Showing posts with label Selingkar Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Selingkar Kenangan. Show all posts

08 February 2011

Selingkar kenangan : Sahabat selamanya.

Terbuka folder lama-lama yang tak tahu bila, waktu lepak bersama.
Terjumpa gambar member kaki nakal semuanya.**Dalam gambar ini ada lima je.
Tapi sebenarnya ada 11 orang semuanya.
Senakal-nakal mereka, sejahat-jahat, sebrutal-brutal mereka.
Mereka manusia yang penulis pernah kenal sebagai yang paling setia. 
Sedih dan gembira di kongsi bersama.
Sekarang mereka dah berjaya menjadi orang-orang yang hebat belaka. 
Cuma penulis je masih terkial-kial mencari rentak kejayaan mereka.
Kawan-kawan......tunggu untuk ku pula gegarkan negara.hahah
(Shahibu Rempit....hahaha)
"Man Jadda Wajada"
(Siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya)

04 February 2011

Selingkar kenangan : Cinta Pertama Ku....


Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Semoga sentiasa aman dan tenang menghadapi kehidupan yang sementara ini. Terlebih dahulu izinkan penulis membahaskan diri penulis dengan panggilan yang lebih santai, kerana topik yang hendak dibahaskan ini bersifat santai dan bukan ilmiah. Jadi izinkan penulis bahasa diri penulis dengan panggilan harian untuk baris ayat seterusnya.

Asyik formal je tulis blog, gua pun dah bosan. So untuk buat pertama kalinya, gua nak keluar daripada kepompong skima tu......... untuk post ini jee...hahah . Jadi post blog kali ini lebih tak skima gaya tulisannya, dengan kata lain. Gua tulis je lah apa gua rasa nak tulis dan terfikir...hahaha. Untuk pengetahuan korang, tahun ini genap ulang tahun keenam hari jadi motor gua. kalau orang tanya gua, siapa cinta pertama kau. Kalau orang lain mesti dia kata gadis sebelah kelas, jiran sebelas rumah, awek indon jual nasi lemak tepi jalan, tak pun bini orang selisih tengah jalan. Tapi bagi gua, cinta pertama gua...namanya Yamaha LAGENDA 11O  a.k.a abang kepada Lagenda 115 Z sekarang. Itu cinta pertama gua.

Serba sedikit biodata kekasih gua. Namanya Lagenda 110 keluaran Yamaha. Gua beli masa form 4 pada tahun 2004. Dapat je lesen, gua terus angkat motor ini. Motor ini banyak kenangan dan jasanya pada gua. Mujur motor ini tak boleh bercakap, kalau boleh comfirm gua suruh dia kahwin dengan korang.  Motor ini asalnya biasa, tapi gua dah buat ubah suai. Tayar gua ubah kepada saiz 17 keluaran GT900. Rim asal rim lidi, gua ubah rim aloi bintang tiga dan sembur cat putih. Enjin dengan wayaring pernah ubah suai. Body pernah sembur. Banyak lagi lah ubah suai.

Hilang. Motor ini pernah hilang masa gua form 5. Waktu tu sebulan sebelum exam SPM. Memang tertekan giler ar waktu tu. Tapi berkat doa dan solat hajat, akhirnya ke temu juga. Yang curinya, bukan siapa pun. Kawan sepermainan bola sepak gua gak masa kecik-kecik dulu. Gua dapat tahu daripada member gua gak yang seorang lagi. Bila dapat tahu, gua pergi minta dengan dia dengan cara baik. Yang gua nauk panas membaranya, boleh dia kata "boleh tak saya hantar esok motor ini, malam ini saya nak pergi tengok perlawanan bola sepak dekat stadium. Tak ada kenderaan nak pergi sana.....esok pagi saya suruh kawan saya hantar motor ini ".....(mengucap gua dengar, gua tak tahu lah dia ini pencuri sekolah sampai darjah berapa). Boleh lagi main tawar menawar, dah lah curi motor orang, gua tak lapor pada polis kira dah eloklah tu..Tapi memang dia hantar, dan banyak yang rosak..Dah enam tahun masa berlalu, gua pun dah tak dendam apa-apa dengan dia. Gua doakan dia berubah, jadi manusia berguna.

Mandi dan tidur. Jangan tanya perkataan ini. Biasanya, motor gua ini mandi dulu pada tuan dia.  Biasa dulu masa sekolah menengah. sebelum tidur, gua akan pastikan motor ini tidur dengan selimut. Gua tak selimut tak apa, yang penting motor gua diselimut. Tapi sekarang, dah taklah...itu kisah dulu-dulu.

