30 June 2011

saja-saja: Bersih ...Bersihkan dulu mentaliti dan kepentingan.



 
Julai ini akan diadakan perhimpunan Bersih 2.0 untuk menghantar memorandum bantahan kepada Yang Dipertua Agung kerana tuduhan bahawa pilihan raya perlu dilakukan secara tulus. Ini tujuan Bersih yang sebenar di bawah pengerusinya Datuk Ambiga. Sebelum itu penulis mahu jelaskan bahawa penulis bukan seorang yang pro-kerajaan mahupun pembangkang, jauh sekali menyokong pemimpin daripada Permatang Pauh. Ikon  penulis minati merupakan Tok Guru Nik Aziz (Pas) dan Haji Hadi (PAS), Arwah Dato Razali (BN) dan lain-lain pemimpin tidak kira pembangkang mahupun kerajaan. Menjadi keutamaan bagi penulis hanya pemimpin yang boleh menggambarkan akhlak dan aura pemimpin yang sebenar dan mana. Maksudnya pilihlah pemimpin berdasarkan personaliti, akhlak, kepimpinan dan bukannya parti.  Tapi secara realitinya perkara itu agak sukar kerana calon yang dipilih bertanding atas tiket parti. 

Penulis jelaskan bahawa penulis akan sokong jika perkara itu layak untuk disokong dan diperjuangkan ada membawa kebenaran. Perjuangan itu akan diteruskan tak kira melalui bantahan atau mogok. Itu pun, sekiranya perkara berkenaan betul-betul memperjuangkan kebenaran. Tetapi jika berkepentingan, rasanya kita mungkin diperbodohkan. Berkait dengan Bersih, pendapat penulis isu ini hanya isu politik semata-mata. Pendapat peribadi penulis bahawa kedua-dua pihak ada isu, dan rakyat dipergunakan oleh pihak-pihak yang bukannya bertengkar untuk menegakkan kebenaran tetapi kepentingan politik semata-mata.

Di pihak Bersih, terdapat beberapa isu yang berbau politik dan bukannya perjuangan yang diperjuangkan seperti mana tujuan asal penubuhan Bersih. Buktinya beberapa kali pihak SPR datang berjumpa dengan bersih, tetapi Bersih seperti menidakkan sesuatu. Kedua, kenapa perhimpunan ini kemuncaknya sewaktu musim pilihan raya diibaratkan “around the corner”. Jika dilihat hanyalah promosi parti semata-mata mahu mempromosikan parti.

Pihak kerajaan juga sedikit mencurigakan. Ketakutan dan kebimbangan kepada ancaman pihak pembangkang menyebabkan kerajaan melaksanakan beberapa tindakan yang kurang bijak. Penipuan dan fitnah terus berlaku. Ekonomi masih di polisi lama, gaya dan corak kepimpinan semakin lemah berbanding zaman Tun Dr. Mahathir. Ini menyebabkan rakyat marah dan tidak berpuas hati. Gaya dan corak hidup pemimpin yang menghabiskan duit rakyat dan amalan rasuah masih terus berlaku di hadapan mata sejak zaman Dr.Mahathir. Teruk betul kerajaan, semakin lama semakin menjadi-jadi.

Jadi apa yang patut disokong??? Teringat kisah dan contoh pedoman, bagaimana kisah pemilihan pemimpin yang dilakukan seperti mana yang ditonjolkan dalam Islam. Kisah pemilihan khalifah selepas kewafatan Rasulullah merupakan pedoman yang terbaik untuk dicontohi. Mana ada parti seperti pemilihan Abu Bakar, Umar dan Khalifah yang lain. Yang ada hanyalah kepentingan kepada perjuangan dan amanah untuk menegakkan Islam dan tanggungjawab kepada rakyat. Kita diagungkan dengan demokrasi kerana beranggapan bahawa demokrasi adalah sesuatu yang adil. Tetapi kita perlu ingat ideologi demokrasi bukanlah sama seperti musawarah. Kerana hal itu menyebabkan tidak semua demokrasi itu baik.

