07 December 2010

Novel : Jalan-Jalan Pilihan - siri 2

Shariman mengambil satu botol kecil berisi air di peti sejuk. Lalu, memasukkan ke dalam plastik merah. Dia terus ke meja makan, diangkatnya tudung saji itu. Terhidang beberapa keping roti yang disapu dengan telur sebelum dibakar sehingga kekuning-kuningan. Baginya hidangan itu sudah cukup mewah, bukan setiap hari dia mampu makan seperti ini. Rasa syukur menguasai dirinya. Shariman mengambil tiga keping roti itu lalu dimasukkan ke dalam plastik.

Dia memandang ke arah singki, matanya tercari-cari sesuatu. "Awalnya Ummi keluar menoreh hari ini. Biasanya Ummi tumpang aku. Esh..mana taknya, sekarang dah pukul 8.00 pagi. Aku juga yang silap, siapa suruh tidur selepas solat subuh tadi" Ucap Shariman di dalam hatinya seperti menyalahkan kelalaian dirinya sendiri.

Dia terus melangkah ke arah pintu dapur. Dipakainya kasut getah yang berlumpur itu. Dicapainya bekalan makanan, terus diletaknya ke dalam raga basikalnya itu.

"Esh... sejuk pula pagi ini. Semalam angin kuat tanda macam nak ribut. Tapi pelik, tak hujan pula. Yang penting aku dapat tidur puas-puas semalam."

Shariman mematikan langkahnya. "Rasanya aku macam terlupa sesuatu yang penting."

Shariman terus mengayuh basikal lamanya itu."Awal Ummi keluar menoreh hari ini. Biasanya Ummi tunggu. Rasanya dah lama tak keluar menoreh getah, dah seminggu."Kata Shariman dalam hatinya. Dia bukan tidak mahu menoreh, tetapi minggu ini, hasil di dusun lebih menarik perhatiannya. Buah-buah di dusun semakin masak hanya tunggu untuk dipetik. Dia bimbang, kalau tak dipetik nanti habis rosak dimakan tupai dan musang. Sejak kematian arwah ayahnya, dusun itu sahaja tempat dia melepaskan rindu dan menghabiskan masa lapangnya. Mana tidaknya, dusun itu diusahakan bersama dia dan ayahnya. Banyak kenangan manis di sini. Daripada mula-mula kawasan ini semak samun sehingga subur menghijau dengan pokok buah-buahan. Dusun ini banyak jasanya.

Shariman mengayuh basikalnya semakin laju. Dia memandang bendang yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan yang tak bertar itu. "Wah cantiknya, padi semua dah menguning" kata Shariman dengan gembira. Awan kelabu di sebelah barat mengundang perhatiannya. Semalam tak hujan, mungkin petang ini hujan agaknya . Ini kalau hujan, mesti habis berlumpur jalan ni nanti."

"Dah genap tiga tahun YB tu kata nak tarkan jalan ni. Janji tinggal janji, biasalah masa tu nak pancing undi. penduduk kampung.Tak apa, nanti jawablah dia dekat akhirat nanti " keluh Shariman. Di kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin sekarang. Kalau waktu musim mengundi, bukan main petah berbicara. Habis semua perkara nak sediakan untuk kesenangan rakyat. Bila masyarakat dah mengundi, memilihnya, dia pula hilang menyepi bagai terus lenyap daripada muka bumi.

Shariman memperlahankan kayuhan basikal bila melepasi perhujung jalan, dibeloknya ke kiri, memasuki laluan jalan yang lebih sempit. Dia memberhentikan basikalnya di bawah pokok rambutan yang batangnya sebesar lengan orang dewasa.. Diletaknya basikal di bawah pohon itu. Dia tunduk mencari canngkul yang ditinggalkan semalam. Diambilnya lalu diletakkan ke atas bahu kirinya. Dia terus melangkah menyusuri laluan semak samun menuju dusunnya. Dusunnya agak terpencil berbanding dusun-dusun penduduk kampung yang lain. Tanah dikaki bukit kurang diusahakan oranag, kerana semak samun terlalu tebal untuk dibersihkan bagi tujuan bercucuk tanam.

