06 September 2011

Bukan ku tak nak kahwin...ikutkan hati....

Si A- "Bukan aku tak nak kahwin...ikutkan hati memang nak kahwin...tapi"

Si B- "Kahwinkan satu ibadat, Ibarat membina masjid...nabi suruh kahwin...".

Si A- "Tahu.."

Si B-"Kalau kahwin, insyallah rezeki bertambah"

Si A- "Tahu......"

Si B- "Kahwin dapat jauhi maksiat"

Si A-"Bukan tak nak kahwin...cuma bukan masanya lagi....aku tak nak menzalimi diri aku dan orang lain"

Si B-"......kahwin zalim"

Si A- "Zalim...kalau aku kahwin dalam keadaan diri aku jahil tentang agama". Ustaz selalu kata, kalau kahwin kita akan di pertanggungjawab tentang semua perkara. Kalau keadaan aku jahil ini, macam mana aku nak beri hak bini dan anak aku. Kalau aku akan dihisab di hari khiamat. Dosa aku pun tak tertanggung, manakan lagi nak menanggung dosa bini dan anak-anak aku. Jadi aku tak nak menzalimi diri aku. Kalau aku jahil macam mana aku nak didik mereka dengan betul.. Malah bawa mereka dalam neraka. Jadi aku juga  menzalimi mereka.

Si A-"Bukan tak nak kahwin....tapi nak baiki diri dulu...alangkah indah kalau kalau melayari bahtera rumah tangga itu dalam keredhaan Allah, sekuat mana pun ribut dan taufan yang menguji bahtera, tetap kukuh bahtera itu di bawah rahmat perlindungan Allah.. ."



** Dialog ini rekaan je semata-mata. Tiada kaitan yang hidup mahupun yang mati. Cuma ini gambaran yang terbayang tentang keghairahan berkahwin...padahal kahwin itu sendiri sesuatu yang besar. Macam manalah kita nak memandu kapal terbang...kalau kita sendiri tak belajar memandu dahulu.(Ramainya kawan aku yang kahwin...mereka kahwin sebab mereka dah bersedia, untungnya mereka yang sudah awal-awal bersedia... Tetapi ..husnuzun. Tapi jangan pula menjadi perkahwinan sebagai matlamat utama....tapi satu cara dan jalan mencari keredhaanya....Amin)

3 comments:

  1. bukan taknak kawin.mmg nak kawin.tapi jodoh blm sampai.camno tu? nk tlg carikn ke? huhu

    ReplyDelete
  2. Sekolah Pondok tempat aku belajar ramai budak hafiz-hafiz drpd bangladesh, vietnam, kemboja, laos, and Indon. semua hansem-hamsem, kalau ko tengok mesti cair....Kalau ko nak aku boleh tanya dia org....tapi syarat nak sungguh2 lah..haha

    ReplyDelete
  3. Nisa nak Pak Arab... Hahaha :P

    ReplyDelete