Angka yang cukup besar..haha. Kelas kedua terpandai. daripada enam buah kelas.haha.Tetapi bila diingatkan kembali, baru semalam rasa penat bermain bersama kawan-kawan. Masih lagi ingat, gelanggang badminton di belakang surau yang menjadi tempat dan markas operasi kami bermain. Di situlah kami berkumpul selepas rehat, makan bersama-sama. Habis sahaja nasi lemak, terus kami bermain bola, kalau tak pun bermain galah panjang. Gelanggang itu cukup meriah dengan gelagat 13 orang budak sekolah.
Gambar kelas
6 tahun bersama, tempoh yang cukup lama. Kami cukup nakal. "Dalam kepala ni, cuma fikir main je", dan aku beruntung idea dalam kepala aku ini turut dikongsi oleh semua kawan-kawan aku.". Falsafahnya cukup mudah, sekolah itu tempat bermain. Kami berkongsi semua perkara, ibarat satu tradisi. atau kod etika . kod etika kawan-kawan sekepala kelas aku. Tradisi ini kalau dilihat pada pandang pertama baik dan patut dicontohi, tapi bila di amati betul-betul macam haram perangai seorang-seorang..hahah.
Kami biasanya akan datang awal-awal pagi, biasanya pukul 6.45 pagi dah ada di sekolah. Memang good student lah , tetapi bak kata perpatah, ada udang disebalik batu, tujuannya untuk siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi. Aku masih ingat, kami biasa kebas buku latihan murid-murid perempuan. Murid perempuan yang pertama sampai akan menjadi mangsa pertama. Adakalanya sampai tercabut kulit kami berebut meniru. Sebab tu biasanya budak-budak perempuan kelas kami selalu masuk lambat ke kelas.
Kami biasanya makan bersama, biasanya makan secara serentak. Memang kalau dilihat memang mampu mengeratkan silaturahim, tapi awas, jangan tertipu sebenarnya. Tujuannya satu, kalau makan beramai-ramai, susah budak2 lain nak mintak makanan. Biasanya kami akan habiskan cepat. makanan .Yang lambat biasanya menjadi mangsa di PAU.
Lepas makan, apa lagi main lah.... biasanya kami main bermatian-matian. Lepas main masuk kelas, memang seorang-seorang bau macam kerbau. Sebab tu tempat duduk budak lelaki dekat belakang, budak perempuan duduk bahagian depan sebab tak tahan bau badan kami, tapi kami ok jee...."like the rock said,if your small what the rock is cooking" haha.
Sebut pasal gusti. Waktu itu gusti tengah top. Aku masih ingat, belakang kelas kami ada satu tikar yang khas untuk Projek Nilam atau sudut bacaan. Sudut bacaan itu ada tikar getah yang cukup luas. Biasanya cikgu kelas aku tu pengetua, biasalah selalu outstation haha, jadi jarang ada kelas. Jadi ...macam biasalah, itulah gelanggang kami bergusti ala-ala WWF. aku masih ingat, Si Zulkainai (yang paling pendek dalam gambar), tu lah mangsa aku.haha.
Habis je sembahyang Zohor, kita orang ada kelas fadhu ain atau Kafa. Macam biasa , kami semua datang untuk bermain. Masuk kelas berpeluh-peluh sebab main sebelum masuk kelas. Kelas itu bermula pukul 2.30 sampai 4.30 petang. Jarak masa zohor dengan kelas Kafa kita orang isi dengan main galah panjang. Sebab...sebab apa kita orang buat macam tu, sebab tujuannya untuk panaskan badan, ala-ala body stretching. Tujuannya satu, kami akan didenda sebab tak buat kerja sekolah Ustazah. Biasa jalan itik keliling kelas, kadang-kadang keliling blok. Jadi kalau tak buat Streaching awal-awal bimbang krem nanti. Yang bestnya, kita orang sekali jalan itik ramai-ramai macam pesta pulak. Biasanya Ustazah akan geleng-geleng kepala tengok gelagat kami.. ye lah 2 tahun belajar kafa, satu kerja rumah pun tak pernah siap. tapi kami tak pernah ponteng kelas. Rasanya tu je kelebihan kami.
Paling best kalau musim hujan. Sekolah tu belakang bukit, jadi pasti akan ada air bukit. Kami masa kecik-kecik dulu masing-masing macam calon enginner. Kami punya pemikiran cukup maju, Kami kumpul batu banyak-banyak untuk buat kolam jakuzzi. Kolam tu besar, boleh muat kami semua. Biasanya kalau pagi tu hujan, Kami semua akan saling tersenyum(sebab kita orang dah bajet lepas kelas boleh mandi). Tapi, itu part best, yang tak best bila mandi...tut..tut.. air jernih, tiba-tiba timbul colour kuning. Perkara tu memang biasa, bila tanya siapa lepas, tak ada seorang yang mengaku...hampeh...
Kita orang nakal memang tahap nakal gila-gilalah. kalau kelas kafa tak ada, kami biasa tak terus balik. Kami akan kumpul dekat kawasan lapang belakang kelas. Main bola ala-ala besball, nama main belakang kelas. Jadi biasalah tingkap belakang kelas kami pecah kena bola. Setiap kali main comfirm pecah.Tapi kami tak kisah mana. Kami cool je...Bila dah puas main, masing-masing dah rileks. Kami pun pergi lah kelas bersihkan tingkap yang berkeping yang pecah tu. Kemudian kami pergi kelas sebelah ambik tingkap dia orang pulak. Sekolah aku ada enam kelas, 5 kelas tu semua lompang tingkap dia kita orang kebas, kecuali kelas kita orang Tu rahsia kita orang.haha
Record aku paling nakal sampai kena tampar dengan seorang Cikgu Chiness. Sakit kot pipi, Aku bukan sengaja. aku tak perasaan dia ada belakang, jadi aku buat lah ajuk-ajuk. Tapi terkantoi..huhu. tapi aku hormat dia. Cuma 3 hari kesan tampar tu tak hilang. Oklah pada kawan aku seorang lagi, sampai kena terajang dengan cikgu...hahah
No comments:
Post a Comment