Seorang kawan rapat daripada sekolah menengah.Dia sahabat yang paling amanah. dan selalu tersenyum. Kenal dia sehingga form 4. Kami selalu rehat bersama-sama.Terputus hubungan selepas dia berpindah ke sekolah cemerlang. Tak pernah berenggang Sekarang dia sudah jadi seorang pendakwah . Cuma penulis je yang tak berapa nak jadi....huhu..(Ya Allah aku bersyukur pada mu, kerana ku sering dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik. Walaupun aku sentiasa laro pada mu).... Setiap bulan atau acara dalam kalendar islam, dia akan hantar messenger inbox pada Facebook penulis. Kebanyakan berkaitan artikel yang dia tulis merupakan kata-kata nasihat, salah satunya sempena Maulud yang kita akan sambut ini. Berikut hasil tulisan beliau.
Alhamdulillah hamdan katsiron thoyyiban mubarokan fih kamaa yuhibbu Robbuna wa yardho, wa asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rosuluh. Allahumma sholli ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.
Saban tahun kita menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Walaupun isu ini adalah perkara yang diperselisihkan dalam kalangan ulama termasuklah tarikh sebenar kelahiran nabi tercinta, namun saya tidak ingin mempersoalkannya di sini kerana saya sendiri tidak mempunyai kredibiliti untuk tujuan itu.
Saya lebih selesa memperkatakan hubungan kita dengan Rasulullah. Sebagai umatnya, bertanyalah siapa dan di manakah kedudukan Rasulullah di hati? Lidah boleh sahaja mengatakan, “Rasulullah junjungan kita.” Tetapi benarkah begitu? Benar atau tidak sebenarnya terzahir melalui tindak-tinduk dan perbuatan masing-masing.
Belajar Daripada Rasulullah s.a.w
Rasulullah adalah contoh teladan terbaik, bertepatan dengan firman Allah,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (al Ahzab: 21)
“Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al Qalam: 4)
Penggunaan partikel ‘ala’ dalam ayat tersebut merujuk kepada kesempurnaan iaitu sesuatu yang terletak di puncak. Demikian kesimpulan pentafsir terkemuka Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalliy al Sya’rawiy.
Teladan tersebut bukan hanya pada sisi dakwah sahaja, tetapi dalam segenap aspek kehidupan. Belajarlah mendalami dan menghayati sirah Rasulullah kerana di situ terletak seribu satu mutiara kehidupan yang tidak dapat dijumpai pada sirah sesiapa pun selain baginda.
Hakikatnya, mengetahui sirah Rasulullah merupakan satu kemestian kepada umat ini kerana baginda adalah perantara dan pentafsir al Quran secara perkataan dan perbuatan, sehingga tidak mungkin kita dapat memahami Islam tanpa mengetahui sirah Rasulullah.
Kehidupan Rasulullah memaparkan kepada kita teladan terbaik sama ada sebagai pemuda Islam yang benar akhlaknya dan terpercaya dalam kalangan kaum serta kerabatnya, ataupun sebagai da’i kepada Allah dengan hikmah dan nasihat berkesan yang menggerahkan segala upaya untuk menyampaikan risalahNya.
Juga sebagai pemimpin negara yang menjalankan segala urusan dengan amanah dan bijaksana, sebagai suami teladan dan ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang perkasa, sebagai negarawan yang ulung dan sebagai muslim secara keseluruhan (kaffah) yang dapat pula melaksanakan kewajiban beribadah kepada Allah dan bergaul dengan keluarga serta para sahabat dengan saksama.
Berbanggalah Dengan Sirah Rasulullah Yang Terpelihara
Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s yang ada pada hari ini telah bercampur-aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk memahami sirah Musa a.s. yang sebenar.
Pertikaian yang sama juga ada pada sirah Isa a.s. Injil-injil yang diiktiraf secara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun kematian al-Masih. Tanpa sebarang perakuan ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yang tersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu. Justeru, orang Islam tidak dapat beriman dengan kesahihan sirah tersebut melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan Sunnah.
Jika keraguan ini timbul pada sirah rasul-rasul selaku tokoh agama yang tersebar luas di dunia, keraguan yang lebih besar berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahli falsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang. Contohnya, Buddha dan Confucious.
Kisah hidup mereka hanya berlegar dalam kalangan pengikut mereka sahaja. Ia tidak mempunyai asal-usul yang diperakui daripada kaca mata kajian ilmiah. Setiap generasi menokok tambah riwayat generasi sebelumnya. Mereka menambah riwayat-riwayat berunsur lagenda dan khurafat yang tidak dapat dipercayai oleh akal yang sihat dan bebas daripada ketaksuban kepada kepercayaan itu. Oleh itu, kita dapati sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai secara mutawatir ialah sirah Muhammad, Rasulullah s.a.w.
Benarkah Cintaku Ini, Wahai Rasulullah?
Ada Syair Arab yang bermaksud:
Sekiranya cintamu itu benar nescaya engkau akan mentaatinya,
kerana orang yang mencintai tentu akan mentaati orang yang dicintainya.
Bukti yang paling mudah dilihat apabila seseorang benar-benar mencintai kekasihnya adalah mengutamakan orang yang dicintai lebih daripada diri sendiri dan kehendak peribadi. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan cinta yang sebenar, tetapi hanyalah dakwaan semata-mata.
Sebenarnya, Rasulullah wajib dicintai setiap orang yang bergelar muslim berdasarkan dalil-dalil al Quran, as Sunnah mahupun akal. Pengorbanan baginda kepada umat tidak mungkin terbayar, namun meletakkan cinta kepada baginda selepas cinta kepada Allah sekurang-sekurangnya menunjukkan kita sebagai seorang yang mengenang budi.
Tetapi cinta sahaja tidak cukup. Umat tidak dapat tidak mesti taat segala suruhan dan meninggalkan larangan Rasulullah. Tidak ada pilihan selain itu. Pilihan selain itu hanya mengundang kesesatan di dunia dan azab di akhirat.
Natijah Cinta..
Cinta yang benar pastinya membuahkan natijah yang indah sebagaimana cinta itu sendiri. Saya ingin menyatakan sedikit daripada sekian banyaknya natijah tersebut, di sini.
Merasa Kemanisan Iman
“Tiga perkara ini akan menjadikan seseorang merasai kemanisan iman iaitu cinta kepada Allah dan rasulNya melebihi cinta selainnya dan mencintai seseorang hanya kerana Allah dan perasaan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka” (Muttafaq alaih)
Memperoleh Kesempurnaan Iman
“Tidak dianggap sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan seluruh manusia.” (Muttafaq alaih)
Bersama Di Akhirat
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?”
Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) ataupun bersedekah tetapi aku amat cinta kepada Allah dan rasulNya”
Sabda Rasulullah, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai”. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Penutup: Muhasabah
Cinta pada Rasulullah bukanlah terbukti dengan keluar berarak atau berprogram sempena maulid. Sambutan maulid nabi hanyalah jalan untuk mengingatkan pengorbanan dan seruan Rasulullah kepada umat khususnya kepada mereka yang lupa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sebenar baginda atau pendakwa semata-mata?
“Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (daripada ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.” (an-Nisa’: 80)
Wallahua’lam.

No comments:
Post a Comment