Rempit. Ini masa gua muda-muda dulu. Zaman nakal-nakal sekolah menengah. Kawan-kawan gua dulu kaki rempit.Saja-saja lepas tekanan. Gua dulu dua alam, pagi berkawan dengan budak baik, malam berkawan dengan budak kurang baik or tak ke temu baik. Top speed motor gua, gua pernah test sampai 125 Km sejam, tapi rasanya boleh pergi lagi sampai 130 KM sejam. Tu pun jalan lurus. Semua jalan kita orang dah try, biasanya kalau ada jalan baru yang siap dibina. Kita orang lah yang pertama buat test uji dulu jalan tu...kata kawan, tolong JKR buat test sama ada capai standart ISO9001 ke tak jalan tu. Biasanya semuanya menepati piawai kita orang. Jadi taniahlah untuk JKR kerana kami menghargai jasa anda. 

Kemalangan. Rekod gua kemalangan dah 3 kali. Jatuh 2 kali gak. Yang kemalangan itu, bukan gua yang bawa waktu itu. Gua suruh kawan gua bawa, gua bonceng belakang. Tapi entah macam mana hari itu. Dia pergi langgar van orang. Yang gua kesalnya. Kalau van dia langgar itu, van Bank CIMB ke, van Petronas ke, van syarikat tauke balak ke, van orang-orang kaya tak apa gak. Tapi dia pergi langgar van anak yatim itu buat apalah. Last-last gua yang duduk bawah van.Dah lah dia tak cedera, gua yang jadi mangsa. Teruk juga kerosakan motor. Tapi mujur selesai cara baik. Seminggu duduk workshop. Banyak yang kemalangan, semua kawan gua yang bawak, boleh dikatakan semualah. Tu gua malas nak bagi pinjam tu.

Polis. Masa zaman sekolah menengah dulu. Gua dengan polis banyak persamaan. Kita orang ibarat adik dengan abang. Aur dengan tebing. Wang dengan mesim ATM. Kalau dia orang kejar, kita orang lari.  Tak sekolahlah kalau dia orang kejar, kita orang duduk tunggu je. Tapi dulu tak pernahlah kena tangkap. Cuma main kejar-kejar macam itu je... Bila dah puas dia orang kejar,  dia orang berhentilah mana-mana kedai makan. Dia orang sebenarnya bukan nak sangat tangkap. Saja nak halau suruh balik rumah. Tapi itu yang bestnya. Main kejar-kejar. Tapi kalau polis cawangan khas Bukit Aman turun buat operasi. Kita orang tak berani keluar. Dia orang punya cara kerja memang brutal.

Nakal.Nakal itu biasanya mematangankan manusia dengan pelbagai pengalaman hidup. Dulu ada kawan gua kaki rempit. Tapi dia ini jenis tegar dan brutal punya rempit. Motor dia paling power dia ubah suai. Tapi sekarang lainnya pula jadinya. Dulu dia dikejar polis, sekarang dia pula kejar orang merempit. Sekarang dah jadi polis peronda. Ada juga yang dah jadi doktor, mungkin dulu masa dia rempit, dia terlihat orang terlibat kemalangan. Last-last insaf jadi doktor. Hahaha...tak tahulah. Jadi enginner pun ramai. Tapi yang tak boleh tahannya dalam bidang Chemical. Mungkin waktu tu, zaman kita orang rempit tu. Harga minyak tengah naik. Jadi dia insaf nak cipta penganti petrol kot.  Jadi Imam pun ada. mungkin waktu tu dia tengok ramai geng-geng rempit bonceng awek-awek . Jadi dia insaf, terus jadi imam nak baiki akhlak dia orang. Geng kita orang tak bawa awek-awek. Untuk pengetahuan, geng kita orang melarang membawa perempuan. Perempuan dilarang wujud sama sekali, itu etika kita orang. Itu zaman dulu-dulu. Tapi ramai  kawan gua yang berjaya dan berkerja. Itu penangan zaman nakal. Pengalaman mematangkan kita orang.

Saman. setakat ini, saman baru sekali. Itu pun dengan JPJ sebab langgar lampu isyarat. Gua kalau balik kampung untuk ke bandar lebih suka naik motor. Sebab senang, faham-faham jelah. Bandar memang selalu sesak. Nak pergi dekat je, tapi nak cari tempat parking bukan main susah. Itu gunanya motor, boleh letak man-mana. Boleh mencelah di mana-mana. Penyakit rempit dah hilang, cuma benda yang buruk berkaitan dengan perangai lama ini satu je. Gua susah nak berhenti dekat lampu isyarat. Memang susahlah. Boleh dikatakan kalau keluar, hampir 80 % gua langgar. Tak tahu kenapa. Kalau naik kereta takut nak langgar, naik motor ini rasa best lak (Anda semua dilarang meniru perbuatan ini)

Laju. sekarang pun bila pakai motor. Mesti meter tak kurang daripada 90KM sejam. Cuma lajunya bukan untuk merempit lagi. Tapi untuk ke tempat yang baik-baik pulak. Dulu rempit, sekarang pun rempit, tapi ke masjid pulak (selalu lewat terutama waktu nak amsuk maghrib...itu yang berkejar-kejar a.k.a Rempit). Akhirnya ke temu juga fungsi rempit....hahaha. Inilah pengalaman zaman muda-muda. Sekarang dah bersara. tak sangka dulu guru-guru selalu marah kita orang rempit dekat sekolah. Sekarang aku pula jadi guru  yang  akan marah anak murid aku merempit. Masim betul mulut cikgu aku, kalau aku tahu, awal-awal lagi aku suruh dia sumpah jadi perdana menteri..Sebenarnya dunia itu berputar dan apa yang kita buat hari ini, insya allah. akan orang lain akan buat dan pada satu waktu, ia akan terkena pada kita balik.


