25 December 2010

Tokoh yang Dikagumi No 10 hingga 1 (Siri Tokoh Tempatan)

Tokoh yang dikagumi No 10 hingga 1, merupakan beberapa siri post berkaitan tokoh-tokoh yang penulis kenali . Manakala, urutan nombor 10 hingga 1 mewakili penanda aras tahap penghormatan dan kekaguman penulis  terhadap tokoh berkenaan. Bilangan ini ditentukan berdasarkan sumber pengetahuan yang penulis dapat daripada akhbar, majalah, buku, internet dan rancangan tv. Semua itu penulis himpun dan kongsi seperti apa yang masih terkumpul dalam ingatan penulis berkenaan tokoh berkenaan.
Insyaallah akan menyusur post yang berkaitan tokoh-tokoh yang dikagumi siri tokoh tempatan, tokoh antarabangsa, tokoh barat, tokoh Islam, tokoh sains dan teknologi, tokoh sastera dan tokoh yang paling kejam.

Siri Tempatan
NO10
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memerintah. Satu-satunya Perdana menteri Malaysia yang mempunyai title doktor(Perubatan). Seorang pelajar yang cemerlang, dimana beliau pernah mendapat tajaan biasiswa melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine, Singapura. Beliau ini dulu aktif bersukan, sukan kegemaran ialah ragbi, isterinya pula badminton. Beliau dapat gelaran dockor di Universiti Malaya. Kalau tidak silap penulis beliau sewaktu zaman pemerintahan Tengku Abdul Rahman, pernah melakukan demostrasi jalanan, tetapi bila giliran Mahathir memerintah dia pula yang melarangnya dengan menggunakan akta Aoku, selepas peristiwa demostrasi jalanan yang diketuai oleh Anuar dahulu. Penulis kagum dengan Mahathir sebab pemikirannya.

**(Tambahan, tiada kaitan dengan biodata mahathir) Penulis masih ingat, sewaktu untuk masuk ke Universiti Putra dahulu. Untuk pengetahuan, bagi pemohonan jurusan pendidikan. Terdapat dua tapisan berbanding permohonan subjek lain. Pertama melalui ujian bertulis, 120 soalan jawab dalam masa 30 minit kemudian selepas lulus, ujian temu duga pula. Lulus kedua-duanya barulah dapat memilih jurusan pendidikan. Dalam ujian temu duga, penulis masih ingat. Dalam bilik itu ada 1 seorang penemuduga, soalan yang ditanya apa perbezaan pemerintahan Mahathir dengan Abdullah Badawi. Pada mulanya, bimbang juga kerana tidak pasti sama ada penemuduga ini kaki pembangkang atau kerajaan. Jadi penulis jawab tengah-tengah. “Pemerintahan Mahathir elok, sebab beliau berjasa terhadap pembangunan dan perindustrian Negara, tetapi zamannya dicemari dengan isu rasuah. Manakala Pak lah, pemerintahannya dihormati kerana dasar membasmi rasuah dan ketelusan, tetapi corak pemerintahannya lemah.” Jawab bertapis, bimbang juga masa itu. Tapi Bersyukur, dapat juga jadi cikgu. 

Pada pendapat penulis, Mahathir dikagumi kerana corak pemikirannya berpandangan jauh dan beliau seorang yang bersuara lantang. Sentiasa berfikiran kehadapan, tidak hairan beliau satu-satunya pemerintahan Malaysia yang disegani dirantau Asia. Indonesia waktu itu cukup takut dengan kemampuan Malaysia pada zamannya, malahan turut diakui dunia. Daripada kelantangan beliau bersuara, dia tidak lepas mengkritik, contohnya dalam bukunya “Dilema Melayu”. Penulis pinjam  buku ini  diperpustakaan UPM. Buku yang dikeluarkan pada tahun 1970. Buku ini cukup lantang menyuarakan tentang nasib bangsa Melayu dan kekangan masyarakat Melayu tidak boleh maju berbanding bangsa lain. Buku ini dahulu, sebenarnya merupakan buku kontroversi.

Apa yang penulis kagum dengan Mahathir, beliau ini kuat membaca. Dia berpegang teguh pada konsep bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tidak hairan jika beliau berjaya memperkenalkan pelbagai dasar dalam merangsang penjanaan ekonomi Negara. Pelbagai ilham dijananya untuk penbangunan negara, tetapi pada masa yang sama ada juga yang dikorbankannya untuk mencapai matlamat berkenaan. Contohnya pemansuhan Akta Bahasa Kebangsaan dalam pentadbiran dan pendidikan. Tetapi Mahathir otaknya selalu memikirkan kehadapan.  


NO 9
Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn, Presiden UMNO yang keempat. Tun Hussein dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO menggantikan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang meninggal dunia. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Beliau dikenali sebagai “Penyambung Warisan Yang Terbilang”, malah  juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan'.

