10 July 2011

Info : Edisi 2 "Tengku Abdul Rahman Simpan harta karun"


Agama : Hukum menabur bunga di atas kubur
Berkenaan menabur bunga di atas kubur pula, ia tidak mempunyai apa-apa kesan kepada si mati dan hanya adat semata-mata.

Komen Penulis: sumber dipetik daripada Harian Metro.


Kisah Pedoman : Berkat membaca bismillah...
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah...Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaan mu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

 ***********************************************************************


Bahasa : Bahasa Jepun
Tulisan Jepun merupakan revolusi daripada perkembangan penggunaan aksara tulisan Cina. Tetapi bahasanya tidak sama. Gaya tulisan sama, tetapi bahasanya membawa konotasi berbeza.

Komen penulis: Alah macam bahasa Malaysia dan Indonesia sama sebab tergolong dalam rumpun yang sama. Jadi makna setiap bahasa tidak lari jauh. Tetapi berbeza dengan bahasa Korea, Jepun dan Cina. Korang boleh beli Majalah Dewan Bahasa untuk tahu lebih lanjut mengenai rumpun bahasa.


Budaya : Masyarakat Jepun
Masyarakat Jepun menyambut Hari Tahun Baru pada setiap 1 Januari. Tahun Baru Jepun berasaskan kalendar luna solar Cina dan disambut pada awal musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam sehingga hari ini. Pada tahun 1873, lima tahun selepas Pemulihan Meiji, Jepun menerima guna takwim Gregory, maka hari pertama bulan Januari dijadikan Hari Tahun Baru rasmi di Jepun zaman sekarang. Sambutan Tahun Baru dihargai masyarakat Jepun sebagai salah satu perayaan terpenting yang disambut dengan dipenuhi adat yang unik sejak berabad-abad lamanya.

Komen Penulis : Setiap kali tahun baru tiba, Masyarakat jepun biasa berkumpul bersama keluarga dan pergi ke kuil untuk berdoa. Penulis ada download tentang sejarah budaya Jepun di youtube.


Undang-undang : Boleh berdiam diri.
Sekiranya ditahan, kita boleh bersikap berdiam diri dalam memberi keterangan atau mendapatkan khidmat guaman. Polis tidak berhak memaksa kita bercakap ketika soal-siasat berlangsung.

Komen Penulis : Penulis paling best tengok documentari di Discovery Channel yang bertajuk “The Sheriff”. Cerita berkaitan kaedah polis menjalankan siasatan.
 ***********************************************************************



Kesihatan : Jantung (Bahagian 2)
Tenaga kerja yang dihasilkan oleh jantung boleh mengangkat barang seberat hampir 1,400 kilogram setinggi 30 sentimeter. Ini seumpama berat dua kereta Perodua Kancil. Tenaga yang dijanakan jantung sepanjang hayat seseorang pula boleh mengangkat satu kapal perang besar keluar dari air.

Astronomi : Pasir VS Bintang, siapa yang menang??
Bilangan bintang dilangit melebihi bilangan pasir dibumi.

Teknologi : Motosikal elektik keluaran Modenas
CTRIC-Intelligent Energy keluaran Modenas akan dijual pada harga RM5,000 per unit. Motosikal ini memerlukan masa selama 3 jam setengah untuk dicas penuh. Menggunakan bateri “Nano Gel” sebagai bateri simpanan utama. Rasanya kalau tak silap penulis, bateri berasaskan “gel” merupakan bateri yang lemah dan murah. Sah Modenas nak jimat duit, sebab setahu penulis bateri yang elok merupakan bateri litium yang ada pada laptop korang. Bateri ini banyak digunakan syarikat kereta bertaraf antarbangsa. Kelajuan motosikal ini adalah 65 Km sejam dan kelajuan maksimun merupakan 110 KM.

Komen Penulis : rasanya motosikal ini tidak akan mendapat sambutan daripada Mat rempit, yelah..nak mampus kalau habis minyak dan masa tu kena kejar dengan polis nak isi minyak dekat mana..nak pakai bateri handset.
 ***********************************************************************



Luar Negara : Panggilan Telefon Bimbit Pertama
Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper. Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

Komen penulis : Berat telefon berkenaan bersamaan 0.6 Kg iaitu lebih berat daripada telefon rumah anda....wau...patut zaman dulu handset tak boleh letak dalam poket...koyak poket besar sangat.

