Bangkit...bangkit...untuk lawan ketidak adilan senang...tapi susah untuk bangkit...bangkit ..untuk....Sembahyang Subuh.....
28 February 2011
22 February 2011
saja - saja : Bantahan.....
Kalau 2 hari lepas isu undi di sekitar UPM. Sekarang dah merebak kepada Isu politik di kolej pulak. Post dalam Facebook yang berbunyi
"Isu Panas di Kolej Kediaman Canselor, Pengetua Kolej Dr. Hanafiah telah menghantar surat ancaman tindakan untuk melucutkan jawatan, buang kolej, dan akan dimasukkan ke dalam fail tatatertib kolej, akademik dan fakulti. Terhadap seorang MTM kerohanian." - Petikan Facebook Hamba Allah A
"Lagi perangai seorang felo, menengking seorang pelajar di hadapan orang ramai, kerana membaca doa, "Ingat ini ceramah ke?" Terkejut bila balik KC ramai datang mengadu. Mungkin kita sudah lama membiarkan perkara ini berlaku." - Petikan Facebook Hamba Allah B
"kes qasidah di KC,isu maksiat dlm mkn mlm KC,kes kuliah tasawwur,dan prgrm2 kerohanian yg di senarai hitam,serta trbaru,surat ugutan thpd mtm kerohanian KC,ttg isu prgrm kerohanian KC.." - Petikan Facebook Hamba Allah C
Huhu..kalau isu luar mengundi menjadi topik, dalam kolej pula isu ini yang hangat duduk bincang. Penulis juga terkejut bila dengar daripada cerita sahabat penulis sendiri kisah sebenarnya. Penulis dan beberapa sahabat penulis Insyallah...dah berpakat untuk menulis memorenden bantahan dengan sokongan seorang felo terus kepada Naik Canselor UPM. Minta-minta dipermudahkan, lagi pun bau-bau untuk dibuang kolej semakin kuat terbau.
Labels:
saja-saja
19 February 2011
saja - saja : to roomate and for other..
Huhu...Maaf roomate dan orang lain yang berkaitan yang terasa hati dengan saya hari ini. Ini first time moody dan perangai gile-gile yang terlampau (Berkaitan kes tandas, kes padam lampu masa ko tengah memberak) . Dan banyak kes lagi dalam masa 2 hari ini. Semua gara-gara tension sehingga ada membawa kepada terlepas cakap.Sekarang dah ok bila masuk hari ke-tiga.
Sorry Bro and Other people.
Labels:
saja-saja
16 February 2011
Diari : Minggu yang sibuk.
Lantaklah...masalah tetap akan jadi masalah kalau kita anggap ia sebagai masalah. "Katakan tiada masalah"..Bercakap pasal badminton. Rasanya dah lama tak bermain badminton. Sukan yang dicuburi sejak penulis masih berumur 7 tahun. Masih ingat lagi recket pertama pemberian abah. Juga masih ingat lagi bagaimana latihan yang diberikan oleh sepupu penulis. Mata selalu lebam kerana terkena bola tangkis. Tapi masuk semester 3 di Universiti Putra Malaysia, recket sudah 2 tahun tak dipegang selepas pertandingan interkolej terakhir 2 tahun yang lepas.. Kadang-kadang terasa sindiran "Star sudah turun, player no 1 dah turun." Walhal, mereka tak tahu yang penulis dah bersara. Nak bermain badminton bukan senang. Badan mesti fit, stamina mesti ada. Kalau tak, bermain macam gaya budak perempuanlah nampaknya. Mana taknya, rasanya skill dan teknik bermain sudah berkarat, badan pun dah tak fit macam dahulu. Smash pun sudah mendatar. Kalau ikutkan hati memang tak nak main. Tetapi disebabkan menjaga hati kawan, mainlah juga. Tapi bila terpegang recket. Teringat kisah sewaktu zaman muda-muda dahulu. Waktu petang dan cuti dipenuhi dengan latihan badminton. Masuk sekolah menengah pun begitu juga. Sebab itu, bila tersentuh sahaja recket, teringat kenangan dan memori lama.......Cepat betul masa berlalu.....dah tua dah aku rupanya..hahah
Labels:
Diari
14 February 2011
Pedoman : Petikan ucapan seorang sahabat....
