Ada banyak lagi. Tapi lupa letak mana, adik penulis biasa pinjam lepas tu buat hilang...huhuhu
Studio Ghibli merupakan sebuah filem studio untuk animasi yang ditubuhkan sejak tahun 1985 oleh Hayao Miyazaki. Hayao Miyazaki ini merupakan seorang pengarah filem animasi yang paling penulis kagumi. Beliau pernah memenangi anugerah Oscar untuk filem Spirit Away. Spirit Away merupakan filem pertama yang penulis tonton dan terus jatuh cinta dengan hasil-hasil karya beliau. Penulis sentiasa mengumpul hasil karya beliau seperti Castle in the Sky, My Neighbor Totoro, Kiki's Delivery Service, only Yesterday, Pom Poko, Whisper of the Heart, Princess Mononoke, Ponyo, Tales From Arrientty (kerjasama dengan anak beliau). Apa yang seronok dengan cerita filem beliau berbanding filem lain. Satu je penulis boleh katakan, iaitu "Falsafah dan Budaya" berlatarkan satu plot yang disusun secara realisma iaitu ada kebenaran dan mesej setiap apa yang hendak disampaikan. Filem yang kebanyakan mengetengahkan sifat kasih sayang dan kemanusiaan. Masuk universiti ini jarang dah kisah berkaitan benda-benda macam ini. Bila kemas bilik, terjumpa cd-cd anime yang dikumpulkan waktu budak-budak dulu. Saja je nak kongsi. Ini antara sinopsis berkaitan movie-movie daripada studio ghibli yang penulis kumpul sewaktu di alam sekolah menengah.
Castle in the Sky
Castle in the Sky
Kisah yang berkaitan sebuah dunia yang penuh dengan pencemaran alam akibat perang dunia yang menghancurkan sistem udara dunia. Bagaimana seorang puteri yang mempunyai sifat kasih sayang dan berhati waja berjaya menyatukan dunia yang berperang antara kebaikan dan kejahatan.
Grave of the Fireflies
Kisah berkaitan seorang abang bersama adiknya selepas perang dunia kedua. Bagaimana dua beradik ini kehilangan keluarga tercinta kerana bahana peperangan. Hayao Miyazaki (pengarah) berjaya menimbulkan sifat simpati dan kesedihan daripada filem ini. Babak bagaimana seorang abang yang sentiasa bekerja untuk menjaga adiknya. Babak yang menitis air mata penulis merupakan babak di mana adiknya makan kek yang dibuat daripada pasir akibat terlalu lapar, lalau abangnya menangis kerana terlalu sedih melihat kelaparan adik kecilnya yang sentiasa tersenyum. Memang jujur, first time menangis tengok cerita yang betul-betul menyentuh sifat kemanusiaan penulis. Kisah yang cukup cantik tetapi ending yang cukup sedih. Adik nya mati kerana kebuluran, dan abang di akhir cerita digambarkan keadaan nazak di sebuah stesen kereta api kerana terlalu lapar akibat bahan peperangan di Jepun. Serius…serius..seriusss sedih.Kalau korang tak menangis memang korang bukan manusia ar....
My Neighbor Totoro
Kisah di mana sebuah keluarga yang berpindah ke sebuah rumah lama. Di rumah berkenaan tinggal satu keluarga makhluk yang bernama Toroto (cute). Kisah berkaitan jalinan hubungan antara adik-beradik. Bagaimana seorang kakak menjaga kerenah adik kecilnya. Yang paling menarik bagaimana budaya dan persekitaran desa di jepun dilukis dengan cukup cantik.
Kiki's Delivery Service
Kisah fantasi yang cukup menarik. Kisah berkaitan ahli sifir. Susunan jalan cerita yang menarik dan penuh dengan kejutan. Kisah berkaitan seorang gadis remaja yang hidup dalam masyarakat yang mengamalkan sihir. Pengarah berjaya menyelitkan falsafah kebenaran yang sentiasa mencapai kemenangan apabila bertemu dengan kejahatan.
Only Yesterday
Kisah keluarga yang hidup dalam satu kejiranan. Bagaimana seorang gadis remaja hidup dalam sebuah masyarakat di rumah teres hidup. Filem ini menggambarkan dan mengetengahkan kehidupan masyarakat Jepun yang hidup di bandar. Budaya berkaitan masyarakat Jepun yang sentiasa dalam kesibukan dan ke tidak urusan seorang gadis membuatkannya memberontak. Tetapi apabila berjumpa dengan seorang remaja lelaki yang membuat Biola menyebabkan dia bermotivasi untuk terus belajar mengejar cita-cita.
