Buku ini genre motivasi. Buku ini mengkhususkan kepada pemikiran positif dalam mencapai matlamat diri. Kupasannya tidak berbelit-belit, cukup senang untuk difahami. Buku ini tidak terlalu tebal, dan nasihatnya tidak terlalu melarat sangat. Jadi tidaklah pening kepala cuba memahami apa yang cuba disampaikn oleh penulis.
Bak kata buku ini, Hidup ini perlu lebih baik daripada semalam dan hidup hari esok perlu lebih baik daripada hari ini. begitulah hakikat. Manusia perlu berubah agar menjadi lebih baik dan berjaya. Namun, proses perubahan ada senang dan susahnya. Semakin besar perubahan yang dilakukan semakin besarlah pergorbananya. Makin besar pergorbanannya semakin bermaknalah kejayan yang dikecapi.
Selain itu, tertarik dengan pencapaian saudara Najmil Faiz Mohammed Aris.Berasal dari Ipoh Perak. Beliau hanya mendapat pangkat tiga dalam SPM. Beliau juga pernah berkerja di stesen minyak. Tapi rang yang berjaya, orang yang tahu memandu cita-citanya ke jalan yang mahu dia tuju. Ketika berada di persimpangan belajar da bekerja, dia mula mengatur strategi. Melanjutkan pelajaran peringkat diploma di UTHM. Perjalanan hidupnya bukan mudah. Ada jatuh dan bangun. BAk kata buku ini, orang yang berjaya merupakan orang yang jatuh kemudian bangun, tak kira berapa kali dia jatuh, dia tetap bangun bangkit mengolah langkah baru.
Berbalik kepada cerita Najmil ini. Dia hanya mendapat CGPA 2.2 je masa dua tahun belajar, tetapi masuk tahun baru. Dia memulakan azam untuk memenuhi impian terbesar dalam hidupnya. Dengan kata lain, dia tidak pernah kenal erti putus asa, tidak pernah membiarkan sesiapa meperkecil-kecilkan keupayaan dirinya.Dengan kata lain saudara dan saudari dia ini berjiwa besar.Siang dan malam dia berusaha. Bak ka perpatah "susah-susah dahulu, senang-senang kemudian".
Akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.Di Uk beliau berjaya bertungkus lumus bekerja sambil belajar, tidur hanya 3 jam. Di sana semua jenis kerja dilakukannya, dari mencuci bangunan hingga mengangkat barang-barang. Semua dilakukan untuk menampung kos pengajiannya. Akhirnya dia berjaya mendapat ijazah kedoktoran. Si Najmi sebenarnya pernah masuk newspaper . Kalau tak silap dah lama. Masa tu dia rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan membentang hasil kajian di hadapan parlimen United Kingdon. Penghormatan berkenaan sebagai pengiktirafan kajian beliau. kalau search google tak silap berkaitan "Micro machine process". Hebat tu.
Jadi mari kita semua berubah, berubah ke arah kebaikan.
No comments:
Post a Comment