21 January 2011

Saja-saja : Maaf tersilap, benar tetap benar.


Manusia juga melakukan kesilapan. Betul kata nenek itu sewaktu makan, "perbuatannya perempuan itu tidak salah. Dan tidak baik memburuk nama orang lain". Kata-kata yang menyedarkan penulis sehingga terdiam sebentar berfikir akan kesilapan kata-kata yang dilontarkan penulis. Bila difikirkan kembali, timbul pula penyesalan di atas kealpaan diri dan pada masa yang sama melontar tanggapan yang buruk padanya. Mungkin cara komunikasi yang ditonjolkan oleh hamba Allah itu sedikit ego dan sombong, dan tiada sedikit unsur keramahan dan hormat. Tetapi hakikatnya hamba itu tidak salah, dan penulis akui memang betul cara dan tindakannya. Cuma seperti yang penulis kataka, mungkin kurangnya kemesraan dalam komunikasinya. Mungkin itu yang membuatkan penulis cepat melatah. Penulis malu, sebab terlupa akan prinsip yang penulis sering katakan "Husnuzon".Waima atau sebaliknya penulis pula bersangka buruk. Tetapi yang benar, tetap benar. Dan yang salah tetap salah. Penulis akui kesalahan dan kelemahan penulis. Pengajaran berguna pada hari ini.





Peringatan kepada sesiapa. Sesiapa boleh bawa penulis ke mana-mana. Tetapi awas, jangan sesekali membawa penulis ke kedai buku atau Book Station sekiranya masa yang diperuntukkan itu sedikit. Alamatnya lamalah sahabat-sahabat kena menunggu. Kalau tinggalkan penulis di sana, tanpa makan dan minum pun penulis sanggup. Jadi awas..... Tak sabar nak baca buku "Perbalahan hebat dalam sains" karya Hal Hellman cetakan ketiga 2009 yang baru dibeli. Walaupun masih ada lagi 4 buah buku yang diletakan di tepi bantai yang masih belum dihabiskan sepenuhnya. Tetapi minggu ini banyak meeting, jadi perlu disimpan dulu. 

No comments:

Post a Comment