Penulis kagum dengan beliau terutama selepas membaca arkib Akhbar Berita Mingguan Malaysia dan menonton rancangan mengenai beliau di Astro dan TV1.  Penulis pernah terbaca, Tun Hussein ini seorang yang berjiwa rakyat. Malah setiap minggu, beliau akan menjemput beberapa orang pemimpin negara untuk solat berjemaan dirumahnya, selepas solat mereka akan makan malam bersama. Di situ hanya topik berkaitan negara yang dibincangkan terutama dalam membaiki aspek pemerintahan sedia ada. Masanya banyak dihabiskan untuk kemajuan rakyat.


NO 8
Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh  

Allahyarham merupakan seorang pakar ekonomi merupakan senator pertama yang dilantik daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Ditakdirkan menjadi buta pada umur 13tahun. Kecacatannya tidak menghalang beliau untuk terus maju. Beliau Berjaya menamatkan semua ijazah, master dan PHD di Amerika Syarikat.

Penulis sebenarnya serba salah sama sama ada nak meletak beliau atau anak Prof. Diraja Ungku Aziz iaitu Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz . Kerana kedua-duanya menpunyai rekod yang hebat. Untuk pengetahuan korang, Dr. Zeti Akhtar merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia. Tandatangan dia yang ada dekat duit RM1,RM5,RM10 itu. Dr. Zeti ini hebat juga kerana beliau ini mendapat pelbagai anugerah. kalau tak silap penulis, baru-baru ini beliau dimanakan salah seorang  daripada 5 orang gabenor bank  terbaik dunia. Tapi bila penulis banding dan melihat kelebihan daripada semua aspek, penulis tetap kagum kepada Dr. Ismail Md. Salleh. Beliau seorang pakar ekonomi yang serba boleh, dan pemikirannya besar. 

Beliau juga adalah Naib Canselor L & G Twintech Institute Of Technology. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai seorang yang sentiasa berusaha gigih. Pensyarah penulis pernah berkata beliau mempunyai daya ingatan yang cukup kuat. Malah walaupun buta, beliau dapat mengenalpasti susunan di mana fail yang diperlukannya mengikut baris dan kedudukan rak.


NO 7
Profesor Diraja Ungku Aziz

Beliau merupakan seorang yang ‘genius’. Penulis cukup kagum dengan beliau, terutama sifat cintakan ilmu yang ada padanya. Penulis pernah terbaca dalam akhbar Berita Mingguan beberapa tahun yang lepas. Dalam wawacara berkenaan, beliau menjelaskan bahawa beliau bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang. Tapi semangat untuk belajarnya kuat. Beliau pernah bekerja di tapak binaan, kepintarannya membolehkan beliau menjadi kerani disana. Selepas kedatangan Jepun, beliau ditawarkan untuk belajar di Jepun. 

Beliau merupakansalah seorang pemikir yang cukup dikagumi. Bidang beliau meliputi pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Beliau juga pernah mendapat anugerah terutama dalam bidang pendidikan dan komuniti(Dewan Masyarakat). Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama menerima Anugerah Melayu terbilang dan tokoh Maal hijrah. Malah artikel berkaitan pandangannya cukup seronok untuk dibaca. Walaupun sesetengah pihak melabelkannya sebagai kurang Islamik. Penulis lebih suka mengambil jalan tengah dalam melontarkan tanggapan yang penulis tidak berapa pasti. Jadi terpulang kepada pembaca. Penulis mengagumi beliau kerana pemikirannya.


NO 6
Datuk Dr Hassan Ahmad

Beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pelbagai aspek yang berhubung dengan penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, dan perancangan bahasa dan sastera. usahanya memajukan bahasa dan sastera Melayu, beliau banyak sekali menulis esei tentang bahasa, sastera dan penerbitan, dan telah mengemukakan banyak kertas kerja dalam persidangan-persidangan bahasa dan penerbitan buku pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  Kerana kepakaran beliau itu, beliau telah beberapa kali dipilih oleh UNESCO sebagai pakar bagi seminar dan mesyuarat tentang perusahaan penerbitan buku di dalam dan luar negeri. 

Setelah bersara dari DBP pada tahun 1988, Datuk Hassan telah dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO (Dewan Masyarakat).  Memandangkan pengalamannya yang luas dalam bidang penerbitan buku, sekembalinya ke Malaysia, Datuk Hassan telah dilantik pula sebagai Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Penulis sentiasa membaca makalahnya terutama di dalam Dewan Masyarakat. Cara dia menulis cukup luar biasa. Tulisannya ilmiah dan tidak kaku, kerana disokong oleh fakta dan statistic(bukan cakap kosong). 

Disamping itu, pembaca pernah membeli bukunya yang bertajuk “Ke Luar Jendela”. Buku itu membincangkan masalah berkaitan bahasa, sains, budaya, sejarah, politik, teknologi, agama dan banyak lagi. Pembaca akan kagum melihat bagaimana beliau menulis dan mengupas sesebuah topik, seperti dia mempunyai pengetahuan yang cukup luas berkaitan topik berkenaan.


NO 5
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Beliau merupakan pengasas kepada AmBank Group dan  pengerusi Yayasan Al Bukhary iaitu sebuah badan kebajikan. Semasa kecil sebelum ke sekolah, beliau pernah menjual roti canai dan lobak di pasar pagi dan ketika beliau bersekolah di St Michael Independeng school, beliau membantu ayahnya menjual lembu (Dewan Masyarakat). Beliau merupakan tokoh koperat ketujuh terkaya di Malaysia dengan anggaran kekayaan melebihi RM3.67 bilian. 

