Malunya......Ada program REHLAH di masjid UPM pada pukul 5.30 ptg hingga 11.00 mlm. Di sebab ada tugasan petang itu, jadi siapkan dulu tugasan. Last-last sampai pukul 6.30 ptg. Siap-siapkan diri sampai je depan masjid. Bilal dah qamad. Penulis pun bergegas ambil wuduk. Lepas je solat Maghrib. Aik....kenapa rasa ringan semacam jee poket ini. Raba-raba punya raba, macam ada sesuatu hilang. Tapi apakah gerangannya..Lantaklah....Tuk..tuk....Terdengar satu pengemuman daripada pembesar suara....Sesiapa kehilangan dompet sila ambilnya sekarang....kepada Mohd Burhanuddin Alias, sila ambil dompet anda sekarang. Laung pembesar suara masjid... boleh diambil kira satu masjid dengar nama penulis, bukan satu masjid je, satu kawasan masjid dengar....Penulis senyum-senyum tersipu. Sampai dekat yang menjumpainya. Dia senyum, akhir sekali dia nasihatkan supaya jangan cuai....moral of the story. Bukan pasal kes malu, cuma teringat satu hadis yang di baca dalam buku "kesalahan-kesalahan yang lazim dalam masjid". Riwayat imam muslim mengatakan Abu Hurairah r.a berkata "Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa mendengar seseorang mengumumkan barangnya yang hilang, maka ucapkanlah 'semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid dibina bukan untuk itu."...tapi memang diakui, penulis memang malulah....
Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail
Selepas solat Isyak, satu program ceramah oleh Prof Madya Dr Mat Rofa. Ismail. Beliau merupakan pensyarah fakulti sains dan matematik. Ini pertama kali penulis mendengar ceramah daripadanya. Pernah juga terdengar daripada mulut sahabat, bahawa beliau merupakan penceramah yang hebat.Tajuknya Ukkuwah dan perjuangan. Mula-mula beliau memulakan ceramah sehingga selesai ceramah itu. Penulis akui., dia memang hebat. Faktanya mantap dan bukan bercakap kosong. Hujahnya saintifik dan dia arif dengan kisah-kisah sahabat di zaman Rasulullah. Penulis memang tergangga mendengarnya. Serius..memang sangat best. Rugi siapa yang tak ikut program ceramah ini. Kerana tiada bayaran dan banyak tempat kosong. Program dua hari ini penulis hanya sertai untuk sesi ceramah saja, lawatan ke rumah anak yatim dan muzium kesenian Islam. Rasanya tak pergi. Yang lain penulis skip.Tapi harap-harap program qiam pukul 4 pagi ini penulis boleh bangun.....yang itu susah sikit.
Ada sedikit yang mampu dikongsi. Menurut beliau saintis AS telah menjalankan kajian berkaitan genetik untuk mengkaji asal usul bangsa manusia. Tujuannya untuk membuktikan bahawa genetik bangsa terbaik merupakan genetik bangsa yahudi. Kajian ini dilakukan melalui kajian terhadap kromoson Y. Kromoson Y sesuai kerana sifatnya yang kekal. Iaitu bersifat mewarisi berbanding kromoson X. Untuk menjayakan kajian ini, satu peruntukan telah dilakukan dengan mengambil sampel-sampel seluruh bangsa di dunia ini. Dan tiga orang pensyarah UKM telah terpilih untuk menyumbang sampel sel mereka. Kajian ini dibantu dengan menggunakan teknologi termaju, dengan kata lain teknologi nano yang mampu mengumpul susur galur sel induk sehingga mampu mengenalpasti warna kulit dan keturunan setiap sel. Teknologi ini juga mampu menyusur galur sel induk yang pertama dengan kata lain merujuk kepada nabi Adam a.s. Menurut beliau, kajian telah mendapati bahawa warna kulit manusia pertama mempunyai kulit berwarna merah-kemerahan seperti warna kuku kita. Ini hampir sama dengan kenyataan Rasulullah bahawa warna kulit Nabi Adam a.s berwarna kemerah-merahan.

Daniel Scraich
Selain itu, menurut beliau Islam semakin berkembang maju sehingga menakutkan masyarakat Eropah. Itu penulis sendiri akui kerana akhbar sekarang banyak memaparkan ketakutan seperti mana yang disuarakan oleh paderi dan pemimpin Eropah yang lain. Beliau menjelaskan lagi, bahawa hidayah Allah ada di mana-mana da datang tanpa disangka-sangka. Lihat Daniel Scraich, ahli politik Swiss yang terkenal kerana kempen menentang Islam. Daniel cukup lantang menentang Islam. Oleh kerana beliau juga merupakan salah satu daripada ahli parlimen Swiss. Jadi dia telah mendesak kerajaan Swiss supaya meluluskan undang-undang yang melarang laungan azam berkumandang. Tetapi penulis rasa penulis pernah membaca kisahnya dahulu. Tetapi undang-undang berkenaan tidak dapat diluluskan. Sebaliknya undang-undang berkaitan dengan laranngan pembinaan menara sahaja yang berjaya diluluskan.
