Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

18 December 2010

Novel : Jalan-Jalan Pilihan - siri 5


"Man, cikgu rasa baik kita bawa ummi terus ke Hospital Sulltan Haji Ahmad Shah. Cikgu bimbang tengok keadaannya sekarang. Kalau dibawa ke klinik, doktor pasti akan meminta dihantar ke hospital. juga Jadi lebih baik kita  terus ke Temerloh. Di sana, rawatannya lebih rapi. " kata Cikgu Daud memberi pendapat.

"Baiklah cikgu, Man rasa pun macam tu juga. Baik kita terus ke hospital. Kesihatan ummi pun semakin teruk sekarang" balas Shariman sambil tangan kanannya memegang dahi Mak Esah. Perjalanan daripada Kampung Selendang ke Bandar Temerloh mengambil masa lebih dari 2 jam.
Mak Esah duduk menyandar dibahagian tempat duduk belakang dan wajahnya pucat.Shariman duduk disisinya sambil kedua-dua belah tangannya memegang tangan ibunya. Jalan daripada Kampung Selendang ke Kampung Pamah Kasih memang agak sempit. Jalan ini juga berlubang dan retak kerana  sering menjadi laluan lori balak. Dalam keadaan hujan lebat, jarak penglihatan juga kurang baik kerana tiada lampu jalan kiri dan kanan jalan.Oleh itu, Cikgu Daud memandu berhati-hati menyusuri jalan ke arah Bandar Temerloh.
Kereta Cikgu Daud memasuki pintu gerbang yang tertera selamat datang Bandar Temerloh. Dia terus membelok ke kanan, memasuki simpang tiga. Dia memberi lampu isyarat ke kanan. Dari jauh kelihatan petanda arah menuju ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kereta membelok ke arah papan tanda pintu kecemasan. Cikgu Daud memberhentikan kereta betul-betul di pintu masuk bahagian kecemasan.Shariman keluar dan menuju ke bahagian pintu sebelah tempat duduk Mak Esah.  Kelihatan seorang petugas lelaki mendekati kereta Cikgu Daud.

"Boleh saya bantu" ujar petugas itu.

"Ibu saya sakit tuan," kata Shariman sambil membuka pintu kereta. Petugas itu melihat ke arah Mak Esah, lalu memadang ke arah kaunter kecemasan. Dia mengangkat tangan seperti memberi sesuatu isyarat kepada petugas di kaunter itu. Petugas dikaunter itu mengangguk faham. Dia terus membawakan sebuah kerusi roda. Shariman memapah Mak Esah untuk duduk di atas kerusi roda itu.

"Adik, pergi ke kaunter dihadapan sana untuk buat pendaftaran. Lepas tu, encik tunggu diruang menunggu." sambil menunjukkan ke arah kaunter pendaftaran.

Shariman terus melangkah menuju ke arah kaunter pendaftaran. Dari jauh dia dapat melihat kedua-dua petugas itu membawa Mak Esah memasuki bilik rawatan. Selesai mendaftar. Dia terus melangkah menuju ruang menunggu.Selang 5 minit, kedua-dua petugas itu keluar daripada bilik itu. Shariman terus bangun, dan mendapatkan kedua-dua petugas itu.

"Tuan, boleh saya tanya. Macam mana keadaan ibu saya."soal Shariman sambil wajanya jelas menampakkan kebimbangan.

"Macam ni encik. Sekarang ini ibu encik sedang mendapatkan rawatan. Doktor masih lagi memeriksanya. Encik duduk dulu di sini. Selepas doktor selesai, dia akan panggil encik." balas petugas itu, lalu melangkah meninggalkan Shariman. Shariman kembali duduk di bangku. Mata merenung tepat ke arah bilik rawatan yang pintunya bercat kuning. Dalam koridor itu, terdapat 3 pintu bilik rawatan, iaitu merah, kuning dan hijau. Di atas pintu itu tertera papan menjelaskan warna-warna bilik itu. Pintu bilik yang bercat merah, menunjukkan bilik untuk pesakit kritikal dan perlu diberi rawatan segera. Pintu berwarna kuning pula bagi pesakit semi-kritikal yang berada dalam keadaan separa sedar, pesakit ini juga akan diberi rawatan segera. Manakala pintu berwarna hijau, bagi pesakit yang sepenuh sedar dan akan diberi rawatan mengikut keutamaan.

Dari jauh kelihatan Cikgu Daud. Dia melangkah menuju ke arah Shariman, lalu duduk disebelahnya.

"Sabar Man. Insya Allah selamat. Banyakkan berdoa dan bersabar." ucap Cikgu Daud sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Shariman tanda memberi sokongan.

"Insya Allah Cikgu." balas Shariman sambil kepala tunduk memandang ke arah lantai. Dan pada masa yang sama, matanya mula berkaca jernih. Tetapi dia cuba menahannya. Biarlah hatinya sahaja yang menangis.

Selang 20 minit. Terdergar satu pengemuman. "Kepada waris Puan Nur Esah Binti Abu, sila ke bilik berwarna kuning dengan segera....ulang bicara, kepada waris Puan Nur Esah Binti Abu, sila ke bilik zon kuning dengan segera."

Shariman dan Cikgu Daud terus bangun, lalu bergegas masuk memasuki bilik berwarna kuning. Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah katil. Dari jauh kelihatan dua orang doktor memerhatikan Mak Esah, yang sedang terbaring di atas katil. Doktor itu memakaikan Mak Esah topeng oksigen. Shariman dan Cikgu Daud terus melangkah ke arah katil berkenaan.

"Minta maaf doktor. Macam mana keadaan ibu saya?" soal Shariman dengan cemas.

"Awak waris Puan Nur Esah," soal Doktor itu. Shariman mengangguk.

"Macam ni encik. Paras tekanan darahnya tinggi, mungkin berpunca daripada demam panas.Kalau tidak dirawat mungkin boleh melarat menjadi Hiperthermia. Dan kemungkinan tinggi untuk mengalami serangan strok. Tetapi keadaannya sekarang sudah sedikit stabil."

"Kami akan tahan Puan Esah buat sementara waktu di wad bagi tujuan pemantauan. Kerana keadaannya masih lemah dan kami juga bimbang kemungkinan dia untuk mengalami serangan strok,"

"Kami akan pindahkan dia ke wad sebentar lagi. Jadi encik berdua boleh tunggu diluar dahulu. Nanti kami akan maklumkan jika ada apa-apa" balas doktor itu. Shariman dan Cikgu Daud melangkah keluar daripada bilik itu.

Wajah Shariman kembali tenang. Kekuatan dan semangatnya kembali datang pada dirinya. Dia mengucap syukur, sambil tangannya menyapu wajahnya yang terpapar kelegaan.

"Syukur, Kak Esah dah selamat sekarang, " ucap Cikgu Daud seperti mengamin kata-katanya.

Selang 7 minit, tiga orang jururawat keluar daripada bilik itu sambil menolak katil Mak Esah. Shariman dan Cikgu Daud bangun dan melangkah menuju ke arah mereka.

"Encik berdua ni, waris Puan Nur Esah Binti Abu, " soal Jururawat berbaju biru.

"Saya anaknya." balas Shariman spontan.

"Macam ni encik. Ibu encik perlu di masukkan ke wad. Jadi boleh encik ikut kami ke sana," balas jururawat itu. Shariman membantu menolak katil Mak Esah menuju pintu lif. Pintu lif terbuka, mereka masuk ke dalam lif dan menekan butang tingkat tujuh. Pintu lif terbuka, katil Mak Esah di tolak perlahan memyusuri koridor menuju ke wad yang tertulis dipintunya Wad Bunga Raya. Wad ini khas untuk pesakit perempuan, manakala dihadapan wad itu pula terdapat pula wad Bunga Melur yang dikhaskan untuk golongan yang berkemampuan. Keadaan Wad Bunga Raya sedikit bising dengan keriuhan pelawat yang menziarahi pesakit.  Mak Esah di tempatkan dibahagian  koridor paling hujung. Di situ terdapat 3 buah katil yang sudah tersedia . Mak Esah ditempatkan katil disebelah kiri yang berhampiran dengan tandas.Di kirinya terdapat seorang wanita berumur 50-an berbangsa Melayu sedang membaca akhbar. Wanita itu tersenyum melihat Shariman memandangnya, Shariman membalas senyuman sambil menudukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

Cikgu Daud memegang bahu Shariman seperti ingin mengatakan sesuatu. Shariman mengangguk memahami. Mereka melangkah keluar daripada wad menuju ke lif untuk turun ke tingkat bawah. Pintu lif terbuka, kelihatan orang ramai berkumpul di muka pintu lif menunggu giliran untuk menggunakannya. Sekarang waktu untuk pelawat. Jadi keadaan hospital dipenuhi dengan orang ramai yang sedang melawat pesakit. Shariman dan Cikgu Daud melangkah menuju tempat letak kereta Sampai dikereta, Cikgu Daud membuka pintu hadapan disebelah pemandu. Dia mencapai beg pakaian yang diletakkan di atas tempat duduk, lalu diberikan kepada Shariman.

