10 July 2011

Info : Edisi 2 "Tengku Abdul Rahman Simpan harta karun"


Agama : Hukum menabur bunga di atas kubur
Berkenaan menabur bunga di atas kubur pula, ia tidak mempunyai apa-apa kesan kepada si mati dan hanya adat semata-mata.

Komen Penulis: sumber dipetik daripada Harian Metro.


Kisah Pedoman : Berkat membaca bismillah...
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah...Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaan mu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

 ***********************************************************************


Bahasa : Bahasa Jepun
Tulisan Jepun merupakan revolusi daripada perkembangan penggunaan aksara tulisan Cina. Tetapi bahasanya tidak sama. Gaya tulisan sama, tetapi bahasanya membawa konotasi berbeza.

Komen penulis: Alah macam bahasa Malaysia dan Indonesia sama sebab tergolong dalam rumpun yang sama. Jadi makna setiap bahasa tidak lari jauh. Tetapi berbeza dengan bahasa Korea, Jepun dan Cina. Korang boleh beli Majalah Dewan Bahasa untuk tahu lebih lanjut mengenai rumpun bahasa.


Budaya : Masyarakat Jepun
Masyarakat Jepun menyambut Hari Tahun Baru pada setiap 1 Januari. Tahun Baru Jepun berasaskan kalendar luna solar Cina dan disambut pada awal musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam sehingga hari ini. Pada tahun 1873, lima tahun selepas Pemulihan Meiji, Jepun menerima guna takwim Gregory, maka hari pertama bulan Januari dijadikan Hari Tahun Baru rasmi di Jepun zaman sekarang. Sambutan Tahun Baru dihargai masyarakat Jepun sebagai salah satu perayaan terpenting yang disambut dengan dipenuhi adat yang unik sejak berabad-abad lamanya.

Komen Penulis : Setiap kali tahun baru tiba, Masyarakat jepun biasa berkumpul bersama keluarga dan pergi ke kuil untuk berdoa. Penulis ada download tentang sejarah budaya Jepun di youtube.


Undang-undang : Boleh berdiam diri.
Sekiranya ditahan, kita boleh bersikap berdiam diri dalam memberi keterangan atau mendapatkan khidmat guaman. Polis tidak berhak memaksa kita bercakap ketika soal-siasat berlangsung.

Komen Penulis : Penulis paling best tengok documentari di Discovery Channel yang bertajuk “The Sheriff”. Cerita berkaitan kaedah polis menjalankan siasatan.
 ***********************************************************************



Kesihatan : Jantung (Bahagian 2)
Tenaga kerja yang dihasilkan oleh jantung boleh mengangkat barang seberat hampir 1,400 kilogram setinggi 30 sentimeter. Ini seumpama berat dua kereta Perodua Kancil. Tenaga yang dijanakan jantung sepanjang hayat seseorang pula boleh mengangkat satu kapal perang besar keluar dari air.

Astronomi : Pasir VS Bintang, siapa yang menang??
Bilangan bintang dilangit melebihi bilangan pasir dibumi.

Teknologi : Motosikal elektik keluaran Modenas
CTRIC-Intelligent Energy keluaran Modenas akan dijual pada harga RM5,000 per unit. Motosikal ini memerlukan masa selama 3 jam setengah untuk dicas penuh. Menggunakan bateri “Nano Gel” sebagai bateri simpanan utama. Rasanya kalau tak silap penulis, bateri berasaskan “gel” merupakan bateri yang lemah dan murah. Sah Modenas nak jimat duit, sebab setahu penulis bateri yang elok merupakan bateri litium yang ada pada laptop korang. Bateri ini banyak digunakan syarikat kereta bertaraf antarbangsa. Kelajuan motosikal ini adalah 65 Km sejam dan kelajuan maksimun merupakan 110 KM.

Komen Penulis : rasanya motosikal ini tidak akan mendapat sambutan daripada Mat rempit, yelah..nak mampus kalau habis minyak dan masa tu kena kejar dengan polis nak isi minyak dekat mana..nak pakai bateri handset.
 ***********************************************************************



Luar Negara : Panggilan Telefon Bimbit Pertama
Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper. Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

Komen penulis : Berat telefon berkenaan bersamaan 0.6 Kg iaitu lebih berat daripada telefon rumah anda....wau...patut zaman dulu handset tak boleh letak dalam poket...koyak poket besar sangat.

Dalam Negara : Tengku Abdul Rahman simpan harta karun.
Sewaktu Tenku Abdul Rahman masih hidup beliau ada simpan banyak hadiah-hadiah pemberian negara lain sewaktu mengadakan lawatan ke luar negara. Selepas sekian lama tidak diketahui, akhirnya keluarga beliau menghadiahkan peti besi berkenaan kepada kerajaan Malaysia. Peti besi ini mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk dibuka oleh dua orang pakar membuka peti. Di dalamnya terdapat pelbagai hadiah yang kebanyakannya dibuat daripada emas seperti gunting emas, pen, permata dan sebagainya. Korang boleh tengoknya di muzium.

Komen penulis : kalau aku tahu aku pergi rompak rumah dia.

 ***********************************************************************


Luar Negara : Gadhafi Vs NATO, Libya Terus sengsara.
Moammar Gadhafi merupakan seorang pemimpin diktator yang memerintah Libya sejak tahun 1960- an lagi apabila berlaku rampasan kuasa. Apa yang menarik mengenai Gadhafi, beliau sekiranya ke luar negara akan ditemani oleh 40 orang askar berani mati. Yang hendak dijadikan cerita askar berkenaan semuanya wanita yang masih dara. Pelik betul. Libya pada hari ini sedang berlaku pergolakan antara pemberontak di bawah sokongan Perancis, Amerika dan NATO. Kenapa Amerika dan Perancis berminat sangat untuk menolong menggulingkan Gadhafi. Tujuannya satu, iaitu menguasai bekalan minyak kerana Libya merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di Afrika. Dunia sekarang di ceroboh secara senyap atas nama demokrasi.

Komen Penulis: Siapa kata demokrasi itu baik. Amerika Syarikat merupakan negara pejuang demokrasi paling aktif di dunia. Tapi adakah Amerika baik???  
"Walaupun ada yang kata tiada demokrasi dalam Islam, tetapi Islam tidak menafikan manfaat demokrasi. "Malah, sistem pilihan raya juga tidak mengongkong syariat Islam daripada terlaksana."Jika ada yang mengatakan kena ketepikan pilihan raya dan kembali kepada sistem syura seperti zaman awal Islam, masalahnya kini tiada sistem khalifah. Bagaimana mahu kembali kepada cara itu, sebab sistem khalifah itu sendiri tidak ada. Demokrasi bergantung kepada matlamat.




Dalam Negara : Perhimpunan Bersih 2.0.
Ramai yang kena tahan. Daripada Datuk Ambiga, Anuar dan my respect person Tuan Haji Hadi.  Pro kerajaan juga ditahan , iaitu Kahiri Jamaludin (salah eja) dan koncu-koncunya. Apa yang hendak ditonjolkan untuk ini semua. Satu sahaja, iaitu inilah gimik dan lakonan politik. Dua-dua parti tak boleh pakai.Negara dan bangsa semakin rosak, lihat kadar jenayah, akhlak, moral dan masalah sosial. Lebih baik tumpukan tenaga untuk menangani masalah ini. Begitu juga membantah kekuasaan penguasa (yang tidak Islami) merupakan kepedulian terhadap kepentingan kaum Muslimin serta termasuk mengurusi persoalan-persoalan mereka. Inilah pengertian politik menurut Islam.

Maknanya, setiap muslim baik seorang itu mendalami agama atau tidak, doktor, guru, ustaz, peniaga, tukang kebun, Pak Jaga atau apa saja pekerjaannya maka adalah wajib untuk mengambil tahu urusan umat Islam seluruhnya. Jikalau hidup sehari-harinya hanya sekadar makan, minum, tidur, berjalan, bekerja  sahaja tanpa mengambil peduli serta peka apa yang berlaku umat Islam seluruhnya, maka ia menyalahi peringatan Baginda SAW. Nak disimpulkan di sini, Kerajaan memang jahat, tetapi cara yang digunakan pembangkang kurang berkesan. Satu pendekatan pradigma baru ...penulis lebih suka pradigma yang lebih kepada menumpukan  pembentukan masyarakat daripada akar umbi, barulah sehingga ke pucuk (pemimpin).

Komen penulis : Jika kukuh akarnya, maka eloklah pucuknya.