Kebencian Daniel terhadap Islam begitu membara sehingga beliau sanggup mengkaji perkara mengenai kelemahan Islam di dalam pelbagai buku. Sebaliknya kebencian bertukar kepada kebenaran. Semakin di bongkar, semakin terbukti kebenarannya. Orang yang dulunya begitu kuat menentang Islam sebalik bertukar memeluk agama Islam. Dia mengejutkan seluruh Swiss dengan melakukan siaran langsung ke seluruh Swiss dengan memberitahu kenyataan maaf kepada semua umat Islam di Swiss dan dunia. Dia berjanji akan membina sebuah masjid terbesar di Swiss. Masjid itu berjaya dibina, tetapi dibina tanpa menara. Ini kerana undang-undang Swiss melarang pembinaan menara seperti mana yang di perjuangkan oleh Daniel dahulu. Akhirnya dia membina masjid dan turut membina satu kawasan yang dikhaskan untuk membina menara. Dia berharap satu hari nanti, parlimen akan menarik balik sekatan berkenaan.
"Allah itu tidak melihat hasil perjuangan tetapi cara perjuangan itu dilakukan." Dr Mat Rofa menyentuh sedikit isu Palestin. Tetapi penulis tidak mahu menyentuhnya secara panjang lebar. Cuma kajian Israel telah membuktikan bahawa, kanak-kanak yang lahir dan membesar di mucung senapang. Kemungkinan besar dia lahir dengan semangat seorang pejuang. Ini dibuktikan oleh kanak-kanak Palestin.
Islam itu ada di mana-mana. Rasulullah pernah berkata, dan bunyinya hampir sama seperti ini, selagi ada cahaya matahari di tempat itu, maka di situ pasti ada Islam. Penulis anggap semua orang tahu bahawa Belanda merupakan negara yang cukup radikal dan anti kepada Islam. Tapi tahukan kamu semua bahawa tiga nama pendaftaran kelahiran yang paling popular dikalangan penduduk Belanda dan salah satu daripadanya merupakan "Muhammad".

Menurut Dr Mat Rofa. Di Britain, sejak tahun 2001 sehingga sekarang. Di anggarkan bahawa lebih 5000 penduduk di sana memeluk agama Islam setahun. Dan dianggarkan dengan menggunakan teknologi simulasi komputer yang canggih. Dianggarkan bahawa kemungkinan besar, akan menjadi negara Islam menjelang tahun 2050. Menurut beliau lagi, Pope Benedict XVI telah mengadakan perjumpaan dengan Bush. Dalam perjumpaan berkenaan, Pope telah meminta supaya Bush menjalankan satu kajian berkaitan bilangan populasi penduduk Islam dan kristian di seluruh dunia. Hasil kajian rasmi yang dikeluarkan mendapati bahawa bilangan penduduk Kristian masih melebihi penduduk Islam. Tetapi Pope tidak berpuas hati. Dan mendesak Bush supaya memperincikan lagi kajian.Kerana beliau beranggapan bahawa ada juga umat Islam terutama masyarakat Eropah yang masih menggunakan nama asalnya sebagai nama sebenar setelah memeluk agama Islam. Akhirnya pada tahun 2009. Telah didapati bahawa bilangan penduduk Islam melebihi penduduk Kristian. Menurut Dr. Mat Rofa, kajian lama mendapati bahawa setiap 4 orang penduduk bumi, salah seorang daripadanya Muslim. Tetapi kajian terbaru mendapati bahawa pada 2025. Setiap 3 orang penduduk bumi, salah seorang daripadanya Islam.
Memang diakui, dan penulis kagum dengan Dr Mat Rofa. Memang dia hebat menyampai hujah. Menyesal kepada sesiapa yang tak pergi. Kepada Have faith, ingat nak ajak pergi sekali. Tapi bimbang serabut dan menganggu kerana dikatakan asyik ajak keluar je. Haha....Apa pun, memang best sangat-sangat, 3 hari 3 malam penulis sanggup dengar ceramah dia. Have faith dengarlah gendang cina tu puas-puas. hahah
salam alaik.
ReplyDeleteperkongsian yg memang best. lagi2 part dompet tercicir tu. *smash kilat*
tak kisah pun kalau nak ajak keluar unutk program ilmu. feel free to ask if thats where the case.
Tung...tung...tung gendang cina
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete