04 February 2011

Selingkar kenangan : Cinta Pertama Ku....


Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Semoga sentiasa aman dan tenang menghadapi kehidupan yang sementara ini. Terlebih dahulu izinkan penulis membahaskan diri penulis dengan panggilan yang lebih santai, kerana topik yang hendak dibahaskan ini bersifat santai dan bukan ilmiah. Jadi izinkan penulis bahasa diri penulis dengan panggilan harian untuk baris ayat seterusnya.

Asyik formal je tulis blog, gua pun dah bosan. So untuk buat pertama kalinya, gua nak keluar daripada kepompong skima tu......... untuk post ini jee...hahah . Jadi post blog kali ini lebih tak skima gaya tulisannya, dengan kata lain. Gua tulis je lah apa gua rasa nak tulis dan terfikir...hahaha. Untuk pengetahuan korang, tahun ini genap ulang tahun keenam hari jadi motor gua. kalau orang tanya gua, siapa cinta pertama kau. Kalau orang lain mesti dia kata gadis sebelah kelas, jiran sebelas rumah, awek indon jual nasi lemak tepi jalan, tak pun bini orang selisih tengah jalan. Tapi bagi gua, cinta pertama gua...namanya Yamaha LAGENDA 11O  a.k.a abang kepada Lagenda 115 Z sekarang. Itu cinta pertama gua.

Serba sedikit biodata kekasih gua. Namanya Lagenda 110 keluaran Yamaha. Gua beli masa form 4 pada tahun 2004. Dapat je lesen, gua terus angkat motor ini. Motor ini banyak kenangan dan jasanya pada gua. Mujur motor ini tak boleh bercakap, kalau boleh comfirm gua suruh dia kahwin dengan korang.  Motor ini asalnya biasa, tapi gua dah buat ubah suai. Tayar gua ubah kepada saiz 17 keluaran GT900. Rim asal rim lidi, gua ubah rim aloi bintang tiga dan sembur cat putih. Enjin dengan wayaring pernah ubah suai. Body pernah sembur. Banyak lagi lah ubah suai.

Hilang. Motor ini pernah hilang masa gua form 5. Waktu tu sebulan sebelum exam SPM. Memang tertekan giler ar waktu tu. Tapi berkat doa dan solat hajat, akhirnya ke temu juga. Yang curinya, bukan siapa pun. Kawan sepermainan bola sepak gua gak masa kecik-kecik dulu. Gua dapat tahu daripada member gua gak yang seorang lagi. Bila dapat tahu, gua pergi minta dengan dia dengan cara baik. Yang gua nauk panas membaranya, boleh dia kata "boleh tak saya hantar esok motor ini, malam ini saya nak pergi tengok perlawanan bola sepak dekat stadium. Tak ada kenderaan nak pergi sana.....esok pagi saya suruh kawan saya hantar motor ini ".....(mengucap gua dengar, gua tak tahu lah dia ini pencuri sekolah sampai darjah berapa). Boleh lagi main tawar menawar, dah lah curi motor orang, gua tak lapor pada polis kira dah eloklah tu..Tapi memang dia hantar, dan banyak yang rosak..Dah enam tahun masa berlalu, gua pun dah tak dendam apa-apa dengan dia. Gua doakan dia berubah, jadi manusia berguna.

Mandi dan tidur. Jangan tanya perkataan ini. Biasanya, motor gua ini mandi dulu pada tuan dia.  Biasa dulu masa sekolah menengah. sebelum tidur, gua akan pastikan motor ini tidur dengan selimut. Gua tak selimut tak apa, yang penting motor gua diselimut. Tapi sekarang, dah taklah...itu kisah dulu-dulu.

Rempit. Ini masa gua muda-muda dulu. Zaman nakal-nakal sekolah menengah. Kawan-kawan gua dulu kaki rempit.Saja-saja lepas tekanan. Gua dulu dua alam, pagi berkawan dengan budak baik, malam berkawan dengan budak kurang baik or tak ke temu baik. Top speed motor gua, gua pernah test sampai 125 Km sejam, tapi rasanya boleh pergi lagi sampai 130 KM sejam. Tu pun jalan lurus. Semua jalan kita orang dah try, biasanya kalau ada jalan baru yang siap dibina. Kita orang lah yang pertama buat test uji dulu jalan tu...kata kawan, tolong JKR buat test sama ada capai standart ISO9001 ke tak jalan tu. Biasanya semuanya menepati piawai kita orang. Jadi taniahlah untuk JKR kerana kami menghargai jasa anda. 

Kemalangan. Rekod gua kemalangan dah 3 kali. Jatuh 2 kali gak. Yang kemalangan itu, bukan gua yang bawa waktu itu. Gua suruh kawan gua bawa, gua bonceng belakang. Tapi entah macam mana hari itu. Dia pergi langgar van orang. Yang gua kesalnya. Kalau van dia langgar itu, van Bank CIMB ke, van Petronas ke, van syarikat tauke balak ke, van orang-orang kaya tak apa gak. Tapi dia pergi langgar van anak yatim itu buat apalah. Last-last gua yang duduk bawah van.Dah lah dia tak cedera, gua yang jadi mangsa. Teruk juga kerosakan motor. Tapi mujur selesai cara baik. Seminggu duduk workshop. Banyak yang kemalangan, semua kawan gua yang bawak, boleh dikatakan semualah. Tu gua malas nak bagi pinjam tu.

Polis. Masa zaman sekolah menengah dulu. Gua dengan polis banyak persamaan. Kita orang ibarat adik dengan abang. Aur dengan tebing. Wang dengan mesim ATM. Kalau dia orang kejar, kita orang lari.  Tak sekolahlah kalau dia orang kejar, kita orang duduk tunggu je. Tapi dulu tak pernahlah kena tangkap. Cuma main kejar-kejar macam itu je... Bila dah puas dia orang kejar,  dia orang berhentilah mana-mana kedai makan. Dia orang sebenarnya bukan nak sangat tangkap. Saja nak halau suruh balik rumah. Tapi itu yang bestnya. Main kejar-kejar. Tapi kalau polis cawangan khas Bukit Aman turun buat operasi. Kita orang tak berani keluar. Dia orang punya cara kerja memang brutal.

Nakal.Nakal itu biasanya mematangankan manusia dengan pelbagai pengalaman hidup. Dulu ada kawan gua kaki rempit. Tapi dia ini jenis tegar dan brutal punya rempit. Motor dia paling power dia ubah suai. Tapi sekarang lainnya pula jadinya. Dulu dia dikejar polis, sekarang dia pula kejar orang merempit. Sekarang dah jadi polis peronda. Ada juga yang dah jadi doktor, mungkin dulu masa dia rempit, dia terlihat orang terlibat kemalangan. Last-last insaf jadi doktor. Hahaha...tak tahulah. Jadi enginner pun ramai. Tapi yang tak boleh tahannya dalam bidang Chemical. Mungkin waktu tu, zaman kita orang rempit tu. Harga minyak tengah naik. Jadi dia insaf nak cipta penganti petrol kot.  Jadi Imam pun ada. mungkin waktu tu dia tengok ramai geng-geng rempit bonceng awek-awek . Jadi dia insaf, terus jadi imam nak baiki akhlak dia orang. Geng kita orang tak bawa awek-awek. Untuk pengetahuan, geng kita orang melarang membawa perempuan. Perempuan dilarang wujud sama sekali, itu etika kita orang. Itu zaman dulu-dulu. Tapi ramai  kawan gua yang berjaya dan berkerja. Itu penangan zaman nakal. Pengalaman mematangkan kita orang.

Saman. setakat ini, saman baru sekali. Itu pun dengan JPJ sebab langgar lampu isyarat. Gua kalau balik kampung untuk ke bandar lebih suka naik motor. Sebab senang, faham-faham jelah. Bandar memang selalu sesak. Nak pergi dekat je, tapi nak cari tempat parking bukan main susah. Itu gunanya motor, boleh letak man-mana. Boleh mencelah di mana-mana. Penyakit rempit dah hilang, cuma benda yang buruk berkaitan dengan perangai lama ini satu je. Gua susah nak berhenti dekat lampu isyarat. Memang susahlah. Boleh dikatakan kalau keluar, hampir 80 % gua langgar. Tak tahu kenapa. Kalau naik kereta takut nak langgar, naik motor ini rasa best lak (Anda semua dilarang meniru perbuatan ini)

Laju. sekarang pun bila pakai motor. Mesti meter tak kurang daripada 90KM sejam. Cuma lajunya bukan untuk merempit lagi. Tapi untuk ke tempat yang baik-baik pulak. Dulu rempit, sekarang pun rempit, tapi ke masjid pulak (selalu lewat terutama waktu nak amsuk maghrib...itu yang berkejar-kejar a.k.a Rempit). Akhirnya ke temu juga fungsi rempit....hahaha. Inilah pengalaman zaman muda-muda. Sekarang dah bersara. tak sangka dulu guru-guru selalu marah kita orang rempit dekat sekolah. Sekarang aku pula jadi guru  yang  akan marah anak murid aku merempit. Masim betul mulut cikgu aku, kalau aku tahu, awal-awal lagi aku suruh dia sumpah jadi perdana menteri..Sebenarnya dunia itu berputar dan apa yang kita buat hari ini, insya allah. akan orang lain akan buat dan pada satu waktu, ia akan terkena pada kita balik.


** Nanti hampir-hampir nak posting di sekolah. Artikel ini kena delete ini.

No comments:

Post a Comment