"Man, cikgu rasa ...cikgu nak pulang dulu. Nanti jangan lupa telefon cikgu kalau berlaku apa-apa," ucap Cikgu Daud menginggatkan Shariman.

"Satu lagi. Man ambik ni," kata Cikgu Daud lagi sambil tangannya menyeluk saku seluarnya, dan mengeluarkan dompet. Lalu dikeluarkan 5 keping wang Rm50.00 lalu diberikan kepada Shariman.

"Cikgu. Tak apalah," kata Shariman seperti terkejut dengan tindakan Cikgu Daud itu.

"Man ambil je duit ini. Cikgu rasa, Man perlukannya untuk bayar kos rawatan. Ambil je," Ujarnya lagi, lalu mencapai tangan Shariman dan menyuruhnya mengambil wang berkenaan.

"Tak apalah cikgu. Cikgu dah banyak tolong Man. Lagi pun Man rasa, Man menyusahkan cikgu untuk menghantar Ummi ke sini," ucap Shariman serba salah.

"Man ambil je dulu." ucap Cikgu Daud ringkas.

"Terima kasih Cikgu" ucap Shariman, lalu mengenggang wang berkenaan 

"Insya Allah, kalau cikgu ada masa cikgu datang melawat.Tapi kalau doktor benarkan Ummi keluar awal. Man terus je hubungi cikgu. Nanti cikgu datang ambil." Ucap Cikgu Daud, lalu membuka pintu kereta dan menghidpkan enjin kereta.

"Man banyakkan berdoa. Moga-moga ummi cepat sembuh," katanya lagi sambil  menghulurkan tangan untuk bersalam. Shariman menyambutnya.

"Terima kasih cikgu. Hanya tuhan sahaja mampu balas jasa cikgu," kata Shariman sedikit sayu.

Kereta Cikgu Daud berlalu meninggalkan Shariman. Dia terharu dengan jasa baik Cikgu Daud. Selama ini, Cikgu Daud banyak membantunya dan jasanya cukup besar pada dirinya. Hutang budi yang dia rasa tak mampu dibayar dengan wang ringgit. 
Shariman memegang beg pakaian. Dia meyeluk poket seluarnya. Di keluarkan dompet berwarna hitam, lalu dimasukkan wang berkenaan ke dalam dompetnya. Dia mengambil kad ATM Bank Simpanan Nasional. Shariman seperti berfikir sesuatu. Lalu dimasukkan kembali kad itu ke dalam dompetnya. Dia melangkah menuju ke arah pintu masuk hospital. Shariman menyapa seorang pengawal keselamatan di situ. Dia bertanyakan Mesin ATM. Pengawal itu menunjukkan ke arah sudut berhampiran tangga yang tidak jauh daripada pintu lif. Shariman memasukkan kad Bank Simpanan Nasional berwarna biru tua itu ke dalam mesin ATM berkenaan. Dia menekan menu pertanyaan baki.  Terpapar baki berjumlah RM 907.65.

"Alhamdulillah. Baki duit biasiswa sewaktu ditingkatan 6 masih banyak. Minta-minta duit ini cukup untuk bayar rawatan ummi. Duit ini aku ingat nak gunakan sewaktu menyambung belajar nanti. Tapi, tak apalah. Ummu lebih penting. Ada gunanya menyimpan duit biasiswa." ucap Shariman. 
 
Dia masih ingat sewaktu di tingkatan 6 dulu. Kerajaan ada menyediakan peruntukkan biasiswa untuk semua pelajar tingkatan 6. Jumlah biasiswa berkenaan sebanyak RM 1600.00 dan dimasukkan secara berperingkat-peringkat. Dia masih ingat wajah rakan-rakannya, apabila tahu wang biasiswa telah masuk. Semua riang memikirkan untuk membeli barang-barang idaman. Ramai juga yang berebut-rebut  membeli handphone baru. Malah ada juga yang membeli motosikal baru. Tetapi bagi Shariman, itu semua tidak penting. Dia lebih tertarik untuk membelanjakan wang berkenaan untuk dusunnya. Wang berkenaan boleh digunakan untuk membeli baja dan racun rumpai. Hasil dusunnya nanti boleh dijual untuk mengembalikan modal yang dilaburkan. Dia merasakannya seperti pelaburan yang menguntungkan.

Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila ada suara menegurnya daripada belakang. "Assalamualaikum. Lama lagi ke urusannya," ujar seorang gadis dibelakang Shariman yang daripada tadi menunggu giliran.

"Maaf..." ucap Shariman tanpa memandang wajah gadis berkenaan . Dalam keadaan kelam kabut terus dia menekan butang batal. Lalu terus mengambil kad ATM dan memasukkan ke belakang poketnya. Dia terus mencapai beg pakaiannya lalu terus melangkah menuju ke arah lif.

"Assalamualakum saudara...saudara." laung seorang gadis dengan lembut. Shariman memandang ke arah gadis berkenaan. Gadis itu melangkah menuju ke arahnya sambil tersenyum.

"Saya rasa ini dompet ini milik saudara. Dompet ini saya jumpa di depan Mesin ATM tadi," ucap gadis yang umurnya hampir sebaya dengan Shariman.

Shariman memeriksa poket seluarnya.Lalu mengambil dompet berkenaan." Alhandullilah.Inilah nyawa saya. Mujur saudari menjumpanya. Terima kasih" ucap Shariman sedikit cemas.

"Sama-sama. Cuma saya harapkan supaya saudara lebih berhati-hati." kata gadis berkenaan sambil tersenyum, lalu melangkah meninggalkan Shariman. Shariman tersenyum malu apabila mendengar kata-kata berkenaan. Dia kadang-kadang memang seorang yang kelam-kabut. Dia mendengus, mengharapkan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan. Shariman terus melangkah ke arah lif.

Berjalan dikoridor Wad Bunga Raya memang sesuatu yang merimaskan.Keadaan dalam wad sedikit bising. Bilangan pesakit yang semakin meningkat dalam satu-satu masa menyebabkan wad berkenaan tidak cukup ruang untuk menampung pesakit. Malah ada juga pesakit yang katilnya diletakkan di tepi koridor dan ada juga runag untuk diletakkan tiga katil di isi dengan empat.  Sekarang waktu melawat, jadi waktu ini penuh sesak dengan pelawat yang datang melawat. Kadang-kadang terasa juga kasihan melihat pesakit yang terbaring di situ. Sausana bising menganggu pesakit yang sedang tidur. Shariman melangkah ke bahagaian paling hujung.

Dia melihat ada seorang wanita sedang bercakap-cakap dengan ummi yang sedang terbaring. Wanita itu merupakan pesakit di sebelah katil Ummi.

"Assalamualaikum" tegur Shariman dengan nada lembut.

"Waalaikumsalam" jawab wanita berkenaan.

"Ni anak saya, Puan Halimah. Namanya Shariman," kata Mak Esah. Kesihatannya bertambah baik. Mak Esah sudah ada sedkit tenaga untuk bercakap. Shariman mengangguk hormat sambil tersenyum. Sambil berdiri dihadapan katil menghadap kedua-dua wanita berkenaan.

"Shariman, berapa umur kamu ???" soal Puan Halimah.

"18 tahun." jawab Shariman ringkas.

"Ooo...sama dengan umur anak mak cik, " balas Puan Halimah sambil memandang Shariman.

"Tentu masih belajar lagi. Shariman belajar di Universiti sekarang??" Soal Puan Halimah.

" Saya sebenarnya baru habis daripada peperiksaan STPM. Sekarang tengah berkira-kira nak masuk Universiti. Itu pun kalau ada rezeki," balas Shariman sambil tersenyum.

"Ooo macam tu. Baguslah macam tu" balas Puan Halimah.

"Kak Esah rehat dulu ye. Saya nak pergi solat dulu. Mak cik minta diri dulu ye," kata Puan Halimah sambil memandang ke arah Mak Esah, dan Shariman.

"Baiklah mak cik," ucap Shariman, sambil Mak Esah mengangguk kepala.Puan Halimah melangkah menuju ke tandas yang tidak jauh daripada bilik berkenaan.

Shariman merapati Mak Esah. Dia meletakkan tangannya ke dahi Mak Esah." Dahi ummi dah tak panas," kata Shariman. Kemudian dia meletakkan beg dan membukanya. Dia mengeluarkan beberapa helai pakaian Mak Esah lalu diletakkan ke dalam almari kecil disebelah kanan katil dan selebihnya pakaian Shariman. Dia memasukkan kembali pakaiannya ke dalam beg. Lalu diletakkan ke bawah katil Mak Esah.

"Ummi nak makan," soal Shariman.

"Tak apa lah Man. Ummi tak berselera lagi nak makan. Ummi rasa nak solat dahulu. Man tolong ambilkan air untuk ummi berwuduk." pinta Mak Esah.

"Sekejap ye Ummi. Man pergi ambilkan bekas air,"balas Shariman melangkah ke singki di bahagian kiri koridor. Lalu dia membawakan air, lalu disapunya ke anggota Mak Esah dengan tertib. Mak Esah masih lemah, lalu Shariman memintanya sembahyang dalam keadaan berbaring. Mujurlah katil itu, kedudukannya betul-betul menghala ke arah Bakkah. Shariman meminta untuk turun membeli sedikit barang runcit dan makanan. Mak Esah mengangguk tanda membenarkan. Sariman berlalu meninggalkan Mak Esah yang sedang menunaikan solat itu.

Pintu lif terbuka. Shariman keluar sambil berasak-asak dengan pelawat lain. Dia menuju ke arah Surau. Daripada jauh kelihatan kelibat seorang gadis. Shariman mengenalinya. Itulah gadis yang memulangkan dompetnya yang tercicir tadi. Mereka terserempak. Shariman tersenyum sambil menunduk kepala sebagai tanda hormat. Gadis berkenaan turut tersenyum dan melakukan perkara yang sama. Mereka berdua terus menuju ke arah destinasi masing-masing. Surau itu sedikit kecil 1/3 daripada surau Al-Ikhwan. Di dalamnya cukup bersih. Kelihatan beberapa orang sedang terbaring di dalam masjid berkenaan. Mungkin sedang rehat selepas solat berjemaah sebentar tadi. Selepas menunaikan solat Zohor.

Shariman terus menuju ke arah kaunter pengawal keselamatan. "Assalamualaikum...tumpang tanya kak. Mana boleh saya cari kedai runcit disini," soal Shariman.

"Kedai runcit ye. Adik terus jalan sampai dihujung kaki laluan ini, kemudian adik belok kiri. Di sana ada papan tanda tulis kantin. Adik terus je masuk. Sebelah kantin tu ada kedai yang jual barang-barang harian." balas pengawal keselamatan berkenaan.

"Satu lagi kak. Di sini kalau waris pesakit biasanya dia orang tidur di mana. Biasanya kalau waris dia orang tidur dalam wad. Tapi kalau dalam wad adik perlu minta surat kebenaran keluar masuk berwarna coklat seperti ini," kata Pengawal itu sambil menunjukkan contoh kad.

"Adik mintak jer dengan ketua jururawat yang jaga wad tu."

"Selain dalam Wad mana lagi tempat yang biasa orang tumpang untuk tidur. Sebab Ummi saya diletakkan di Wad Bunga Raya, jadi segan pula saya nak tidur dalam wad berkenaan. Lagi semua penghuninya perempuan." soal Shariman.

"Kak pun tak pasti. Macam mana ye...Adik tidur je lah dekat bangku di kawasan luar wad tu jelah. Yang menghadap ke arah laluan lif tu. Nanti kalau ada pengawal yang tanya. Katakan, Kak Pah yang benarkan," jawab pengawal keselamatan berkenaan yang dikenai sebagai Kak Pah.

Shariman tersenyum."Terima kasih kak." Shariman berlalu menuju ke arah kedai runcit. Sampai di pintu masuk  kantin, dia terus membelok ke arah kedai runcit.  Terdapat dua buah kedai runcit di situ. Sebelah kiri menjual peralatan dan makanan ringan, manakala sebelah kanan menjual buah-buahan dan pelbagai jenis biskut. Shariman membeli beberapa peralatan, dia juga turut membeli beberapa biji buah epal dan limau. Dia meminta supaya diletakkan dalam dua plastik
berbeza. Satu untuk Mak Esah dan satu lagi untuk diberikan kepada Puan Halimah.

Pintu Lif terbuka, Shariman melangkah ke arah Wad Bunga Raya. Keadaa di wad tidak sekecoh tadi. Mungkin waktu melawat sudah habis. Biasanya, pengawal akan menutup pintu masuk utama dan hanya membenarkan waris-waris sahaja yang berada di dalam wad pada waktu ini. Shariman terus menuju ke arah kaunter jururawat. Seorang juruwarat memakai baju berwarna putih menyambutnya.

"Boleh saya bantu," soal jururawat berkenaan.

"Tumpang tanya kak....saya nak minta pas kebenaran keluar masuk." balas Shariman.

"Atas nama pesakit??" soal jururawat itu lagi.

"Atas nama Puan Nur Esah Binti Abu. Saya warisnya. Kalau tak silap no katil 34 yang dihujung sana," balas Shariman.

"Tunggu sebentar. akak tengok," kata jururawat berkenaan sambil membuka satu buku log berwarna hijau muda.

"Puan Nur Esah...ada. Boleh adik bagi IC adik. Kak nak nak isi maklumat pada kad ini," pinta jururawat berkenaan. Shariman terus memberikan IC . Apabila semua maklumat telah diisi, jururawat berkenaan mengecop dan tandatangan pada kad berkenaan. Kemudiaan diberikan kepada Shariman. Shariman menyambutnya.

"Kak satu lagi. Macam mana keadaan ibu saya sekarang," soal Shariman.

"Jika dilihat daripada buku laporan ini. Keadaannya stabil dan tiada masalah. Cuma sekarang dia masih lemah dan dalam tempoh pemantauan. Insyallah jika keadaannya dah ok. Mungkin dalam waktu seminggu je kami tahan dalam wad. Tapi kalau tak, mungkin lama. Apa-apa pun semua kebenaran tu bergantung pada pemeriksaan doktor yang memeriksanya," ucap juruwarat sambil tersenyum. "Terima kasih kak," kata Shariman, terus melangkah menuju katil ibunya.

Dari jauh kelihatan kelibat dua orang sedang duduk menghadap katil ummi. Salah seorang daripadanya Puan Halimah, tetapi gadis disebelahnya Shariman tidak kenali. Shariman terus melangkah semakin hampir dengan katil berkenaan.

"Assalamualaikum" ucap Shariman memberi salam.

"Waalaikumsalam," ucap mereka bertiga serentak.

Gadis itu memalingkan muka memandang wajah Shariman. Shariman seperti mengenalinya."Itu gadis yang menjumpai dompet aku tadi" ucap Shariman dalam hati. Shariman berdiri dihujung katil. Dia teringat, buah yang dibelinya di kedai sebentar tadi.

"Mak Cik, ini ada sedikit buah saya beli dibawah tadi," ucapnya sambil memhulurkan plastik beg berwarna merah.

"Terima kasih. Buat susah-susah je," ucap Puan Halimah lalu diberikan kepada gadis disebelahnya. Gadis itu meletakkan buah berkenaan ke dalam bangkul di atas meja.

"Shariman, ni anak mak cik nama nya Husna," ucap Puan Halimah sambil memegang bahu Husna.

"Ni Shariman anak Mak Cik Esah,". Husna menunduk sambil tersenyum, mungkin sebagai tanda hormat.

"Shariman masih belajar lagi???" Soal Husna.

"Saya baru habis STPM. Sekarang tunggu pengesahan untuk ke Universiti," balas Shariman.

"Shariman pohon Universiti mana," Soal Husna lagi.

 "Tak pasti. Kalau diikutkan.Pilihan pertama dan kedua saya pohon UPM, ketiga UITM. Pertama dan kedua saya minta jurusan sains pertanian. Dan pilihan ketiga saya minta pendidikan" balas Shariman.

"Man Husna ni ambil Laywer. Universiti mana Husna," Soal Mak Esah.

"Universiti Malaya," kata Husna.

"Ooo..bidang undang-undang. Bidang tu memang susah, bukan semua orang mampu ambil," balas Shariman sambil tersenyum.

"Tak adalah, rezeki saya," balas Husna membalas senyuman. Shariman menundukkan padangannya. Dia tidak mampu memandang terus wajah Husna Lagi pun dia tidak biasa bercakap dengan perempuan. Dulu sewaktu di sekolah menegah, semua kawannya lelaki. Kawan lelaki senang dibawa bermain dan ke mana-mana.

"Husna mengalih pandangannya ke arah Mak Esah. Seperti memahami ketidakselesaan Shariman."Mak cik Esah sakit apa yer" soal Husna.

"Ummi demam panas. Tekanan darahnya tinggi. Doktor kata, buat sementara waktu ni ummi perlu tinggal di wad ni," balas Shariman.

"Ooo...moga-moga cepat sembuh," jawab Husna ringkas.

"Puan Halimah pula macam mana??" soal Shariman.

" Paras gula mak cik tinggi. Doktor terkejut tengok paras gula Mak Cik. Dia suruh Mak Cik masuk wad dulu. Bila dah turun sikit, baru dia benarkan pulang. Mungkin doktor bimbang mak cik makan yang manis-manis. Duduk sini senang dia kawal," Balas Puan Halimah sambil ketawa.

"Dah berapa hari Mak Cik di sini??" tanya Shariman, dia terpaksa menukar gelaran panggilan puan kepada mak cik, kerana Puan Halimah memanggil dirinya dengan gelaran Mak Cik. Jadi tidak manis untuk meneruskan panggilan Puan.

