Jujur penulis katakan penulis memang kuat sangat cemburu. Lebih-lebih melibatkan barang ini. Semalam roomate penulis membeli sesuatu daripada The Mines. Kalau barang lain penulis tak kisah, tapi kalau barang ini boleh buat penulis sakit hati. Lebih sakit hati lagi bila barang itu diletakkan di atas rak yang secara terang-terang menyerlahkan kecantikan dan satu yang mengiurkan sesiapa yang melihatnya . Lagi bertambah sakit hati penulis. Barang itu, merupakan buku " Armagedon : 2012 " karya Muhammad Alexender yang berharga RM 31.50.Nikmat membaca sahaja tanpa memiliki dengan nikmat memeliki dan membacanya merupakan dua perkara berbeza. Ibarat memandu kereta ferarri tapi kereta itu bukan milik kita. Jauh bezanya nikmatnya.
Muhammad Alexender merupakan penulis Indonesia yang cukup gah daripada segi nama sebagai penulis sejarah. Penulis pernah membaca satu lagi karyanya iaitu buku Yakjuju & Makjuj: Bencana di sebalik Gunung. Tapi buku itu dibaca dikedai buku, itu pun hanya separuh sempat penulis baca. Tapi daripada penilaian pertama, bahan dan pengetahuan diolah dengan cukup santai supaya mudah difahami pembaca. Secara amnya, buku ini mengaitkan terjadinya kiamat mengikut kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Penulis tidak lagi membacanya, jadi tidak berapa arif tentang fakta yang disampaikan oleh Muhammad Alexender. Tapi apa yang penulis tahu dengan pengetahuan yang serba sedikit sikit, kaum maya atau penulis kenali sebagai "kaum Itza". Kaum yang wujud 3000 tahun yang lalu yang amat arif dengan astronomi. Malahan kaum ini membina piramid untuk tujuan menyembah langit. Mereka juga dikenali sebagai kaum yang bijak terutama dalam sektor pembangunan seni bina dan matematik. Malahan sehingga sekarang peninggalan runtuhan daripada kaum ini masih lagi menjadi misteri dan sukar dibongkar kerana bentuk bumi yang sukar diterokai. Bangsa yang dihapuskan oleh penjajah sepanyol ini memang dikenali sebagai peramal terutama dalam bidang bintang. Jadi menarik untuk dibaca berkaitan meraka ini.
Gaya penulisan Muhammad Alexender mengingatkan penulis dengan gaya penulisan Abdul Latip Talib. Seorang penulis yang jiwanya daripada aliran sastera, tetapi mempunyai bakat yang luar biasa dalam arena penulisan sejarah. Penulis lebih menarik buku -bukunya seperti siri novel pahlawan Islam seperti buku Salahudin Ayubi, Khalid Walid dan Tariq Ziyad (buku yang sedang dibaca sekarang). Gaya penulisan yang ringkas dan membolehkan pembaca membacanya dengan mudah . Jalannya ceritanya diolah dengan cukup menarik, membuatkan pembaca merasakan betul-betul dizaman seperti digambarkan oleh penulis buku berkenaan.
Berbalik dengan kisah roomate aku. Sebenarnya penulis boleh pinjam daripadanya. Comfirm memang dia akan baginya, roomate penulis memang baik hati. Tetapi penulis lebih suka memilikinya, kerana boleh buat apa saja dengannya. Malam-malam tidur berteman, nak berteman biarlah bini itu "sah milik kita". Alangkah indahnya dapat buku ini. Insyallah hajat dihati memang nak membelinya, tapi mungkin kena tunggu 2 minggu lagi baru dapat beli, minggu ini memang sibuk dengan aktiviti. Alangkah indahnya kalau ada orang yang sanggup bagi buku ini. Bagai bulan jatuh ke riba.....

salam alaik.
ReplyDeletenak pinjam! wait a sec, speaking of which. MOU tu bila nak laksanakan?
hahaha...atas tuaku. nanti hamba contact balik..hamba ada good idea. Comfirm menariknya.
ReplyDeleteBeli ja la bro, lau tak rasa mampu pinjam... Lebih baik baca kalau dh teringin drpd tak baca terus kan..
ReplyDelete