 ***********************************************************************

Tokoh Pilihan kali ini : Yusuf Islam satu inspirasi (Seni dan dakwah)
Steven Demetre Georgiou  atau dikenali sebagai Cat Stevens. Beliau merupakan penyanyi pop yang meninggalkan karier muziknya pada tahun 1977. Selepas memeluk Islam. Rasanya ramai yang tahu bagaimana dia memeluk agama Islam. Jadi tak payahlah dipanjangkan.  Beliau meninggalkan dunia hiburan kerana merasakan dunia hiburan terlalu melampau dan kosong.  Walaupun begitu, dia kembali ke arena seni secara aktif selepas 27 tahun menghilang. Dia dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak $1.5 Juta USD dan duit berkenaan digunakan untuk membiayai intitusi pendidikan untuk Masyarakat Muslim di Landon. Dengar khabarnya beliau mengeluarkan album baru dan melakukan pelbagai konsert. Anda semua boleh layari yusufinconcert.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Komen Penulis : peminat Yusuf Islam sejak dia berduit dengan Raihan.


Kata-kata Tokoh pilihan : Yusuf Islam
“I would like to stress that I did not come into contact with any Muslim before I embraced Islam. I read the Qur'an first and realized that no person is perfect. Islam is perfect, and if we imitate the conduct of the Holy Prophet (Sallallahu alayhi wa sallam) we will be successful. May Allah give us guidance to follow the path of the ummah of Muhammad (Sallallahu alayhi wa sallam). Ameen

 ***********************************************************************

Bangunan daripada botol minuman
Bahan-bahannya : 1.5 juta botol plastik , dawai, dan kerangka keluli.

Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan Far Eastern sejak hampir tiga tahun lalu. Bangunan ini hanyalah model bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula. 

Komen penulis : Penulis pernah tonton proses membina bangunan ini, yang  ditayangkan di “How you do it” di Discovery Channel .

 ***********************************************************************


.
Genre Pemikiran :  Abdul Fatah Hasan ( Pengurusan Minda yang Optimum dalam kehidupan) keluaran Utusan, 2008.
Buku yang diterbitkan oleh Utusan. Buku ini menghurapkan fungsi minda dan pemikiran secara meluas dan cuba mengaitkan dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Buku ini ditulis dengan sokongan fakta dan rujukan lebih 100 buah buku yang berkait dengan minda. Kelebihannya buku ini menerangkan fungsi minda dalam aspek pembelajaran dan kehidupan. Jadi anda jika emmbacanya tidak akan melihat minda dalam satu sudut yang sama. Kelemahan, terlalu tepu dengan fakta. pening penulis membacanya.

Komen penulis : kalau korang bukan pakar bedah otak, pebulis nasihat jangan beli.... Buku ini murah, sebab itu penulis beli (masa sales).

 ***********************************************************************


Tak tahu lah nak letak gambar ini status lawak ke cute ...ganjil kot

 ***********************************************************************



Wikileaks merupakan salah satu website yang selalu penulis lawati yang membongkar segala rahsia kerajaan di seluruh dunia.

http://wikileaks.ch/



 ***********************************************************************

Sila tinggalkan komen, kerana selepas ini blog dentroleggerai akan ditulis dalam bentuk format ini. Komen berkaitan genre tajuk sama ada ekonomi, kisah-kisah pelik dna sebagainya. Selain itu, segala maklumat yang dipaparkan di dalam blog ini diambil daripada himpunan maklumat internet, buku, dan akhbar yang penulis baca dan simpan. 

08 July 2011

Info : Edisi 1 "Hang Tuah"

 
Agama : Hukum pakai Loceng kaki
Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.

Kisah Pedoman : Kisah Rasulullah dan pengemis buta

"Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta yang hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berkata, "Wahai saudara ku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anak ku adakah sunnah kekasih ku Rasulullah yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", Tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangi ku", jawab si pengemis buta itu. Apabila dia datang kepada ku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangi ku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan itu", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahi ku sedikit pun, dia tetap mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya melafazkan syahadah di hadapan Abu Bakar r.a. Siapa yg dikehendaki ALLAH kebaikan, nescaya ia akan di berkefahaman mengenai agama.



*************************************************************************


Bahasa : Hang Tuah
Hang Tuah dipercayai menguasai lebih kurang daripada 12 jenis bahasa.

Komen Penulis : Fakta ini penulis petik daripada buku Bangsa, negara dan bahasa keluaran DBP tulisan Jeniri Amir.

Undang-undang : Kalau anda ditangkap Polis (Kad Kuasa)
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.
Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
Putih : Polis Simpanan

Komen Penulis : Sesuai untuk yang nak pergi rusuhan atau mogok.Jadi boleh bersedia awal-awal.



