Dirikanlah sembahyang kerana dengan sembahyang itu dapat mencegah fasikh dan mungkar. Fasikh merupakan dosa-dosa yang menyebabkan perkara-perkara maksiat dan seks dan mungkar merupakan dosa-dosa yang berkait dengan dosa-dosa seperti mencuri, akhlak, sosial dan sebagainya.
Jadi bagaimana sembahyang dapat mencegah perkara mungkar. Di sini ulama membahagikan martabat sembahyang kepada beberapa bahagian dan salah satu daripadanya merupakan khusyuk . sebab ada orang Islam yang bersembahyang tetapi tetap melakukan perkara mungkar, kerana apa. Kerana sembahyang orang yang jahil,sembahyang munafik, sembahyang ikut-ikutan, sembahyang yang tidak ikhlas. Jadi sembahyang yang paling elok merupakan sembahyang yang punyai wajah, iaitu khusyuk.
Orang yang bersembahyang merupakan orang yang tenang. Nabi pernah sebut, bahawa sembahyang itu merupakan “kuwatul aini” (ejaan mungkin salah) iaitu bermakna laksana buah hati ku yang sejuk. Oleh itu, orang yang khusyuk dalam solatnya akan sentiasa tenang sama ada daripada masalah atau segalanya.
Erti khusyuk, bermakna iaitu kehadiran fikiran iaitu setiap kalimah-kalimah yang kita ucapkan dalam sembahyang dan setiap perbuatan melahirkan kefahaman apa yang kita baca dan lakukan. Lahir kefahaman ayat-ayat yang kita baca. Ada satu lagi pendapat keselarian yang sempurna antara kehadiran fikiran hati yang menyerah diri ketika beribadat, dipenuhi pula dengan keghairahan yang tinggi untuk mengerjakan solat dan roh yang terikat dengan pencipta iaitu Allah. Dengan kata lain, orang yang khusyuk iaitu ingatan-ingatan yang hanya pada Allah, pada ayat-ayat Al-quran , yang berkait dengan sembahyang iaitu ingatan-ingatan yang berkaitan sahaja, itulah yang dinamakan khusyuk, manakala jika ada ingatan-ingatan luar, yang tidak berkaitan dengan sembahyang seperti yang diterangkan iaitu ingatan-ingatan luar ini merupakan satu perkara yang tidak khusyuk. Manakala menurut Dr. Yussof Qordowi (ejaan mungkin salah) mengatakan abhawa anggota solat memainkan tugasnya seperti rukuk dan sebagainya, mulut kita baca, telinga kita dengar apa yang kita baca dan otak menterjemah apa yang kita baca dan itulah yang dimaksudkan dengan keselarian yang disebut dalam perlakuan, tingkah laku, bacaan, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment