Buku ini buku yang penulis baca setahun yang lalu. Buku yang dibaca merupakan edisi yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Segala isi dan kandungan yang dikupas melibatkan masalah Melayu sewaktu zaman pasca merdeka dan selepas merdeka. Kritikan yang disampaikan turut disertakan dengan cadangan. Tetapi ada bab-bab tertentu yang penulis kurang setuju, contohnya melibatkan isu-isu agama dan sensiitif yang lain. Apa yang menariknya setiap kenyataan yang dibuat turut diselitkian dengan hujah agama dan petikan Al Quran. Walau bagaimanapun, jika kita sentuh berkaitan agama, apa yang penulis dapati kenyataan yang disentuh berbau sedikit fahaman "liberalisma" iaitu persamaan kepada semua aspek. Penulis bukan orang yang arif, tetapi jika menyentuh kepada kefahaman agama yang asas. Bagi penulis ia sedikit bercanggah. Penulis biarkan persoalan ini diselesaikan sendiri oleh pembaca.
Buku kedua Tun Dr Mahathir bertajuk "A Doctor in The House - The Memoirs of un Dr Mahathir Mohamad" yang dijual dalam edisi berbahasa Inggeris yang bernilai sekitar RM 100.00. Buku ini memakan masa selama tujuh tahun untuk disiapkan. Secara umumnya, buku ini mengupas hal-hal berkaitan dengan dengan isu-isu semasa sepanjang pemerintahan Tun sebagai Perdana Menteri. Isu seperti kes Anuar, kes bahasa, kes hubungan Malaysia dengan negara jiran dan sebagainya. Walaupun begitu, menurut pensyarah buku ini hanya mengupas isu-isu yang hanya menutup kembali kesalahan yang lalu. Kita jangan lupa isu dan kenyataan seperti isu penghinaan Nabi, Isu bahasa, isu rasuah dan pelbagai isu penyalah gunaan lain.
Tidak dinafikan penulis hormat dengan pemikiran Tun berkaitan teknologi dan ICT, untuk kemajuan bangsa tetapi pada masa yang sama kita jangan lupa bahawa Tun membunuh bahasa Kita dengan akta yang dikeluarkan dahalu. Ingatkan lagi isu kenyataan Tun dahulu yang menyentuh isu Nabi S.A.W (Lupakah kita dengan kisah Tun Mahathir menghina janggut Nabi? Nabi menyimpan janggut kerana ketiadaan pisau cukur diwaktu itu? Jika Hudud dilaksanaka, maka negara tidak boleh maju kerana ramai orang yang akan kudung tangan. Lupakah kita kata-kata Tun Mahathir itu? Atas pada pembaca untuk membezakan atau kagum beliau sebagai idola. PEnulis tahu kenyataan penulis ini berbaur umpatan dan memburukan beliau. Tetapi kita fikirkan pula, kenyataan yang dikeluarkan untuk Junjungan kita dahulu bagaimana. Siapa idola kita sebenarnya...fikir-fikirkan.
Diharapkan baca dahulu kedua-dua buku sebelum menerima pendapat atau komen penulis. Kerana kenyataan ini berbaur peribadi. Kaji dahulu kebenaran kenyataan yang disampaikan oleh penulis sebelum menjatuhkan hukuman dan pandangan.
(Kagum dengan Zaman Tun Hussin dan Tun Razak.)
nak pinjam.
ReplyDeletenenek...buku tu hamba pinjam dekat library UPM lah...buku yg baru x leh lagi
ReplyDelete