Showing posts with label Sepintas lalu. Show all posts
Showing posts with label Sepintas lalu. Show all posts

22 January 2011

Sepintas lalu : Malunya......


Malunya......Ada program REHLAH di masjid UPM pada pukul 5.30 ptg hingga 11.00 mlm. Di sebab ada tugasan petang itu, jadi siapkan dulu tugasan. Last-last sampai pukul 6.30 ptg. Siap-siapkan diri sampai je depan masjid. Bilal dah qamad. Penulis pun bergegas ambil wuduk. Lepas je solat Maghrib. Aik....kenapa rasa ringan semacam jee poket ini. Raba-raba punya raba, macam ada sesuatu hilang. Tapi apakah gerangannya..Lantaklah....Tuk..tuk....Terdengar satu pengemuman daripada pembesar suara....Sesiapa kehilangan dompet sila ambilnya sekarang....kepada Mohd Burhanuddin Alias, sila ambil dompet anda sekarang. Laung pembesar suara masjid... boleh diambil kira satu masjid dengar nama penulis, bukan satu masjid je, satu kawasan masjid dengar....Penulis senyum-senyum tersipu. Sampai dekat yang menjumpainya. Dia senyum, akhir sekali dia nasihatkan supaya jangan cuai....moral of the story. Bukan pasal kes malu, cuma teringat satu hadis yang di baca dalam buku "kesalahan-kesalahan yang lazim dalam masjid". Riwayat imam muslim mengatakan Abu Hurairah r.a berkata "Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa mendengar seseorang mengumumkan barangnya yang hilang, maka ucapkanlah 'semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid dibina bukan untuk itu."...tapi memang diakui, penulis memang malulah....

Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail
Selepas solat Isyak, satu program ceramah oleh Prof Madya Dr Mat Rofa. Ismail. Beliau merupakan pensyarah fakulti sains dan matematik. Ini pertama kali penulis mendengar ceramah daripadanya. Pernah juga terdengar daripada mulut sahabat, bahawa beliau merupakan penceramah yang hebat.Tajuknya Ukkuwah dan perjuangan. Mula-mula beliau memulakan ceramah sehingga selesai ceramah itu. Penulis akui., dia memang hebat. Faktanya mantap dan bukan bercakap kosong. Hujahnya saintifik dan dia arif dengan kisah-kisah sahabat di zaman Rasulullah. Penulis memang tergangga mendengarnya. Serius..memang sangat best. Rugi siapa yang tak ikut program ceramah ini. Kerana tiada bayaran dan banyak tempat kosong. Program dua hari ini penulis hanya sertai untuk sesi ceramah saja, lawatan ke rumah anak yatim dan muzium kesenian Islam. Rasanya tak pergi. Yang lain penulis skip.Tapi harap-harap program qiam pukul 4 pagi ini penulis boleh bangun.....yang itu susah sikit.

Ada sedikit yang mampu dikongsi. Menurut beliau saintis AS telah menjalankan kajian berkaitan genetik untuk mengkaji asal usul bangsa manusia. Tujuannya untuk membuktikan bahawa genetik bangsa terbaik merupakan genetik bangsa yahudi. Kajian ini dilakukan melalui kajian terhadap kromoson Y. Kromoson Y sesuai kerana sifatnya yang kekal. Iaitu bersifat mewarisi berbanding kromoson X. Untuk menjayakan kajian ini, satu peruntukan telah dilakukan dengan mengambil sampel-sampel seluruh bangsa di dunia ini. Dan tiga orang pensyarah UKM telah terpilih untuk menyumbang sampel sel mereka. Kajian ini dibantu dengan menggunakan teknologi termaju, dengan kata lain teknologi nano yang mampu mengumpul susur galur sel induk sehingga mampu mengenalpasti warna kulit dan keturunan setiap sel.  Teknologi ini juga mampu menyusur galur sel induk yang pertama dengan kata lain merujuk kepada nabi Adam a.s. Menurut beliau, kajian telah mendapati bahawa warna kulit manusia pertama mempunyai kulit berwarna merah-kemerahan seperti warna kuku kita. Ini hampir sama dengan kenyataan Rasulullah bahawa warna kulit Nabi Adam a.s berwarna kemerah-merahan.
Daniel Scraich
Selain itu, menurut beliau Islam semakin berkembang maju sehingga menakutkan masyarakat Eropah. Itu penulis sendiri akui kerana akhbar sekarang banyak memaparkan ketakutan seperti mana yang disuarakan oleh paderi dan pemimpin Eropah yang lain. Beliau menjelaskan lagi, bahawa hidayah Allah ada di mana-mana da datang tanpa disangka-sangka. Lihat Daniel Scraich, ahli politik Swiss yang terkenal kerana kempen menentang Islam. Daniel cukup lantang menentang Islam. Oleh kerana beliau juga merupakan salah satu daripada ahli parlimen Swiss. Jadi dia telah mendesak kerajaan Swiss supaya meluluskan undang-undang yang melarang laungan azam berkumandang. Tetapi penulis rasa penulis pernah membaca kisahnya dahulu. Tetapi undang-undang berkenaan tidak dapat diluluskan. Sebaliknya undang-undang berkaitan dengan laranngan pembinaan menara sahaja yang berjaya diluluskan. 

