap tentang rahsia terutama dengan golongan hawa. Seorang lelaki perlu mendengar. Dengan kata lain, jiwanya perlu prihatin, peka dan lembut melayan kerenah mereka semua. Penulis masih ingat diteguran ibu penulis sewaktu memandu kerana penulis memberitahu ibu penulis yang ceritakan itu sudah didengari beberapa kali. Penulis menyesalinya kerana kata-kata itu merubah wajahnya seperti sedikit kecewa. Selepas kejadian itu, hampir setiap kali kami keluar, dan penulis memandu akan sedia memasang telinga mendengar apa yang diucapkan, walaupun ia pernah disebut berulang-ulang. Jadi sahabat-sahabat yang pernah menaiki kereta dengan penulis pasti faham kenapa penulis suka bercakap sewaktu memandu. Mungkin sebab tak dapat peluang bercakap sewaktu memandu dengan ibu penulis...faham-faham ye lepas ini. Nasihatnya ibu penulis hampir sama seperti nasihat penulis buku ini. Lelaki yang baik, merupakan lelaki yang mendengar.

Lelaki perlu menjadi pelakon, yang pandai tersenyum bila kegembiraan dan menangis bila kesedihan bila bersama pasangan. Jiwa yang kasar , jika diplus dengan kertas pasir sedikit demi sedikit tentu akan halus dan licin permukaanya. Penulis bukan jenis yang sentimental. Kadang-kadang bila sahabat menghadapi kesusahan. Pasti wajah rakan-rakan berubah kebimbangan. Sebaliknya wajah penulis tersenyum riang. Mungkin tidak kena pada tempat. Malah kadang kala bila melihat movie yang sentimental orang ramai pasti menangis duka, tetapi penulis lebih suka ketawa. Itu bukannya kerana penulis tidak mempunyai jiwa. Macam kata-kata ahli pujangga mikrobiologi terkenal dunia "you know me next to nothing". Walaupun kasar, dan tidak suka gurauan yang ke arah kelembutan. Tidak semestinya jiwa ini sekasar perbuatan. Walaupun jiwa brutal, dan kasar gurauan dan kata-kata, jika diberikan buku-buku kisah sahabat dan nabi, cerita tauladan, dan cerita-cerita peringatan boleh berkaca mata menahan tangisan menghitung dosa dan kejahilan (mujur ada roomate sebelah, jadi kena jaga macho).

Sahabat penulisan yang kebosanan memulakan perbualan.  Sekarang dia sudah berpindah ke kolej serumpun, jadi kami jarang bertemu. Bila ketemu pelbagai topik kami sembangkan. Macam mana tiba-tiba keluar topik jodoh. Mungkin kerana melihat ramai ibu bapa berserta anak-anak mereka duduk di depan kami. Penulis saja bertanya, dan dia menafikannya. Dia ini kasar, tapi tak semestinya lelaki itu tiada perasaan minat. Katanya dia mencari yang terbaik dan cantik. Penulis teringat kata-kata penulis buku yang di baca  ini. "jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi pada kesetian yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri kepada suaminya walaupun dia bukan isteri yang cantik".

Selepas sejam menunggu, akhirnya kami pun pulang. Waktu sudah lewat, kami singgah ke Masjid Besi. Sewaktu melaluinya. Kami terserempak dengan pengantin yang sedang menuju ke masjid. Mula-mulanya jahat, lalu depan masjid duduk kutuk pengantin. "Aku bergambar dengan pengantin perempuan, ko pegang halang pengantin lelaki, dah aku buat apa?? ko tukang ambil gambar je.Jadi aku yang kena tumbuk... Macam biasa, kami mula kecoh mengenakan sesama sindiri". Berdosa betullah mamat-mamat ini (campur penulis sekali). Tiba-tiba kata-kata penulis mematikan gelak ketawa kesemuanya. "Ialah perkara jodoh ini ada dimana-mana. Kita tawakal mendapatkannya. Tetapi kita bukan meminta pada "si jelita", tetapi pohon pada tuhan yang esa. Kerana hati itu bukan milik si jelita. Tetapi ia milik Allah sepenuhnya. Kemudian, sahabat sebelah berkata. "Betul, kalau engkau berbuat baik padanya, Allah tidak akan meninggalkan kita. Pasti yang perkara terbaik diberikannya untuk hambanya" . Terdetik di dalam hati tentang kebenaran kata-katanya. Layakkah penulis tergolong di dalamnya, dek menghitung dosa dan kejahilan agama yang ada. Perbualan kami terhenti. Sebelum pulang kami singgah ke kedai makan. Keluar dengan mereka gelak ketawa tidak pernah padam. Kadang-kadang hampir terangkat meja makan. Rasanya orang yang duduk disebelah meja makan boleh sakit jiwa dibuatnya.