** Nanti hampir-hampir nak posting di sekolah. Artikel ini kena delete ini.

30 December 2010

Saja-saja : Temuramah atau temuduga atau soalsiasat ??????



Aku servis kereta di Produa center tempat biasa aku servis. Lusa nak balik ke UPM, perjalanan jauh, jadi aku biasa servis awal. Hari ini sibuk sikit, banyak kerja perlu diselesaikan. Jadi aku hantar awal kereta itu, dekat pusat servis. Kemudian petangnya aku ambil balik. Sampai waktu petang, aku tumpang kereta mak aku. Dia drop betul-betul depan pusat servis itu. Aku pun masuklah dalam kedai terus menuju ke kauter bayaran. Selepas habis buat bayaran, pusat servis itu bagi aku satu  kupon percuma makanan. Jadi aku pun pergilah tebus kupon itu dekat kafe sebelah kedai itu, tak sampai 5 meter jarak kafe itu. Jadi aku makan dekat situ. Aku duduk meja bersebelahan dengan seorang wanita yang sedang bermain-main dengan baby dia. Aku tengok baby dia, cute jugak. Rasa nak gigit je pipi baby itu Aku pun senyum dekat baby itu Tapi mak baby itu berpaling dekat aku balas senyuman aku. Lepas itu aku senyum ala-ala senyum tawar. Muka mak baby itu, aku tengok macam iras-iras muka Nenek yang aku minat dan angau-angau sangat itu.  Aku pun berpaling muka dekat arah lain, malu padang lama-lama.

Lepas je habis makanan aku itu, aku pun capai kunci kereta.  Tiba-tiba datang ada seorang lelaki hampiri mak baby itu. Belakang dia ada 4 orang budak, 3 lelaki dan 1 perempuan semua kecil-kecil. Mungkin tak sekolah lagi. Nampak macam pasangan suami isteri. Ooo Aku agak ini mesti suami dia. Aku pun  berlalu menuju ke arah kereta aku, yang diletakkan betul-betul depan kafe itu. Aku pun buka pintu, tiba-tiba datang suami perempuan itu sambil dukung baby itu. Dia berjalan sebelah pintu kereta aku. Aku tak sedar, sebab sibuk baiki kerusi. Masa aku nak hidupkan kereta dan nak tutup pintu  kereta . Lelaki itu tegur aku. Dia berdiri sebelah pintu kereta yang aku nak tutup itu sambil dukung anak dia.

Suami : Dik (adik), AMM  buat dekat mana?
Aku: (Oooo...rupanya dia tertarik stiker AMM dekat cermin kereta aku itu). OOOo...Stiker itu saya buat dekat belakang pejabat sebelah RTM itu.
Suami: Berapa kena bayar??
Aku: Pendaftaran kalau tak silap RM100, lepas itu perbaharu RM75 setahun.
Suami: Kenapa tak servis kereta dekat AMM jee.
Aku: rumah dekat dengan pusat servis ini jee.
Suami: Ooo..duduk dimana.
Aku: dekat dengan bandar lah juga.
Suami: bukan AMM ada pusat servis kereta ke.
Aku: Saya biasa servis dekat sini je.
Suami: Bukan AMM itu untuk servis kereta ke??
Aku: taklah encik, saya buat untuk kecemasan. Saya biasa jalan jauh. Kalau rosak tengah-tengah jalan, senang sikit nanti.
 Suami: Ooo..maknnya 24 jam lah.
 Aku : Ye...
Suami: adik nama apa??
Aku: Nama saya.......Burhan
Suami: Belajar lagi ke?
Aku : Ye
Suami : belajar dekat mana??
Aku: UPM.
Suami: UPM??
Aku: dekat serdang itu.
Suami: ambik apa?
Aku: (aku dah mula melihat jam ditangan) cikgu je...
Suami : Cikgu sama macam IPGM ke??
Aku: Ye kot, lebih kurang lah
Suami: berapa tahun???
Aku: 4 tahun
Suami: lamanya 4 tahun.
Aku: pendidikan memang macam itu.
Suami: adik dulu sekolah mana??
Aku : sekolah..bla..bla
Suami: sekolah menengah pulak???
Aku: sekolah..bla..bla..bla..
Suami: budak matrik ke???
Aku: Tak lah budak STPM.
Suami: STPM, sekolah di mana ??
Aku: sekolah..bla..bla..bla
Suami: dah praktikal belum??
Aku: (Mood aku dah down, nak menjawab soalan-soalan yang overdose ini...*kata hati aku) Tak praktikal lagi, sem 8 baru praktikal.
Suami: Oooo..memang praktikal lambatnya, jadi memang tak praktikal langsung lah ni??
Aku: Upm dia buat praktikal sem akhir.
Suami: Mak adik keje apa???
Aku: (aku dah mula gelisah, apa ke sejadah tanya pasal mak aku ini...*kata hati aku ) Cikgu je bang...
Suami: Cikgu sekolah mana???
Aku: (jawab aku) bla..bla...bla...bla
Suami: Sekolah rendah ke menengah??
Aku: bla..bla..bla..
Suami: Sekolah itu dekat mana ye??
Aku: bla..bla..bla..
Suami: Apa nama mak??
Aku: bla..bla..bla..
Suami: Ayah keje di mana??
Aku:(Bila dia masuk tanya ayah. Aku dah mula jawab sepatah-sepatah, tak tahan soalan banyak sangat) bla..bla..bla..
Suami: kerja dimana
Aku: bla..bla..bla
Suami: Bahagian mana??
Aku: bla..bla..bla..
Suami: Ayah kerja lama dah ke???
Aku: bla..bla..bla..
Suami: Bila dia nak bersara??
Aku: bla..bla..bla 
Suami: Apa nama ayah???
Aku: bla..bla..bla..
Suami: Adik ada berapa orang adik beradik???
 Aku: (sedang mengucap...sabar..sabar. apa kaitan tanya soalan macam ini) 4 orang je bang.
 Suami: adik anak sulung ke??
Aku: bla..bla..bla..
Suami: Adik-adik belajar lagi ke?
Aku: bla..bla..bla..
Suami: adik no satu belajar di mana??
Aku: bla..bla..bla.
Suami: dia ambil bidang apa??
Aku: bla..bla..bla..
Suami: adik no dua belajar mana??
Aku: bla..bla..bla..
Suami: no tiga pulak??
Aku:bla..bla..bla...
Suami: No empat pulak???
Aku: bla..bla..bla..
Suami: semua ambil pendidikan ke???
Aku: bla..bla..bla..
Suami: Yang no dua nama apa???
Aku: bla..bla..bla..
Suami: Oooo...yang no tiga???
Aku: (sudah tidak tahan lagi, hampir gila di tanya soalan yang tak logik ini) aku pun jawab bla..bla..bla..bang minta maaf. Saya minta izin, dah lewat ini .(Lalu terus mencapai pintu untuk tutup. Kemudian lelaki itu pun berlalu. Aku terus start enjin, kemudian terus pecut.

 Tak logik langsung tanya soalan. Ini nak tanya pasal stiker AMM ke , nak buat soalselidik atau bancian pendduduk Malaysia ini. Soalan macam nak isi borang peribadi ini. Ini first time aku, orang yang tak kenali tanya soalan terperinci macam ini. Kalahkan orang yang nak ditemuduga dan siasatan polis ini. Aku pun tak tahu apa motif dia ni nak tanya soalan itu untuk apa. Cuma harap-harap bukan untuk tujuan jahat sudah. Jadi aku nasihatkan kepada sahabat, supaya berhati-hati diluar sana, jika soalan melibatkan perkara peribadi.

27 December 2010

Selingkar Kenangan : Berbekam

Masa bermain badminton dua minggu lepas. Kawan lama ajak berbekam . Tapi baru hari ini terlaksana.  Dia kawan baik penulis sejak sekolah menengah lagi. Akhirnya tercapai juga. Bayaranya tak mahal cuma dalam lingkungan RM40 dan Rm70 untuk seluruh tubuh. Kawan penulis ini buka kedai sendiri khas untuk berbekam. Kawan baik masa sekolah, dia ambil jurusan kejuruteraan kimia, sekarang cuma tunggu untul melanjutkan pelajaran ke Universiti Petronas di Perak. Sambil menganggur dia buka kedai berbekam. 

Berbekam ini ikut sunnah Nabi S.A.W , kerana baginda pernah berbekam. Zaman dahulu berbekam guna tanduk rusa, buluh atau apa-apa yang boleh memerangkap udara apabila disedut (Vakum). Sekarang sudah moden, guna pam dan balang kaca. Kalau nak diikutkan sejarah, buka masyarakat Islam sahaja yang berbekam. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini. Bukan sahaja timur, malah masyarakat barat juga mula mengamalkan kaedah ini. Tak percaya, penulis syorkan layari laman sesawang berkaitan thesisyang berkaitan berbekam.

Pernah juga seorang ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Akhirnya beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya. Malah di dalam berita melaporkan, bahawa Hospital kerajaan akan memasukkan sebahagian kaedah rawatan mengurut tradisional dan kaedah berbekam sebagai rawatan tambahan.
 