"Rasanya dah 2 hari Mama di sini," jawab Husna sambil memandang Puan Halimah. Kemudian kembali memandang Shariman. "Berapa lama Mak cik Esah ke tahan di wad yer," soal Husna, ke arah Shariman. Shariman tertunduk buat kali kedua. Dia tidak mampu melawan pandangan Husna. Walaupun ia hanya pandangan biasa dan bukan renungan tepat mata. Shariman tetap tidak mampu membalasnya.

"Kata Nurse. Mungkin untuk tempoh satu minggu. Tetapi bergantung kepada keadaan Ummi," balas Shariman.

Perbualan mereka terhenti apabila dua orang doktor menyapa mereka.Doktor berkenaan meminta izin untuk memeriksa Mak Esah.

_______________________________________________
*Bakkah salah satu nama untuk Makkah.

* Komentar.
Bersyukur sebab kesihatan kita masih elok. Aku nasihatkan jagalah kesihatan. Sebab sewaktu ayah aku mula-mula sakit dulu, hospital tu bagaikan rumah kedua. Ayahku bukan sehari dua duduk di sana, tapi kadang-kadang sampai 1 or 2 minggu di sana. Terutama selepas hemo, bila ada jangkitan kuman pasti akan ditahan di hospital. Bagaikan dah biasa keadaan di sana. Sampai sekarang pun masih berulang alik. Kalau cuti aku yang hantarnya ke mana-mana. Bila aku balik UPM. Ibu ku pula. Tapi tak apa, Insyallah. Berkhidmat kepada ibu bapa kedua disebut perkara yang Allah utama selepas solat di awal waktu dan sebelum berjihad. Doa kan supayaaku yang jahil ini sentiasa beristiqamah. haha. Dekat mana ye....ooo, jaga lah kesihatan anda. Terutama permakanan. Sedih kalau duduk hospital. Rekod aku duduk hospital setakat ni. Baru dua orang jee yang meninggal depan aku. kalau korang pernah tengok yang dalam TV yang doktor letak dua buah mesin  kejutan macam streker tu atas dada pesakit. Aku siap dapat tengok live lagi depan mata. Siap doktor tu pula naik atas katil. Doktor memang insan yang mulia.
Biasanya aku akan balik dlm pukul 12 tengah malam lebih mcm tu, sejuk gak.  Lepas ayah aku dah tidur, aku balik. Pukul 8 pagi esok, aku datang balik bawa makanan. Kepada sesiapa diluar sana. Pergi lah melawat ke hospital kalau ada waris dimasukkan ke sana. Bukan untuk melancong tapi sekadar nak tahu dan insaf. Macam-macam orang yang akan korang jumpa. Ada yang ada barah otak, dan 6 bulan lagi untuk hidup seperti sebelah katil ayah aku. Ada yang koma. Ada yang meraung sakit setiap masa . Macam-macam lah. Jadi jagalah kesihatan.

Sekarang Alhandulliah, ayah jarang hospital. Cuma 2 kali seminggu kena check di hospital, tapi kadang-kadang kena tunggu sampai 3 jam lebih setiap kali check. Sebab ramai orang semakin berpenyakit. Tapi memang tidak dinafikan Malaysia kekurangan doktor dan ruang untuk pesakit. Tapi yang penting doktor pun semakin banyak yang lawa n baik. Single lagi tauuu.... Tapi rasanya hamba ni x layak. Muka mcm ni  tiada siapa nak. Asyik bertepuk sebelah tangan  jee adalah...no komen..hahaha. So kesimpulannya jaga kesihatan yee  :P






13 December 2010

Novel : Jalan-Jalan Pilihan - siri 4

"Assalamualaikum..Assalamualaikum Pak Kasim," laung Shariman sambil tangannya mengetuk-getuk pintu rumah Pak Kasim. Dia menlihat di celah-celah tingkap untuk melihat kelibat orang di dalam rumah itu. Shariman memandang ke arah garaj di tepi rumah Pak Kasim , tetapi keretanya tiada . Tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki menghampiri pintu.

"Waalaikumsalam..siapa tu" laung suara Mak Timah.

"Mat Timah,  Man ni." balas Shariman sambil menutup payungnya.

"Pak Kasim ada?" soal Shariman.

"Ooo Man. Pak Kasim tak ada. Dia pergi ke Melaka seminggu. Minggu depan baru dia pulang,"ucap Mak Timah. Wajah Shariman mula berubah mendengar jawapan Mak Timah. Sekarang fikirannya kembali buntu.

"Kenapa Man, semacam je Mak Timah tengok muka kamu ni," tanya Mak Timah.

"Ummi sakit Mak Timah. Ingat nak minta tolong Pak Kasim hantarkan Ummi ke pekan," balas Shariman.

"Mak Esah sakit. Tapi sekarang Pak Kasim tiada, " balas Mak Timah.

" Kamu dah cuba minta tolong dengan Mak Cik Seha kamu. Anaknya, Si Rosmah tu ada kereta. Kamu cuba minta tolong dia hantarkan Mak Esah," soal Mak Timah.

"Mak Cik Seha!!" jawab Shariman bagaikan terkejut. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu.

"Tak apa lah Mak Timah. Saya minta izin untuk pulang dulu," balas Shariman tanpa menjawab pertanya an Mak Timah. Shariman terus membuka payung dan terus melangkah ke dalam hujan. Kelakuannya menyebabkan Mak Timah kebingungan.

"Ahh...adakah aku perlu minta tolong dengan perempuan tu. Mak Timah pun satu, bukan dia tak tahu sikap Mak Cik Seha kepada Ummi, " ucap Shariman di dalam hatinya. 
 
Mak Seha merupakan isteri pertama Arwah Pak Dollah. Dengan kata lain, Shariman merupakan anak tiri kepada Mak Seha. Tetapi hubungan itu tidak pernah diakui oleh Mak Seha. Baginya Mak Esah seorang perosak dan orang yang paling dibencinya. Dahulu Mak Seha pernah menuduh ibunya membomohkan suaminya untuk berkahwin dengan ibunya. Pada hal, Pak Dollah sendiri yang tak tahan dengan perangai buruk Mak Seha. Semua penduduk kampung tahu, sikap panas baran Mak Seha. Mulutnya selalu mengatakan perkara-perkara yang kurang manis. Malah penduduk kampung jarang menegurnya kerana sifat pemarahnya. Dia masih ingat sewaktu dia berumur 10 tahun. Pernah ketika itu, Mak Seha mengamuk. Mak Seha bagaikan orang yang dihasut, dibawanya parang dan mengugut untuk mencederakan umminya. Alasanya Pak Dollah sudah lama tak pulang ke rumahnya. Mujur arwah ayahnya ada untuk mengalang. Banyak lagi perkara buruk yang pernah dilakukan oleh Mak Seha terhadap keluarganya. Shariman melangkah melewati batas sawah padi. Dari jauh kelihatan rumah bercat biru, itulah rumah Mak Seha.

"Keadaan kesihatan Ummi semakin merosot. Hanya itu sahaja cara untuk bawa ummi ke pekan. Hanya itu sahaja caranya"ucap hati Shariman seperti meminta mendesak dirinya untuk ke rumah Mak Seha. Hatinya tetap cuba menyakinnya untuk mencuba nasib. Tapi kakinya keberatan untuk melangkah merentasi batas sawah itu. Lagipun sudah setahun lebih dia tidak bersemuka dengan Mak Seha. Kalau dahulu, dia berani. Itu pun jika ada Pak Dollah disisi. Tetapi selepas  kematian Pak Dollah. Dia tidak pernah lagi menjejaki ke kawasan rumah Mak Seha.

Hujan semakin lebat, kali ini diringi pula dengan bunyi guruh berselang seli dengan kilauan kilat yang memancar-mancar di dada langit. Dentuman demi dentuman guruh silih berganti, bagaikan sedang berlaku peperangan. Tetapi tidak sehebat peperangan yang sedang berlaku di antara hati dan fikiranya. Fikirannya melarangnya, manakala hatinya pula mendesak untuk mencuba. Peperangan yang tiada pemenang. Kali ini bunyi dentuman guruh semakin kuat, mengejutkan lamunannya.

Akhirnya dia mengalah, dan memilih pilihan hatinya."Tak salah aku mencuba. Moga-moga sikap Mak Seha kepada aku dah berubah," kata hatinya Shariman seperti memberikan satu hujah dan harapan . Shariman terus melangkah menuju ke rumah Mak Seha yang jika dianggarkan hanya jauhnya 600 meter daripada rumahnya. Tetapi jarak itu, dipisahkan oleh dinding kebencian Mak Seha kepada keluarganya. Shariman perlu tabahkan hatinya, dia perlu berani bersemuka dengan Mak Seha. Kesihatan Umminya lebih penting daripada perasaan ketakutan yang ada pada dirinya sekarang. Setiap langkahnya membawa dia lebih dekat. Dan tanpa dia sedari dirinya sudah berada dihadapan pintu rumah Mak Seha . Jelas kelihatan kereta kancil milik Rosmah, anak tunggal Mak Seha berada di bawah garaj.

"Assalamualaikum..." ucap Shariman sambil hatinya berdebar-debar menunggu balasan salamnya itu.