Seorang kawan rapat daripada sekolah menengah.Dia sahabat yang paling amanah. dan selalu tersenyum. Kenal dia sehingga form 4. Kami selalu rehat bersama-sama.Terputus hubungan selepas dia berpindah ke sekolah cemerlang. Tak pernah berenggang Sekarang dia sudah jadi seorang pendakwah . Cuma penulis je yang tak berapa nak jadi....huhu..(Ya Allah aku bersyukur pada mu, kerana ku sering dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik. Walaupun aku sentiasa laro pada mu).... Setiap bulan atau acara dalam kalendar islam, dia akan hantar messenger inbox pada Facebook penulis. Kebanyakan berkaitan artikel yang dia tulis merupakan kata-kata nasihat, salah satunya sempena Maulud yang kita akan sambut ini. Berikut hasil tulisan beliau.
Alhamdulillah hamdan katsiron thoyyiban mubarokan fih kamaa yuhibbu Robbuna wa yardho, wa asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rosuluh. Allahumma sholli ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.
Saban tahun kita menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Walaupun isu ini adalah perkara yang diperselisihkan dalam kalangan ulama termasuklah tarikh sebenar kelahiran nabi tercinta, namun saya tidak ingin mempersoalkannya di sini kerana saya sendiri tidak mempunyai kredibiliti untuk tujuan itu.
Saya lebih selesa memperkatakan hubungan kita dengan Rasulullah. Sebagai umatnya, bertanyalah siapa dan di manakah kedudukan Rasulullah di hati? Lidah boleh sahaja mengatakan, “Rasulullah junjungan kita.” Tetapi benarkah begitu? Benar atau tidak sebenarnya terzahir melalui tindak-tinduk dan perbuatan masing-masing.
Belajar Daripada Rasulullah s.a.w
Rasulullah adalah contoh teladan terbaik, bertepatan dengan firman Allah,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al Ahzab: 21)
“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al Qalam: 4)
Penggunaan partikel ‘ala’ dalam ayat tersebut merujuk kepada kesempurnaan iaitu sesuatu yang terletak di puncak. Demikian kesimpulan pentafsir terkemuka Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalliy al Sya’rawiy.
Teladan tersebut bukan hanya pada sisi dakwah sahaja, tetapi dalam segenap aspek kehidupan. Belajarlah mendalami dan menghayati sirah Rasulullah kerana di situ terletak seribu satu mutiara kehidupan yang tidak dapat dijumpai pada sirah sesiapa pun selain baginda.
Hakikatnya, mengetahui sirah Rasulullah merupakan satu kemestian kepada umat ini kerana baginda adalah perantara dan pentafsir al Quran secara perkataan dan perbuatan, sehingga tidak mungkin kita dapat memahami Islam tanpa mengetahui sirah Rasulullah.
Kehidupan Rasulullah memaparkan kepada kita teladan terbaik sama ada sebagai pemuda Islam yang benar akhlaknya dan terpercaya dalam kalangan kaum serta kerabatnya, ataupun sebagai da’i kepada Allah dengan hikmah dan nasihat berkesan yang menggerahkan segala upaya untuk menyampaikan risalahNya.
Juga sebagai pemimpin negara yang menjalankan segala urusan dengan amanah dan bijaksana, sebagai suami teladan dan ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang perkasa, sebagai negarawan yang ulung dan sebagai muslim secara keseluruhan (kaffah) yang dapat pula melaksanakan kewajiban beribadah kepada Allah dan bergaul dengan keluarga serta para sahabat dengan saksama.
Berbanggalah Dengan Sirah Rasulullah Yang Terpelihara
Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s yang ada pada hari ini telah bercampur-aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk memahami sirah Musa a.s. yang sebenar.
Pertikaian yang sama juga ada pada sirah Isa a.s. Injil-injil yang diiktiraf secara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun kematian al-Masih. Tanpa sebarang perakuan ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yang tersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu. Justeru, orang Islam tidak dapat beriman dengan kesahihan sirah tersebut melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan Sunnah.
