09 December 2010

Cerpen: Wabak (edited version)

"Dr. Bala, cuba lihat sampel  ni" ujar Dr. Sofea, sambil bangun memberi laluan untuk Dr Bala memerhatikan ruang kanta mikroskop.

"Menarik...struktur proteinnya lain daripada yang lain. Doktor, I think this cells are able to duplicate itself  faster  compared to other type of cells" terang Dr. Bala sambil terus memutarkan tombol pelaras saiz mikroskop .Kemudian dia beralih kepada skrin di bersebelahan.

"Mana Dr dapat sampel 'microorganism' ni?" soal Dr. Bala selepas menilik bentuk yang dilihatnya..

"Saya baru dapatnya semalam. Sampel ini dihantar dari Hospital Petaling Jaya. Katanya mereka tidak dapat kenal pasti punca penyakit seorang pesakit.Mereka bimbang ia Virus H5N1." Kata Dr. Sofea lagi.

"Daripada struktur sel ini. Saya agak ini virus baru. Macam mana pula pendapat doktor?" soal Dr.Sofea mengharapkan kepastian.

"Maybe ...tapi saya tak pasti, mungkin mutasi virus sedia ada" kata Dr.Bala .Tiba-tiba perbualan mereka terhenti apabila disapa oleh seseorang.

"Dr. Sofea..." tegur Maria.

"Macam mana keputusannya Maria?" tanya Dr. Sofea.

"Memang betul, virus ini mungkin virus baru, saya dah buat analisis sampel yang doktor bagi semalam. Tiada satu pun struktur virus ini yang sama dengan struktur maklumat yang ada dalam pengkalan data kita." kata Maria sambil memberikan Dr. Sofea beberapa keputusan analisis.

Dr.Sofea memeriksa helaian demi helaian hasil analisis itu berkenaan. Tiba-tiba kening Dr.Sofea terangkat, seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Dr. Bala, i think you must see this" kata Dr. Sofea sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Dr. Bala. Lalu Dr. Bala membacanya dengan teliti. Kemudian dia berpaling ke arah Dr.Sofea.Dr. Sofea mengangguk  perlahan, seperti mengerti apa yang ada dalam fikiran Dr. Bala.

"Saya rasa virus ini sifatnya hampir sama dengan virus H5N1. Corak penyebarannya menunjukkan pola yang sama. Cuma struktur luar selnya lebih complex daripada H5N1"

"Dengan kata lain, sekarang ini di luar sana ada satu wabak yang sedang merebak.Dan mekanisma penyebaranya cukup pantas. Saya akan maklumkan kepada Pihak Kementerian Kesihatan" ujar Dr. Sofea sambil berjalan ke arah mejanya. Dia mencapai pen lalu menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Habis menulis terus dia menuju ke arah Maria.

"Saya mahu kamu fax semua hasil analisis ini kepada Prof. Robbert di Universiti Harvard. Mungkin dia dapat membantu kita. Jangan lupa emailkan kepada Dr. Kenny, dia bahagian pemantau wabak daripada WHO. Ini alamat mereka berdua" kata Dr. Sofea lalu memberikan kertas yang ditulisnya sebentar tadi.

"Baik doktor....saya akan faks ini semua secepat mungkin" balas Maria lalu melangkah meninggalkan Dr.Bala dan Dr.Sofea.

"Dr.Bala, saya rasa virus baru ini mungkin sudah mula merebak.Saya nak Dr.Bala himpunkan semua penyelidik kita. Saya juga nak Dr. Bala mengetuainya. Fokuskan kepada mencari vaksin bagi melawan virus ini.  Buat masa ini kita rahsia kan dulu daripada pengetahuan siapa-siapa. Saya akan ke Putrajaya untuk berbincang dengan Kementerian Kesihatan di sana. Biar mereka sahaja yang maklumkan kepada masyarakat umun." Kata Dr.Sofea sambil menanggalkan jubah putihnya, lalu disangkutkan ke dinding.

Dr. Sofea memandu laju kereta Mercedes Benz  S70, menuju ke Hospital Petaling Jaya. Dia tidak mahu virus itu daripada terus merebak. Pihak hospital perlu diingatkan dan pada masa yang sama . Maklumat kewujudan virus ini perlu dirahsiakan. Dia tidak mahu timbul suasana panik yang akan memburukkan lagi keadaan. biar pihak kerajaan sahaja yang memutuskan bagaimana cara maklumat itu disampaikan. Setiap kajian dan tindakannya perlu mengikut garis panduan British Pharmacoepia 2007 yang diakui oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Malaysia.