Penulis kagum dengan motivasinya, serta sifat dermawannya. Selain menjalankan perniagaan beliau juga tidak lupa untuk beramal. Kalau tidak silap Yayasan beliau tubuhkan pernah menghantar golongan yang tidak berkemampuan menunaikan umrah dan memberikan sumbangan. Selain itu, pemikirannya cukup hebat. Penulis pernah membaca dalam Majalah Keusahawanan beberapa tahu yang lalu.  Dalam majalah berkenaan beliau menjelaskan bahawa dia cukup hairan kenapa masyarakat hanya ingin tahu berkaitan kejayaannya sahaja, tetapi bukan kegagalannya. Beliau menjelaskan bahawa kejayaan terhasil daripada berpuluh kegagalan. Dan setiap pintu kegagalan ada tips untuk mencari kejayaan.


NO 4
Y.B. Dato' Razali bin Ismail

Timbalan Menteri Pelajaran II, Y.B. Dato' Razali bin Ismail. Allahyarham meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki. Pengalaman perkhidmatan beliau ialah sebagai Timbalan Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia , Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, . Beliau merupakan kenalan  kepada Mak Saudara penulis dan pengerusi PIBG di sekolah penulis dahulu. Beliau cukup dikenali dan penulis kagumi. Beliau merupakan seorang guru yang sangat petah berbicara. Penulis masih ingat setiap kali hari permulaan sekolah setiap tahun, dia akan berucap dihadapan pelajar. Setiap perkataan yang diucap dan hujah begitu dalam, seperti sudah lama berlatih.

Beliau juga seorang ahli politik yang ulat buku. Setiap kali Parlimen berhenti rehat, beliau akan membuat ulangkaji di Perpustakaan Parlimen sebelum Parlimen memulakan persidangan. Tujuannya bagi memastikan setiap hujah dan soalan yang bakal dilontarkan dapat dijawab sepenuhnya. Bukan seperti sesetengah ahli yang hanya pandai mengetuk meja dan memcelah tanpa memahami apa yang dicelahnya. Pernah pensyarah penulis mengatakan sewaktu menaiki pesawat menuju ke Austaria yang mengambil masa 4 jam . Persyarah penulis berkata “Saya dapat duduk disebelahnya. waktu itu saya dan dia sama-sama membaca buku . Saya ingat saya yang gila membaca, tetapi dia lagi gila membaca daripada saya. Saya tertidur dan bila saya terjaga dia masih lagi membaca sehingga pesawat mendarat”. Selama penulis membaca apa-apa perkara mengenai perkembanagn dunia politik tanah air, penulis tidak pernah lagi melihat ada seorang pun ahli politik yang gila membaca selain dia dan Mahathir.

Selain itu, dalam dunia politik pula, beliau cukup amanah terutama menjaga duit yang diamanahkan untuk pelajar. Pernah satu ketika, penulis masih ingat sewaktu bersembahyang jumaat di Masjid Kubu kuat Pas. Penulis terkejut melihat beliau bangun dan terus berucap dihadapan penyokong Pas dan mereka mendengarnya. Dengan kata lain, beliau cukup dihormati sama ada lawan mahupun kawan. Tun Ahmad Badawi dalam akhbar berita harian pernah mengatakan bahawa jika Allahyarham masih ada, beliau sebenarnya akan dilantik menjadi Menteri Pendidikan mengantikan Hishamuddin. Semoga roh allahyarham ditempatkan ke dalam golongan yang dirahmati Allah.Amin


NO 3
Zaba atau Zainal Abidin bin Ahmad

Pendita Zaba merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang bahasa. Tetapi ada diantara kita tidak begitu mengenalinya secara mendalam. Beliau juga seorang pemikir, kalau penulis nak cerita sejarah beliau, rasanya tak akan habis, terlalu panjang. Cukuplah kalau penulis katakan beliau merupakan seorang anak kepada seorang guru agama, beliau juga merupakan pengasas UMNO(bukan macam UMNO sekarang). Seorang guru dan pengkritik bangsa Melayu.
 
 Beliau juga seorang penulis yang mencipta pembendeharaan kata yang kita gunakan sekarang. Jadi tidak hairan beliau dianggap sebagai bapa Bahasa Melayu dan diangkat sebagai pejuang bahasa dan persuratan Melayu. Penulis mengumpul buku-buku koleksi penulisan Zaba yang setiap satu daripadanya setebal kamus “Cambridge Advanced Learner dictionary” milik adik penulis. Penulis ada 5 buah jilid dan belum habis dibaca. 

Zaba penulis yang bebas dan berfikiran luas, beliau pernah menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu.  Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu.  Penulis pernah membaca  buku biodata ZABA keluaran UPSI, setahun yang lepas di Perpustakaan UPM.  Kalau tak silap, Zaba banyak menghasilkan  buku-buku yang seperti 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Buku ini pernah diharamkan bukan sahaja mufti, malah sultan ketika itu. Dalam hal ini, penulis mengambil jalan tengah. Hanya tuhan sahaja yang tahu kebenarannya.