Pada mulanya, bila penulis dengar berbekam memang penulis takut. Yelah dahulu penulis pernah menonton TV berkaitan berbekam. Rawatan dengan menggunakan satu pisau kecil. Beberap torehan akan dibuat dibahagian kulit tertentu kemudian disedut dengan balang kaca sehingga darah berkumpul di dalamnya. Menurut sahabat penulis, kaedah itu banyak risikonya. Sekarang kaedah lebih selamat dengan menggunakan jarum (yang doktor guna untuk ambil sampel darah itu). Kemudian baru disedut dengan vakum.

Ini gambar hiasan. Penulis tak ambil gambar proses itu, bimbang pembaca wanita tak boleh tidur nanti tengok badan penulis yang sasa ini. Tapi kaedah dia sama macam ini.

Berbekam ada perkara sunat, contonhya berbekam ada hari yang elok berbekam seperti hari Isnin dan Khamis. Waktunya tengahari, tetapi mana-mana waktu pun boleh. Sebelum berbekam, badan akan disapu alkohol, lepas itu baru dicucuk dengan jarum. Penulis guna dalam 9 balang penyedut itu. Setiap satu balang 3 kali cucuk atau tiga kali sedut darah. Tak sakit pun, tak rasa apa. Rasanya beranak lagi sakit, jadi korang boleh cuba. Waktu berbekam, sahabat penulis akan baca beberapa surah, manakala penulis diminta baca ayat Kursi.  Proses berbekam.ambil masa kurang daripada 30 minit. 

Maaf ini pun bukan gambar penulis,hanya gambar hiasan. Bukan gambar penulis. 
Yelah bimbang kalau korang buat wallpaper desktop nanti
(Bagi pembaca wanita), jadi penulis ambil je dalam internet. 
Tapi kesan dia sama macam belakang badan penulis. Cuma yang penulis punya lagi biru.

Siapa yang berminat boleh menghubungi penulis. Penulis akan bagi nombor contact dia. Lelaki sahaja dan tinggal di Terengganu. Jom berbekam.

26 December 2010

Selingkar Kenangan : Udang Galah

Akhirnya perancangan selama dua minggu lebih akhirnya terlaksana. Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja dan  kerap ditunda kerana hujan. Penulis sebenarnya bukan pengemar aktiviti memancing. Memancing bagi penulis hanya untuk bertemu dan berborak-borak dengan kawan-kawan. Bukan kerana minat. Lagipun dalam sejarah hidup penulis. Dalam 6 kali lawatan memancing, baru seekor ikan yang berjaya dibawa naik. Kali ini memancing di Kampung Padang Air, perjalanan 20 kilometer daripada rumah penulis.

 Saja-saja nak berborak dengan kawan-kawan. Kawan-kawan duduk sibuk tunggu udang,
penulis sibuk baca paper.

Sungai ini banyak udang galah. Udang galah jika diikutkan merupakan makanan orang kaya. Harganya boleh mencecah RM40 untuk sekilogram. Udang galah sebenarnya tidak memilih makanan, antaranya cacing, jantung ayam, udang kecil dan mahupun isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut. Pada mulanya penulis akui, memang geli pegang cacing. Yelah tak pernah pegang. Tapi bila kawan penulis sindir dengan gelaran "budak bandar", terus je hilang geli.

 Mee cacing..nyum..nyu

Ketika memancing udang,  umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, jadi perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain. Tapi penulis bukan jenis yang sabar, selalu angkat mata kail awal.


 Ini sungai tempat memancing.

Dalam keseronokan menunggu udang, terdetik dalam hati penulis kesedihan pencemaran yang berlaku. Dulu mesti air sungai ini jernih dan tiada sampah, sekarang  semakin keruh dan sumber hidupan seperti udang juga semakin berkurangan. Sedih sebab sampah dibuang merata-rata yang membawa kepada pencemaran . Menurut laporan akhbar, dijangka kesemua bekalan ikan komersial dan spesies hidupan akan habis menjelang tahun 2048. Menurut LiveScience, analisis sejarah, eksperimen dan data perikanan berhubung spesies ikan  dan ekosistem, para penyelidik mendapati, ketika bekalan makanan utama semakin menekan, kepupusan kehidupan marin boleh mengganggu biodiversiti secara global. Jadi sumber makanan semakin berkurangan, dan petanda awalnya kenaikan harga.
 
Tidak dinafikan bahawa industri perikanan Malaysia merupakan penyumbang besar kepada sumber makanannya. Dengan pengambilan perkapita tahunan sebanyak 45 kilogram, penduduk Malaysia adalah antara yang tertinggi mengambil ikan sebagai diet harian di Asia Tenggara. "Namun, sumber ini semakin merosot dan kepelbagaian biologinya diancam oleh aktiviti manusia". Penulis pernah menonton rancangan dalam Discovery Channel iaitu River Monster yang mengisahkan dokumentari memancing ikan terbesar diseluruh dunia. Hosnya bernama, Jeremy Wade. Penulis kagum dengan beliau kerana, cara beliau berfikir. Setiap kali beliau mendapat ikan tidak kira kecil atau besar. Beliau akan melepasnya kembali. Jadi penulis bernazar, kalau dapat ikan penulis akan melepasnya kembali, dan hanya udang sahaja yang akan dibawa pulang. Kerana datang hanya untuk menangkap udang, bukan ikan, jadi konsepnya ambil apa yang perlu sahaja

Biasanya kalau memancing ini, mulut kena jaga. jangan cakap lepas je.  Yelah, kita datang ke tempat "orang tak nampak", jadi mulakan dengan bismillah. Kawan penulis mengatakan bahawa, ada udang mungkin ada buaya. Jadi mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal. Jadi dalam kita seronok-seronok bedal udang, jangan sampai kita juga kena bedal sudah. Macam menjadi kebiasaan, penulis balik dengan tangan kosong, kecuali kawan-kawan penulis. Dah biasa, haha.


 Senyumlah boleh udang, boleh buat tampura. Senyum..senyum sepak kan.




05 December 2010

Selingkar kenangan: Sajak Guru oh Guru

Sajak Guru Oh Guru
_________________
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 
 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 Karya Arwah Usman Awang, Sasterawan negara. Nama yang cukup gah, setiap puisi, sajak, malah penulisannya penuh dengan pemikiran. Di kagumi kerana corak pemikiran yang memerlukan pembaca mendalami makna tersirat dan tersurat. Rasanya kalau di tanya cita-cita sejak kecil. Mungkin pekerjaan ini tiada langsung tercatat dalam benak fikiran, rasanya inilah pekerjaan yang paling dibenci. Cikgu lah orang yang baling bosan dan secara jujur, zaman persekolahan memang banyak masalah dengan displin. Jangan tertipu dengan pandangan luaran. Jangan disangka senyap dan baik, tak bermasalah. Rasanya, zaman sekolah menengah merupakan zaman gemilang, kerana pegang record pelajar paling banyak ponteng. (Untuk kelas-kelas tertentu). Masih ingat, kata-kata seorang guru tut..tut.."Cikgu rasa, kamu tidak mempunyai harapan cikgu rasa". Kata yang cukup tajam, bagai sebilah pedang membelah hati seorang pelajar.

Tapi Dunia bulat, dan sentiasa berputar. Dulu menjadi nakal, insyallah satu hari nanti mengajar pula budak nakal. Paradigma guru merupakan pekerjaan yang bosan mula berubah apabila di tingkatan enam. Rasanya menolak mengambil diploma ada hikmahnya. Pada mulanya, tiada bezanya, perangai tetap nakal. Tetapi bak kata perpatah, Guru itu produknya menghasilkan manusia.  Betul cara memasak dan betul bahan yang digunakan, maka baik dan enaklah kek itu. Tingkatan enam, pelajar di layan berbeza seperti disekolah aku dulu, ibarat anak sendiri. Kami dilayan seperti orang dewasa, malah tiada pilih kasih, tiada striming atau perkelasan. Setiap masalah dikonsi bersama. Kami jadi bersemangat untuk belajar dan bertelaah. Pendekatan lebih kepada psikologi berbanding hukuman. Menjadikan aku kagum dan bersemangat untuk terus belajar.

Syukur, berkat dan hikmah, akhirnya berjaya menjadi pelajar terbaik di daerah kuala Terengganu. Terhutang budi pada guru, kerana seorang guru itu mampu merubah nasib pelajarnya sama ada berjaya atau tudak selain tidak dinafikan usaha itu juga penting. Tapi gurulah yang membina laluan, sama ada sesat atau tidak, gurulah yang bertanggungjawab. Bila belajar pendidikan, rupanya bila diingatkan, ramai guru mengunakan kaedah pemgajaran yang kurang berkesan. Rasanya, terhutang budi, budi yang tak boleh dibayar dengan wang ringgit...."kerana jika mereka boleh membuatkan aku berjaya, tak salah jika aku juga membalas jasa mereka dengan membuatkan orang lain berjaya." Kerana dunia ini bulat.

Guru oh guru..


Selingkar kenangan: BBQ ex student SKTB 1999-2000

Sepuluh Tahun or dieci anni dalam bahasa Italy,

Angka yang cukup besar..haha. Kelas kedua terpandai. daripada enam buah kelas.haha.Tetapi bila diingatkan kembali, baru semalam rasa penat bermain bersama kawan-kawan. Masih lagi ingat, gelanggang badminton di belakang surau yang menjadi tempat dan markas operasi kami bermain. Di situlah kami berkumpul selepas rehat, makan bersama-sama. Habis sahaja nasi lemak, terus kami bermain bola, kalau tak pun bermain galah panjang. Gelanggang itu cukup meriah dengan gelagat 13 orang budak sekolah.

Gambar kelas
6 tahun bersama, tempoh yang cukup lama.  Kami cukup nakal. "Dalam kepala ni, cuma fikir main je", dan aku beruntung idea dalam kepala aku ini turut dikongsi oleh semua kawan-kawan aku.". Falsafahnya cukup mudah, sekolah itu tempat bermain. Kami berkongsi semua perkara, ibarat satu tradisi. atau kod etika . kod etika kawan-kawan sekepala kelas aku. Tradisi ini kalau dilihat pada pandang pertama baik dan patut dicontohi, tapi bila di amati betul-betul macam haram perangai seorang-seorang..hahah.