Jika keraguan ini timbul pada sirah rasul-rasul selaku tokoh agama yang tersebar luas di dunia, keraguan yang lebih besar berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahli falsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang. Contohnya, Buddha dan Confucious.
Kisah hidup mereka hanya berlegar dalam kalangan pengikut mereka sahaja. Ia tidak mempunyai asal-usul yang diperakui daripada kaca mata kajian ilmiah. Setiap generasi menokok tambah riwayat generasi sebelumnya. Mereka menambah riwayat-riwayat berunsur lagenda dan khurafat yang tidak dapat dipercayai oleh akal yang sihat dan bebas daripada ketaksuban kepada kepercayaan itu. Oleh itu, kita dapati sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai secara mutawatir ialah sirah Muhammad, Rasulullah s.a.w.
Benarkah Cintaku Ini, Wahai Rasulullah?
Ada Syair Arab yang bermaksud:
Sekiranya cintamu itu benar nescaya engkau akan mentaatinya,
kerana orang yang mencintai tentu akan mentaati orang yang dicintainya.
Bukti yang paling mudah dilihat apabila seseorang benar-benar mencintai kekasihnya adalah mengutamakan orang yang dicintai lebih daripada diri sendiri dan kehendak peribadi. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan cinta yang sebenar, tetapi hanyalah dakwaan semata-mata.
Sebenarnya, Rasulullah wajib dicintai setiap orang yang bergelar muslim berdasarkan dalil-dalil al Quran, as Sunnah mahupun akal. Pengorbanan baginda kepada umat tidak mungkin terbayar, namun meletakkan cinta kepada baginda selepas cinta kepada Allah sekurang-sekurangnya menunjukkan kita sebagai seorang yang mengenang budi.
Tetapi cinta sahaja tidak cukup. Umat tidak dapat tidak mesti taat segala suruhan dan meninggalkan larangan Rasulullah. Tidak ada pilihan selain itu. Pilihan selain itu hanya mengundang kesesatan di dunia dan azab di akhirat.
Natijah Cinta..
Cinta yang benar pastinya membuahkan natijah yang indah sebagaimana cinta itu sendiri. Saya ingin menyatakan sedikit daripada sekian banyaknya natijah tersebut, di sini.
Merasa Kemanisan Iman
“Tiga perkara ini akan menjadikan seseorang merasai kemanisan iman iaitu cinta kepada Allah dan rasulNya melebihi cinta selainnya dan mencintai seseorang hanya kerana Allah dan perasaan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka” (Muttafaq alaih)
Memperoleh Kesempurnaan Iman
“Tidak dianggap sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan seluruh manusia.” (Muttafaq alaih)
Bersama Di Akhirat
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?”
Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) ataupun bersedekah tetapi aku amat cinta kepada Allah dan rasulNya”
Sabda Rasulullah, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai”. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Penutup: Muhasabah
Cinta pada Rasulullah bukanlah terbukti dengan keluar berarak atau berprogram sempena maulid. Sambutan maulid nabi hanyalah jalan untuk mengingatkan pengorbanan dan seruan Rasulullah kepada umat khususnya kepada mereka yang lupa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sebenar baginda atau pendakwa semata-mata?
“Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (daripada ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.” (an-Nisa’: 80)
Wallahua’lam.

Pedoman
10 February 2011
Pedoman : Maulidurrasul...
Penulis petik riwayat dalam buku Nabi Muhammad s.a.w ; keluarga dan Suunahnya. Anas r.a pernah berkata;
Rasulullah s.a.w tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah dan warna wajahnya tidak terlalu putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar. Rambut mulia Rasulullah s.a.w tidak terlalu lurus dan tidak terlalu kerinting.....
Itulah gambaran fizikal dan banyak lagi gambaran yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat. Dan kesemua riwayat mengambarkan betapa cantik, dan nmenawannya aura Nabi s.a.w. Beruntunglah umat di zaman sahabat, di mana mereka dapat berjumpa dengan insan yang tercinta dan mulia ini. Tapi, tak semestinya kita tidak mampu untuk mencintai Rasulullah melebihi cinta kita pada diri kita.
