12 January 2011

Saja-saja : Bagitahu perkara sebenarnya.....


Inilah perkara sebenarnya apa yang memenatkan sebenarnya......
Mujur minggu ini tidak sepadat mana , masuk minggu hadapan bermulalah peperangan. Penat memikirkan segalanya, beban kepadatan aktiviti sebenarnya bukan satu faktor utama sebab dah terbiasa, tetapi faktor yang utama bukan kerana itu, tetapi kerana  faktor hati. Macam mana nak bermotivasi jika hati bukan di sini. Teringat keluarga di kampung, bagaimana penat ibu disana. Bagaimana keadaan ayah di sana. Sihat dan siapakah yang jaga? Persoalan demi persoalan timbul, di tambah kesibukan mentelaah. Persoalan itulah yang memenatkan diri ini. Akhirnya motivasi lari menghilangkan diri. Itu penyebab kepenatan pada diri. Bahan apinya tiada(motivasi), macam mana nak mengerakkan kereta(melaksanakan tugas). Asyik kena tolak je, macam mana tak penat...hahah

Memang diakui, telifon penyambung komunikasi. Tetapi kadang kala kita tidak tahu apa yang terjadi disebaliknya. Ucapan dibibir tersenyum lebar, tapi beban dihati siapa yang tahu. Kata-kata manis sekadar pelembut hati, sekadar mengembirakan si pendengar.Tapi kesusahan penutur di sana sebaliknya. Itulah pengorbanan seorang ibu. 

Ibu....ibu...bapa. Pergorbanan yang terkata. 


Semakin difikirkan, semakin gundah jiwa. Hanya doa mampu memberi ketenangan  Penulis penat memikirkan semua perkara. Akhirnya motivasi lari entah ke mana. Perlukan semangat baru, motivasi baru supaya dapat menghiburkan semula hati yang pilu. Agar melupakan sementara persoalan jiwa. Supaya kembali fokus ke jalannya. Motivasi itu sebenarnya di cari. Butang reset perlu ditekan supaya dapat melupakan sementara semua beban.

3 comments:

  1. semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan. amin. never give up.

    ReplyDelete
  2. relak la bro....kau rs tension sgt kau buat la mende2 yg kau slalu suka buat tu...'BEBEL'..hehe..gurau2...ada prob share la ngan kitorg....kitorg x leh tlg pn kitorg leh dgr kau bebel eh clap dgr kau bercakap...=)kuatkan smgt yek....fkr la pas kau abis sem nie kau akan jumpa mereka dgn memberikan kegembiraan pd mereka iaitu dgn result kau...so caiyuk2!!!!

    ReplyDelete
  3. TQ saysaukamerapu and hydrigenbond...insyallah

    ReplyDelete