Kebencian Daniel terhadap Islam begitu membara sehingga beliau sanggup mengkaji perkara mengenai kelemahan Islam di dalam pelbagai buku. Sebaliknya kebencian bertukar kepada kebenaran. Semakin di bongkar, semakin terbukti kebenarannya. Orang yang dulunya begitu kuat menentang Islam sebalik bertukar memeluk agama Islam. Dia mengejutkan seluruh Swiss dengan melakukan siaran langsung ke seluruh Swiss dengan memberitahu kenyataan maaf kepada semua umat Islam di Swiss dan dunia. Dia berjanji akan membina sebuah masjid terbesar di Swiss. Masjid itu berjaya dibina, tetapi dibina tanpa menara. Ini kerana undang-undang Swiss melarang pembinaan menara seperti mana yang di perjuangkan oleh Daniel dahulu. Akhirnya dia membina masjid dan turut membina satu kawasan yang dikhaskan untuk membina menara. Dia berharap satu hari nanti, parlimen akan menarik balik sekatan berkenaan.

"Allah itu tidak melihat hasil perjuangan tetapi cara perjuangan itu dilakukan." Dr Mat Rofa menyentuh sedikit isu Palestin. Tetapi penulis tidak mahu menyentuhnya secara panjang lebar. Cuma kajian Israel telah membuktikan bahawa, kanak-kanak yang lahir dan membesar di mucung senapang. Kemungkinan besar dia lahir dengan semangat seorang pejuang. Ini dibuktikan oleh kanak-kanak Palestin.

Islam itu  ada di mana-mana. Rasulullah pernah berkata, dan bunyinya hampir sama seperti ini,  selagi ada cahaya matahari di tempat itu, maka di situ pasti ada Islam. Penulis anggap semua orang tahu bahawa Belanda merupakan negara yang cukup radikal dan anti kepada Islam. Tapi tahukan kamu semua bahawa tiga nama pendaftaran kelahiran yang paling popular dikalangan penduduk Belanda dan salah satu daripadanya merupakan "Muhammad".

Menurut Dr Mat Rofa. Di Britain, sejak tahun 2001 sehingga sekarang. Di anggarkan bahawa lebih 5000 penduduk di sana memeluk agama Islam setahun. Dan dianggarkan dengan menggunakan teknologi simulasi komputer yang canggih. Dianggarkan bahawa kemungkinan besar, akan menjadi negara Islam menjelang tahun 2050. Menurut beliau lagi,  Pope Benedict XVI telah mengadakan perjumpaan dengan Bush. Dalam perjumpaan berkenaan, Pope telah meminta supaya Bush menjalankan satu kajian berkaitan bilangan populasi penduduk Islam dan kristian di seluruh dunia. Hasil kajian rasmi yang dikeluarkan mendapati bahawa bilangan penduduk Kristian masih melebihi penduduk Islam. Tetapi Pope tidak berpuas hati. Dan mendesak Bush supaya memperincikan lagi kajian.Kerana beliau beranggapan bahawa ada juga umat Islam terutama masyarakat Eropah yang masih menggunakan nama asalnya sebagai nama sebenar setelah memeluk agama Islam. Akhirnya pada tahun 2009. Telah didapati bahawa bilangan penduduk Islam melebihi penduduk Kristian. Menurut Dr. Mat Rofa, kajian lama mendapati bahawa setiap 4 orang penduduk bumi, salah seorang daripadanya Muslim. Tetapi kajian terbaru mendapati bahawa pada 2025. Setiap 3 orang penduduk bumi, salah seorang daripadanya Islam.

Memang diakui, dan penulis kagum dengan Dr Mat Rofa. Memang dia hebat menyampai hujah. Menyesal kepada sesiapa yang tak pergi. Kepada Have faith, ingat nak ajak pergi sekali. Tapi  bimbang serabut dan menganggu kerana dikatakan asyik ajak keluar je.   Haha....Apa pun, memang best sangat-sangat, 3 hari 3 malam penulis sanggup dengar ceramah dia. Have faith dengarlah gendang cina tu puas-puas. hahah

29 December 2010

Sepintas lalu : Yahudi Pegang Dunia.


