Rasa malas nak cakap tapi kena juga cakap. Ramai yang suka memakai pakaian bergambar, menggantung gambar, meletakkan patung-patung di dalam kereta dan lain-lain lagi yang bergambar dan gambar itu mempunyai bentuk rupa dan sifat haiwan, manusia mahupun sifat yang bernyawa termasuk kartoon. Di sini penulis letakkan hukum bergambar yang penulis petik daripada kitab “fikih Sunnah jilid 12-14”. Kitab ini merupakan kitab fiqah yang menghimpunkan hadis-hadis berkaitan hukum hakam agama. Penulis bimbang nak menghuraikan maksud dan huraian yang lebih rinci kerana keterbatasan diri penulis yang jahil tentang agama ini. Jadi kalau ada keraguan tanyalah orang yang lebih arif atau ustaz.
Hukum Gambar.
Gambar yang dibolehkan merupakan gambar yang berbentuk pohon, bunga , lain-lainnya, maka diperbolehkan untuk digambarkan.
Dari Ibnu Abbas, dia berkata telah bersabda Rasul Allah saw “Barang siapa menggambarkan suatu gambar (dari apa yg bernyawa) di dunia, maka dia akan dimintai untuk meniupkan roh kepada gambarnya pada hari khiamat, sedang dia tidak berkuasa meniupkannya”
Dari Rasulullah s.a.w beliau bersabda “Sesungguhnya di antara manusia yang paling besar siksannya pada hari kiamat adalah orang-orang yang menggambarkan gambar-gambar (dari apa yang bernyawa)”
** Mengambarkan dan menyukai gambar berkenaan.
Diperbolehkan gambar untuk mainan kanak-kanak
Dikecualikan dari hal yang demikian ini adalah mainan anak-anak seperti boneka dan lain-laiannya. Mainan itu juga boleh dibuat jual beli.
Dari Aisyah dia berkata “aku bermain-main dengan mainan yang berupa anak-anakan (boneka). Terkadang Rasulullah saw mengunjungiku, sedang di sisiku terdapat anak perempuan. Apabila Rasulullah datang, mereka keluar dan bila beliau pergi, mereka datang lagi.”
Larangan meletakkan gambar di dalam rumah
Sebagaimana diharamkan membuat patung dan gambar, makan diharankan pula memelihara dan meletakkan di dalam rumah , dan wajib untuk dipecahkan sehingga tidak ada lagi bentuk patung itu.
Diriwayatkan Bahawa Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya para malaikat (pembawa rahmat itu tidak memasuki rumah yang di dalam nya terdapat patung).”
Dalil yang menunjukkan di atas larangan adalah apa yang diriwayatkan Sayyidah Aisyah r.a. Dia berkata: Rasululah sam mengunjungi aku, sedang aku tengah menutup kotakku dengan kain tipis yang padanya terdapat gambar-gambar patung. Ketika beliau melihatnya, beliau mencabutnya dan wajah beliau pun berubah, beliau berkata “Wahai Aisyah, manusia yang paling berat seksanya pada hari khiamat itu adalah mereka membuat sesuatu yang menyerupai makhluk Allah”
Berkata Aisyah: Lalu kain itu kami berpotong-potong, dan kami jadikan satu atau dua bantal.
Mungkin ada di antara kita akan pertikaikan , habis gambar yang ditamparkan di depan surau lelaki itu apa pulak, gambar yang di tampar di dinding pejabat dan sekolah itu apa, gambar yang dekat lencana itu apa pula. Kalau tidak silap dengan pengetahuan penulis yang sedikit ini dan jahil ini merupakan gambar pemimpin dan pemerintah yang beriman sahaja, gambar untuk kegunaan tugasan, gambar yang diperlukan untuk memudahkan pekerjaan. Tapi penulis lupa , jadi kalau nak tahu lanjut tanya ustaz. Penulis jahil sikit.
Wahai kawan-kawan semua, kita hidup untuk mendapatkan keberkatan dan keredhan Allah. Tetapi sebaliknya kita membuat perkara yang mendatangkan kemungkaran Allah. Ada yang menampal poster, ada pula yang bercadarkan gambar, ada pula yang meletakkan patung di dalam kereta, ada pula yang meletakkan gambar kekasih di atas meja(tidak kah korang tahu gambar itu boleh menaikkan nafsu, cuba korang fikir korang bercinta kerana nafsu atau kerana cinta. Kalau cinta, tak perlukan gambar si dia kerana s cinta itu buta..hahaha). Apa yang ada dan tidak ada di dalam huraian ini merupakan kelemahan dan kejahilan ilmu penulis sendiri yang terbatas dan lalai ini.
kalau kita tangkap gambar macam mana pulak ye.tak kisahlah gambar apa pun.dgn keluarga,kwn2.kita mggambarkan dgn yg bernyawa jgk ke?
ReplyDelete