Dalam Negara : Tengku Abdul Rahman simpan harta karun.
Sewaktu Tenku Abdul Rahman masih hidup beliau ada simpan banyak hadiah-hadiah pemberian negara lain sewaktu mengadakan lawatan ke luar negara. Selepas sekian lama tidak diketahui, akhirnya keluarga beliau menghadiahkan peti besi berkenaan kepada kerajaan Malaysia. Peti besi ini mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk dibuka oleh dua orang pakar membuka peti. Di dalamnya terdapat pelbagai hadiah yang kebanyakannya dibuat daripada emas seperti gunting emas, pen, permata dan sebagainya. Korang boleh tengoknya di muzium.

Komen penulis : kalau aku tahu aku pergi rompak rumah dia.

 ***********************************************************************


Luar Negara : Gadhafi Vs NATO, Libya Terus sengsara.
Moammar Gadhafi merupakan seorang pemimpin diktator yang memerintah Libya sejak tahun 1960- an lagi apabila berlaku rampasan kuasa. Apa yang menarik mengenai Gadhafi, beliau sekiranya ke luar negara akan ditemani oleh 40 orang askar berani mati. Yang hendak dijadikan cerita askar berkenaan semuanya wanita yang masih dara. Pelik betul. Libya pada hari ini sedang berlaku pergolakan antara pemberontak di bawah sokongan Perancis, Amerika dan NATO. Kenapa Amerika dan Perancis berminat sangat untuk menolong menggulingkan Gadhafi. Tujuannya satu, iaitu menguasai bekalan minyak kerana Libya merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di Afrika. Dunia sekarang di ceroboh secara senyap atas nama demokrasi.

Komen Penulis: Siapa kata demokrasi itu baik. Amerika Syarikat merupakan negara pejuang demokrasi paling aktif di dunia. Tapi adakah Amerika baik???  
"Walaupun ada yang kata tiada demokrasi dalam Islam, tetapi Islam tidak menafikan manfaat demokrasi. "Malah, sistem pilihan raya juga tidak mengongkong syariat Islam daripada terlaksana."Jika ada yang mengatakan kena ketepikan pilihan raya dan kembali kepada sistem syura seperti zaman awal Islam, masalahnya kini tiada sistem khalifah. Bagaimana mahu kembali kepada cara itu, sebab sistem khalifah itu sendiri tidak ada. Demokrasi bergantung kepada matlamat.




Dalam Negara : Perhimpunan Bersih 2.0.
Ramai yang kena tahan. Daripada Datuk Ambiga, Anuar dan my respect person Tuan Haji Hadi.  Pro kerajaan juga ditahan , iaitu Kahiri Jamaludin (salah eja) dan koncu-koncunya. Apa yang hendak ditonjolkan untuk ini semua. Satu sahaja, iaitu inilah gimik dan lakonan politik. Dua-dua parti tak boleh pakai.Negara dan bangsa semakin rosak, lihat kadar jenayah, akhlak, moral dan masalah sosial. Lebih baik tumpukan tenaga untuk menangani masalah ini. Begitu juga membantah kekuasaan penguasa (yang tidak Islami) merupakan kepedulian terhadap kepentingan kaum Muslimin serta termasuk mengurusi persoalan-persoalan mereka. Inilah pengertian politik menurut Islam.

Maknanya, setiap muslim baik seorang itu mendalami agama atau tidak, doktor, guru, ustaz, peniaga, tukang kebun, Pak Jaga atau apa saja pekerjaannya maka adalah wajib untuk mengambil tahu urusan umat Islam seluruhnya. Jikalau hidup sehari-harinya hanya sekadar makan, minum, tidur, berjalan, bekerja  sahaja tanpa mengambil peduli serta peka apa yang berlaku umat Islam seluruhnya, maka ia menyalahi peringatan Baginda SAW. Nak disimpulkan di sini, Kerajaan memang jahat, tetapi cara yang digunakan pembangkang kurang berkesan. Satu pendekatan pradigma baru ...penulis lebih suka pradigma yang lebih kepada menumpukan  pembentukan masyarakat daripada akar umbi, barulah sehingga ke pucuk (pemimpin).