Porco Rosso
Kisah berkaitan sebuah kisah penyiasatan. Tak ingat mana kisah ini. Tetapi kisahnya lucu. Cuma wataknya (babi) je yang tak sesuai.
Pom Poko
Kisah berkaitan kehidupan sekumpulan Musang yang berupaya mengubah diri menjadi pelbagai benda(mengikut kepercayaan Jepun). Kehidupan mereka terganggu akibat aktiviti manusia yang merosakkan alam sekitar untuk pembinaan bandar. Akhirnya mereka bekerjasama untuk menghalau manusia dengan pelbagai cara yang melucukan. Filem ini cuba mengetengahkan sikap manusia yang sentiasa merosakkan dan mencemarkan alam sekitar dan hutan untuk tujuan pembangunan.
Princess Mononoke
Princess Mononoke
Kisah prasejarah, bagaimana lagenda jepun berkaitan konflik antara haiwan dan manusia diketengahkan. Kisah seorang Putera yang bertemu dengan seorang puteri yang dibesarkan oleh serigala. Terdapat satu kuasa jahat yang cuba menggugat keseimbangan alam yang membawa ancaman kepada kehidupan manusia dan haiwan. Bagaimana kedua-dua hidupan boleh bekerjasama untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Konflik antara dendam banyak diketengahkan dalam cerita ini. Tetapi plot cukup cantik disusun.
Spirited Away
Kisah paling famous. Kisah seorang anak yang terpaksa bekerja di sebuah rumah mandi untuk hantu. Gadis itu terpaksa bekerja untuk membayar hutang makanan yang tidak sengaja dimakan oleh ibu bapa , yang akhirnya bertukar menjadi babi. Kisah kegigihan dan semangat seorang gadis melawan kejahatan seorang ahli sihir. Yang akhirnya ahli sihir itu menjadi baik dan terpaksa akur dengan kebaikan gadis berkenaan. Plot yang cukup cantik dan di luar imaginasi penonton. Mesti tonton .
The Cat Returns
Sesuai untuk penggemar kucing. Kisah berkaitan seorang remaja yang telah menyelamatkan seekor kucing. Akhirnya seorang maharaja kucing tertarik hati dengan gadis berkenaan dan cuba mengahwininya. Tetapi gadis berkenaan tidak sudi dan diselamatkan oleh seorang putera kucing(golongan bangsawan). Kalau nak tahu, tengok sendiri lah. Memang cantik susunan plot cerita dia.
Howl's Moving Castle
Cerita kisah seorang gadis yang disumpah oleh ahli sihir menjadi tua. Dia akhirnya terpaksa bekerja dengan seorang jejaka yang juga ahli sihir untuk membebaskan dirinya daripada sumpahan berkenaan. Plot yang menarik yang penuh fantasi. Penuh falsafah tentang kehidupan. Memang menarik. Mesti tonton.
Tales from Earthsea
Kisah seorang putera raja yang bertukar menjadi seekor naga. Kisah pada zaman dahulu. Lukisan yang cantik dan jalan cerita yang menarik. Sedikit lari daripada tema sedia ada kerana filem ini mengetengahkan budaya kehidupan pada zaman Inggeris. Berbeza dengan filem-filem yang lain yang banyak mengetengahkan budaya Jepun. Ini mungkin sebab filem ini dihasilkan oleh anak kepada pengarah Miyazuki.
Ponyo
Kisah yang kompleks. Bagaimana persahabatan antara makhluk yang hidup di lautan yang bernama Ponyo dan seorang budak lelaki yang masih belajar di tadika. Ponyo merupakan sebuah ciptaan daripada seorang pencipta yang hidup di dasar laut. Ponyo merupakan makhluk yang berjiwa keanak-anakan. Pertemuan dengan budak lelaki telah mendidik dirinya dengan sifat kemanusiaan, budak berkenaan telah mengubah ponyo menjadi manusia yang akhirnya membawa kepada ke tidak seimbangan ekosistem alam antara laut dan daratan. (rasanya pengarah cuba ketengahkan unsur alam seperti darat dan lautan saling memerlukan antara satu sama lain )
**Penulis bukan kaki anime, tetapi tengok juga cerita yang diketengahkan itu berkualiti atau tidak.