*************************************************************************



Kesihatan : Jantung (Bahagian 1)
Jantung terletak di bahagian tengah dada di antara kedua-dua paru-paru dan bukan di bahagian kiri seperti disangka ramai. Apeks jantung yang menyentuh bahagian kiri dada membuatkan kita merasai denyutan jantung di bahagian itu. Ini menjelaskan salah tanggapan orang ramai mengenai kedudukan jantung. Saiz jantung dewasa besar sedikit daripada genggaman tangan. Beratnya pula antara 300 gram (gm) dan 400gm atau seberat satu tin minuman ringan.

Astronomi : Melepasi graviti
Roket di bumi memerlukan kekuatan tenaga selaju 11.2 km sesaat untuk melepasi tarikan graviti bumi, sebaliknya di bulan cuma memerlukan kekuatan selaju 2.4 km sesaat untuk melepasi tarikan graviti.

Komen Penulis : tahukah korang, di Laurentide Ice, Canada. Terdapat satu kawasan yang tarikan gravitinya amat rendah berbanding tempat lain. Dengan kata lain, Sesiapa yang pergi ke kawasan ini dia akan menjadi ringan walaupun dia agak gemuk..oppsss... terlepas cakap. Ini berlaku kerana kawasan ini mempunyai kepadatan tanah yang amat padat.Setiap objek mempunyai tarikan graviti dan kekuatannya dipengaruhi oleh kepadatan kandungan molekui dalam objek berkenaan. Tak caya, tanyalah pensyarah korang...akak bagi tahu je 

Teknologi : Luizsecurity (Internet)
Nama yang menggegarkan dunia internet. Sebuah kumpulan yang dianggarkan terdiri daripada 6 orang hacker yang bertindak menceroboh IP address web syarikat gergasi seperti SONY, dan menceroboh ruang alamat CIA, Senator US, penyiaran FOX dan lain-lain lagi. Kumpulan ini merupakan serpihan kumpulan Anonymous yang mula ditubuhkan pada tahun 2003. Ketua kumpulan Luizsecurity dipercayai bernama “Sabu” dan berasal daripada New York.

Komen Penulis : Kepada Anti Amerika Syarikat diluar sana teruskan usaha anda.


*************************************************************************


Luar Negara : Revolusi Iran
Revolusi Iran (Enghelab Eslami) merupakan sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki pimpinan Shah kepada sistem Republik Islam oleh Ayatollah Khomeini. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran diinspirasikan Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shahn Mohammad Reza Pahlavi keluar dari Iran.

Revolusi ini adalah sebuah gerakan yang unik kerana kejayaannya mengejutkan seluruh dunia dan juga Amerika Syarikat (peristiwa penawanan kedutaan Amerika Syarikat oleh golongan pelajar universiti Iran di Taheran. Selain itu, revolusi ini bukan  berpunca daripada kekalahan dalam peperangan, krisis kewangan ataupun pemberontakan golongan bawahan mahupun tindakan ketenteraan seperti revolusi-revolusi lain dalam sejarah manusia. Revolusi Iran berlaku untuk menjatuhkan sebuah rejim dan rejim ini digantikan dengan sistem pemerintahan teokrasi yang diundi berdasarkan tahap kemuliaan seseorang itu.

Dalam Negara : Sejarah Wau rasmi setiap negeri
Sejarah Wau Merak di Johor umpamanya berasal dari Sulawesi dan sering dimainkan masyarakat Bugis selepas waktu menuai padi. Manakala, wau rasmi Kelantan dinamakan Puyuh, Selangor (Kapal), Perak (Seri Bulan), Perlis (Helang), Kedah (Kangkang), dan Negeri Sembilan (Seri Negeri). Terengganu pula gah dengan Dodo Helang dan Kelantan (Kebayak) selain Wau Daun dan Wau Kikik yang lebih dikenali sebagai layang-layang Melayu. Namun, hanya Wau Bulan dan Kucing dari Kelantan serta Jala Budi dari Kedah dianggap wau tradisional negara.

Komen Penulis: Lama tak main wau. Teringat tragedi wau penulis terputus sampai jatuh atas jalan raya.

Budaya : Masyarakat Minangkabau
Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat Matrilineal yang terbesar di dunia. Adat ini menyebabkan kaum lelaki Minangkabau merantau untuk mencari ilmu dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau yang mana mereka akan diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula mereka digalakkan untuk meninggalkan kampung halaman untuk mencari pengalaman di dunia luar agar mereka dapat menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari (kampung halaman).