Shariman meneruskan langkahnya, kemudian berhenti apabila menghampiri deretan pohon pokok rambutan."Nampaknya, rambutan musim ni macam tak berapa nak menjadi. Banyak buahnya gugur" katanya sambil mengambil beberapa biji rambutan yang bertaburan di atas tanah.

"Pokok ini kalau menjadi, tentu berbuah lebat."

Pokok rambutan yang dia tanam lain daripada pokok yang ditanam oleh penduduk kampung yang lain. Pokok ni pokok kacukan. Kulit buah pokok ni berwarna merah. Isinya lembut, tebal,manis,kurang berair dan lekang. Bentuk buah bulat-bujur, jadi senang nak dikopek isinya" kata Shariman dalam hati. Buah rambutan biasanya terdapat dalam satu tangkai di hujung ranting. Buah muda berwarna hijau dan menjadi kuning atau merah apabila masak.

Shariman masih ingat pesan arwah Pak Dollah."Pokok rambutan boleh berbuah dua kali setahun jika terdapat dua musim kemarau. Musim utama biasanya berlaku pada bulan lapan dan musim kedua dihujung tahun. Man buah rambutan kalau Man nak petik perlu guna galah . Biasanya, kalau Man nak petik. Man petik waktu pagi atau petang semasa cuaca tengah redup. Baru buahnya tahan lama." kata Arwah ayahnya dulu, waktu dia masih ada. Ayahnya banyak menjadi guru kepadanya. Walaupun Pak Dollah tak bersekolah tinggi, tapi pengalamannya berkaitan tumbuhan cukup tinggi.

" Man, perangai pokok pun macam manusia. Semakin kita berjasa dan jaga baik-baik, semakin pokok ini berbuah lebat. Mungkin pokok ini nak balas jasa orang yang sayang dia. Man, pokok perlu dicantas bila ia dah besar, supaya tidak terlalu tinggi. Nanti kalau terlalu tinggi susah nak petik buahnya."

"Nah, Man ambik parang ni" kata Pak Dollah sambil menghulurkan sebilah parang.

"Man tolong cantas dahan dan ranting yang mati. Kalau cantas, susah pokok ini nak kena penyakit." kata Pak Dollah lagi sambil memerhatikan Shariman mencantas dahan-dahan mati.

Lamunan Shariman tiba-tiba terhenti, apabila mendengar seperti ada suara memanggilnya. "Man..Man..Oooo Man.Ko dekat mana".

Shariman cuba menangkap arah bunyi panggilan namanya itu. "Ali...aku dekat sini. Bawah pokok rambutan ni" pekik Shariman.

"Rupanya ko bawah ni"  ucap Ali menepuk bahu Shariman yang sedang asyik memunggut buah rambutan yang rosak.

 "Man...oooo Man.." kata Ali seperti meminta perhatian Shariman.

"Apa.!!!. Ko nak apa Ali. Boleh tak, tolong jangan buat gedik macam perempuan." sindir Shariman yang terus dengan kerjanya itu.

"Sampai hati ko kata aku gedik. Man, pokok manggis dekat belakang sana dah berbuah belum?" soal Ali.

Shariman bangun, kemudian memerhatikan ke arah pokok yang ditunjukkan oleh Ali. " Pokok manggis tu baru nak berbuah. Buahnya muda lagi. Dah masak nanti aku bagilah ko makan sampai puas." kata Shariman, sambil menggali lubang  bagi menanam kembali buah rambutan yang rosak itu untuk dibuat baja.

"Man, tadi Cikgu Hayati telefon rumah aku." kata Ali.