Kami biasanya akan datang awal-awal pagi, biasanya pukul 6.45 pagi dah ada di sekolah. Memang good student lah , tetapi bak kata perpatah, ada udang disebalik batu, tujuannya untuk siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi. Aku masih ingat, kami biasa kebas buku latihan murid-murid perempuan. Murid perempuan yang pertama sampai akan menjadi mangsa pertama. Adakalanya sampai tercabut kulit kami berebut meniru. Sebab tu biasanya budak-budak perempuan kelas kami selalu masuk lambat ke kelas.

Kami biasanya makan bersama, biasanya makan secara serentak. Memang kalau dilihat memang mampu mengeratkan silaturahim, tapi awas, jangan tertipu sebenarnya. Tujuannya satu, kalau makan beramai-ramai, susah budak2 lain nak mintak makanan. Biasanya kami akan habiskan cepat. makanan .Yang lambat biasanya menjadi mangsa di PAU.

Lepas makan, apa lagi main lah.... biasanya kami main bermatian-matian. Lepas main masuk kelas, memang seorang-seorang bau macam kerbau. Sebab tu tempat duduk budak lelaki dekat belakang, budak perempuan duduk bahagian depan sebab tak tahan bau badan kami, tapi kami ok jee...."like the rock said,if your small what the rock is cooking" haha.

 Sebut pasal gusti. Waktu itu gusti tengah top. Aku masih ingat, belakang kelas kami ada satu tikar yang khas untuk Projek Nilam atau sudut bacaan. Sudut bacaan itu ada tikar getah yang cukup luas. Biasanya cikgu kelas aku tu pengetua, biasalah selalu outstation haha, jadi jarang ada kelas. Jadi ...macam biasalah, itulah gelanggang kami bergusti ala-ala WWF. aku masih ingat, Si Zulkainai (yang paling pendek dalam gambar), tu lah mangsa aku.haha.

Habis je sembahyang Zohor, kita orang ada kelas fadhu ain atau Kafa. Macam biasa , kami semua datang untuk bermain. Masuk kelas berpeluh-peluh sebab main sebelum masuk kelas. Kelas itu bermula pukul 2.30 sampai 4.30 petang. Jarak masa zohor dengan kelas Kafa kita orang isi dengan main galah panjang. Sebab...sebab apa kita orang buat macam tu, sebab tujuannya untuk panaskan badan, ala-ala body stretching. Tujuannya satu, kami akan didenda sebab tak buat kerja sekolah Ustazah. Biasa jalan itik keliling kelas, kadang-kadang keliling blok. Jadi kalau tak buat Streaching awal-awal bimbang krem nanti. Yang bestnya, kita orang sekali jalan itik ramai-ramai macam pesta pulak. Biasanya Ustazah akan geleng-geleng kepala tengok gelagat kami.. ye lah 2 tahun belajar kafa, satu kerja rumah pun tak pernah siap. tapi kami tak pernah ponteng kelas. Rasanya tu je kelebihan kami.

Paling best kalau musim hujan. Sekolah tu belakang bukit, jadi pasti akan ada air bukit. Kami masa kecik-kecik dulu masing-masing macam calon enginner. Kami punya pemikiran cukup maju, Kami kumpul batu banyak-banyak untuk buat  kolam jakuzzi. Kolam tu besar, boleh muat kami semua.  Biasanya kalau pagi tu hujan, Kami semua akan saling tersenyum(sebab kita orang dah bajet  lepas kelas  boleh mandi). Tapi, itu part best, yang tak best bila mandi...tut..tut.. air jernih, tiba-tiba timbul colour kuning. Perkara tu memang biasa, bila tanya siapa lepas, tak ada seorang yang mengaku...hampeh...

Kita orang nakal memang tahap nakal gila-gilalah. kalau kelas kafa tak ada, kami biasa tak terus balik. Kami akan kumpul dekat kawasan lapang belakang kelas. Main bola ala-ala besball, nama main belakang kelas. Jadi biasalah tingkap belakang kelas kami pecah kena bola. Setiap kali main comfirm pecah.Tapi kami tak kisah mana. Kami cool je...Bila dah puas main, masing-masing dah rileks. Kami pun pergi lah kelas bersihkan tingkap yang berkeping  yang pecah tu. Kemudian kami pergi kelas sebelah ambik tingkap dia orang pulak. Sekolah aku ada enam kelas, 5 kelas tu semua lompang tingkap dia kita orang kebas, kecuali kelas kita orang Tu rahsia kita orang.haha

Record aku paling nakal sampai kena tampar dengan seorang Cikgu Chiness. Sakit kot pipi, Aku bukan sengaja. aku tak perasaan dia ada belakang, jadi aku buat lah ajuk-ajuk. Tapi terkantoi..huhu. tapi aku hormat dia. Cuma 3 hari kesan tampar tu tak hilang. Oklah pada kawan aku seorang lagi, sampai kena terajang dengan cikgu...hahah

Rasa baru semalam penat bermain, macam manalah merekaini semua. Harap BBQ ini dapat jumpa balik selepas 10 tahun tak bersua.

Falsafah: Hidup itu hanya kehadapan


Hidup ini bagaikan sebuah kereta. Ia perlukan bahan bakar untuk terus maju. Tanpa bahan bakar sebagai tenaga, kereta itu tidak akan bergerak maju kehadapan. Manusia juga begitu, manusia perlukan sesuatu untuk membantu mereka bergerak terus kehadapan menghadapi hari-hari yang mencabar. Dr. Aidh Abdullah al-Qarni seorang penulis terkenal pernah berkata, "orang berjiwa besar mempunyai pandangan jauh ke hadapan dan berwawasan. Mereka memiliki cita-cita yang tinggi, semangat yang kuat dan mereka juga mengejar kejayaan di dunia mahupun akhirat." Beruntunglah mereka ini.

Kita mungkin pernah mendengar "Saya ingin berjaya", "Saya akan berusaha" dan pelbagai lagi falsafah yang digunakan sebagai bahan pembakar untuk terus maju. Kemahuan ini yang perlu ada, sebagai pembakar semangat untuk terus maju. Adakah, anda juga sudah ada kata-kata semangat atau perkataan itu sudah lama berkubur. Ingatlah kata-kata semangat itu merupakan azam dan motivasi kepada diri di saat kemalasan dan kekecewaan menyerang diri. Saya teringat kata-kata Eric Butterworth, seorang ahli falsafah, "Tiada apa yang boleh menghalang untuk seseorang yang mempunyai keinginan untuk berjaya. Setiap rintangan itu hanyalah sesuatu yang akan membina otot untuk mencapai kejayaannya. Ia akan menguatkan lagi kuasa seseorang untuk mencapai kejayaan."

Jadi bagaimana mencari semangat keazaman yang tinggi. Keazaman bukan sesuatu perkara yang boleh kita ambil daripada sesiapa, tetapi lahir daripada hati kita sendiri. Walaupun keazaman juga boleh datang melalui persekitaran. Percayalah, saya juga bukan seorang yang bersemangat, malah saya juga pernah kecewa dalam pembelajaran. Kerana kekecewaan itu, lahirlah satu penyakit iaitu rasa rendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. Tapi yakinlah, Allah menjadikan makluknya dengan pelbagai kelebihan. Setiap kelemahan yang ada , insyallah terselit beberapa kelebihan.

Saya masih ingat satu peristiwa yang bergitu berbekas dalam hidup saya. Peristiwa yang mengubah paradigma saya berfikir. Peristiwa itu sudah lama berlalu, tapi kesannya cukup hebat. Saya masih ingat, waktu itu di pasar Payang Kuala Terengganu. Disaat itu saya hanya lalu di depan sebuah gerai menemani ibu membeli barang dapur. Pada mulanya, kelihatan seorang wanita, yang rupanya cukup manis. Dari jauh saya melihatnya asyik duduk dibelakang longgokan makanan membukit sambil memerhatikan orang ramai lalu lalang dihadapan gerainya. Dalam hati jahat saya berkata,"alangkah untungnya siapa yang mendapatnya, cantik, manis. Rasanya tak perlu berkerja, duduk rumah dan tunggu pinangan datuk-datuk kaya." . Tiba-tiba ada pelanggan terlanggar barang jualannya hingga terjatuh kelantai. Pelanggan itu terus berlalu. Perempuan itu pun keluar daripada gerainya. Tapi, alangkah terkejutnya saya, kerana dia merupakan seorang yang cacat, kedua tangannya kudung hingga ke siku dan kakinya pula hingga ke paras peha.

Waktu itu juga saya malu. Malu dengan kenyataan yang saya ucapkan. Walaupun seorang yang cacat hampir keseluruhan badan, tetapi dia tidak pernah meminta sedekah untuk menyara hidupnya. Malah dia tidak pernah malu dengan keadaanya, malah sentiasa senyum. Dia berusaha walaupun daripada pandangan masyarakat dia tidak berupaya.  Saya malu dan ingin sahaja meminta maaf kerana lontaran fikiran tanggapan jahat, tetapi saya tidak mampu. Selepas peritiwa itu, bermula paradigma baru, mungkin tanpa paradigma itu, saya rasa agak sukar untuk berada dan menjejakkan kaki ke menara gading sehingga sekarang. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih, selagi kita tidak putus harapan kepadanya, insyallah rahmatnya pasti ada, cuma rahmat yang datang itu secara kita sedar atau tidak.

Sebenarnya, saya tak tahu nak post apa, anggaplah ini sebagai permulaan.....
Salam perkenalan