Minggu lalu keluar dalam akhbar tentang cubaan menghidupkan fahaman komunis. Penulis tertarik kerana, dalam ketidakstabilan politik negara, ada pihak cuba menyelitkan fahaman komunis dalam sebuah negara yang berfahaman demokrasi. Bagi penulis, dunia demokrasi sekarang sama sahaja dengan fahaman komunis.  Demokrasi memperjuangkan ideologi “capitalism” dan perkara ini berlawanan dengan “communism”. Ideologi of democratic, it’s just a greedy scramble ideologi for wealth by the ruling classes. The democratic stand to lose everthing if their countries go communist. Because communists want to abolish private property altogerther. So the capitalist rulers desperately tried to halt the global spread of communism. And the communists, for their part, didn’t exactly stay true to their principles. They also just want to escape class-based society. Because once people have power, they stop caring about equality. It’s make the democratic and communism just same, and the victim are people.

24 June 2011

Pedoman : Sembahyang (shaf)



“Kalau seandainya manusia mengetahui besarnya pahala yang ada pada panggilan (azan) dan shaf pertama kemudian mereka tidak akan mendapatkannya kecuali dengan undian maka pasti mereka akan mengundinya. Dan kalaulah mereka mengetahui besarnya pahala yang akan didapatkan kerana bersegera menuju solat maka mereka pasti akan berlumba-lumba (untuk menghadirinya). Dan kalaulah seandainya mereka mengetahui besarnya pahala yang akan didapatkan dengan mengerjakan shalat isya dan subuh, maka  pasti mereka akan mendatanginya meskipun harus dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 69 dan Muslim no. 437)

“Sebaik-baik shaf kaum laki-laki adalah di depan, dan sejelek-jeleknya adalah paling belakang. Dan sebaik-baik shaf wanita adalah paling belakang, dan sejelek-jeleknya adalah yang paling depan.” (HR. Muslim no. 440)

* Lelaki paling elok berlumba untuk mendapatkan shaf paling depan dan sebaliknya pula bagi wanita shaf yang paling baik merupakan shaf yang paling terbelakang. kerana shaf terbelakang akan mengelakan suara wanita daripada didengari oleh lelaki.




22 June 2011

Pedoman : Sembahyang

Dirikanlah sembahyang kerana dengan sembahyang itu dapat mencegah fasikh dan mungkar. Fasikh merupakan dosa-dosa yang menyebabkan perkara-perkara maksiat dan seks dan mungkar merupakan dosa-dosa yang berkait dengan dosa-dosa seperti mencuri, akhlak, sosial dan sebagainya.

Jadi bagaimana sembahyang dapat mencegah perkara mungkar. Di sini ulama membahagikan martabat sembahyang kepada beberapa bahagian dan salah satu daripadanya merupakan khusyuk .  sebab ada orang Islam yang bersembahyang tetapi tetap melakukan perkara mungkar, kerana apa. Kerana sembahyang orang yang jahil,sembahyang munafik, sembahyang ikut-ikutan, sembahyang yang tidak ikhlas. Jadi sembahyang yang paling elok merupakan sembahyang yang punyai wajah, iaitu khusyuk.

Orang yang bersembahyang merupakan orang yang tenang. Nabi pernah sebut, bahawa sembahyang itu merupakan “kuwatul aini” (ejaan mungkin salah) iaitu bermakna laksana buah hati ku yang sejuk. Oleh itu, orang yang khusyuk dalam solatnya akan sentiasa tenang sama ada daripada masalah atau segalanya.

Erti khusyuk, bermakna iaitu kehadiran fikiran iaitu setiap kalimah-kalimah yang kita ucapkan dalam sembahyang dan setiap perbuatan melahirkan kefahaman apa yang kita baca dan lakukan. Lahir kefahaman ayat-ayat yang kita baca. Ada satu lagi pendapat keselarian yang sempurna antara  kehadiran fikiran hati yang menyerah diri ketika beribadat, dipenuhi pula dengan  keghairahan yang tinggi untuk mengerjakan solat dan roh yang terikat dengan pencipta iaitu Allah. Dengan kata lain, orang yang khusyuk iaitu ingatan-ingatan yang hanya pada Allah, pada ayat-ayat Al-quran , yang berkait dengan sembahyang iaitu ingatan-ingatan yang berkaitan sahaja, itulah yang dinamakan khusyuk, manakala jika ada ingatan-ingatan luar, yang tidak berkaitan dengan sembahyang seperti yang diterangkan iaitu ingatan-ingatan luar ini merupakan satu perkara yang tidak khusyuk. Manakala menurut Dr. Yussof Qordowi (ejaan mungkin salah) mengatakan abhawa anggota solat memainkan tugasnya seperti rukuk dan sebagainya, mulut kita baca, telinga kita dengar apa yang kita baca dan otak menterjemah apa yang kita baca dan itulah yang dimaksudkan dengan keselarian yang disebut dalam perlakuan, tingkah laku, bacaan, dan sebagainya.

19 May 2011

saja-saja : Anime Studio Ghibli.

 Ada banyak lagi. Tapi lupa letak mana, adik penulis biasa pinjam lepas tu buat hilang...huhuhu

Studio Ghibli merupakan sebuah filem studio untuk animasi yang ditubuhkan sejak tahun 1985 oleh Hayao Miyazaki. Hayao Miyazaki ini merupakan seorang pengarah filem animasi yang paling penulis kagumi. Beliau pernah memenangi anugerah Oscar untuk filem Spirit Away. Spirit Away merupakan filem pertama yang penulis tonton dan terus jatuh cinta dengan hasil-hasil karya beliau. Penulis sentiasa mengumpul hasil karya beliau seperti Castle in the Sky, My Neighbor Totoro, Kiki's Delivery Service, only Yesterday, Pom Poko, Whisper of the Heart, Princess Mononoke, Ponyo, Tales From Arrientty (kerjasama dengan anak beliau). Apa yang seronok dengan cerita filem beliau berbanding filem lain. Satu je penulis boleh katakan, iaitu "Falsafah dan Budaya" berlatarkan satu plot yang disusun secara realisma iaitu ada kebenaran dan mesej setiap apa yang hendak disampaikan. Filem yang kebanyakan mengetengahkan sifat kasih sayang dan kemanusiaan. Masuk universiti ini jarang dah kisah berkaitan benda-benda macam ini. Bila kemas bilik, terjumpa cd-cd anime yang dikumpulkan waktu budak-budak dulu. Saja je nak kongsi. Ini antara sinopsis berkaitan movie-movie daripada studio ghibli yang penulis kumpul sewaktu di alam sekolah menengah.

Castle in the Sky

Kisah yang berkaitan sebuah dunia yang penuh dengan pencemaran alam akibat perang dunia yang menghancurkan sistem udara dunia. Bagaimana seorang puteri yang mempunyai sifat kasih sayang dan berhati waja berjaya menyatukan dunia yang berperang antara kebaikan dan kejahatan.


Grave of the Fireflies

Kisah berkaitan seorang abang bersama adiknya selepas perang dunia kedua. Bagaimana dua beradik ini kehilangan keluarga tercinta kerana bahana peperangan. Hayao Miyazaki (pengarah) berjaya menimbulkan sifat simpati dan kesedihan daripada filem ini. Babak bagaimana seorang abang yang sentiasa bekerja untuk menjaga adiknya. Babak yang menitis air mata penulis merupakan babak di mana adiknya makan kek yang dibuat daripada pasir akibat terlalu lapar, lalau abangnya menangis kerana terlalu sedih melihat kelaparan adik kecilnya yang sentiasa tersenyum. Memang jujur, first time menangis tengok cerita yang betul-betul menyentuh sifat kemanusiaan penulis. Kisah yang cukup cantik tetapi ending yang cukup sedih. Adik nya mati kerana kebuluran, dan abang di akhir cerita digambarkan keadaan nazak di sebuah stesen kereta api kerana terlalu lapar akibat bahan peperangan di Jepun. Serius…serius..seriusss sedih.Kalau korang tak menangis memang korang bukan manusia ar....


My Neighbor Totoro

Kisah di mana sebuah keluarga yang berpindah ke sebuah rumah lama. Di rumah berkenaan tinggal satu keluarga makhluk yang bernama Toroto (cute). Kisah berkaitan jalinan hubungan antara adik-beradik. Bagaimana seorang kakak menjaga kerenah adik kecilnya. Yang paling menarik bagaimana budaya dan persekitaran desa di jepun dilukis dengan cukup cantik.

Kiki's Delivery Service

Kisah fantasi yang cukup menarik. Kisah berkaitan ahli sifir. Susunan jalan cerita yang menarik dan penuh dengan kejutan. Kisah berkaitan seorang gadis remaja yang hidup dalam masyarakat yang mengamalkan sihir. Pengarah berjaya menyelitkan falsafah kebenaran yang sentiasa mencapai kemenangan apabila bertemu dengan kejahatan. 