Tiba-tiba Shariman berhenti menggali. Di pandangnya wajah Ali."Masya-Allah....aku lupalah Ali. Aku lupa yang aku ada janji nak ambik borang bantuan zakat di sekolah."

"Patutlah aku rasa seperti lain macam je....macam ada yang tak kena. Rupanya aku lupa aku janji dengan Cikgu." balas Shariman.

"Aku dah agak dah. Jangan risaulah kawan. Aku dah cakap..." kata Ali.

Tiba-tiba Shariman mencelah."Ko cakap apa dekat cikgu" tanya Shariman lagi sebelum sempat Ali menghabiskan ayatnya.

"Aku cakaplah. Mestilah ko terlupa lagi. Ko kan memang pelupa. Lebih-lebih lagi bila musim buah." Mestilah dalam kepala ko pasal buah-buah je" kata Ali sambil tersenyum.

"Ye ke..."balas Shariman, sebelum meneruskan kerja mengalinya. Dia seperti malas nak melayan sangat kerenah kawannya itu.

"Cikgu Hayati suruh ko ke sekolah petang lusa ni. Esok dia tak, katanya ada khursus sehari di Kuala Lumpur" kata Ali lagi.

"Aku tahu ko merajuk dengan aku kan Man" kata Ali seperti mengerti apa yang terbuku dalam hati Shariman.

"Aku bukan merajuk. Cuma aku kecik hati je dengan ko. Aku ingat ko ni boleh simpan rahsia" kata Shariman sambil terus dengan kerjanya.

"Alah Man. Ko kan tahu perangai Cikgu Daud tu. Kalau bersembang dengan dia, memang pastinya apa-apa rahsia mesti bocor punya. Dia tu  pandai pusing-pusing ayat. Akhirnya  aku terpaksa bagi tahu." kata Ali sambil tersenyum, lalu duduk bertengek di atas tunggul kayu dihadapan Shariman.

"Aku tahu ko ni lurus bendul." sindir Shariman.

"Mana ada luruslah, cuma jujur je" kata Ali sambil tersenyum.

"Yelah...memang ko jujur. Kalau tak, macam mana dulu Cikgu Daud boleh tahu ko minat pada Cikgu Zana. Kalau ko tak bagi tahu dengan mulut ko sendiri.", Kata Shariman sambil ketawa, mengimbas kembali peristiwa lucu yang terjadi pada tahun lepas.

"Cikgu tu baru je dua minggu posting dekat sekolah kita. Dah kahwin pun. Bini orang pun ko nak kebas. Ko ni memang minat luar biasalah" kata Shariman sambil terus ketawa.

"Sebab tu lah aku tanya Cikgu Daud. Sebab aku nak pastikan dia dah kahwin ke belum. Bak kata orang-orang tua, malu bertanya sesat jalan" Kata Ali bersemangat mempertahankan dirinya.

Shariman terus ketawa. "Yelah, tapi biarlah kena pada tepatnya. Nasib baiklah Cikgu Daud tu boleh dibuat kawan" kata Shariman lagi.

"Dah..dah..Aku maafkan ko. Lepas ini aku dah tak bagi tahu lagi rahsia aku" kata Shariman seperti mengugut.

"Ikut ko lah Man. Aku bimbang, aku juga yang ko cari nanti" balas Ali.

"Aku bukan apa Ali. Aku berat hati nak tinggalkan Ummi aku seorang-seorang dekat sini. Ko tahukan Ummi aku ada darah tinggi.".

"Lagi pun aku mana ada duit. Nak hidup dekat luar sana nak duit. Kalau dekat kampung ni  bolehlah, setakat makan pucuk sayur dengan ubi dah boleh hidup. Aku bukan macam ko.  Keluarga ko berkemampuan. Lagi pun, hutang dengan ko pun, aku belum habis bayar lagi." kata Shariman.