Komen penulis : Jika kukuh akarnya, maka eloklah pucuknya.

 ***********************************************************************

Tokoh Pilihan kali ini : Yusuf Islam satu inspirasi (Seni dan dakwah)
Steven Demetre Georgiou  atau dikenali sebagai Cat Stevens. Beliau merupakan penyanyi pop yang meninggalkan karier muziknya pada tahun 1977. Selepas memeluk Islam. Rasanya ramai yang tahu bagaimana dia memeluk agama Islam. Jadi tak payahlah dipanjangkan.  Beliau meninggalkan dunia hiburan kerana merasakan dunia hiburan terlalu melampau dan kosong.  Walaupun begitu, dia kembali ke arena seni secara aktif selepas 27 tahun menghilang. Dia dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak $1.5 Juta USD dan duit berkenaan digunakan untuk membiayai intitusi pendidikan untuk Masyarakat Muslim di Landon. Dengar khabarnya beliau mengeluarkan album baru dan melakukan pelbagai konsert. Anda semua boleh layari yusufinconcert.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Komen Penulis : peminat Yusuf Islam sejak dia berduit dengan Raihan.


Kata-kata Tokoh pilihan : Yusuf Islam
“I would like to stress that I did not come into contact with any Muslim before I embraced Islam. I read the Qur'an first and realized that no person is perfect. Islam is perfect, and if we imitate the conduct of the Holy Prophet (Sallallahu alayhi wa sallam) we will be successful. May Allah give us guidance to follow the path of the ummah of Muhammad (Sallallahu alayhi wa sallam). Ameen

 ***********************************************************************

Bangunan daripada botol minuman
Bahan-bahannya : 1.5 juta botol plastik , dawai, dan kerangka keluli.

Bangunan itu yang dinamakan EcoArk berukuran 130 meter panjang dan setinggi 26 meter dibina oleh sebuah syarikat di Taiwan, Kumpulan Far Eastern sejak hampir tiga tahun lalu. Bangunan ini hanyalah model bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan kitar semula. 

Komen penulis : Penulis pernah tonton proses membina bangunan ini, yang  ditayangkan di “How you do it” di Discovery Channel .

 ***********************************************************************


.
Genre Pemikiran :  Abdul Fatah Hasan ( Pengurusan Minda yang Optimum dalam kehidupan) keluaran Utusan, 2008.
Buku yang diterbitkan oleh Utusan. Buku ini menghurapkan fungsi minda dan pemikiran secara meluas dan cuba mengaitkan dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Buku ini ditulis dengan sokongan fakta dan rujukan lebih 100 buah buku yang berkait dengan minda. Kelebihannya buku ini menerangkan fungsi minda dalam aspek pembelajaran dan kehidupan. Jadi anda jika emmbacanya tidak akan melihat minda dalam satu sudut yang sama. Kelemahan, terlalu tepu dengan fakta. pening penulis membacanya.

Komen penulis : kalau korang bukan pakar bedah otak, pebulis nasihat jangan beli.... Buku ini murah, sebab itu penulis beli (masa sales).

 ***********************************************************************


Tak tahu lah nak letak gambar ini status lawak ke cute ...ganjil kot

 ***********************************************************************



Wikileaks merupakan salah satu website yang selalu penulis lawati yang membongkar segala rahsia kerajaan di seluruh dunia.

http://wikileaks.ch/



 ***********************************************************************

Sila tinggalkan komen, kerana selepas ini blog dentroleggerai akan ditulis dalam bentuk format ini. Komen berkaitan genre tajuk sama ada ekonomi, kisah-kisah pelik dna sebagainya. Selain itu, segala maklumat yang dipaparkan di dalam blog ini diambil daripada himpunan maklumat internet, buku, dan akhbar yang penulis baca dan simpan. 

1 comment:

  1. bagus dengan artikel blog sebegini. didahului dengan isu2 yang mahu diketengahkan dan diakhiri dgn ulasan penulis.malah, ada juga dimasukkan unsur humor di akhir artikel ini. agak ringan selepas membaca isu yang berat seperti gambar kucing di atas. teruskan!

    ReplyDelete