NO 2
 Y.A.B. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Beliau merupakan bekas Menteri Besar Terengganu Darul Iman. Sewaktu Pas memerintah.
Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin.

Beliau banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. Contohnya beliau pernah mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan. Sifat beliau hampir sama dengan Tok Guru Nik Aziz. Rumah beliau seperti rumah penduduk biasa yang lain. Tidak mewah.


NO 1

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat 

Tok guru merupakan Menteri Besar Kelantan sehingga kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).  Beliau telah diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”. Merupakanseorang yang baik, sejarah politik beliau cukup panjang. Cukuplah dikatakan bahawa beliau merupakan lepasan Al-Azhar dan pernah mengajar sebagai guru agama di kampungnya. 

Penulis pernah menonton tayangan mengenai temubuai dengan beliau. Penulis  cukup kagum dengan peribadinya. Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau  bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Nik Aziz juga seorang pemikir yang hebat, terutama dalam pentabdiran bercorakkan Islam.


** Maaf penulis tak sempat nak edit ejaan. Yang ini penulis buat sekali taip jee, pening kepala perah otak dan esok pagi penulis nak pergi memancing. Jadi kalau ada tersalah ejaan, harap maaf., kira halal je lah Wasalam. Mungkin ada sedikit berat sebelah, kerana nama yang disenaraikan tiada satu pun wanita.  Dalam hal ini, bagi pendapat peribadi penulis sendiri. Wanita yang hebat merupakan wanita yang digambarkan dalam pepatah ini "Tangan yang memegang buai itulah yang mampu mengoncang dunia". Insan yang penulis senaraikan di atas tidak akan berjaya mencapai setiap kejayaan mereka tanpa jasa insan yang melahirkan mereka. Dan jika anda membaca sejarah pemimipin dunia, setiap kejayaan dicapai semuanya berkait dengan wanita yang paling rapat dengannya. Contoh Obama, Najib, Hitler. dan lain-lain. Jadi faham-faham ye, ini bukan penindasan hak ye. Seterusnya siri Tokoh sains pulak...tunggu

24 December 2010

Saja-saja : Aku seorang yang curang

Aku seorang yang curang....


Aku akui,
Inilah diriku yang sebenarnya,
Aku memang curang,
Entah berapa kali aku curang,
Mungkin aku sudah lupa,mungkin sudah beratus-ratus kali,
Bagiku mereka hanya pemuas nafsu hatiku,
Tak dinafikan, aku memang menyayangi mereka semua,
Tapi menjadi lumrah hukum putaran alam,
Sama juga dengan perhatian dan kasih sayang,
Hari ini aku menyayangi Si A, esok Si B dan lusa mungkin Si C.

Samalah seperti hari ini,
Aku ke bandar untuk mencuci mata,
Aku berjalan di kaki lima,
Mataku memandang mencari mangsa,
Semuanya tidak menarik perhatianku,
Mereka semua jauh daripada citarasaku,
Ketika diri mula mengalah,
Datang sinar yang menyerlah,
Sinarannya mengamit pandangan,
Pandangan yang mengamit perhatian,

Aku mendekatinya,
Dia hanya diam,
Ku fikir dia pemalu,
Wajahnya putih, kulitnya nipis dan licin,
Dia memang menawan,
Hatiku jadi gundah gelana,
Perasaan sayangku meluap-luap,
Aku mula berbicara,
Aku rasa dia suka berpantun,
Jadi aku yang memulakan bicara;
    Baju batik kain batik,
         Batik datang dari jawa;
    Adik cantik abang cantik,   
         Bagai pinang dibelah dua.

Dia hanya membisu seribu bahasa,
Aku terasa dipermainkan pula,
Aku menjadi tak keruan,
Perasaan gerang, sayang, tertarik serentak datang,
Masing-masing berebut meminta perhatian,
Tanpaku sedari tanganku memegang dirinya,
Baruku tahu kulit halus dan licin,
Aku membelainya, ku pegang lembut dia,
Aku tak mahu dia terluka,

Tiba-tiba lamunan antara kami terhenti,
Ada seorang lelaki setengah usia mula menyedari,
Aku rasa lelaki itu menjaganya,
Aku tak kira,
Aku sudah tertarik kepadanya,
Berapa harga kau pinta, tetap aku kabulkan jua,
Aku dah tak tahan lagi dengannya,
Aku sudah mula jatuh cinta,
Entah untuk beberapa kalinya,

Aku pergi ke arah lelaki itu,
Aku membawa dia bersama,
Aku pegangnya rapat-rapat,
Aku tak mahu dia lari bersama orang lain,
Aku runding harganya;
"Uncle dia ini berapa,"
"Ooo yang ini..... baik punya,"
"Gua bagi lu angkat murah jee. Comfirn lu puas hatinya dengan dia,"
"Tahu, berapa?"
"Gua bagi lu harga RM 20,dia murahkan...,"
"Betul dia memang murah, tapi dia yang paling menarik,"