Only Yesterday

Kisah keluarga yang hidup dalam satu kejiranan. Bagaimana seorang gadis remaja hidup dalam sebuah masyarakat di rumah teres hidup. Filem ini menggambarkan dan mengetengahkan kehidupan masyarakat Jepun yang hidup di bandar. Budaya berkaitan masyarakat Jepun yang sentiasa dalam kesibukan dan ke tidak urusan seorang gadis membuatkannya memberontak. Tetapi apabila berjumpa dengan seorang remaja lelaki yang membuat Biola menyebabkan dia bermotivasi untuk terus belajar mengejar cita-cita.


Porco Rosso

Kisah berkaitan sebuah kisah penyiasatan. Tak ingat mana kisah ini. Tetapi kisahnya lucu. Cuma wataknya (babi) je yang tak sesuai.


Pom Poko 

Kisah berkaitan kehidupan sekumpulan Musang yang berupaya mengubah diri menjadi pelbagai benda(mengikut kepercayaan Jepun). Kehidupan mereka terganggu akibat aktiviti manusia yang merosakkan alam sekitar untuk pembinaan bandar. Akhirnya mereka bekerjasama untuk menghalau manusia dengan pelbagai cara yang melucukan. Filem ini cuba mengetengahkan sikap manusia yang sentiasa merosakkan dan mencemarkan alam sekitar dan hutan untuk tujuan pembangunan.


Princess Mononoke

Kisah prasejarah, bagaimana lagenda jepun berkaitan konflik antara haiwan dan manusia diketengahkan. Kisah seorang Putera yang bertemu dengan seorang puteri yang dibesarkan oleh serigala. Terdapat satu kuasa jahat yang cuba menggugat keseimbangan alam yang membawa ancaman kepada kehidupan manusia dan haiwan. Bagaimana kedua-dua hidupan boleh bekerjasama untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Konflik antara dendam banyak diketengahkan dalam cerita ini. Tetapi plot cukup cantik disusun.



Spirited Away

Kisah paling famous. Kisah seorang anak yang terpaksa bekerja di sebuah rumah mandi untuk hantu. Gadis itu terpaksa bekerja untuk membayar hutang makanan yang tidak sengaja dimakan oleh ibu bapa , yang akhirnya bertukar menjadi babi. Kisah kegigihan dan semangat seorang gadis melawan kejahatan seorang ahli sihir. Yang akhirnya ahli sihir itu menjadi baik dan terpaksa akur dengan kebaikan gadis berkenaan. Plot yang cukup cantik dan di luar imaginasi penonton. Mesti tonton .



The Cat Returns

Sesuai untuk penggemar kucing. Kisah berkaitan seorang remaja yang telah menyelamatkan seekor kucing. Akhirnya seorang maharaja kucing tertarik hati dengan gadis berkenaan dan cuba mengahwininya. Tetapi gadis berkenaan tidak sudi dan diselamatkan oleh seorang putera kucing(golongan bangsawan). Kalau nak tahu, tengok sendiri lah. Memang cantik susunan plot cerita dia.



Howl's Moving Castle

Cerita kisah seorang gadis yang disumpah oleh ahli sihir menjadi tua. Dia akhirnya terpaksa bekerja dengan seorang jejaka yang juga ahli sihir untuk membebaskan dirinya daripada sumpahan berkenaan. Plot yang menarik yang penuh fantasi. Penuh falsafah tentang kehidupan. Memang menarik. Mesti tonton.



Tales from Earthsea

Kisah seorang putera raja yang bertukar menjadi seekor naga. Kisah pada zaman dahulu. Lukisan yang cantik dan jalan cerita yang menarik. Sedikit lari daripada tema sedia ada kerana filem ini mengetengahkan budaya kehidupan pada zaman Inggeris. Berbeza dengan filem-filem yang lain yang banyak mengetengahkan budaya Jepun. Ini mungkin sebab filem ini dihasilkan oleh anak kepada pengarah Miyazuki.



