Hari ini ada satu kisah yang ingin aku kongsi. Kisah ini tidak sehebat kisah yang pernah anda dengar. Tetapi sekadar sebuah kisah daripada kisah yang pernah terjadi kepada sesiapa sahaja. Cuma kisah-kisah ini tidak pernah diambil iktibar.
Cuti semester yang panjang ini aku tidak bekerja, bukan malas atau apa. Cuma setiap hari aku perlu menjadi pemandu kepada ayah ku. Setiap hari sama ada pagi, tengah hari dan petang aku perlu menghantar dan mengambil ayah ku di pejabat. Dia tidak boleh memandu. Selepas itu menghantar makanan kepada nenek ku yang duduk di tempat lain. Jadi inilah rutin ku, dan sedikit sebanyak meringankan beban tugas emak ku yang mengajar di sekolah. Jadi tugas ini sedikit menghalang untuk bekerja. Tetapi ini bukan kisah yang aku mahu ceritakan.

Kisah yang sebenarnya ini, aku suka menunggang motosikal dengan laju. 8 tahun menunggang motosikal meter selalu terpacak angka 100km sejam dan lebih. Dua kali kemalangan pun tidak mampu menyedarkan perasaan takut. Sehinggalah hari ini.
Seperti biasa, selesai sahaja aku menghantar ayah aku ke pejabat. Aku akan terus memecut motosikal untuk pulang. Aku berhenti di sebelah seorang mamat di sebuah lampu isyarat. Tiba-tiba terdetik, rasa ingin menunjuk-nunjuk dan riak. Apabila bertukar sahaja lampu merah kepada hijau. Terus ku memecut motosikal, meninggalkannya jauh sambil memotong beberapa buah kereta. Aku tersenyum rasa riak. Tapi tuhan itu maha adil. Kita merasa megah dan mulia. Tetapi sebaliknya kita insan yang hina. Sampai sahaja di rumah. Aku pun parking motosikal seperti biasa. Tiba-tiba aku terbau sesuatu yang busuk. Aku melihat bahagian tayar. Rupa-rupa aku terlanggar najis untuk kali pertama sejak 8 tahun menunggang motosikal. Aku kehairanan sejak bila aku melanggar najis, kerana Jalan yang aku lalui merupakan jalan bandar dan aku tidak melihatnya langsung. Tak pasal-pasal tayar itu terpaksa aku samak dengan air lumpur sebab aku bimbang najis itu najis anjing kerana warna dan baunya yang amat busuk. Pengajarannya, tuhan itu maha adil. Kita merasa megah dan mulia. Tetapi sebaliknya kita insan kecil dan hina. Mungkin kejadian ini merupakan satu peringatan kepada kita bahawa hanya Allah sahaja yang ada sifat megah dan takbur itu. Dan apabila kita rasa riak, bila-bila masa sahaja dia boleh mengubahnya. Jadi betullah bahawa pepatah mengatakan bahawa “ malang itu tidak berbau “ kerana jika kita bau malang itu pasti kita akan mengelaknya (najis).
Sorry, tak ada idea.
hahahhhahahahhhhhhaahaaaaaaaaaaaaaa......nk terguling2 la....
ReplyDelete