10 February 2011

Pedoman : Maulidurrasul...


Syeikh Hafiz isa Muhanmad ibn Isa turmuzi berkata; "Sesungguhnya manusia tidak mampu untuk melukiskan gambaran tentang rupa bentuk nabi Muhammad s.a.w. Jauh daripada kesanggupan sesiapa pun untuk mencerikatan insan yang penuh bercahaya ini......Malah kata Ustaz Masjid Mardi, "Nabi Muhammad s.a.w insan yang bercahaya. Tiada bayang-bayang setiap kali dia berjalan. Kerana cahaya bertemu cahaya, tiada bayang terhasil. Lalat dan nyamuk tidak pernah hinggap di badannya. Tidak pernah terkena penyakit. Malah pernah dikatakan bahawa jika wajah Nabi Yusuf a.s mampu melupakan kesakitan sebuah tangan yang terluka, wajah Nabi Muhammad s.a.w mampu pula menghilangkan hati yang terluka.

Penulis petik riwayat dalam buku Nabi Muhammad s.a.w ; keluarga dan Suunahnya. Anas r.a pernah berkata;
Rasulullah s.a.w tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah dan warna wajahnya tidak terlalu putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar. Rambut mulia Rasulullah s.a.w tidak terlalu lurus dan tidak terlalu kerinting.....

Itulah gambaran fizikal dan banyak lagi gambaran yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat. Dan kesemua riwayat mengambarkan betapa cantik, dan nmenawannya aura Nabi s.a.w. Beruntunglah umat di zaman sahabat, di mana mereka dapat berjumpa dengan insan yang tercinta dan mulia ini. Tapi, tak semestinya kita tidak mampu untuk mencintai Rasulullah melebihi cinta kita pada diri kita. 

Rasanya anda semua pernah mendengar cerita ini. Bahawa Nabi pernah berkata bahawa di syurga nanti ada golongan yang paling dekat dan bersama Rasulullah disyurga. Sahabat berkata, adakah mereka. Nabi berkata, bukan. Kerana zaman sahabat merupakan zaman bersamanya. Jadi sahabat bertanya siapa?. Nabi berkata....golongan berkenaan merupakan golongan yang sentiasa bersamaku walaupun mereka tidak mampu melihat dan berdamping denganku, mengamalkan sunnah dan ajaranku. Mereka golongan dekat dengan aku....masyallah, subahanallah..tidakkah berkaca mata kita mendengarnya. Kawan-kawan tidakkah kita terfikir .Bahawa penyayang dan pemurahnya sifat Allah s.w.t. Allah menjanjikan kita dengan janji kebaikan untuk berdamping dengan kekasihnya. Walha kita lahir selepas kewafatan Nabi s.a.w. Tetapi dengan keadilan dan pemurahnya Allah.s.a.w kita dijanjikan tempat yang paling mulia dan paling dekat dengan kekasihnya. Masyallah......

Alangkah sayang, jika kita tidak merebut peluang ini. Penulis kadang kala terfikir. Bila seseorang mendengar nama junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w tidak kah kita mengulangi dan berselawat kepadanya. Dalam surah al-Ahzab ayat56, Allah menyatakan yang bermaksud,'' sesunggunhya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkalah salam penghormatan kepadanya.''

Al-nasai dan ibnu Hibban mengatakan, Nabi Muhammad berpesan, sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

"Allahumma solli'ala saidina Muhammad wa'alaaalihi wa as-haabihi ajma'iin"


Jom beramai-ramai

** Segala kekurangan adalah datang daripada kejahilan diri penulis sendiri. Jika ada sumber yang lebih elok dan berlandaskan sumber yang kukuh. Peganglah pada sumber berkenaan dan bukan pada sumber penulis. Sesungguhnya penulis serba kekurangan...

No comments:

Post a Comment