 William James

Dalam menyiapkan senarai Siri tokoh sains 10 hingga 1. Penulis cuba mencari latarbelakang William James. William James ini kalau nak tahu merupakan antara manusia terbijak di dunia dengan IQ antara 250 hingga 300. Tokoh warganegara Amerika ini dikenali sebagai ahli falsafah dan terkenal sebagai seorang psikologi ini merupakan daripada keturunan Yahudi. Kemudian penulis membuka laman sesawang Nobel Prize ( http://nobelprize.org/ ) salah satu web kegemaran penulis. Untuk pengetahuan semua, Nobel Prizes ini ditubuhkan oleh Alfred Nobel seorang tauke dinamit atau serbuk letupan (kalau nak cerita pasal dia panjang, korang tengok je National Geographic). Pertubuhan ini ditubuhkan bagi mengiktiraf individu yang memberi sumbangan kepada dunia sama ada dalam bidang Fizik, Sastera, perubatan, kimia, dan ke arah keamanan dunia.

Alfred Nobel, dia ini dulu jual dinamit. Kemudian dia insaf sebab barang yang dijualnya itu banyak menghasilkan kemusnahan dunia. jadi akhir hayatnya dia sumbangkan semua hartanya dengan memberikan hadiah kepada sesiapa yang memberi sumbangan kepada dunia.

Bila diselidik, penulis dapati daripada tahun 1901 anugerah ini diwujudkan sehingga ke hari ini. Hampir kebanyakkannya dimenangi oleh keturunan Yahudi, dan hanya 3 sahaja yang daripada bangsa Islam. Namakan sahaja tokoh-tokoh bijak pandai dunia abad ke-19 dan ke-20 seperti Albert Enstine, yang dinobatkan sebagai Person of The Century oleh Majalah Time. Sigmund Frud yang menemui teori Psikoanalisis,  Karl Marx (Fahaman komunis), Paul Samuelson, Milton Friedman. Contoh dalam bidang perubatan seperti Benjamin Rubin yang mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis(alah penyakit kelamin tu..), Elie Metcnikoff pula memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit.  

Manakala bidang fizik pula, seperti Benard Katz memenangi hadiah Nobel melalui kajian transmisi meuromuskular, Andrew Schally memenangi hadiah Nobel melalui indocrinology (kegagalan sistem indokrin yang menyebabkan diabetis dan hyperthyroidism) . Aaron Beck menemui terapi kognitif (terapi merawat pesakit mental), Gregory Pincus membangunkan pil kontraseptif pertama,George Wald memenangi hadiah Nobel hasil penemuan lanjut mengenai mata manusia. Stanley Cohen memenangi hadiah Nobel hasil kajiannya mengenai embriologi (kajian janin manusia) dan Willem Kolf mencipta mesin dialisis buah pinggang.  Dan ramai lagi yang penulis tidak senaraikan seperti dalam bidang ekonomi, sejarah, politik, teknologi dan paling banyak sastera. Tidak termasuk hiburan dan sebagainya lagi.


Wow..banyak dan ramai. Walaupun mereka mempunyai warganegara yang berbeza tetapi mereka mempunyai latar dan berdarah Yahudi. Penulis ingatkan bahawa Yahudi sebenarnya bukan berasal daripada Israel sahaja, tetapi taburanya amat luas meliputi Eropah, Asia Timur dan benua Amerika. Cuma taburan ini dalam kuantiti yang sedikit daripada kiraan bilangan. Tetapi daripada sudut kesan dan pengaruh, mereka yang paling berkuasa. Kalau pembaca mengkaji sejarah dunia, penulis nak maklumkan bahawa 2 kuasa besar dunia seperti Soviet Union (USSA) dan tertera berikat (Amerika, British dan Perancis)  berdiri dibawah mereka. Dan mereka boleh menyatukan 2 kuasa besar dunia menjadi satu. Cuba lihat Soviet Union dan tentera Berikat boleh bersatu melawan Nazi dalam perang dunia kedua. Manakala dalam era perang dingin pula mereka bermusuhan.