"Alah, hutang aku tu, aku kira sedekah je." kata Ali. "Lagi pun kalau nak kira. Aku lagi banyak berhutang dengan ko. Dah sepuluh tahun tu." kata Ali.

"Sepuluh tahun? ko hutang apa" soal Shariman kebingungan.

"Aku hutang makan buah-buah dusun ko lah. Rasanya dah bertan-tan." kata Ali sambil ketawa.

"Ko buat lawak ke Ali? atau ko saja nak ambil hati aku ni." kata Shariman.

"Aku cakap betullah." kata Ali bersungguh-sungguh. "Man, aku rasa baik ko fikir betul-betul. Jangan buat keputusan terburu-buru. Orang yang terburu-buru ni biasanya berfikir guna kelapa gak....kepala lutut.haha." kata Ali sambil ketawa.

"Aku rasa tak lawak Ali. Ko jangan main perkataan kepala ni Ali. Kepala orang letak ilmu." ucap Shariman dengan tegas, dia rasa lawak  kawannya itu tidak kena dengan situasi sekarang.

Ali berhenti ketawa. Dia menyedari dirinya sudah tersilap cakap."Aku minta maaf Man, Tapi macam ko kata, kepala ini tempat letaknya Ilmu. Tapi di mana pula ko letakan pula masa depan ko." kata Ali.

"Man, hidup hari ini perlu lebih baik daripada semalam. Ko tak nak ke ubah nasib hidup ko. Nak ubah, perlukan pergorbanan. Dan pengorbanan memang memeritkan. Man, Rasulullah pun berkorban. Macam Ustaz Kamal kata, Nabi kalau tak diperintahkan oleh Allah ke Madinah. Memang dia tak akan berhijrah, sebab baginda sayang benar dengan bumi Mekkah. Kalau tak silap aku, ustaz tu kata Nabi S.A.W pernah berkata, betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah untuk hidup di satu tempat yang lain. Hadis nak tunjuk betapa sayangnya Rasulullah pada Makkah. Tapi tak sebabkan perintah Allah dan pergorbanan nabi berhijrah. Ko rasa boleh ke Islam berkembang luas sehingga sekarang."

" Man, setiap tindakan Rasulullah ialah daripada perintah Allah, ada sebabnya dan ada pengajarannya.Untuk apa, untuk ditauladani oleh umat manusia. Ko jangan fikir untuk tempoh setahun dua ni, tapi fikirlah untuk tempoh bertahun-tahun. Man, tanpa pelajaran, ko tidak akan dapat ke mana-mana dalam dunia ini. Aku rasa, kalau ko nak ubah nasib ko, ko ubahlah dengan pendidikan. Ko pelajar paling pintar pernah aku jumpa. Nikmat Allah bagi, kalau tak diguna dengan sebaik-baiknya, seperti tidak syukuri nikmat Allah bagi. Itu kufur Man...kufur nikmat namanya.  " kata Ali dengan lembut.

Shariman terdiam. Kata-kata Ali membuka pemikiranya.

"Man, ko fikirlah elok-elok. Ko sembahyang hajat dan Istiqarah. Moga-moga Allah tunjukkan jalan. Permudahkan segala urusan ko. Tapi sebagai kawan ko, yang satu-satu je kawan yang ko ada ni. Aku nasihatkan ko sambung je. Aku pun nak juga tengok ko berjaya." kata Ali seperti memujuk.

"Ko ni Ali. Kalau bercakap dengan ko kan, memang aku tak pernah menang." ucap Shariman sambil mengelap peluh yang mula bermanik di dahinya.

"Aku rasa memang betul pilihan ko ambil jurusan undang-undang. Nanti boleh jadi lawyer," kata Shariman sambil menepuk bahu Ali.

"Sindir nampak...aku boleh baca lah fikiran ko. Ko mesti nak cakap lawyer burukkan tadi" kata Ali sambil ketawa.

__________________
bersambung.....

No comments:

Post a Comment