Rasanya anda semua pernah mendengar cerita ini. Bahawa Nabi pernah berkata bahawa di syurga nanti ada golongan yang paling dekat dan bersama Rasulullah disyurga. Sahabat berkata, adakah mereka. Nabi berkata, bukan. Kerana zaman sahabat merupakan zaman bersamanya. Jadi sahabat bertanya siapa?. Nabi berkata....golongan berkenaan merupakan golongan yang sentiasa bersamaku walaupun mereka tidak mampu melihat dan berdamping denganku, mengamalkan sunnah dan ajaranku. Mereka golongan dekat dengan aku....masyallah, subahanallah..tidakkah berkaca mata kita mendengarnya. Kawan-kawan tidakkah kita terfikir .Bahawa penyayang dan pemurahnya sifat Allah s.w.t. Allah menjanjikan kita dengan janji kebaikan untuk berdamping dengan kekasihnya. Walha kita lahir selepas kewafatan Nabi s.a.w. Tetapi dengan keadilan dan pemurahnya Allah.s.a.w kita dijanjikan tempat yang paling mulia dan paling dekat dengan kekasihnya. Masyallah......
Alangkah sayang, jika kita tidak merebut peluang ini. Penulis kadang kala terfikir. Bila seseorang mendengar nama junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w tidak kah kita mengulangi dan berselawat kepadanya. Dalam surah al-Ahzab ayat56, Allah menyatakan yang bermaksud,'' sesunggunhya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkalah salam penghormatan kepadanya.''
Al-nasai dan ibnu Hibban mengatakan, Nabi Muhammad berpesan, sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
"Allahumma solli'ala saidina Muhammad wa'alaaalihi wa as-haabihi ajma'iin"
Jom beramai-ramai
** Segala kekurangan adalah datang daripada kejahilan diri penulis sendiri. Jika ada sumber yang lebih elok dan berlandaskan sumber yang kukuh. Peganglah pada sumber berkenaan dan bukan pada sumber penulis. Sesungguhnya penulis serba kekurangan...
Labels:
Pedoman
Saja-saja : dalam hati ada taman
"Kalau aku terdengar sesiapa kata dalam hati dia ada taman. Serius aku tak hairannya.....sebab dalam bilik aku sendiri siap ada taman lagi.."
Labels:
saja-saja
08 February 2011
Selingkar kenangan : Sahabat selamanya.
Terbuka folder lama-lama yang tak tahu bila, waktu lepak bersama.
Terjumpa gambar member kaki nakal semuanya.**Dalam gambar ini ada lima je.
Tapi sebenarnya ada 11 orang semuanya.
Senakal-nakal mereka, sejahat-jahat, sebrutal-brutal mereka.
Mereka manusia yang penulis pernah kenal sebagai yang paling setia.
Sedih dan gembira di kongsi bersama.
Sekarang mereka dah berjaya menjadi orang-orang yang hebat belaka.
Cuma penulis je masih terkial-kial mencari rentak kejayaan mereka.
Kawan-kawan......tunggu untuk ku pula gegarkan negara.hahah
(Shahibu Rempit....hahaha)
(Shahibu Rempit....hahaha)
"Man Jadda Wajada"
(Siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya)
Labels:
Selingkar Kenangan
04 February 2011
Selingkar kenangan : Cinta Pertama Ku....
Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Semoga sentiasa aman dan tenang menghadapi kehidupan yang sementara ini. Terlebih dahulu izinkan penulis membahaskan diri penulis dengan panggilan yang lebih santai, kerana topik yang hendak dibahaskan ini bersifat santai dan bukan ilmiah. Jadi izinkan penulis bahasa diri penulis dengan panggilan harian untuk baris ayat seterusnya.
