Ke Hospital Putrajaya menemani seorang sahabat melawat jirannya yang sakit tenat. Kami bertiga bertolak selepas asar. Sampai di sana, penulis kagum dengan kemudahan yang disediakan di sana. Cuma keadaannya berbeza dengan hospital ditempat lain, iaitu jumlah pesakitnya yang tidak ramai. Mungkin disebabkan bilangan penduduk Putrajaya masih lagi kecil bilangannya. Selain itu, kawalan dan standart yang ditetapkan di hospital ini juga cukup tinggi. Oleh kerana jirannya itu dimasukkan ke unit ICU. Jadi hanya 2 orang sahaja dibenarkan memasukinya.
Jadi penulis dan seorang lagi sahabat turun ke ruang menunggu di lobi tingkat bawah. Sewaktu menunggu, penulis memandang kelibat seorang pemuda muda dalam lingkungan umur 30-an. Gaya pemakainya cukup santai, berkemeja lengan pendek dan berseluar jeans serta berkopiah. Tiba-tiba terdengar jeritan kanak-kanak perempuan lingkungan usia 3 tahun berlari sambil dikejar oleh seorang lagi kanak-kanak perempuan yang lebih tua sedikit daripadanya. Kanak-kanak berkenaan berlari mendapatkan pemuda berkenaan. Rupa-rupanya dia ayah kepada mereka. Kemudian berlari seorang lagi kanak-kanak perempuan ketiga diikuti oleh 3 orang budak lelaki yang penulis anggarkan yang paling tua berumur 10 tahun. kesemuanya 6 orang anaknya. Hebat pada usia yang muda sudah mempunyai anak seramai ini.
Apa yang menarik perhatian ialah bagaimana seorang ayah berkenaan melayan kerenah kesemua anaknya, terutama anak-anak perempuannya yang cukup ligat berlari ke sini ke sana. Kadang kala penulis geram melihat kerenah mereka, bukan kerana marah, tapi kerana kecomelan mereka. Dalam melihat gelagat si ayah melayan anaknya. Penulis teringat buku yang pinjamkan oleh seorang nenek berumur 91 tahun 11 bulan. Moga-moga nenek ini selalu sihat. Buku yang bertajuk "Nota hati seorang lelaki". Buku yang cukup menarik yang menceritakan ketabahan dan jiwa seorang lelaki sama ada dia bergelar lelaki, suami, ayah, anak dan pemimpin. Daripada alam remaja hingga ke alam dewasa dan akhirnya meniti zaman berumahtangga.
Jadi penulis dan seorang lagi sahabat turun ke ruang menunggu di lobi tingkat bawah. Sewaktu menunggu, penulis memandang kelibat seorang pemuda muda dalam lingkungan umur 30-an. Gaya pemakainya cukup santai, berkemeja lengan pendek dan berseluar jeans serta berkopiah. Tiba-tiba terdengar jeritan kanak-kanak perempuan lingkungan usia 3 tahun berlari sambil dikejar oleh seorang lagi kanak-kanak perempuan yang lebih tua sedikit daripadanya. Kanak-kanak berkenaan berlari mendapatkan pemuda berkenaan. Rupa-rupanya dia ayah kepada mereka. Kemudian berlari seorang lagi kanak-kanak perempuan ketiga diikuti oleh 3 orang budak lelaki yang penulis anggarkan yang paling tua berumur 10 tahun. kesemuanya 6 orang anaknya. Hebat pada usia yang muda sudah mempunyai anak seramai ini.
Apa yang menarik perhatian ialah bagaimana seorang ayah berkenaan melayan kerenah kesemua anaknya, terutama anak-anak perempuannya yang cukup ligat berlari ke sini ke sana. Kadang kala penulis geram melihat kerenah mereka, bukan kerana marah, tapi kerana kecomelan mereka. Dalam melihat gelagat si ayah melayan anaknya. Penulis teringat buku yang pinjamkan oleh seorang nenek berumur 91 tahun 11 bulan. Moga-moga nenek ini selalu sihat. Buku yang bertajuk "Nota hati seorang lelaki". Buku yang cukup menarik yang menceritakan ketabahan dan jiwa seorang lelaki sama ada dia bergelar lelaki, suami, ayah, anak dan pemimpin. Daripada alam remaja hingga ke alam dewasa dan akhirnya meniti zaman berumahtangga.
