Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

24 April 2011

Karya : Ribut Peperangan

Ribut Peperangan

Hari ini hujan lebat membasahi alam
Segala penghuni lari bergelimpangan
Berlari mencari perlindungan
Menyelamatkan diri daripada kebasahan
Suasananya sunyi sepi
Yang ada hanya
Kilauan kilat sambung menyabung
    Menerangi langit
Dentuman guruh saling berdentuman
        Bagai petanda hujan berhenti
Tetapi , adakah ini rasanya di sana.

YANG…………
Segala penghuni lari menangis ketakutan
Berlari mencari belas kasihan
Menyelamatkan diri daripada kematian
Suasananya musnah
Yang ada hanya
Kilauan letupan silih berpancaran
    Menghancurkan landskap alam
Dentuman bom saling bergantian
        Tiada petanda pengakhiran.

Adakah ini rasanya di sana
Tidak..tidak…tidakkkkk
Di sini aku dalam kemewahan dan kesenangan
Yang melalaikan aku daripada kewajipan
Sampai waktu giliran aku
Pula untuk ketemu dengan kehancuran
Itu janji peringatan tuhan, terpateri kukuh dalam Al –Quran.






UPM,
Minggu peperiksaan...

27 March 2011

Karya : Sajak (Di Ufuk Jendela di Bukit Broga)

Sajak: Di Ufuk Jendela di Bukit Broga






Di kaki Broga...
Kegelapan malam bukan halangan,
Keinginan memacu langkah rintangan,
Dalam fikiran bermain gambaran,
Apa yang bakal ditayang...












Ufuk menjala ke pelusuk taman
Seruan tuhan tak sekali dilupakan
Sinar Islam menyemarakan penghayatan











Menyinari sinar keindahan alam
Menyerlah kecantikan daripada kegelitaan kegelapan









Di puncak Broga....Ku cipta kenangan
Ku bina persahabatan
Ku hayati satu pengalaman
Bersama teman...teman.









Hati berpalu kegembiraan
Melihat...menatap...menilai kejelitaan ciptaan tuhan













Ku pohon kekuatan ingatan,
agar terpaku kukuh dalam simpanan.....












Menjadi kenangan
Broga taman keindahan......................









12 January 2011

saja-saja : Setiap tahun kena reset.....






Disebalik senyuman ada perkara sebaliknya...
     <<<<<..diri sudah mula penat   


















Macam tiada tenaga pengerak   >>>>>>














<<<<<   Rasanya otak perlu diformat








Perancangan dan matlamat baru perlu dirangka semua perkara perlu diteliti semula.Supaya tahu arah tujunya    >>>>>





Tapi, sayangnya. Papan arahnya masih
belum ku temu  >>>>>











<<<<<  Hingga buat diri ku jemu menunggu.












Menunggu arah ke laluan itu  >>>>>












<<<<<<   Buat masa ini, cara ini saja mampu ku lakukan.
 














Agar ditemukan jalan itu >>>>

11 January 2011

Saja-saja : Ku Penat



.....Ku mula penat berlari
kerana mengejar bayangan sendiri....
bayangan yang sentiasa mendahului
langkahnya infiniti...
tak mampu Ku kejar lagi.

Akhirnya langkah Ku terhenti
diri terhuyung-hayang bagaikan terkena ubat pelali.
tubuhku semakin longlai berdiri
beban Ku tanggung tak dapat Ku tahani
tiba-tiba diriku rebah menyembah bumi
terdongak menghala sinar terik mentari

Ku teringat buku yang ku beli,
yang menjadi teman sejati,
kisah khalifah-khalifah di zaman Nabi,
Ku baca, Ku amati, Ku dalami,
kisahnya cukup menyentuh hati,
diri mereka cukup berani,
menghadapi cabaran dan dugaan diri,
kemudian Ku renung kembali,
Ku hitung kejahilan diri,
akhirnya Ku menangis seorang diri,

Hati ku yang mati, bagai hidup kembali,
seperti memperolehi bahan api,
menjana semangat diri,
menjulang motivasi kehidupan ini,
.....diriku Ku gagahi
Ku bangkit berdiri
Ku melangkah kembali,
kali ini langkah Ku padu,
agar lebih laju dan lebih maju lagi,
akan ku gapai segala ku hajati,
dan
yang penting hidupku mendapat redha ilahi.....





*Rasanya dah tiba masa untuk bersara.....
dan perlu mula menyusun strategi dan perancangan baru...moga-moga tiada masalah.