Asyik formal je tulis blog, gua pun dah bosan. So untuk buat pertama kalinya, gua nak keluar daripada kepompong skima tu......... untuk post ini jee...hahah . Jadi post blog kali ini lebih tak skima gaya tulisannya, dengan kata lain. Gua tulis je lah apa gua rasa nak tulis dan terfikir...hahaha. Untuk pengetahuan korang, tahun ini genap ulang tahun keenam hari jadi motor gua. kalau orang tanya gua, siapa cinta pertama kau. Kalau orang lain mesti dia kata gadis sebelah kelas, jiran sebelas rumah, awek indon jual nasi lemak tepi jalan, tak pun bini orang selisih tengah jalan. Tapi bagi gua, cinta pertama gua...namanya Yamaha LAGENDA 11O a.k.a abang kepada Lagenda 115 Z sekarang. Itu cinta pertama gua.
Serba sedikit biodata kekasih gua. Namanya Lagenda 110 keluaran Yamaha. Gua beli masa form 4 pada tahun 2004. Dapat je lesen, gua terus angkat motor ini. Motor ini banyak kenangan dan jasanya pada gua. Mujur motor ini tak boleh bercakap, kalau boleh comfirm gua suruh dia kahwin dengan korang. Motor ini asalnya biasa, tapi gua dah buat ubah suai. Tayar gua ubah kepada saiz 17 keluaran GT900. Rim asal rim lidi, gua ubah rim aloi bintang tiga dan sembur cat putih. Enjin dengan wayaring pernah ubah suai. Body pernah sembur. Banyak lagi lah ubah suai.
Hilang. Motor ini pernah hilang masa gua form 5. Waktu tu sebulan sebelum exam SPM. Memang tertekan giler ar waktu tu. Tapi berkat doa dan solat hajat, akhirnya ke temu juga. Yang curinya, bukan siapa pun. Kawan sepermainan bola sepak gua gak masa kecik-kecik dulu. Gua dapat tahu daripada member gua gak yang seorang lagi. Bila dapat tahu, gua pergi minta dengan dia dengan cara baik. Yang gua nauk panas membaranya, boleh dia kata "boleh tak saya hantar esok motor ini, malam ini saya nak pergi tengok perlawanan bola sepak dekat stadium. Tak ada kenderaan nak pergi sana.....esok pagi saya suruh kawan saya hantar motor ini ".....(mengucap gua dengar, gua tak tahu lah dia ini pencuri sekolah sampai darjah berapa). Boleh lagi main tawar menawar, dah lah curi motor orang, gua tak lapor pada polis kira dah eloklah tu..Tapi memang dia hantar, dan banyak yang rosak..Dah enam tahun masa berlalu, gua pun dah tak dendam apa-apa dengan dia. Gua doakan dia berubah, jadi manusia berguna.
Mandi dan tidur. Jangan tanya perkataan ini. Biasanya, motor gua ini mandi dulu pada tuan dia. Biasa dulu masa sekolah menengah. sebelum tidur, gua akan pastikan motor ini tidur dengan selimut. Gua tak selimut tak apa, yang penting motor gua diselimut. Tapi sekarang, dah taklah...itu kisah dulu-dulu.
Rempit. Ini masa gua muda-muda dulu. Zaman nakal-nakal sekolah menengah. Kawan-kawan gua dulu kaki rempit.Saja-saja lepas tekanan. Gua dulu dua alam, pagi berkawan dengan budak baik, malam berkawan dengan budak kurang baik or tak ke temu baik. Top speed motor gua, gua pernah test sampai 125 Km sejam, tapi rasanya boleh pergi lagi sampai 130 KM sejam. Tu pun jalan lurus. Semua jalan kita orang dah try, biasanya kalau ada jalan baru yang siap dibina. Kita orang lah yang pertama buat test uji dulu jalan tu...kata kawan, tolong JKR buat test sama ada capai standart ISO9001 ke tak jalan tu. Biasanya semuanya menepati piawai kita orang. Jadi taniahlah untuk JKR kerana kami menghargai jasa anda.