"Waalaikumsalam.Sekejap..tunggu.. tunggu" sahut seseorang sambil keluar membuka pintu.Rosmah kelihatan terperanjat melihat Shariman berada di depan pintu.

"Ko nak apa?," ujar Rosmah sambil riak mukanya mula berubah.

"Siapa tu Rosmah?," soal satu suara lembut daripada dalam rumah. Suara yang begitu ditakutinya.

"Ni mak, anak Si Esah datang." balas Rosmah bersahaja.

"Apa!! anak Si Esah.." pekik suara Mak Seha. Kedengaran suara yang nadanya penuh dengan kebencian.

Tiba-tiba Rosmah mengundurkan dirinya seperti ada orang yang menariknya masuk ke dalam rumah. Keluar Mak Seha dengan suara yang tinggi.

"Ko nak apa datang ke rumah aku? " soal Mak Seha sambil meninggikan suaranya, sambil matanya merenung tepat ke arah mata Shariman. Shariman tertunduk tidak mampu melawan renungan mata itu. Dirinya terasa ketakutan apabila direnung sedemikian.

"Mak Cik, Man nak minta tolong. Tolong hantar ummi ke pekan. Ummi sakit," ucap Shariman dalam satu lafaz yang panjang. Dia bimbang jika Mak Seha mencelah percakapannya.

Mak Seha masih merenung dirinya. Lama juga dia terdiam, kemudian dia tersenyum. Bagaikan ada sesuatu yang melucukan yang sedang bermain di dalam fikirannya.

"Oooo....Si Esah sakit, baguslah dia sakit. Cepat sikit dia mati," sindir Mak Seha sambil terukir senyuman. Shariman terkejut mendengar ucapan Mak Seha itu.

"OOoo...masa susah ni datang cari aku. Ko tahu kenapa mak ko sakit. Sebab mak ko terima balasan. Balasan yang sesuai untuk orang macam mak ko tu. Mak ko tu tak sedar diri. Si Seha tu perampas, laki orang pun nak rampas. Jadi baik mati awal, tak banyak sangat dosa. "

"Kalau perempuan macam tu baik pergi mampus je...pada duduk hi..."

Shariman tidak mampu menahan lagi apa yang didengarinya. Tiba-tiba.

 "Sudah!! aku kata sudah!! Jangan ko hina Ummi aku" pekik Shariman yang mengejut Mak Seha. Dia seperti tiba-tiba memperolehi kekuatan.

Mak Seha terdiam. Wajahnya seperti terkejut. Kemudian wajahnya kembali bertukar merah. Kali ini matanya mula berubah seperti sedang dibakar dengan api kemarahan yang menyala-nyala.

"Hoi...kurang ajar ko. Berani ko tengking aku. Ko ni siapa.Pergi, pergi jangan ko jejak kaki ke rumah aku lagi. Berambus. Pergi mampus ko" pekik Mak Seha sambil tangannya memegang daun intu lalu ditutupnya pintu dengan kuat.

Wajah Shariman semakin marah dengan kata-kata Mak Seha. Mahu sahaja dia menendang pintu itu. Tapi ditahanya. Shariman membuka payung lalu melangkah pulang tanpa terus memandang ke arah rumah Mak Seha. Walaupun daripada luar rumah itu, jelas kedengaran suara Mak Seha masih memaki hamun nama Umminya . Dia tidak mahu melayan dan mendengarnya. Semakin didengar kata-kata itu, semakin hatinya marah.  Keluar daripada halaman rumah Mak Seha. Shariman mengucap panjang dan diselang seli dengan selawat. Dia tidak mahu menjadi seperti Mak Seha.Shariman cuba menarik nafasnya dalam-dalam. Fikirannya kembali tenang.Perasaan marah semakin menghilang, tetapi diganti pula dengan rasa kekesalan.

Dia kesal dengan tindakan meninggikan suaranya kepada Mak Seha.Tetapi dia tidak mampu menahan mendengar cacian Mak Esah kepada umminya. Kata-kata yang cukup tajam, kata-kata yang hampir menyebabkan dia hilang kesabaran. Tapi kali ini, kekesalan pula melanda dirinya. Itu bahayanya sifat marah. Sifat marah ibarat api yang jika tidak dikawal yang boleh membakar diri. Apabila manusia marah, malaikat akan lari menjauhi dirinya dan syaitan semakin berani menghampiri. Dia memang menyesalinya, wajahnya membuktikan kekecewaannya.

Shariman melewati batas sawah.Bunyi guruh tidak kedengaran lagi. Hujan sudah tidak selebat sebentar tadi.Seperti tanda-tanda untuk berhenti. Tapi itu tidak memberi apa-apa makna untuknya. Jika hujan berhenti sekali pun, tidak mampu memgembirakan kegelisahan hatinya itu. Dia melangkah kelesuaan.

Tiba-tiba terdengar bunyi hon kenderaan. Dari jauh kelihatan sebuah kereta wira yang cukup dikenalinya. Kereta itu menghampirinya.

"Man, daripada mana ni," soal Cikgu Daud sambil menurunkan cermin tingkap keretanya.

"Cikgu Daud...tolong saya cikgu," kata Shariman,seperti kegembiraan dan kelopak matanya mula berkaca.

"Cikgu, Ummi sakit. Boleh cikgu tolong hantarkan ke klinik."

"Kak Esah sakit!! Man , cepat naik" balas Cikgu Daud sambil menbuka pintu kereta.Shariman terus melangkah masuk ke dalam, dan kereta itu terus menuju laju memasuki kawasan rumah Shariman.


Bersambung.....
Rasanya, cerita ini semakin boring untuk disambung, bila bosan rasa kemalasan mula melanda diri...huhu.

08 December 2010

Novel : Jalan-Jalan Pilihan - siri 3

Hari semakin mendung, awan kelabu menguasai segenap sudut langit. Hawa sejuk semakin terasa, bagaikan tanda-tanda hujan akan turun. Kelihatan beberapa buah motosikal memasuki kawasan Surau Al-Ikhwan. Panggilan azam Zohor mula terdengar bersahut-sahutan memanggil jemaah ke arah kejayaan. Panggilan seperti mengingatkan manusia supaya melaksanakan ibadat fardhu kifayah.

Shariman menanggalkan seluarnya yang kotor, lalu dicapainya kain pelekat yang sudah sedia tersusun di rak surau. Dia terus melangkah ke tempat wuduk. Dia berselisih dengan Ali yang sudah berwuduk dan ingin menunaikan solat sunat. Diputarnya pili paip, terasa air sejuk mengalir membasahi tangannya. Disapunya mengikut tertib. 

Habis mengambil wuduk,dia terus melangkah masuk ke dalam surau. Diperhatikan keadaan di dalam surau Al-Ikhwan. Hanya tujuh orang sahaja jemaah termasuk dia. Teringat dia kata-kata Ustaz Kamal. Hikmah solat berjemaah ini cukup besar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat daripada solat bersendirian, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang-alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid. Malah Rasulullah pernah berkata kalau manusia tahu kelebihan solat berjemaah, mereka akan datang walaupun dalam keadaan merangkak sekalipun. 

"Ya Allah, moga-moga diriku sentiasa istiqamah dalam berjemaah " ucap hati kecilnya. Lamunan shariman terhenti, apabila mendengar panggilan iqamat. Jemaah mula kehadapan untuk membentuk saf.

"Betul dan rapat...rapatkan saf. Allahuakbar.." laung Iman Musa, lalu mengimankan solat.

Setelah selesai menunaikan solat dan menukar pakaiannya. Shariman terus melangkah keluar, lalu menuju ke basikalnya.

"Man...aku balik dululah. Hari gelap, macam nak hujan lebat je. Lusa nanti kita jumpa di sekolah. Aku temankan ko jumpa Cikgu Hayati." ucap Ali sambil menghidupkan motosikal Hondanya itu.

"Kalau macam tu. Tak apalah aku tunggu ko sana nanti." balas Shariman.

"Ok, janji Melayu. Haha. Assalamualaikum" kata Ali sambil mengangkat tangan, lalu berlalu pergi meninggalkan Shariman.

"Waalaikumsalam" ucap Shariman dengan nada lembut.

Sharima terus mengayuh basikal untuk pulang. Dia mengayuh laju, sambil kepalanya mendongak ke langit mengharapkan simpati,  supaya sempat sampai sebelum hujan turun. "Minta-minta sempat sampai rumah" katanya sambil terus memperlajukan kayuhan basikalnya.Titisan manik-manik air mula terasa di mukanya.
"Alamat...hujan dah turun" katanya gelisah.

Shariman sempat sampai ke rumahnya, sebelum hujan turun semakin lebat. Bunyi air hujan turun mengegarkan bumbung zink yang sudah berkarat itu."Alhamdulillah. Sempat juga aku sampai" katanya bila melihat hujan semakin lebat turun.