Aku terus membayarnya,
Aku terus menghidupkan kereta,
Membawanya balik menuju ke istana kami berdua,
Malam ini tidurku berteman,
Akanku belai dia sepuas-puasnya,
Tapi aku akui, dia mungkin tak kekal lama,
Sama seperti yang lain,
Esok lusa, aku mungkin melupainya,
Awas diluar sana, anda mungkin mangsa berikutnya....Hahhahah




* Hahaha. Moral of the story, mungkin mula-mula korang baca, fikiran korang ke arah negatif (Kebanyakkan orang lah, mungkin pembaca ini tak kot...haha).  Ye alah ayat yang digunakan ehem-ehem. Tapi dalam dunia yang sebenar, kita tidak boleh segera menjatuhkan hukuman (tanggapan) kepada seseorang kerana luarannya dan perbuatanya, tanpa kita selidik atau kita benar-benar tahu kebenarannya. Samalah falsafahnya dengan mononton filem, walaupun posternya buruk, tetapi belum tentu kualitinya buruk. Menarik atau tidak sesebuah flem bukan ditentukan oleh kata-kata aluan pelakon, tetapi tepukan  penonton  diakhir tayangan.Samalah seperti hidup ini, kita tidak boleh menjatuhkan sesuatu tanggapan jika kita tidak pasti kebenarannya. Tapi kalau luaran negetif, mesti masyarakat mengatakan dalaman juga negatif. Lumrah manusia. Haha, penulisan ini sekadar salah eksperimental untuk mengejutkan korang je...hahahha. Jadi aku nak perkenalkan si dia;


Ini wajah kekasih lamaku, aku dah puas dengannya . Namanya Pelangi.
Hubungan kami hanya bertahan 2 hari. Dia memang membosankan




Perkenalkan kekasih baruku. Aku baru jatuh cinta padanya. Dia suka berpantun.



Hahaha...aku tak ada idea...Penulisan yang paling kontroversi ini,..hahahahha

23 December 2010

Saja-saja 3


Mengemas bilik, terjumpa buku-buku lama berkaitan sains.  Buku-buku itu penulis beli sejak 12 tahun yang lepas, sewaktu disekolah rendah dan menengah dan mula mengumpulnya sehingga sekarang. Cuma sekarang lebih banyak membeli buku-buku berbentuk bahasa, pendidikan dan sejarah.
 (Buku dah berhabuk)

Penulis masih ingat, kalau dulu penuh rak dengan buku-buku sains. Bidang sains yang paling penulis minat, bidang astronomi, kejuruteraan, tumbuhan, haiwan dan teknologi. Tetapi lemah sikit dalam bidang anatomi, biologi dan kimia. Juga sangat lemah dalam memahami pengiraan formula. Mungkin masa form 4 dulu patut ambik aliran kejuruteraan, bukannya sains tulen.  Hahaha. Tapi mungkin kekuatan dan kelebihan lebih kepada aspek pemahaman atau logik thinking. Kerana sains bagi penulis juga melibatkan sedikit pemahaman, dan bukan hanya bergantung kepada pengiraan semata-mata. Dalam sains itu mempunyai banyak teori dan setiap teori saling berkaitan. Jadi kita perlu memahami setiap teori dan bagaimana ia berfungsi .

Mungkin sesetengah sahabat tak tahu, sewaktu kecil-kecil dulu sampai tingkatan 4, cita-cita nak jadi astronomi. Penulis masih ingat, pernah ada sahabat lelaki terkejut, dia ingat penulis budak bahasa jee. Bila penulis berdebat teori masa yang diperkenalkan oleh Albert Einstein berkaitan ruang, bahawa kita boleh jump daripada Bima sakti  kepada bintang-bintang lain macam dalam tv itu yang dikenali sebagai worm hole dia tak percaya. Memanglah diakui jarak antara bintang-bintang melibat jarak yang diukur dengan kelajuan cahaya. Contoh jarak antara bumi dengan bulan jaraknya 2 saat kelajuan cahaya dan jarak matahari dengan bumi lebih kurang 4 minit kelajuan cahaya. Satu saat kelajuan cahaya bersamaan 2000 batu.  Tetapi Einstein pernah kata bahawa angkasa ini sifatnya seperti sarang labah-labah. Kalau ada teknologi dan tenaga  kuat  bersamaan satu letupan supernova (bintang yang mati) dengan tenaga itu kita boleh cipta satu worm hole yang boleh menjadi jalan pintas. Contohnya sarang labah-labah, kalau sarang itu tegang mesti diameter keluasannya luas. Jadi jarak Antara titik A ke B jauh. Tetapi bayangkan kalau ada beban di tengah-tengahnya. Sarang berkenaan akan melentur ke bawah. Dan diameter keluasannya akan berkurangan. Jadi jarak titik A dan B menjadi semakin dekat untuk dihubungkan. Teori ini sama dengan teori worm hole. hahah. Terganga mulut dia bila dengar. Itu mujur dia tak tanya lagi nama-nama bintang. Bukan setakat nama bintang, nama sesetengah satelit dan planet serta fungsinya pun penulis tahu. Malah jenis-jenis haiwan dan  sejarah lagi lah y penulis boleh terang sikit-sikit. haha. Lagi terganga dia. Bukan semata-mata bahasa. Haha.

