Setiap pagi penulis biasanya akan membuka Kosmo!. Sewaktu membaca petikan-petikan akhbar, penulis tertarik dengan post Jualan gudang melalui anak syarikatnya, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) dengan kerjasama Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), program itu berlangsung dari 20 Januari lalu hingga 30 Januari ini. Jualan tersebut bertempat di pejabat UP&D, No. 1 & 3, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur. Penulis terus je catat alamatnya.
Habis je kuliah pukul 10.00 pagi , penulis bercadang hendak mengajak beberapa orang sahabat untuk ke sana. Tetapi kebanyakan budak bach penulis ada kelas pukul 1.00 petang dan ada yang ke Library. Jadi disebabkan semangat berkobar-kobar dan nafsu serakah yang meluap-luap disebabkan godaan yang ada. Penulis teruskan juga hasrat. Walaupun tidak begitu arif jalan ke Kuala Lumpur. Penulis setkan alamatnya ke dalam GPS dan berdoa disepanjang jalan supaya tidak sesat. Akhirnya tak sampai 30 minit, penulis sampai juga ke destinasi. Rupa-rupanya tak lah sesukar mana sangat untuk ke sana. Sampai di sana, macam-macam godaan ada.
Buku disana dijual dengan potongan 70%, 50%, 45% dan malah ada juga semurah RM2 secara longok. Buku daripada penulis Faisal Tahrani seperti Kombat dan banyak lagi novel-novel yang best dijual dengan potongan sehingga 50%. Malah novel Imam karya Abdullah Hassan yang best saler juga yang harganya lebih daripada RM 40 dijual yang penulis lihat di MPH dan Gramedia, dijual dengan potongan 50%. Pengunjung yang membuat pembelian RM100 ke atas pula berpeluang mendapatkan cabutan bertuah berupa buku yang bernilai RM1,000. Tidak ketinggalan, pengunjung yang membawa brosur jualan gudang akan menerima hadiah misteri daripada pihak penganjur.

Memang rambang matalah penulis nak memilih. Akhirnya, pening sangat kepala. Penulis ambil bakul, penulis ambil je buku yang berkenaan di mata. Dua kali penuh bakul penulis isi dengan buku. Kebanyakan yang penulis beli buku bergenre sains, politik, kesihatan, agama, novel, pendidikan, bahasa, dan pelbagai lagi genre. Kesemuanya lebih kurang 68 buah buku semuanya.Memang banyaklah, sampai casher itu kata, awak lepas pergi kedai perabot. Beli rak...penulis hanya tersenyum...Borak-borak dengan casher itu, hampir terlupa petang ini ada tugasan. Tapi yang bayar seksanya. Mana taknya, semuanya hampir RM370 lebih. Huuuuuu......makan ikan kering lah aku!!!!!!....Memang sem ni tak beli buku dah.....lepas ini peruntukkan khas untuk disimpan untuk jualan pesta buku di PWTC je lah nanti untuk akhir sem ini. Aku dah muflis..hahha....
pergh..tepat la tekaan aku kau borong buku berbakul..huhu..jeles gler aku tgk...ish3...tp smpi 30 kan....try la ajak sape2 g sana....
ReplyDeleteWah,banyaknya beli buku! Dapat dengan harga diskaun lebih 50 peratus memang bahagia.
ReplyDeleteNanti pinjam buku-buku Faisal Tehrani, boleh?:)
Ala, ikan kering pun sodap. Hehehe~