Shariman menuju ke pintu dapur selepas meletakkan basikalnya di bawah rumah. Dia dapati pintu dapur masih berkunci. "Ummi tak balik laginya." kata dalam hati.
Shariman terus masuk ke dalam rumah. Dia mencari-cari tuala untuk mengelap rambutnya yang basah. Shariman ke dapur, dilihatnya payung masi tersangkut di dinding. "Mesti Ummi lupa bawa payung ni" ucapnya gelisah. Di capainya payung, dinaikinya tangga ke ruang tamu terus berlalu, lalu terus ke muka pintu. Dia mencari-cari kelibat Mak Esah. Shariman makin gelisah, perasaan bimbang mula mengusai dirinya.

"Ummi pergi mana ni? tak balik-balik lagi. Hujan makin lebat ni" kata Shariman lalu duduk di atas tangga. Matanya galak mencari-cari kelibat Mak Esah. Payung dan tuala dipegangnya, sedia untuk diberikan kepada Mak Esah nanti. Hujan semakin lebat, diselang seli dengan tiupan angin. Dia dapat lihat pokok kelapa di hadapanya rumahnya itu bergoyang ke kiri dan kanan akibat ditiup angin.
  
Hawa sejuk mula menganggunya. Bibirnya mula terketar-ketar menahan kesejukan.Tapi kesejukan itu tidak mampu membuatkan dirinya daripada terus berganjak. Kesejukan itu tidak mampu menewaskan  kebimbangan yang menguasai fikirannya sekarang.

Tiba-tiba dia melihat kelibat seseorang yang sedang berjalan menuju ke rumahnya. Orang itu berjalan perlahan sambil tangannya menadah kepala seperti cuba menahan air hujan. Shariman melihat daripada jauh. Dia mengenalinya, lalu terus bergegas turun berlari mendapatkannya.

Shariman membuka payung, lalu memberikannya tuala. Mak Esah kebasahan.

"Ummi pergi mana, hujan-hujan macam ni" soal Shariman dengan cemas.

Mak Esah tersenyum. "Ummi pergi rumah Pak Din tadi. Ada urusan sikit di sana" ucap Mak Esah dengan nada yang lembut.

"Jom, kita masuk dulu" balas Shariman sambil memegang payung menuju ke pintu rumah.

"Ummi pergi tukar pakaian dulu. Nanti Man buatkan teh panas" ucap Shariman, lalu ke dapur.Mak Esah terus menuju ke biliknya.

"Man...Ummi nak solat Zohor dulu" laung Mak Esah.

"Baik Ummi" sahut Shariman.

Shariman menuju ke ruang tamu. Diletakkan air teh panas di atas meja, lalu duduk di kerusi. Dia menunggu Ummi nya selesai solat dahulu.

"Lamanya Ummi sembahyang. Ummi..Ummi" katanya sambil melangkah menuju ke arah bilik tidur Umminya. Diketuknya pintu bilik itu."Ummi...Ummi dah habis solat belum?" ujarnya lagi.  Tiada suara yang menyambut panggilannya itu. Shariman terus membuka pintu. "Ummi..." ucapnya perlahan.Kelihatan Mak Esah sedang terbaring di atas katil dengan berbaju sembahyang. Shariman mendapatkan Mak Esah. "Umi..." katanya smabil memegang kepala Mak Esah.

"Ummi demam ni" kata Shariman yang melihat wajah pucat Mak Esah. Dahi Mak Esah panas, kakinya pula sejuk. Shariman membuka almari, lalu mengambil selimut tebal yang diletakkan di rak paling atas. Shariman menyelimutkan tubuh Mak Esah. Bibir Mak Esah masih terketar-ketar menaham kesejukan.

Shariman bergegas turun ke dapur mengambil pisau dan payung. Dia ke muka pintu, lalu dibukanya payung dan terus menuju ke belakang rumah.Shariman mencari-cari pokok asam jawa yang di tanamnya dahulu. Dia menjumpainya, dia mengambil daumnya yan halus itu. Dia mengutip beberapa biji asam jawa yang rapuh itu. Lalu terus menuju ke dapur.

Shariman membunag kulit buah asam jawa. Kulitnya  rapuh jadi senang diasingkan dari isinya.Shariman meletakan biji asam jawa ke dalam mangkuk, lalu dituangkan air ke dalamnya. Daunya pula direbus sehingga mendidih. Air rebusan daun asam jawa sesuai dijadikan  penawar demam.

Shariman meminta Mak Esah meminum air rebusan itu. Manakala air daripada biji asam jawa itu direndang dengan tuala basah dan tuala itu diletakkan ke atas dahi Mak Esah. Hati Shariman makin gelisah melihat keadaan Mak Esah itu. "Ummi...demam Ummi makin teruk ni. Kita pergi ke klinik ye" kata Shariman sambil tangannya memicit-micit kaki Mak Esah.

"Tak payahlah Man. Nanti baiklah demam ni.". 

"Man janganlah bimbang. Demam ni sekajap je"ucap Mak Esah dengan nada perlahan.

Sudah dua hari hujan turun bagaikan tiada petanda untuk berhenti. Demam Mak Esah makin teruk. Kadang-kadang tubuhnya terketar-ketar menahan kesejukan. Cuma panasnya didahinya semakin berkurangan.

"Ummi...Man rasa kita ke klinik je lah. Nanti Man minta Pak Kasim hantarkan kita ke pekan" ucap Shariman. Dia terus menuju pintu lalu memcapai payung. 

___________

Bersambung...
**sambungan mungkin mengambil tempoh masa yang lama......boringlak rasa tulis novel ni. huhu

07 December 2010

Novel : Jalan-Jalan Pilihan - siri 2

Shariman mengambil satu botol kecil berisi air di peti sejuk. Lalu, memasukkan ke dalam plastik merah. Dia terus ke meja makan, diangkatnya tudung saji itu. Terhidang beberapa keping roti yang disapu dengan telur sebelum dibakar sehingga kekuning-kuningan. Baginya hidangan itu sudah cukup mewah, bukan setiap hari dia mampu makan seperti ini. Rasa syukur menguasai dirinya. Shariman mengambil tiga keping roti itu lalu dimasukkan ke dalam plastik.

Dia memandang ke arah singki, matanya tercari-cari sesuatu. "Awalnya Ummi keluar menoreh hari ini. Biasanya Ummi tumpang aku. Esh..mana taknya, sekarang dah pukul 8.00 pagi. Aku juga yang silap, siapa suruh tidur selepas solat subuh tadi" Ucap Shariman di dalam hatinya seperti menyalahkan kelalaian dirinya sendiri.

Dia terus melangkah ke arah pintu dapur. Dipakainya kasut getah yang berlumpur itu. Dicapainya bekalan makanan, terus diletaknya ke dalam raga basikalnya itu.

"Esh... sejuk pula pagi ini. Semalam angin kuat tanda macam nak ribut. Tapi pelik, tak hujan pula. Yang penting aku dapat tidur puas-puas semalam."

Shariman mematikan langkahnya. "Rasanya aku macam terlupa sesuatu yang penting."

Shariman terus mengayuh basikal lamanya itu."Awal Ummi keluar menoreh hari ini. Biasanya Ummi tunggu. Rasanya dah lama tak keluar menoreh getah, dah seminggu."Kata Shariman dalam hatinya. Dia bukan tidak mahu menoreh, tetapi minggu ini, hasil di dusun lebih menarik perhatiannya. Buah-buah di dusun semakin masak hanya tunggu untuk dipetik. Dia bimbang, kalau tak dipetik nanti habis rosak dimakan tupai dan musang. Sejak kematian arwah ayahnya, dusun itu sahaja tempat dia melepaskan rindu dan menghabiskan masa lapangnya. Mana tidaknya, dusun itu diusahakan bersama dia dan ayahnya. Banyak kenangan manis di sini. Daripada mula-mula kawasan ini semak samun sehingga subur menghijau dengan pokok buah-buahan. Dusun ini banyak jasanya.

Shariman mengayuh basikalnya semakin laju. Dia memandang bendang yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan yang tak bertar itu. "Wah cantiknya, padi semua dah menguning" kata Shariman dengan gembira. Awan kelabu di sebelah barat mengundang perhatiannya. Semalam tak hujan, mungkin petang ini hujan agaknya . Ini kalau hujan, mesti habis berlumpur jalan ni nanti."

"Dah genap tiga tahun YB tu kata nak tarkan jalan ni. Janji tinggal janji, biasalah masa tu nak pancing undi. penduduk kampung.Tak apa, nanti jawablah dia dekat akhirat nanti " keluh Shariman. Di kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin sekarang. Kalau waktu musim mengundi, bukan main petah berbicara. Habis semua perkara nak sediakan untuk kesenangan rakyat. Bila masyarakat dah mengundi, memilihnya, dia pula hilang menyepi bagai terus lenyap daripada muka bumi.