Ramai yang berada dalam lingkungan mereka, membolehkan mereka mengawal dunia. Mereka ibarat mustahil untuk disentuh dan digertak. Dan akhirnya setiap perbuatan mereka dihalakan dunia. Malah tidak hairanlah jika kenyataan Dr. Mahathir dahulu yang mengatakan dan mendedahkan bahawa yahudi memerintah dunia menggunakan proksi, cukup ditentang oleh mereka dan media antarabangsa. Malah masyarakat Yahudi di Itali pernah mendesak Perdana Menteri Itali memulaukan Malaysia.  Selain itu, pengaruh dan kekuasaan mereka bukan sahaja meliputi pentadbiran, malah boleh menjangkaui pegangan agama. Penulis juga pernah membaca bahawa kenyataan menteri luar Israel. Bahawa rakyat Amerika boleh mengkritik agama(Kristian) mereka, tetapi mereka tidak boleh mengkritik dasar Israel.Malah banyak lagi berkaitan mereka yang tidak habis kalau diterangkan.

Sebenarnya bagi penulis, umat Islam sudah membongkar segala perkara berkaitan kemajuan dunia sejak 1400 tahun yang lalu. Cuba baca atau cari buku-buku berkaitan sains daripada sudut Islam, semuanya sudah ada di dalam Al quran dan sunnah Nabi SAW. Penulis pernah membaca buku "Mukjizat Ilmiah dalam Islam" susunan Al-Ustaz Kamel Abdul Samad keluaran Yayasan Islam Terengganu. Buku ini mengandungi hasil-hasil penyelidikan ilmiah yang mendalam dalam semua bidang sama ada sains, fizik, kimia, perubatan dan sebagainya yang telah dikaji oleh ilmuan Islam. Dengan kata lain, kita sudah ada jawapan bagi semua persoalan dunia, cuma kita tidak mengilapnya dan malas berfikir mengenainya. Bagi penulis Umat Islam hari ini menjadi lemau kerana mereka menjadi masyarakat pengguna. Pengguna dengan kata lain mengambil sesuatu secara bulat-bulat tanpa menggunakan apa yang diambil sebagai modal untuk mencipta sesuatu yang lebih baik.

Lihat masyarakat eropah, mereka pernah menjadi masyarakat pengguna hasil penemuan masyarakat Islam, tetapi hari ini mereka bangkit sebagai masyarakat pengeluar (dalam konteks ilmuan). Ini kerana Masyarakat Eropah keluar daripada zaman kegelapan mereka kerana mereka menggunakan hasil penemuan tokoh-tokoh Islam kemudian mereka membaikinya dengan kajian dan menjadikannya lebih baik. Dan perkara ini dilakukan secara berterusan. Jadi mana umat kita, dimana letaknya kehebatan umat Islam. Bukan aspek ilmuan sahaja, malah aspek perpaduan. Lihat dunia umat Islam hari ini, perbalahan ada dimana-mana. Lebih dekat lagi kita boleh lihat perbalahan kita dengan Indonesia. Umat Islam yang bilanganya hampir 1.4 Bilion orang tapi hilang tanpa meninggalkan tanda kewujudan. Benar kata-kata Nabi, umat Islam itu banyak bilangannya. Tetapi bagaikan buih-buih dilautan. Bagi penulis jawapannya ada khutbah terakhir Rasulullah SAW di padang Arafah selepas solat Zohor dan Asar. Antara salah satu petikan ucapan baginda;


"Wahai manusia! Dengarlah kata-kata saya dengan cermat dan fikirkanlah. Saya akan meninggalkan kepada kamu sekalian dua hal penting, yang satu adalah kitab Allah dan yang lainnya adalah sunnah saya. Apabila kamu taat kepada kedua-duanya, maka kamu tidak akan pernah sesat selama-lamanya."


"Wahai manusia! Dengarlah kata-kata saya dan fikirlah. Setiap muslim adalah saudara kepada Muslim lainnya, dan seluruh umat Islam adalah bersaudara. Dan setiap harta Muslim tidak halal bagi Muslim lainnya kecuali ia memperolehinya dengan cara baik." (Petikan buku Keistimewaan Makkah)

Nabi SAW sudah ingatkan kita awal-awal, dan jawapannya penulis rasa ada di khutbahnya. Penulisan ini sebagai pandangan dan buah fikiran penulis yang cetek dan jahil ilmunya sama ada ilmu agama dan ilmu pengetahuan yang lain. Jika ada sebarang percanggahan pendapat dan taksiran. Berpeganglah pada taksiran yang lebih kuat sumbernya, dan bukan kepada taksiran penulis yang serba kekurang ini. Salam....

07 December 2010

Sepintas Lalu: Muharam Satu Perubahan.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Kalendar Hijrah bermula apabila Saidina Umar menjumpai sepucuk surat yang hanya mencatatkan bulan syawal. Tetapi beliau tidak tahu sama ada syawal yang dimaksudkan itu syawal tahun itu atau syawal sebelumnya. Oleh itu, Syaidina Umar pun berbincang dengan para sahabat. Ada yang mencadangkan menggunakan kalendar Masihi, tapi apabila bincang punya bincang. Akhirnya sahabat mencadangkan penggunaan kalendar baru yang mengikut bulan dalam Islam. Akhirnya Kalendar Islam pertama dihasilkan iaitu mengikut tahun hijrah pertama Rasulullah ke Madinah.