Astrafirullah, mengucap-mengucap tak baik riak..haha. Saja je gurau. Sebab terfikir, manusia ini hanya menggunakan tidak lebih daripada 10% kemampuan otak, selebihnya 90% tidak digunakan sepenuhnya (Malas nak terang kenapa otak bersifat bendalir dan bukan pepejal uang itu post lain). Seperti mana lahir istilah-istilah profesional. Istilah profesional sebenarnya merujuk kepada seseorang yang hanya menpunyai satu kemahiran dan dia betul-betul mahir dengan kemahiran berkenaan sahaja.  Bagi penulis, ada kelebihan dan kelemahannya. Kelebihan, dia memang mahir dan arif dengan jurusannya. Tetapi kelemahan, tiada berlaku perkembangan ilmu diluar bidangnya. Kalau kita tengok Leonardo de Vinci, pemikirannya lebih kepada konsep universal thinking. Dia tidak terikat oleh mana-mana bidang, yang penting bidang itu merupakan bidang yang bersifat ilmuan dan membiarkan minatnya menerokai bidang-bidang berkenaan.

Sebab itu, kadang-kadang penulis bimbang, sama ada subjek di universiti yang penulis ambil ini sesuai atau tidak dengan jiwa diri penulis. Tapi, kadang-kadang kita kena berfikir positif. Walaupun bahawa ia bidang bahasa, tak semestinya ia terikat dengan bahasa dan sastera semata-mata. Dalam bahasa boleh juga diselit kan unsur sains. Contonya, tahukan kamu semua bahawa bahasa juga merupakan salah satu cabang perubatan. Pernah tak dengar, teknik pukau atau hipnosis. Teknik ini mengunakan bahasa sebagai medium pujukan untuk menyakinkan pesakit atau membawanya ke alam bawah sedar. Kalau tak silap, penulis lupa sumber daripada mana. Teknik ini digunakan bagi mengurakan rasa sakit sewaktu pembedahan. terutama  pembedahan mencabut gigi. Teknik ini popular pada abad ke 1700 dan 1800 di eropah. Malah bahasa juga digunakan pakar psychiatrist untuk merawat pesakit, bukan semata-mata bergantung kepada pengambilan ubat. Tahukah kamu bahawa mempelajari dan menguasai lebih daripada 4 bahasa mengurangkan risiko untuk mengalami penyakit nyayuk atau azimer. Malah dalam teknologi ada juga bahasa. Contohnya codeing atau bahasa atur cara program untuk menghasilkan perisian juga menggunakan bahasa. Walaupun bahasa yang  digunakan ringkas, tetapi ia juga boleh diambil kira sebagai bahasa. Semua itu penulis dapat bila baca-baca buku sains dan kaitankan dengan bahasa. jadi kadang-kadang kita kena berfikir positif. Walaupun tidak mempelajari sains secara khusus, tetapi skop basic knowladge atau pengetahuan kita mesti luas. Sebab pengetahuan itu ada dimana-mana.  Dalam bahasa ada sains, dan dalam sains ada bahasa. Jadi seronok bila pengetahuan kita diluaskan dalam pelbagai bidang. Dan rasanya tak rugi kalau kita membaca buku lebih daripada skop yang kita pelajari.

Info 101

 "Tahukah korang bahawa ahli-ahli sains di NASA tahu tentang kewujudan bakteria di planet  Marikh bermula pada bulan ogos, 1996, apabila seketul meteroid sebesar bola lisut jatuh ke Bumi daripada Planet Marikh. Bila Dilihat, terdapat tanda-tanda fossil bakteria di dalamnya."
Sumber majalah keluaran 1996. (Astonomi)


"Bilangan bintang-bintang  di angkasa lebih banyak berbanding bilangan pasir-pasir di muka bumi ini"
National Geographic keluaran 1999.(Astonomi)


"Tahukah bahawa kucing mula dijinakkan menjadi binatang peliharaan sejak 3000 tahun yang lalu sewaktu zaman firaun"
(Haiwan)


"Tahukah kamu bahawa Aldof Hilter membunuh diri dan isterinya sewaktu tertera Soviet Union mengepung kubunya di Berlin. Mayatnya dibakar diluar kubu oleh tenteranya. Bagi mengelakkan mayat berkenaan daripada dirampas. Tetapi wujud teori kospirasi bahawa Hitler tidak mati dan melarikan diri. Kerana, menurut keterangan saksi, sewaktu Hitler menembak dirinya. Tiada sesiapa yang melihatnya, dan mayatnya diusung dalam keadaan berbungkus. Teori mengatakan bahwa mayat berkenaan  ada milik orang lain bagi membolehkannya melarikan diri. "
(Sumber Discovery Channel: Hitler )

 "Tahukah kamu bahawa, penjajah Napoleon Bonaparte yang mencetuskan perang dunia pertama mati bukan kerana disebabkan peperangan. Tetapi disebabkan oleh keracunan Arsenik "
(Mustika)

"Tahukah kamu bahawa orang India dahulu tak makan masakan pedas.  Apabila cili atau lada dibawa masuk ke India oleh portugis. Mereka mula mengubah corak masakan mereka.Akhirnya lahirlah kari. "
(Sumber lupa)