Shariman memperlahankan kayuhan basikal bila melepasi perhujung jalan, dibeloknya ke kiri, memasuki laluan jalan yang lebih sempit. Dia memberhentikan basikalnya di bawah pokok rambutan yang batangnya sebesar lengan orang dewasa.. Diletaknya basikal di bawah pohon itu. Dia tunduk mencari canngkul yang ditinggalkan semalam. Diambilnya lalu diletakkan ke atas bahu kirinya. Dia terus melangkah menyusuri laluan semak samun menuju dusunnya. Dusunnya agak terpencil berbanding dusun-dusun penduduk kampung yang lain. Tanah dikaki bukit kurang diusahakan oranag, kerana semak samun terlalu tebal untuk dibersihkan bagi tujuan bercucuk tanam.

Shariman meneruskan langkahnya, kemudian berhenti apabila menghampiri deretan pohon pokok rambutan."Nampaknya, rambutan musim ni macam tak berapa nak menjadi. Banyak buahnya gugur" katanya sambil mengambil beberapa biji rambutan yang bertaburan di atas tanah.

"Pokok ini kalau menjadi, tentu berbuah lebat."

Pokok rambutan yang dia tanam lain daripada pokok yang ditanam oleh penduduk kampung yang lain. Pokok ni pokok kacukan. Kulit buah pokok ni berwarna merah. Isinya lembut, tebal,manis,kurang berair dan lekang. Bentuk buah bulat-bujur, jadi senang nak dikopek isinya" kata Shariman dalam hati. Buah rambutan biasanya terdapat dalam satu tangkai di hujung ranting. Buah muda berwarna hijau dan menjadi kuning atau merah apabila masak.

Shariman masih ingat pesan arwah Pak Dollah."Pokok rambutan boleh berbuah dua kali setahun jika terdapat dua musim kemarau. Musim utama biasanya berlaku pada bulan lapan dan musim kedua dihujung tahun. Man buah rambutan kalau Man nak petik perlu guna galah . Biasanya, kalau Man nak petik. Man petik waktu pagi atau petang semasa cuaca tengah redup. Baru buahnya tahan lama." kata Arwah ayahnya dulu, waktu dia masih ada. Ayahnya banyak menjadi guru kepadanya. Walaupun Pak Dollah tak bersekolah tinggi, tapi pengalamannya berkaitan tumbuhan cukup tinggi.

" Man, perangai pokok pun macam manusia. Semakin kita berjasa dan jaga baik-baik, semakin pokok ini berbuah lebat. Mungkin pokok ini nak balas jasa orang yang sayang dia. Man, pokok perlu dicantas bila ia dah besar, supaya tidak terlalu tinggi. Nanti kalau terlalu tinggi susah nak petik buahnya."

"Nah, Man ambik parang ni" kata Pak Dollah sambil menghulurkan sebilah parang.

"Man tolong cantas dahan dan ranting yang mati. Kalau cantas, susah pokok ini nak kena penyakit." kata Pak Dollah lagi sambil memerhatikan Shariman mencantas dahan-dahan mati.

Lamunan Shariman tiba-tiba terhenti, apabila mendengar seperti ada suara memanggilnya. "Man..Man..Oooo Man.Ko dekat mana".

Shariman cuba menangkap arah bunyi panggilan namanya itu. "Ali...aku dekat sini. Bawah pokok rambutan ni" pekik Shariman.

"Rupanya ko bawah ni"  ucap Ali menepuk bahu Shariman yang sedang asyik memunggut buah rambutan yang rosak.

 "Man...oooo Man.." kata Ali seperti meminta perhatian Shariman.

"Apa.!!!. Ko nak apa Ali. Boleh tak, tolong jangan buat gedik macam perempuan." sindir Shariman yang terus dengan kerjanya itu.

"Sampai hati ko kata aku gedik. Man, pokok manggis dekat belakang sana dah berbuah belum?" soal Ali.

Shariman bangun, kemudian memerhatikan ke arah pokok yang ditunjukkan oleh Ali. " Pokok manggis tu baru nak berbuah. Buahnya muda lagi. Dah masak nanti aku bagilah ko makan sampai puas." kata Shariman, sambil menggali lubang  bagi menanam kembali buah rambutan yang rosak itu untuk dibuat baja.

"Man, tadi Cikgu Hayati telefon rumah aku." kata Ali.

Tiba-tiba Shariman berhenti menggali. Di pandangnya wajah Ali."Masya-Allah....aku lupalah Ali. Aku lupa yang aku ada janji nak ambik borang bantuan zakat di sekolah."

"Patutlah aku rasa seperti lain macam je....macam ada yang tak kena. Rupanya aku lupa aku janji dengan Cikgu." balas Shariman.

"Aku dah agak dah. Jangan risaulah kawan. Aku dah cakap..." kata Ali.

Tiba-tiba Shariman mencelah."Ko cakap apa dekat cikgu" tanya Shariman lagi sebelum sempat Ali menghabiskan ayatnya.

"Aku cakaplah. Mestilah ko terlupa lagi. Ko kan memang pelupa. Lebih-lebih lagi bila musim buah." Mestilah dalam kepala ko pasal buah-buah je" kata Ali sambil tersenyum.

"Ye ke..."balas Shariman, sebelum meneruskan kerja mengalinya. Dia seperti malas nak melayan sangat kerenah kawannya itu.

"Cikgu Hayati suruh ko ke sekolah petang lusa ni. Esok dia tak, katanya ada khursus sehari di Kuala Lumpur" kata Ali lagi.

"Aku tahu ko merajuk dengan aku kan Man" kata Ali seperti mengerti apa yang terbuku dalam hati Shariman.

"Aku bukan merajuk. Cuma aku kecik hati je dengan ko. Aku ingat ko ni boleh simpan rahsia" kata Shariman sambil terus dengan kerjanya.

"Alah Man. Ko kan tahu perangai Cikgu Daud tu. Kalau bersembang dengan dia, memang pastinya apa-apa rahsia mesti bocor punya. Dia tu  pandai pusing-pusing ayat. Akhirnya  aku terpaksa bagi tahu." kata Ali sambil tersenyum, lalu duduk bertengek di atas tunggul kayu dihadapan Shariman.

"Aku tahu ko ni lurus bendul." sindir Shariman.

"Mana ada luruslah, cuma jujur je" kata Ali sambil tersenyum.

"Yelah...memang ko jujur. Kalau tak, macam mana dulu Cikgu Daud boleh tahu ko minat pada Cikgu Zana. Kalau ko tak bagi tahu dengan mulut ko sendiri.", Kata Shariman sambil ketawa, mengimbas kembali peristiwa lucu yang terjadi pada tahun lepas.

"Cikgu tu baru je dua minggu posting dekat sekolah kita. Dah kahwin pun. Bini orang pun ko nak kebas. Ko ni memang minat luar biasalah" kata Shariman sambil terus ketawa.

"Sebab tu lah aku tanya Cikgu Daud. Sebab aku nak pastikan dia dah kahwin ke belum. Bak kata orang-orang tua, malu bertanya sesat jalan" Kata Ali bersemangat mempertahankan dirinya.

Shariman terus ketawa. "Yelah, tapi biarlah kena pada tepatnya. Nasib baiklah Cikgu Daud tu boleh dibuat kawan" kata Shariman lagi.

"Dah..dah..Aku maafkan ko. Lepas ini aku dah tak bagi tahu lagi rahsia aku" kata Shariman seperti mengugut.

"Ikut ko lah Man. Aku bimbang, aku juga yang ko cari nanti" balas Ali.

"Aku bukan apa Ali. Aku berat hati nak tinggalkan Ummi aku seorang-seorang dekat sini. Ko tahukan Ummi aku ada darah tinggi.".

"Lagi pun aku mana ada duit. Nak hidup dekat luar sana nak duit. Kalau dekat kampung ni  bolehlah, setakat makan pucuk sayur dengan ubi dah boleh hidup. Aku bukan macam ko.  Keluarga ko berkemampuan. Lagi pun, hutang dengan ko pun, aku belum habis bayar lagi." kata Shariman.

"Alah, hutang aku tu, aku kira sedekah je." kata Ali. "Lagi pun kalau nak kira. Aku lagi banyak berhutang dengan ko. Dah sepuluh tahun tu." kata Ali.

"Sepuluh tahun? ko hutang apa" soal Shariman kebingungan.

"Aku hutang makan buah-buah dusun ko lah. Rasanya dah bertan-tan." kata Ali sambil ketawa.

"Ko buat lawak ke Ali? atau ko saja nak ambil hati aku ni." kata Shariman.

"Aku cakap betullah." kata Ali bersungguh-sungguh. "Man, aku rasa baik ko fikir betul-betul. Jangan buat keputusan terburu-buru. Orang yang terburu-buru ni biasanya berfikir guna kelapa gak....kepala lutut.haha." kata Ali sambil ketawa.

"Aku rasa tak lawak Ali. Ko jangan main perkataan kepala ni Ali. Kepala orang letak ilmu." ucap Shariman dengan tegas, dia rasa lawak  kawannya itu tidak kena dengan situasi sekarang.

Ali berhenti ketawa. Dia menyedari dirinya sudah tersilap cakap."Aku minta maaf Man, Tapi macam ko kata, kepala ini tempat letaknya Ilmu. Tapi di mana pula ko letakan pula masa depan ko." kata Ali.