Ponyo

Kisah yang kompleks. Bagaimana persahabatan antara makhluk yang hidup di lautan yang bernama Ponyo dan seorang budak lelaki yang masih belajar di tadika. Ponyo merupakan sebuah ciptaan daripada seorang pencipta yang hidup di dasar laut. Ponyo merupakan makhluk yang berjiwa keanak-anakan. Pertemuan dengan budak lelaki telah mendidik dirinya dengan sifat kemanusiaan, budak berkenaan telah mengubah ponyo menjadi manusia yang akhirnya membawa kepada ke tidak seimbangan ekosistem alam antara laut dan daratan. (rasanya pengarah cuba ketengahkan unsur alam seperti darat dan lautan saling memerlukan antara satu sama lain )  


**Penulis bukan kaki anime, tetapi tengok juga cerita yang diketengahkan itu berkualiti atau tidak.


18 May 2011

Komentar Buku : Where good ideas come from : The natural history of innovation.




Where good ideas come from : The natural history of innovation oleh Steven Johnson (2010) telah mengambil masa selama lima tahun untuk mengkaji daripada mana punca sebuah idea yang baik terhasil. Ia merupakan satu persoalan yang timbul daripada seorang individu yang inginkan sesuatu yang kreatif. Steven melihat daripada sudut perspektif persekitaran. Apa ruang yang menyediakan kepada sebuah idea yang kreatif. Terdapat beberapa paten corak ilham yang membawa kepada sebuah idea yang baik. Satu paten dinamakan “Slow hunch” ilham perlahan yang mengambil masa yang lama untuk berevolusi. Banyak kisah penciptaan dalam dunia ini yang berkaitan dengan paten idea bercorak “slow hunch”. Contohnya bagaimana idea untuk menghasilkan rangkaian web pertama. Tim  Berners Lee orang yang pertama menghasilkan rangkaian web pertama dunia mengambil masa yang agak lama untuk mencipta penemuan ini.  Beliau mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menghasilkan ciptaannya. Dan penemuan ini tidak bermula secara mendadak, dia bermula secara sedikit demi sedikit dengan projek kecil sehingga dihimpunkan  untuk menghasilkan sebuah web yang lengkap. Kesimpulannya ilham yang kecil perlu bertemu dan dikumpulkan untuk menjadi sebuah ilham yang lebih besar dan ia memakan masa yang lama. Penting melihat daripada paten inovasi sebuah penciptaan secara saintifik bermula daripada ilham-ilham yang sentiasa diperbaharui. Contohnya, seorang saintis membaik pulih idea yang lama menjadikan idea berkenaan lebih baik.


04 May 2011

Saja-saja : review buku......semoga berjaya.

Cuti semester sudah tiba….
Kawan-kawan  datang dan pergi, silih berganti, yang tinggal hanya kenangan dan ingatan. Semoga kekal abadi dalam benak fikiran. Cuti panjang, tesis perlu disiapkan sewaktu cuti semester. Mungkin kerja, rugi pada duduk buang masa. Tapi yang paling penting, azam untuk review semua buku yang lebih 70 buah yang dibeli semester ini. Semuanya dibawa balik ke rumah, insya Allah akan cuba habiskan dalam masa 4 bulan ini. Semua buku bergenre ilmiah, dan mungkin cuba buat ringkasan daripada bacaan berkenaan. Moga-moga tercapai azam ini.

 Sebahagian buku........

24 April 2011

Karya : Ribut Peperangan

Ribut Peperangan

Hari ini hujan lebat membasahi alam
Segala penghuni lari bergelimpangan
Berlari mencari perlindungan
Menyelamatkan diri daripada kebasahan
Suasananya sunyi sepi
Yang ada hanya
Kilauan kilat sambung menyabung
    Menerangi langit
Dentuman guruh saling berdentuman
        Bagai petanda hujan berhenti
Tetapi , adakah ini rasanya di sana.

YANG…………
Segala penghuni lari menangis ketakutan
Berlari mencari belas kasihan
Menyelamatkan diri daripada kematian
Suasananya musnah
Yang ada hanya
Kilauan letupan silih berpancaran
    Menghancurkan landskap alam
Dentuman bom saling bergantian
        Tiada petanda pengakhiran.

Adakah ini rasanya di sana
Tidak..tidak…tidakkkkk
Di sini aku dalam kemewahan dan kesenangan
Yang melalaikan aku daripada kewajipan
Sampai waktu giliran aku
Pula untuk ketemu dengan kehancuran
Itu janji peringatan tuhan, terpateri kukuh dalam Al –Quran.






UPM,
Minggu peperiksaan...