Kemalangan. Rekod gua kemalangan dah 3 kali. Jatuh 2 kali gak. Yang kemalangan itu, bukan gua yang bawa waktu itu. Gua suruh kawan gua bawa, gua bonceng belakang. Tapi entah macam mana hari itu. Dia pergi langgar van orang. Yang gua kesalnya. Kalau van dia langgar itu, van Bank CIMB ke, van Petronas ke, van syarikat tauke balak ke, van orang-orang kaya tak apa gak. Tapi dia pergi langgar van anak yatim itu buat apalah. Last-last gua yang duduk bawah van.Dah lah dia tak cedera, gua yang jadi mangsa. Teruk juga kerosakan motor. Tapi mujur selesai cara baik. Seminggu duduk workshop. Banyak yang kemalangan, semua kawan gua yang bawak, boleh dikatakan semualah. Tu gua malas nak bagi pinjam tu.
Polis. Masa zaman sekolah menengah dulu. Gua dengan polis banyak persamaan. Kita orang ibarat adik dengan abang. Aur dengan tebing. Wang dengan mesim ATM. Kalau dia orang kejar, kita orang lari. Tak sekolahlah kalau dia orang kejar, kita orang duduk tunggu je. Tapi dulu tak pernahlah kena tangkap. Cuma main kejar-kejar macam itu je... Bila dah puas dia orang kejar, dia orang berhentilah mana-mana kedai makan. Dia orang sebenarnya bukan nak sangat tangkap. Saja nak halau suruh balik rumah. Tapi itu yang bestnya. Main kejar-kejar. Tapi kalau polis cawangan khas Bukit Aman turun buat operasi. Kita orang tak berani keluar. Dia orang punya cara kerja memang brutal.
Nakal.Nakal itu biasanya mematangankan manusia dengan pelbagai pengalaman hidup. Dulu ada kawan gua kaki rempit. Tapi dia ini jenis tegar dan brutal punya rempit. Motor dia paling power dia ubah suai. Tapi sekarang lainnya pula jadinya. Dulu dia dikejar polis, sekarang dia pula kejar orang merempit. Sekarang dah jadi polis peronda. Ada juga yang dah jadi doktor, mungkin dulu masa dia rempit, dia terlihat orang terlibat kemalangan. Last-last insaf jadi doktor. Hahaha...tak tahulah. Jadi enginner pun ramai. Tapi yang tak boleh tahannya dalam bidang Chemical. Mungkin waktu tu, zaman kita orang rempit tu. Harga minyak tengah naik. Jadi dia insaf nak cipta penganti petrol kot. Jadi Imam pun ada. mungkin waktu tu dia tengok ramai geng-geng rempit bonceng awek-awek . Jadi dia insaf, terus jadi imam nak baiki akhlak dia orang. Geng kita orang tak bawa awek-awek. Untuk pengetahuan, geng kita orang melarang membawa perempuan. Perempuan dilarang wujud sama sekali, itu etika kita orang. Itu zaman dulu-dulu. Tapi ramai kawan gua yang berjaya dan berkerja. Itu penangan zaman nakal. Pengalaman mematangkan kita orang.
Saman. setakat ini, saman baru sekali. Itu pun dengan JPJ sebab langgar lampu isyarat. Gua kalau balik kampung untuk ke bandar lebih suka naik motor. Sebab senang, faham-faham jelah. Bandar memang selalu sesak. Nak pergi dekat je, tapi nak cari tempat parking bukan main susah. Itu gunanya motor, boleh letak man-mana. Boleh mencelah di mana-mana. Penyakit rempit dah hilang, cuma benda yang buruk berkaitan dengan perangai lama ini satu je. Gua susah nak berhenti dekat lampu isyarat. Memang susahlah. Boleh dikatakan kalau keluar, hampir 80 % gua langgar. Tak tahu kenapa. Kalau naik kereta takut nak langgar, naik motor ini rasa best lak (Anda semua dilarang meniru perbuatan ini)
Laju. sekarang pun bila pakai motor. Mesti meter tak kurang daripada 90KM sejam. Cuma lajunya bukan untuk merempit lagi. Tapi untuk ke tempat yang baik-baik pulak. Dulu rempit, sekarang pun rempit, tapi ke masjid pulak (selalu lewat terutama waktu nak amsuk maghrib...itu yang berkejar-kejar a.k.a Rempit). Akhirnya ke temu juga fungsi rempit....hahaha. Inilah pengalaman zaman muda-muda. Sekarang dah bersara. tak sangka dulu guru-guru selalu marah kita orang rempit dekat sekolah. Sekarang aku pula jadi guru yang akan marah anak murid aku merempit. Masim betul mulut cikgu aku, kalau aku tahu, awal-awal lagi aku suruh dia sumpah jadi perdana menteri..Sebenarnya dunia itu berputar dan apa yang kita buat hari ini, insya allah. akan orang lain akan buat dan pada satu waktu, ia akan terkena pada kita balik.