20 December 2010

Saja-Saja 2

Leonardo da Vinci,  korang mesti kenal . Dia sebenarnya, tiada pertalian darah dengan aku.Tapi kalau dengan Leonardo de carpio itu, mungkin ada kot..haha. Aku jarang tengok TV. Kalau buka pun hanya untuk tengok Education Channel macam Discovery , History Chaneel dan National Geo. Saluran sukan jarang-jarang itu pun jika ada perlawanan bola sepak.  Nak dijadikan cerita, Aku terbuka History Chaneel. Program berkaitan dengan Leoardo da Vinci. Masa dekat sekolah dulu, dia ini salah satu tokoh yang aku kagum juga. Sebab time sekolah dulu. Markah Sains aku yang tertinggi dekat sekolah, tapi masuk menengah atas je merudum. Mungkin waktu itu berlaku ketidakseimbangan hormon alah macam movie gila-gila pengantin itu. haha. 

Sebab apa aku kagum dengan mamat ini. Bukan sebab dia kahwin ramai. Tetapi sebabnya mamat ini seorang yang bersifat universal thinking bererti teori pemikiran secara umum dalam semua bidang, sama ada sastera, sains, kejuruteraan, perubatan, penyajak, matematik, pekebun dan banyak lagi. Pemikirannya mendahului masa peradaban zaman masyarakatnya. Cabangnya luas, baginya tiada bidang yang terikat untuk dikaji, asalkan dilakukan mengikut minat dan ilhamnya. Dia juga pernah mengkaji anatomi manusia, dimana dia pernah membedah mayat-mayat termasuk mayat wanita mengandung dan melukisnya kembali untuk tujuan katelog.

Korang pasti pernah mendengar novel Da Vinci Code karya Dan Brown, malah novel yang dicetak lebih 3 juta salinan itu juga pernah difilemkan. Nak dijadikan cerita bahawa pemikiran mamat ini hebat. Malah kajian baru-baru ini juga yang dimuatkan dalam surat khabar Kosmo mendedahkan bahawa dalam gambar Mona Lisa, dibahagian matanya  ada tertulis simbol kemungkinan satu code. Katanya code berkenaan merupakan namanya.  Lukisan code yang paling terkenal yang pernah aku tahu, kalau tak silap pernah disiarkan dalam Discovery Channel tahun lepas dalam lukisan seperti dibawah ini.

 
St. John and Jesus from The Last Supper

Dalam lukisan ada code berkaitan simbol huruf M. Pengkaji mengatakan simbol ini mewakili makna-makna tertentu yang ingin disampaikan oleh Da Vinci. Tapi itu bukan yang aku nak cerita (dah telajak). Aku nak bagi tahu bahawa dalam rancangan yang aku baru tengok ini. Gambar mona lisa (Rajah 1) yang dilukis Da Vinci dan gambar-gambar lain yang pernah dilukisnya, contoh gambar lukisan wajahnya sendiri ( Rajah 2) .

Rajah 1

(Rajah 2)

Menurut pendapat pengkaji yang terdahulu. Lukisan Mona Lisa ini merupakan seorang wanita iaitu isteri kepada awan Da Vinci. Itu kenyataan pengkaji awal. Tapi rupa-rupa, hang tau tak. Gambar Mona Lisa merupakan gambar wajah Leonardo Da Vinci sebenarnya. Menurut rancangan berkenaan. Leonardo suka melukis potret yang menyerupai wajahnya. Malah jika dikaji struktur geometri pada semua lukisan Da Vinci, semua lukisan itu dilukis sama dengan geometri muka Leonardo. Sama seperti gambar yang aku edit sendiri seperti mana yang dibuat dalam rancangan berkenaan (Rajah 3).
(Rajah 3. Gambar yang aku edit)

Bukan nak kata mamat ni pondan or apa. Bukan, cuma nak kata bahawa bukan senang untuk melukis sesuatu wajah dengan menggunakan kaedah geometri yang sama dalam semua lukisan yang dilukis. Dimana wajah individu atau manusia mengikut teori mempunyai bentuk geometri yang berlainan dan sukar untuk disesuaikan. Tetapi mamat boleh buat. Malah mengikut teori juga. Mamat ni sebenarnya yang mencipta kamera atau gambar. Cuma gambar yang dihasilkan itu dicetak diatas kain dan bukannya di atas kertas. Tapi sayang, sepandai-pandai manusia. Mereka tetap tak dapat mengkaji kehebatan kebenaran tuhan. Jika Leonardo dapat mengkajinya dan menghuraikannya tentu dia sudah memilih agama Islam.  Jadi Moral of the story , bahawa Nur Hidayah itu milik tuhan, tak kira dia paling bijak, atau paling tak pandai. Yang menemukan kebenaran agama, bukan kepintaran manusia. Tetapi hak daripada Allah. 


19 December 2010

Jom Sembang Topik : Malaysia tetap hormati ajaran Syiah di negara lain.

  Malaysia sentiasa terbuka dalam hubungan diplomatik dan mengiktiraf fahaman Syiah yang diamalkan oleh negara-negara Arab seperti Iran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tetap mengharamkan fahaman Syiah diamalkan di negara ini ekoran terdapat beberapa faktor yang boleh mengelirukan orang Islam dan bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan oleh rakyat Islam di Malaysia.

