Lama tak post berkaitan komentar buku. Kesibukan tugasan membataskan pembacaan. Banyak lagi buku yang dibeli sewaktu jualan gedung Utusan Publications yang masih belum dibaca spenuhnya. Malam ini beban tugasan dah kurang sikit, kemudian baru balik daripada KTP tengok tayangan filem dakwah.. Jadi boleh dikatakan semangat nak menulis masih ada lagi..hahah.... Kesempatan ini, bolehlah penulis tulis sedikit sinopsis berkaitan buku bertajuk "Keanehan dan keunggulan buku". Buku ini penulis syorkan kepada sesiapa yang cinta dan sayangkan buku, bacalah buku ini. Kebanyakkan kisah di dalam buku ini berkisahkan tentang kisah tokoh-tokoh dengan buku dan keganjilan mereka sama ada sewaktu membaca dan menyimpan bahan bacaan. Banyak info-info yang ada pada buku ini, tetapi jarang kita tahu kewujudan kisahnya. Kisah yang tidak pernah diceritakan oleh media massa berkiatan keganjilan tokoh dunia sama ada dalam bidang sains, politik, dan sebagainya. Contohnya seperti yang penulis petik daripada sinopsis belakang buku berkenaan mengenai John Stewart yang berwasiat supaya dia dikuburkan bersama buku-bukunya. Manakala Isac Volmer dan Theodore Rinking sanggup memakan buku.
Keanehan dan Keunggulan Buku menghimpunkan tulisan penulis tentang keupayaan buku dan perpustakaan dalam mempengaruhi kehidupan manusia. Antara yang menarik diperkatakan ialah membaca sebagai terapi, adab menjaga dan menghormati buku, kuasa sihir novel Harry Potter, kisah penjenayah buku, buku-buku yang mengubah dunia dan mimpi buruk penerbitan novel-E.
Menerusi buku ini, khalayak akan dapat mengikuti perkembangan hayat buku dengan segala keanehan dan keunggulannya, dari zaman tradisional hinggalah era digital. Sejarah membuktikan bahawa buku merupakan wadah kepada kecemerlangan dan keintelektualan bangsa. Bahkan tahap kemajuan sesuatu bangsa ditentukan oleh tahap kemajuan industri bukunya. Kecintaan terhadap buku mendorong penulis untuk melahirkan karya ini bagi tujuan menyedarkan serta mengembalikan minat kepada sesiapa jua yang pernah membaca agar terus membaca. Serius tak rugi baca...kalau ada yang rasa Nerd!!! Giggs!!! atau apa-apa book mania berkaitan isu buku. Bacalah buku ini, memang best.
bro..nk pinjam...mcm bes jek..=)
ReplyDeleteorait
ReplyDeleteits gEEK not giggs! haha
ReplyDeleteEjaan jawa
ReplyDelete