Buku yang menghuraikan pengalaman dan kritikan penulis berkenaan terhadap tanggapanya tanggungjawab seorang lelaki. Penulis teringat kisah yang diceritakan oleh penulis buku berkenaan sama seperti yang berlaku di depan mata penulis. Seorang ayah mampu menjaga 6 orang anaknya yang nakal dan comel. Tetapi bagaimana seorang anak tidak mampu menjaga seorang ayahnya. Bagaimana kita melayan ibubapa kita begitulah nanti anak-anak kita melayan kita.
Si ayah sentiasa tersenyum melihat kerenah anaknya. Di biarkan si kecil belari ke sana sini, tetapi pada masa yang sama disuruh si abang menjaga mereka. Ketiga-tiga si abang patuh, melihat si adik yang cukup girang bermain. Sentiasa tersenyum, seperti sahabat Nabi iaitu Ali bin Abi Talib. Bukan perkara yang mudah. Penulis akui, bukan setiap masa kita mampu tersenyum. Malah penulis pernah ditegur oleh pensyarah. "Kalau muka selalu masam tiap-tiap kali masuk kelas, anak murid tengok jadi takut" . Bukan masam, cuma lumrah fizikalnya rupanya sudah begini.
Tiba-tiba si anak yang paling nakal meluru mendapatkan ayahnya. Si ayah menyambutnya, dan cuba mendengar apa yang hendak disampaikan.Si ayah mengangguk faham. Kemudian si kecil itu meneruskan larian. Seorang lelaki perlu sentiasa mendengar. Mendengar keluhan si isteri, si ibu, si ayah dan anak-anaknya nanti. Dengan kata lain, jiwanya perlu prihatin, peka dan lembut melayan kerenah mereka semua. Bila dibandingkan, jauh bezanya dengan penulis terutama jika melibatkan mendengar dan memahami keluhan kaum wanita. Penulis masih ingat, sewaktu disekolah, penulis bukan seorang yang suka bergaul dengan pelajar perempuan (masuk U mula start rapat ). Rasanya boleh dihitung dengan jari kaki berapa sangat yang penulis rapat (sampai sekarang menjadi sahabat baik). Zaman alam persekolahan ibarat "zaman si kuat disanjung, si lemah dicemuh". Rapat dengan pelajar perempuan ibarat menjadi sasaran sindiran rakan-rakan. Dunia pelajar lelaki waktu itu hanya komik, motor, rokok, dan geng. Gurauan kami semua kasar-kasar, kami tidak pentingkan pakaian dan fesyen. Walaupun penulis berada di kelas yang kadang-kadang pertama dan kedua terpandai daripada tujuh kelas. Tetapi kebanyakan sahabat penulis berada dikelas hujung. Jadi di sekolah, penulis lebih mengambil pendekatan di tengah-tengah, si skema penulis rapat(kelas depan) dan si nakal (kelas belakang) penulis rapat. Jadi senang bila melibat diri dalam kelab (akedemik) kita ada teman, dan bila melibatkan koko (sukan) pun kita ada teman.
Jadi bagi lelaki seperti kami, gurauan kasar itu ibarat teguran mesra. Malah di rumah pun penulis bukan seorang yang suka bermanja-manja (kecuali dua orang adik perempuan). Jadi agak kekok bila bercakap tentang rahsia terutama dengan golongan hawa. Seorang lelaki perlu mendengar. Dengan kata lain, jiwanya perlu prihatin, peka dan lembut melayan kerenah mereka semua. Penulis masih ingat diteguran ibu penulis sewaktu memandu kerana penulis memberitahu ibu penulis yang ceritakan itu sudah didengari beberapa kali. Penulis menyesalinya kerana kata-kata itu merubah wajahnya seperti sedikit kecewa. Selepas kejadian itu, hampir setiap kali kami keluar, dan penulis memandu akan sedia memasang telinga mendengar apa yang diucapkan, walaupun ia pernah disebut berulang-ulang. Jadi sahabat-sahabat yang pernah menaiki kereta dengan penulis pasti faham kenapa penulis suka bercakap sewaktu memandu. Mungkin sebab tak dapat peluang bercakap sewaktu memandu dengan ibu penulis...faham-faham ye lepas ini. Nasihatnya ibu penulis hampir sama seperti nasihat penulis buku ini. Lelaki yang baik, merupakan lelaki yang mendengar.