** Nanti hampir-hampir nak posting di sekolah. Artikel ini kena delete ini.
Labels:
Selingkar Kenangan
Komentar Buku : Travelog Haji karya Profesor Dr Muhd Kamil
Seorang sahabat baik, telah mengesyorkan sebuah buku berjudul Travelog Haji : mengubah sempadan iman karya Muhd Kamil Ibrahim. Katanya sebuah karya menarik untuk dibaca dan dibuat sebagai santapan rohani.Penulis akhirnya dapat membelinya di Pustaka Mukmin. Buku yang ini mengesahkan sebuah perjalanan seorang insan iaitu Profesor Dr Muhd Kamil (penulis buku ini) dalam menunaikan fardhu haji.
Perjalanan yang penuh keinsafan dan mengubah haluan hidupnya untuk selama-lamanya, insya allah. Penulis cukup kagum bagaimana penulis buku ini, iaitu Profesor Dr Muhd Kamil menerangkan secara terang-terangan bagaimana kehidupannya sebelum, semasa dan selepas menunaikan fardhu haji. Beliau dengan berani menulis dan mengambarkan kejahilanya sebagai muslim yang tidak pernah menjaga solat, tetapi hidayah dan rahmat Allah itu amat luas dan sentiasa bercurah-curah. Kekayaan dan kesenangan hidup bukan penamat dan pemuas keinginan hati ini.
Terselit di hatinya satu kekurangan dan dahaga akan rahmat dan keredhaan tuhan. Walaupun, perjalanan cerita beliau disusun seperti satu perjalanan atau gambaran untuk menunaikan haji, tetapi jika pembaca membaca dengan lebih mendalam. Perjalanan itu lebih kepada perjalanan mencari kebahagian dan ketenangan diri. Dengan kata lain, buku ini merupakan buku motivasi dakwah bagaimana seorang insan biasa yang jahil mencari keredhaanya tuhanya, ditemani isteri yang sentiasa bersama dan mendoakan supaya suaminya berubah kepada kebaikan suaminya (untuk dapat isteri macam ini).

Memang best baca, setiap halaman isinya dipenuhi dengan luahan hati dan terasa begitu dekat jika dibaca. Luahan hati yang penuh keinsafan dalam menghitung kejahilan diri. Boleh berkaca mata waktu membacanya, helaian demi helaian jika tak tertahan boleh berderai air mata dibuatnya. Tapi biarlah air mata tu disimpan dulu, (biar air mata ini berguguran sepuas-puasnya di depan masjidi Haram @ Kaabah satu hari nanti). Tapi penulis tak menangis ye (batuk..batuk.....lelaki kena brutal.). Hahah...penulis cukup kagum dengn gaya penulisanya. Rasa cukup mudah difahami dan dihayati. Tersentak juga hati ini mendengar kisah-kisahnya, bagaikan terkena diri sendiri. Memang benar kata ustaz masjid kampung, manusia itu dijadikan fitrahnya untuk taat kepada Allah. Di mana hatinya itu sentiasa ingin taat. Tetapi sering kali diduga oleh hasutan syaitan yang bersumpah melalaikan manusia.
Ini buku kedua dibaca mengenai haji selepas buku satu lagi lupa namanya. Mesti adik yang kebas ini ( ini nak marah ni). Apa-apa pun penulis syorkan supaya membaca, jika keluar air mata atau tersentap hati sewaktu membacanya, mungkin itu tandanya hati kita masih belum mati sepenuhnya. Semoga hati yang mati bertukar menjadi hati yang sembuh dan sihat sepenuhnya. Insya allah. pasang niat untuk pergi Haji...Wasalam
Labels:
Komentar buku
Subscribe to:
Posts (Atom)