18 May 2011

Komentar Buku : Where good ideas come from : The natural history of innovation.




Where good ideas come from : The natural history of innovation oleh Steven Johnson (2010) telah mengambil masa selama lima tahun untuk mengkaji daripada mana punca sebuah idea yang baik terhasil. Ia merupakan satu persoalan yang timbul daripada seorang individu yang inginkan sesuatu yang kreatif. Steven melihat daripada sudut perspektif persekitaran. Apa ruang yang menyediakan kepada sebuah idea yang kreatif. Terdapat beberapa paten corak ilham yang membawa kepada sebuah idea yang baik. Satu paten dinamakan “Slow hunch” ilham perlahan yang mengambil masa yang lama untuk berevolusi. Banyak kisah penciptaan dalam dunia ini yang berkaitan dengan paten idea bercorak “slow hunch”. Contohnya bagaimana idea untuk menghasilkan rangkaian web pertama. Tim  Berners Lee orang yang pertama menghasilkan rangkaian web pertama dunia mengambil masa yang agak lama untuk mencipta penemuan ini.  Beliau mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menghasilkan ciptaannya. Dan penemuan ini tidak bermula secara mendadak, dia bermula secara sedikit demi sedikit dengan projek kecil sehingga dihimpunkan  untuk menghasilkan sebuah web yang lengkap. Kesimpulannya ilham yang kecil perlu bertemu dan dikumpulkan untuk menjadi sebuah ilham yang lebih besar dan ia memakan masa yang lama. Penting melihat daripada paten inovasi sebuah penciptaan secara saintifik bermula daripada ilham-ilham yang sentiasa diperbaharui. Contohnya, seorang saintis membaik pulih idea yang lama menjadikan idea berkenaan lebih baik.


1 comment:

  1. Salam..manusia mempunyai kuasa minda yang kuat. Mahu digunakan atau tidak terpulang kepada individu masing2 kerana setiap idea untuk direalisasikan mempunyai pengorbanan secara meluas. Bukan hanya teori semata-mata. Good article.

    ReplyDelete