Lelaki perlu menjadi pelakon, yang pandai tersenyum bila kegembiraan dan menangis bila kesedihan bila bersama pasangan. Jiwa yang kasar , jika diplus dengan kertas pasir sedikit demi sedikit tentu akan halus dan licin permukaanya. Penulis bukan jenis yang sentimental. Kadang-kadang bila sahabat menghadapi kesusahan. Pasti wajah rakan-rakan berubah kebimbangan. Sebaliknya wajah penulis tersenyum riang. Mungkin tidak kena pada tempat. Malah kadang kala bila melihat movie yang sentimental orang ramai pasti menangis duka, tetapi penulis lebih suka ketawa. Itu bukannya kerana penulis tidak mempunyai jiwa. Macam kata-kata ahli pujangga mikrobiologi terkenal dunia "you know me next to nothing". Walaupun kasar, dan tidak suka gurauan yang ke arah kelembutan. Tidak semestinya jiwa ini sekasar perbuatan. Walaupun jiwa brutal, dan kasar gurauan dan kata-kata, jika diberikan buku-buku kisah sahabat dan nabi, cerita tauladan, dan cerita-cerita peringatan boleh berkaca mata menahan tangisan menghitung dosa dan kejahilan (mujur ada roomate sebelah, jadi kena jaga macho).
Sahabat penulisan yang kebosanan memulakan perbualan. Sekarang dia sudah berpindah ke kolej serumpun, jadi kami jarang bertemu. Bila ketemu pelbagai topik kami sembangkan. Macam mana tiba-tiba keluar topik jodoh. Mungkin kerana melihat ramai ibu bapa berserta anak-anak mereka duduk di depan kami. Penulis saja bertanya, dan dia menafikannya. Dia ini kasar, tapi tak semestinya lelaki itu tiada perasaan minat. Katanya dia mencari yang terbaik dan cantik. Penulis teringat kata-kata penulis buku yang di baca ini. "jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi pada kesetian yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri kepada suaminya walaupun dia bukan isteri yang cantik".
Selepas sejam menunggu, akhirnya kami pun pulang. Waktu sudah lewat, kami singgah ke Masjid Besi. Sewaktu melaluinya. Kami terserempak dengan pengantin yang sedang menuju ke masjid. Mula-mulanya jahat, lalu depan masjid duduk kutuk pengantin. "Aku bergambar dengan pengantin perempuan, ko pegang halang pengantin lelaki, dah aku buat apa?? ko tukang ambil gambar je.Jadi aku yang kena tumbuk... Macam biasa, kami mula kecoh mengenakan sesama sindiri". Berdosa betullah mamat-mamat ini (campur penulis sekali). Tiba-tiba kata-kata penulis mematikan gelak ketawa kesemuanya. "Ialah perkara jodoh ini ada dimana-mana. Kita tawakal mendapatkannya. Tetapi kita bukan meminta pada "si jelita", tetapi pohon pada tuhan yang esa. Kerana hati itu bukan milik si jelita. Tetapi ia milik Allah sepenuhnya. Kemudian, sahabat sebelah berkata. "Betul, kalau engkau berbuat baik padanya, Allah tidak akan meninggalkan kita. Pasti yang perkara terbaik diberikannya untuk hambanya" . Terdetik di dalam hati tentang kebenaran kata-katanya. Layakkah penulis tergolong di dalamnya, dek menghitung dosa dan kejahilan agama yang ada. Perbualan kami terhenti. Sebelum pulang kami singgah ke kedai makan. Keluar dengan mereka gelak ketawa tidak pernah padam. Kadang-kadang hampir terangkat meja makan. Rasanya orang yang duduk disebelah meja makan boleh sakit jiwa dibuatnya.
No comments:
Post a Comment