Tertarik dengan kuliah Ustaz jemputan yang berceramah di Masjid Bukit Besar  selepas maghrib, iaitu sempena maal hijrah.Merujuk beliau, hijrah itu konsepnya luas, sama ada merujuk kepada perpindahan tempat mahupun sikap. Hijrah pada mula-mula di zaman Rasulullah cukup hebat. Ada yang sanggup menberikan segala harta hanya untuk berhijrah."Kau ambillah segala harta aku" ucapnya kepada golongan kafir qurash tapi engkau bebaskan aku untuk berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah." Akhirnya sahabat itu dilepaskan, semua hartanya dirampas. Tetapi bila sahabat itu sampai Madinah , Rasulullah  memujinya. Berbahagia lah sabahat itu. 

Apa yan hendak saya sampaikan ialah, bahasa hijrah di zaman sahabat cukup besar saudara dan saudari. Ada riwayat Muslim. Pernah diceritakan dahulu ada dua orang sahabat, A dan B (saya lupa namanya). Sahabat A , sakit tenat semasa sedang perjalanan untuk berhijrah mengikut Rasulullah. Di tengah perjalanan tersebut, Sahabat A yang sakit itu semakin tenat, akhirnya dia tidak mampu menahan sakitnya lalu memotong kedua-dua belah tangannya a.k.a bunuh diri. Sahabat B, seorang lagi meneruskan lagi perjalanan sehingga sampai ke Madinah. Selepas beberapa lama, Sahabat B berjumpa dengan Rasulullah. Dia berkata kepada Rasulullah, dan meceritakan segalanya dan dia juga mengatakan bahawa dia bermimpi melihat sahabat A yang wajahnya berseri-seri, tubuhnya cukup indah kecuali hanya kedua-dua tangannya sahaja yang kelihatan berbalut. Rupa-rupanya Allah meredhanya, kecuali tanganya, kerana tangannya  dia membunuh diri. Kemudiannya Rasulullah pun berdoa.Selepas beberapa ketika. Sahabat  itu bermimpi melihat sahabat A, tetapi kali ini kedua-dua tangannya lengkap.

The moral of the story saya bukan mengalakkan saudara dan saudari membunuh diri, tetapi nak bagi tahu dua perkara. Pertama pahala hijrah bagi generasi pertama umat Islam cukup besar. Manakan tidaknya, membunuh diri merupakan dosa yang cukup beratdan besar. Sesiapa yang membunuh diri atau menamatkan nyawanya pasti masuk ke neraka. Mahupun orang yang membunuh orang lain dengan sengaja. Kerana nyawa itu milik dan pemberian Allah. Hanya Allah sahaja yang berhak ke atasnya. Jika di lihat kesalahan yang dilakukan oleh sahabat A cukup besar, tetapi pergorbanannya untuk ikut berhijrah bersama Rasulullah mendapat redha Allah menyebabkan Allah mengampun dosanya. Huhu...cukup hebat orang atau generasi sahabat dahulu yang mula-mula berhijrah ini tuan-tuan. Manakan tidaknya dosa besar bertukar menjadi pegampunan Allah. Masyallah...

Kedua, moralnya. Doa Rasululah cukup mustajab. Doa yang comfirm Allah terima. Kerana doa Rasulullah tangan sahabat itu Allah ampunkan. Dan orang yang paling hampir dengan Rasulullah ialah golongan sahabat, pergorbanan mereka cukup besar. Apatah lagi kita ni tuan-tuan. Mereka golongan yang rapat dengan Allah.Bandingkan kita , nak berkorban ke pada jalan Allah pun berfikir dua atau tiga kali. Marilah kita berhijrah sempena tahun baru ini supaya hubungan dengan Allah semakin rapat. Iman Syafii dalam hidupnya pernah berhijrah tujuh kali untuk memcari Ilmu. Usia hanya 15 tahun tetapi sudah memgeluarkan fatwa.

Jom kita berhijrah, yang menulis ini pun bukan manusia yang sempurna. Anggaplah post ini sebagai nasihat kepada diri saya dan sahabat. Dan jika ada ilmu yang lebih tepat berpeganglah pada ilmu itu, kerana saya juga hanya insan yang jahil dan banyak yang perlu belajar. Selamat Maal Hijrah kepada semua.