"Jika ada dua mazhab di negara ini mungkin akan berlaku pertumpahan darah kerana masyarakat Islam berbeza pendapat seperti yang berlaku terhadap masyarakat Islam Pakistan dan Iraq.

 (Petikan http://www.malaysiakini.com/news/151198)

Penulis Terbuka laman web MalaysiaKini.com, ada satu artikel bertajuk  Malaysia tetap hormat ajaran Syiah di negara lain. Walaupun penulis menghormati dan kagum dengan tokoh Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Ayatollah Ruhollah Khatami. Tapi tidak bermakna penulis mengiktifar agama ini. Pengiktirafan cuma pada corak peribadi sesetengah individu dalam fahaman ini. Kerana kagum dengan sifat zuhud dan amanah pada jiwa mereka berbanding sesetengah pemimpin dalam dunia Islam yang sebenarnya dan bukan pada fahaman Syiah mereka. Nabi s.a.w pernah berkata  bahawa Umat Islam ini pula berpecah kepada tujuh puluh tiga.Tujuh puluh dua daripadanya dalam neraka cuma satu sahaja dalam syurga.  Iaitu ahli sunnah waljamaah.


Ahmadinejad tidak kisah tidur dimana-mana. Kerana dia sudah biasa hidup secara sederhana. Tidak seperti pemimpin-pemimpin dunia lain, mahupun pemimpin daripada negara Islam.


Kalau ikut sejarah Puak ini berpendapat bahawa Saiyidina Ali sahaja yang berada di pihak yang benar.Puak ini jugalah yang menyatakan bahawa Ali yang berhak memegang jawatan khalifah.Mereka merasakan sesiapa sahaja yang memusuhi Saiyidina ‘Ali semata-mata ingin merebut jawatan tersebut adalah dikalangan orang-orang yang zalim.Lebih keterlaluan dan melampau mereka dengan mudah berpendapat bahawa Saiyidina Ali adalah orang yang paling layak menerima perlantikan sebagai khalifah islam terlebih dahulu berbanding Saiyidina Abu Bakar,’Umar dan Uthman selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.

Penulis pernah terbaca buku bertajuk Himpunan kisah-kisah benar : antara keberanian, kepalsuan & kepahlawanan terbitan Pustaka Ilmi (1998). Tertarik dengan kisah pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Pembunuh yang membunuh Sayyidina Husain mengikut buku ini merupakan Syiah Kufah melalui Abu mikhnaf lut bin yahya dan konco-konconya. Penulis masih ingat kata-kata ustaz Masjid Ladang sewaktu kuliah Maghrib. Dia pernah berkata, ada kawanya daripada golongan syiah bergegas pulang ke Iran, pada tarikh berkenaan. Padahal dia berada di Mekkah ketika itu. Dia bertanya kenapa, dia berkata bahawa dia ini merayakan perayaan Syiah. Dan bagi pengikut Syiah, Iran lebih menjadi keutamaan daripada Mekkah.  Pada 10 Muharram puak Syiah Kufar akan menyabut satu  perayaan dimana mereka akan menyeksa diri sebagai tindakan penyesalan  yang mereka lakukan. Perayaan ini dianggap sebagai menghapuskan dosa mereka.


Sedang menyebat diri mereka sendiri.

Perayaan ini merupakan hari penyesalan pengikut Syiah di Kufah setelah mereka membunuh Sayyidina Husein di Kufah. Ini di mana, merekalah yang menjemput al-Husein ke Kufah kemudian menipu cucu Rasulullah lalu membunuhnya. Ini dijelaskan dengan nyata oleh penulis Syiah Muhsin al-Amin dalam kitabnya A'yan al-Syiah dan Mula Baqir al-Majlisi dalam kitabnya berbahasa Parsi ; Jila' al-Uyun. Kelompok yang telah membunuh al-Husein ini dikenal dalam sejarah sebagai golongan 'al-Tawwabun' (orang-orang yang menyesal). Syiah telah mempropaganda kononya khalifah Yazid bin Mua'wiyah sebagai pembunuh al-Husein dengan meriwayatkan hadis palsu dicipta oleh mereka.

_______________________________________________________________
**Penulis yang menulis ini pun bukan manusia yang sempurna. Anggaplah post ini sebagai perkongsian pendapat kepada diri saya dan sahabat. Kerana mengeluarkan post yang berbentuk isu keagamaan, sedikit membimbangkan berbanding post genre lain. Kerana bimbang pembaca tersalah memahaminya. Oleh itu, jika ada ilmu yang lebih tepat dan perkara itu bertentangan dengan kenyataan saya, dimana sumber itu bersumberkan daripada  orang  yang lebih berilmu. Jadi berpeganglah pada ilmu itu, dan jangan pada saya . Kerana saya juga hanya insan yang jahil dan banyak yang perlu belajar.


Saja-saja


Siapa kata Kucing tak pandai jaga kesihatan. 




** Berhati-hati dengan "Geng Itik kati".


Kalau dapat mamat sekor ini. Akan ku peluk dan gigit....huhu