"Man, hidup hari ini perlu lebih baik daripada semalam. Ko tak nak ke ubah nasib hidup ko. Nak ubah, perlukan pergorbanan. Dan pengorbanan memang memeritkan. Man, Rasulullah pun berkorban. Macam Ustaz Kamal kata, Nabi kalau tak diperintahkan oleh Allah ke Madinah. Memang dia tak akan berhijrah, sebab baginda sayang benar dengan bumi Mekkah. Kalau tak silap aku, ustaz tu kata Nabi S.A.W pernah berkata, betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah untuk hidup di satu tempat yang lain. Hadis nak tunjuk betapa sayangnya Rasulullah pada Makkah. Tapi tak sebabkan perintah Allah dan pergorbanan nabi berhijrah. Ko rasa boleh ke Islam berkembang luas sehingga sekarang."

" Man, setiap tindakan Rasulullah ialah daripada perintah Allah, ada sebabnya dan ada pengajarannya.Untuk apa, untuk ditauladani oleh umat manusia. Ko jangan fikir untuk tempoh setahun dua ni, tapi fikirlah untuk tempoh bertahun-tahun. Man, tanpa pelajaran, ko tidak akan dapat ke mana-mana dalam dunia ini. Aku rasa, kalau ko nak ubah nasib ko, ko ubahlah dengan pendidikan. Ko pelajar paling pintar pernah aku jumpa. Nikmat Allah bagi, kalau tak diguna dengan sebaik-baiknya, seperti tidak syukuri nikmat Allah bagi. Itu kufur Man...kufur nikmat namanya.  " kata Ali dengan lembut.

Shariman terdiam. Kata-kata Ali membuka pemikiranya.

"Man, ko fikirlah elok-elok. Ko sembahyang hajat dan Istiqarah. Moga-moga Allah tunjukkan jalan. Permudahkan segala urusan ko. Tapi sebagai kawan ko, yang satu-satu je kawan yang ko ada ni. Aku nasihatkan ko sambung je. Aku pun nak juga tengok ko berjaya." kata Ali seperti memujuk.

"Ko ni Ali. Kalau bercakap dengan ko kan, memang aku tak pernah menang." ucap Shariman sambil mengelap peluh yang mula bermanik di dahinya.

"Aku rasa memang betul pilihan ko ambil jurusan undang-undang. Nanti boleh jadi lawyer," kata Shariman sambil menepuk bahu Ali.

"Sindir nampak...aku boleh baca lah fikiran ko. Ko mesti nak cakap lawyer burukkan tadi" kata Ali sambil ketawa.

__________________
bersambung.....

06 December 2010

Novel : Jalan-Jalan Pilihan - siri 1

Pancaran matahari mula bergeak ke barat. Menandakan waktu Zohor sudah hampir. Shariman memperlahankan kayuhan basikalnya, sambil matanya merenung tajam ke arah kereta wira di depan rumanhya.

"Itu kereta Cikgu Daud," kata Shariman sebaik sahaja turun dari basikal lama seperti zaman jepun yang uzur itu.

"Agaknya apa hajat Cikgu Daud datang tengahari macam ini," kata Shariman dalam hatinya sambil memunggah seguni ubi benggala yang digalinya tadi.

"Masuk pintu dapurlah, agaknya cikgu ada diruang tamu tu," kata Shariman lagi. Dia meletakkan guni ubi itu di depan pintu. Sambil tangan kirinya menanggalkan kasut getah yang berselut itu. Shariman terus menaiki tangga dapur sebelum melangkah perlahan-lahan ke ruang tamu. Dia tidak mahu langkahnya itu mengejutkan tetamu yang sedang berbual itu.

"Cikgu!" tiba-tiba ucap Shariman dengan lembut. Dia terus melangkah ke arah Cikgu Daud sambil kedua-dua tangannya disapu-sapu ke bajunya. Dia tidak mahu tangannya mengotori tangan cikgunya itu. Shariman terus menghulurkan tangan kepada Cikgu Daud.

"Panjang umur kamu Man, kami baru sebut nama kamu tadi," ucap Cikgu Daud sambil menyambut tangan Shariman.

"Cikgu Hayati pun ada, " kata Shariman apabila terpandang kelibat Cikgu Hayati yang duduk disebelah Mak Esah.

"Rajin kamu turun ke dusun , Cikgu rasa, kamu boleh jadi petani moden, satu hari nanti," balas Cikgu Hayati sambil tersenyum.

"Esh, tak adalah cikgu, saja je, lagi pun sekarang musim buah tengah nak ranum," kata Shariman sambil tersenyum. Dia terus duduk dikerusi dihadapan Cikgu Daud.

"Man, tujuan cikgu datang ini. Cikgu nak tanya pada Man. Betul ke kata Ali, yang kamu dah tak  mahu sambung belajar lagi. Betul ke Man? " soal Cikgu Daud.

Shariman terus tunduk. Dia tahu perkara itu akan sampai ke pengetahuan cikgunya itu.

"Cikgu rasa, keputusan STPM kamu cemerlang Man. Man, rugi kalau kamu tak sambung belajar," ujar Cikgu Daud lagi.

Shariman tahu, harapan Cikgunya itu begitu tinggi. Kalau tak, manakan di kelas dulu dia selalu dipuji-puji oleh Cikgu Daud setiap kali memperolehi markah tertinggi dalam subjek Ekonomi. Sekarang dia terpaksa mengecewakan harapan cikgu.

Shariman mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rasa serba salah menganggu fikirannya. Dia perlu mencari cepat alasan. "Saya rasa...sijil STPM dah cukup cikgu, " .

"Man...STPM ini sebagai pembantu saja, bantu orang untuk sambung belajar lagi. Kamu tak mahu ke masuk U. Man dekat luar sana, ramai yang berlumba-lumba nak masuk U. Rugi Man...". pujuk Cikgu Daud. 

Shariman merenung wajah Mak Esah. Kemudian dia berpaling kembali memandang wajah Cikgu Daud seperti mendapat kembali kekuatan untuk berhadapan dengan renungan cikgunya itu.

"Cikgu...saya tak mampu. Saya ini bukan datang daripada orang berkemampuan cikgu. Belajar di universiti tu perlukan wang yang banyak.Kos hidup dekat sana tinggi. Saya rasa...saya tak berkemampuan cikgu." kata Shariman dengan lembut dengan harapan cikgunya menerimannya..

Cikgu Daud mendengus perlahan. Tetapi dia masih belum lagi mahu mengalah.

"Macam ini Man, setakat duit untuk ke universiti nanti kamu jangan risau. Rasanya  pejabat zakat ada menyediakan sumbangan wang untuk pelajar kurang berkemampuan ntuk melanjutkan pelajaran. Cikgu rasa , cikgu boleh tolong usahakan untuk kamu, " pujuk Cikgu Daud. Dia mengharapkan Shariman mengubah keputusannya itu.

"Man, Ummi pun fikir macam Cikgu katakan tu. Ummi rasa baik Man sambung belajar. Man fikirlah betul-betul." ujar Mak Esah dengan lembut.

"Tapi cikgu..." kata Shariman tiba-tiba.

"Tapi apa Man?" balas Cikgu Daud.

"Saya tak sampai hati nak tinggalkan Umi tinggal seseorang dekat rumah ni. Siapa nak tolong Ummi di dusun tu nanti. Lagi siapa nak jaga kalau umi sakit." kata Shariman sambil merenung wajah Mak Esah.

Mak Esah hanya tersenyum."Man janganlah bimbang. Ummi tahulah jaga diri Ummi. Umi ini kuat lagilah Man." balas Mak Esah.

Hati Shariman masih keberatan. "Tapi Ummi...."kata Shariman lagi.

"Tak ada tapi-tapinya lagi Man. Ummi sebenarnya harap Man sambung belajar lagi. Ummi rasa Man patut dengar nasihat Cikgu." kata Mak Esah lagi.

"Kalau macam tu. Esok cikgu nak kamu datang ke sekolah. Cikgu tunjukkan macam mana nak isi borang permohonan zakat tu," Kata Cikgu Hayati.

Shariaman tertunduk bagaikan seorang pesalah yang baru kalah dalam perbicaraan, dia akhirnya mengalah. Dia hanya mampu mengangguk.

"Kak, saya minta diri dulu. Lagi pun, waktu Zohor dah lama masuk ini." ujar Cikgu Daud, kemudian berpaling ke arah Cikgu Hayati seperti memberi isyarat untuk beredar.

Cikgu Hayati seperti mengerti. "Kak Esah, Yati minta diri dulu ye." ucap Cikgu Hayati sambil menghulurkan tangan kepada Mak Esah.

"Cikgu tak nak makan dulu ke." ujar Mak Esah sambil menyambut tangan Cikgu Hayati.

"Tak apa lah Kak Esah. tak payah susahlah kak." balas Cikgu Hayati.

Cikgu Hayati dan Cikgu Daud bangun dan berlalu menuju ke pintu sambil di iringan oleh Sharimana.

......bersambung