Komen Penulis : Kalau tak silap, awek-awek gadis Minangkabau cantik-cantik berlaka...ehem..ehem




*************************************************************************



Luar Negara : Forum PBB, Ahmadinejad “Singa Asia Barat”
Ahmadinejad yang sinonim dengan gelaran "Singa Asia Barat" sememangnya menantikan pentas antarabangsa seperti itu untuk mengecam tindakan pencabulan hak asasi manusia oleh kuasa-kuasa Barat. Ahmadinejad juga mengulangi kecaman itu sewaktu wawancara dengan beberapa stesen televisyen berbahasa Perancis di Switzerland, sehari selepas ucapan kontroversi itu.

 Ketika disogok dengan pertanyaan mengenai peristiwa Holocaust, Ahmadinejad dengan berani memulangkan soalan dengan bertanya di manakah sebenarnya peristiwa itu terjadi?"Seandainya peristiwa itu benar-benar merupakan sejarah, mengapa pula penduduk Palestin yang menjadi mangsa?" tegas Ahmadinejad.

Komen Penulis : Hidup perjuang anti Israel...i love U

Dalam Negara : Perhimpunan Bersih Vs Perkasa & PEMUDA.
Semua tidak boleh diharap. Semua ada tujuan politik. Wahai pembaca, jangan tertipu dengan parti pembangkang dan mahupun kerajaan. Semua ada agenda politik, bukan untuk bertujuan memperjuangkan hak rakyat.

Komen Penulis : Politik dunia, jangan terbawa-bawa......



*************************************************************************



Tokoh Pilihan kali ini : Recep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri Turki)
Beliau merupakan penyokong kuat ekspedisi pelayaran flotilla ke Gaza iaitu satu misi kemanusiaan membawa bahan bekalan keperluan seharian untuk masyarakat Palestin. Beliau juga pernah mengeluarkan komen kritikan secara terbuka kepada perdana menteri Israel yang kebanyakan pemimpin negara Islam takut untuk keluarkan. Yang paling penting beliau anti Israel. 

Komen Penulis : Penulis pernah melihat rakaman beliau meninggalkan pentas sewaktu forum beliau bersama dengan perdana menteri Israel sehingga semua terkejut dengan tindakan beliau. Sewaktu itu, beliau membidas tindakan biadab Israel. Tengok dalam News BBC. di Astro

Kata-kata Tokoh pilihan : Tariq bin Ziyad
“seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pukla berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian”



*************************************************************************


Genre Sastera : J.M. Aziz (Derita seorang seniman) keluaran DBP, 1993.
Buku yang diterbitkan oleh DBP. Buku ini menghimpunkan beberapa catatan berkaitan pantun dan puisi penulis yang berasal daripada Terengganu ini. Walaupun buta dan hidup dalam kemiskinan. Bakat dan kesungguhan beliau untuk menulis puisi alam tidak pernah padam. Malah arwah Sudirman pernah menggunakan lirik karya beliau yang bertajuk “Penyu Menangis”.

Komen Penulis : Penulis Respect, respect dan kagum pada beliau. Beliau tidak mampu menulis, setiap sajak dan puisinya ditulis oleh anak-anak beliau. Beliau menghidap penyakit kusta.


*************************************************************************


Bahan Pilihan kali Ini : Molotov Cocktail Atau Bom patrol.

Bahan -bahannya : Patrol, Bekas kaca seperti botol 500 ml, Kain, Surat Khabar.

Langkah Pertama , tuangkan patrol ke dalam botol kaca sehingga 3\4 penuh. Kemudian, letakkan kain yang sudah direndam dengan patrol ke dalam botol. Pastikan kain di letakkan secara padat pada permukaan mulut botol. Kemudian balut botol dengan surat khabar. Baiklah puan-puan siaplah Bom Molotov coctail kita. Selamat memcuba..

Komen Penulis : Rasanya hari raya dah dekat, boleh cuba ye...



*************************************************************************


Tajuk : Tips tidur ketika kuliah

Komen Penulis : Kelebihanya anda tidak akan disedari ketika sedang tidur. Kelemahan, Anda perlu repeat subjek berkenaan sebab gagal dalam exam kerana terlalu banyak tidur dalam kelas.








*************************************************************************


Gadjet : Ipad 2 keluaran Apple inc
Menggantikan Ipad pertama dengan fungsi sistem yang lebih pantas iaitu 7 kali lebih laju dengan menggunakan cip A5, lebih nipis iaitu setebal 0.35 inci, dan baterinya mampu bertahan selama 10 jam. selain itu, ipad juga disokong dengan pelbagai perisian dan dianggarkan terdapat lebih kurang 90,000 applikasi iaitu berkali-kali ganda lebih banyak daripada perisian bagi Android. Terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan putih.  Dijual pada harga pasaran serendah RM1499.00 untuk kapasiti 16G. 

Komen penulis : tengah kumpul duit nak rembat benda alah ini...tapi kena sabar dulu sebab duit nak guna untuk mengajar nanti.






______________________________________________________________________
****Sila tinggalkan komen, kerana selepas ini blog dentroleggerai akan ditulis dalam bentuk format ini. Komen berkaitan genre tajuk sama ada ekonomi, kisah-kisah pelik, kisah review movie, review artis ke dan sebagainya. Selain itu, segala maklumat yang dipaparkan di dalam blog ini diambil daripada himpunan maklumat internet, buku, dan akhbar yang penulis baca dan simpan.
______________________________________________________________________

04 July 2011

saja-saja : malang itu tidak berbau...kenapa????

Hari ini ada satu kisah yang ingin aku kongsi. Kisah ini tidak sehebat kisah yang pernah anda dengar. Tetapi sekadar sebuah kisah daripada kisah yang pernah terjadi kepada sesiapa sahaja. Cuma kisah-kisah ini tidak pernah diambil iktibar.

Cuti semester yang panjang ini aku tidak bekerja, bukan malas atau apa. Cuma setiap hari aku perlu menjadi pemandu kepada ayah ku. Setiap hari sama ada pagi, tengah hari dan petang aku perlu menghantar dan mengambil ayah ku di pejabat. Dia tidak boleh memandu. Selepas itu menghantar makanan kepada nenek ku yang duduk di tempat lain. Jadi inilah rutin ku, dan sedikit sebanyak meringankan beban tugas emak ku yang mengajar di sekolah.   Jadi tugas ini sedikit menghalang untuk bekerja. Tetapi ini bukan kisah  yang aku mahu ceritakan.

Kisah yang sebenarnya ini, aku suka menunggang motosikal dengan laju. 8 tahun menunggang motosikal meter selalu terpacak angka 100km sejam dan lebih. Dua kali kemalangan pun tidak mampu menyedarkan perasaan takut. Sehinggalah hari ini.

Seperti biasa, selesai sahaja aku menghantar ayah aku ke pejabat. Aku akan terus memecut motosikal untuk pulang. Aku berhenti di sebelah seorang mamat di sebuah lampu isyarat. Tiba-tiba terdetik, rasa ingin menunjuk-nunjuk dan riak. Apabila bertukar sahaja lampu merah kepada hijau. Terus ku memecut motosikal,  meninggalkannya jauh sambil memotong beberapa buah kereta. Aku tersenyum rasa riak. Tapi tuhan itu maha adil. Kita merasa megah dan mulia. Tetapi sebaliknya kita insan yang hina. Sampai sahaja di rumah. Aku pun parking motosikal seperti biasa. Tiba-tiba aku terbau sesuatu yang busuk. Aku melihat bahagian tayar. Rupa-rupa aku terlanggar najis untuk kali pertama sejak 8 tahun menunggang motosikal. Aku kehairanan sejak bila aku melanggar najis, kerana Jalan yang aku lalui merupakan jalan bandar dan aku tidak melihatnya langsung. Tak pasal-pasal tayar itu terpaksa aku samak dengan air lumpur sebab aku bimbang najis itu najis anjing kerana warna dan baunya yang amat busuk. Pengajarannya, tuhan itu maha adil. Kita merasa megah dan mulia. Tetapi sebaliknya kita insan kecil dan hina. Mungkin kejadian ini merupakan satu peringatan kepada kita bahawa hanya Allah sahaja yang  ada sifat megah dan takbur itu. Dan apabila kita rasa riak, bila-bila masa sahaja dia boleh mengubahnya. Jadi betullah bahawa pepatah mengatakan bahawa  “ malang itu tidak berbau “  kerana jika kita bau malang itu pasti kita akan mengelaknya (najis).


Sorry, tak ada idea.