12 January 2011

Saja-saja : Bagitahu perkara sebenarnya.....


Inilah perkara sebenarnya apa yang memenatkan sebenarnya......
Mujur minggu ini tidak sepadat mana , masuk minggu hadapan bermulalah peperangan. Penat memikirkan segalanya, beban kepadatan aktiviti sebenarnya bukan satu faktor utama sebab dah terbiasa, tetapi faktor yang utama bukan kerana itu, tetapi kerana  faktor hati. Macam mana nak bermotivasi jika hati bukan di sini. Teringat keluarga di kampung, bagaimana penat ibu disana. Bagaimana keadaan ayah di sana. Sihat dan siapakah yang jaga? Persoalan demi persoalan timbul, di tambah kesibukan mentelaah. Persoalan itulah yang memenatkan diri ini. Akhirnya motivasi lari menghilangkan diri. Itu penyebab kepenatan pada diri. Bahan apinya tiada(motivasi), macam mana nak mengerakkan kereta(melaksanakan tugas). Asyik kena tolak je, macam mana tak penat...hahah

Memang diakui, telifon penyambung komunikasi. Tetapi kadang kala kita tidak tahu apa yang terjadi disebaliknya. Ucapan dibibir tersenyum lebar, tapi beban dihati siapa yang tahu. Kata-kata manis sekadar pelembut hati, sekadar mengembirakan si pendengar.Tapi kesusahan penutur di sana sebaliknya. Itulah pengorbanan seorang ibu. 

Ibu....ibu...bapa. Pergorbanan yang terkata. 


Semakin difikirkan, semakin gundah jiwa. Hanya doa mampu memberi ketenangan  Penulis penat memikirkan semua perkara. Akhirnya motivasi lari entah ke mana. Perlukan semangat baru, motivasi baru supaya dapat menghiburkan semula hati yang pilu. Agar melupakan sementara persoalan jiwa. Supaya kembali fokus ke jalannya. Motivasi itu sebenarnya di cari. Butang reset perlu ditekan supaya dapat melupakan sementara semua beban.

08 January 2011

Saja-saja : 5 Petikan filem kegemaran..........( yang ku tonton lebih 5 kali)

No 5

Dialog yang touching: "The further you run from your sins; the more exhausted you are when they catch up to you."
(Inside Man movie)
Komen: Cerita ini best, kerana jalan cerita yang menarik. Sentiasa ada kejutan. 
Tidak membosankan kerana penonton perlu berfikir sepanjang masa. Cerita ini mengajar penulis, kebijaksanaa dan ketenangan mengatasi segalanya dalam menghadapi saat genting.

No 4


Dialog yang touching :"One big unicorn, strong and free"
"thought he was happy as he could be"
"Then three little kittens came around and turned his whole life upside down"
"They made him laugh"
"They made him cry"
"He never should have said goodbye"
"And now he knows he could never part"
"From those three litte kittens"
"that changed his heart"
(Despicable me movie)
*Komen: Penulis suka watak Agnes yang cute. Dapat anak macam itu memang best. Cerita yang mengajar apa itu hidup sebuah kelurga. Cerita ini mengajar penulis bagaimana sepinya kalau kita hidup seorang diri. Tetapi sekiranya ada orang disekeliling kita yang kita miliki, hidup kita akan lebih bermakna setiap hari.Jika kita sentiasa menghargainya sentiasa. Hati yang kosong(sunyi) akan terisi jika ada yang menyerinya.

No 3

Dialog yang touching : "Yesterday's the past, tomorrow's the future, but today is a gift. That's why it's called the present
(Kung Fu Panda Movie)
 Komen: Cerita best, selain wataknya yang cute dan comel. Cerita ini turut mengajar tentang erti keyakinan. Keyakinan pada diri sendiri. Setiap individu dilahirkan dengan pelbagai kelebihan dan bakat. kadang kala kita tidak tahu mengenai bakat yang ada pada kita. Bakat hanya akan terselah jika kita berusaha mencungkilnya dan yang paling penting kita perlu yakin pada diri kita. Bahawa kita juga istimewa. 

No 2

Dialog yang touching : "You got a dream, you got to protect it. People can't do something themselves, they want to tell you that you can't do it. You want something? Go get it."
(The Pursuit of Happiness Movie)
*Komen: Cerita memang sedih dan motivasi. Mengisahkan bagaimana pergorbanan seorang ayah terhadap anaknya. Cerita ini mengajar penulis bahawa kita boleh capai apa-apa kejayaan sekiranya kita berusaha mencapainya. 
No 1

Dialog yang touching : "I want what any princess wants. To live happily ever after"......"With the ogre i married" said Princes Fiona.
(Shrek 2 Movie)
*Komen : Kisah ini berkaitan perjalanan hidup seorang Orge yang kesepian. Hidupnya mula berubah apabila dia mula memberi ruang kepada orang disekeliling untuk menemani hidupnya. Jika kita membaca buku cerita kanak-kanak seperti Cenderalla, Slepping Beauti, dan lain-lain. Semua kisahnya ditamatkan dengan seorang puteri berkahwin dengan seorang jejaka yang kacak dan kaya. Tetapi cerita  Shrek ini menafikanya. Kebahagian itu bukan diukur dengan penampilan luaran yang menjadi kebiasaan semua wanita harapkan. Kerana memang tidak salah, manusia sentiasa inginkan yang terbaik untuk dirinya. Tetapi manusia tidak pernah memberi peluang kepada orang tanpa menilai diri seseorang selain melihat penampilan luaran.terlebih dahulu. Kerana perkara luaran (kecantikan) sering menjadi garis ukur utama setiap kali melakukan penilaian.  Sesiapa sahaja boleh bahagia, jika dia cuba memberi peluang kepada seseorang , sebelum terlebih dahulu menjatuhkan tanggapan terhadap penampilan luarannya. Itulah yang dibuktikan oleh seorang orge yang hodoh berkahwin dengan puteri cantik. Dia mampu hidup bahagi.ibarat bulan jatuh keriba. Teringin juga dapat gadis idaman seperti Shrek. Gadis yang tidak mementingkan kemewahan dan kekacakan seseorang. Haha. Penulis pun macam Shrek...hamba yang tiada apa-apa ..jadi kan best, kalau ada puteri idaman tu nak buka pintu hatinya...Kalau ada, ibarat bulan jatuh ke riba.Jadi berdoalah dan mintalah kepada Allah. Kerana hati-hati  manusia itu milik Allah....amin





05 January 2011

Saja-saja : Tak sampai hati, tapi pandai-pandailah fikir



Malam ini masuk dua hari berturut-turut aku tidur atas lantai dalam bilik. Kisahnya macam ini, aku ada seorang kawan, dia ni budak TESL tapi repeat. Oleh itu, dia duduk kolej secara I-hong. Biasanya dia duduk dengan budak master. Tapi bila buka sem ini budak Master itu tak balik-balik lagi. Jadi dia bimbang kena tangkap sebab tidur macam I-Hong. Aku ini tak kisah, biasalah budak-budak floor aku lepak dalam bilik aku. 

Minggu ini aku sibuk sikit, malam ini saja dah dua kali aku meeting berturut-turut. Jadi aku biasa balik  lewat ke bilik. Bila aku balik ke bilik, dia dah tidur atas katil aku. Badan dia besar sikit, jadi susah nak kongsi. katil .Jadi terpaksalah aku tidur atas lantai beralaskan kain pelekat.  Tidur atas lantai ground floor memang sejuk, dan menyakitkan badan. Nak kejutkan dia rasa kesian pulak. Roomate aku memang selalu tidur awal., jadi mungkin dia tak perasaan. Lagipun nak tidur atas katil roomate kesian pulak ganggu roomate tidur . Sebenarnya aku tak pernah bagi kebenaran dekat budak ini untuk tidur. Kalau aku beri ,awal-awal aku tumpang bilik kawan-kawan yang lain. Tapi macam aku katalah, aku balik bilik jee dia dah tidur. Aku bukan marah, tak sampai hati nak marah kawan, tapi pandai-pandailah fikir. Nak kejutkan dia rasa kesian pulak. Biarlah memuliakan tetamu .  Kalau esok meeting dan aku balik lewat dan dia tidur juga, boleh sakit badan aku 3 hari tidur atas lantai. Moga-moga esok diberi jalan penyelesaian untuk masalah dia.