Sebagai Pengarah bahagian penyelidikan wabak. Dia bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku penularan ancaman virus dan bakteria berbahaya. Pengalaman menghadapi ancaman wabak Avian Influenza beberapa tahun yang lalu sedikit sebanyak membantu dan mematangkannya dalam menghadapi situasi seperti ini.

Kereta Dr.Sofea memasuki perkarangan Hospital Petaling Jaya.Di sana tiga orang doktor sudah sedia menunggu dan meyambutnya.

"Dr.Sofea, kenalkan ini Dr. Alex, beliau ketua doktor di sini. Yang ini pula Dr. Razak, beliau daripada bahagian kawalan wabak bagi hospital ini " kata Dr. Han memerkenalkan kedua-dua doktor di kiri dan kanannya.

"Silakan, kita ke arah wad pesakit berkenaan " kata Dr.Han sambil menujukkan laluan.

"Dr... adakah pesakit ini sudah dikuaratinkan" soal Dr.Sofea.

"Sudah..kami dah asingkan pesakit ini dalam satu bilik khas. Kami juga dah ambil langkah-langkah keselamatan" balas Dr.Han.

"Selain itu, saya nak pastikan doktor dan jururawat yang memberiakan rawatan awal kepada pesakit turut dikuaratinkan. Mereka juga mungkin boleh dijangkiti. Ini cuma sebagai langkah pencegahan awal" kata Dr. Sofea.

Dr.Han mengangguk faham, lalu berpaling ke arah Dr.Razak seperti mengarahkan sesuatu.

"Ini pesakitnya Dr" kata Dr.Han sambil menunjuk ke arah seorang pesakit yang terlantar di dalam sebuah bilik kaca.

Dr.Han memberikan Dr.Sofea laporan kesihatan pesakit berkenaan."Pesakit ini berumur 38 tahun dan baru pulang daripada Kanada 3 hari yang lalu. Dia dihantar ke sini 2 hari yang lepas. Kami dah diagnosis pesakit ini, dan kami dapati dia mengalami kegagalan ginjal dan saluran darahnya turut mengalami jangkitan kuman"

"Selain itu juga, kami dapati pesakit ini juga mengalami komplikasi pada bahagian paru-paru. Jadi kami cuba menggunakan vaksin H5N1, tetapi tiada apa-apa kesan"

Dr. Sofea hanya terdiam seperti cuba memikirkan sesuatu. "Saya rasa ini bukan virus H5N1, kerana virus H5N1 biasanya menganggu pengeluaran enzim manusia yang dipanggil cytokines yang lama kelamaan memusnahkan sel paru-paru manusia. Tapi Virus ini berbeza. Virus ini hanya menyebabkan radang pada paru-paru." kata Dr Sofea sambil matanya merenung ke arah bilik pesakit itu.

"Dr. Han saya nak semua salinan laporan pesakit ini" kata Dr. Sofea sambil memberikan kembali laporan itu kepada Dr.Han.

Pintu lif terbuka.Dr. Sofea terus menuju ke arah keretanya. Tiba-tiba telefonnya bimbinya berdering. Ada panggilan masuk.

"Hello..Dr. Sofea" kata Dr. Bala.

"Ye saya....ada apa Dr" kata Dr. Sofea, sambil bersandar di pintu kereta.

"I have some bad news. I think you will not like to hear this." ujar Dr. Bala dengan nada serius.

" Kami dah uji hampir ke semua vaksin yang kita ada. I find...virus ini cukup kebal daripada semua jenis antibiotik yang kita ada "

"What!... jadi dinding sel pathogen itu memang kukuh" balas Dr.Sofea.

"Saya dah cuba pecahkan pembentukan virus ini dengan menggunakan Bacille Calmette Gverin " tetapi hasilnya tetap sama.

"Kalau macam tu kita cuba guna antibiotik yang lebih kuat"balas Dr.Sofea.

"You mean Carbapenens?" balas Dr. Bala.

"Yes, cuba guna yang itu pula. Tengok bagaimana kesannya"balas Dr. Sofea, sambil melihat telefon bimbit yang menunjukkan ada panggilan baru yang masuk. Kali ini pannggilan ini daripada Maria. Dr.Sofea menekan butang hold.

"Dr. Bala...saya minta diri dulu. Kalau ada apa-apa perkembangan lagi , doktor sms sahaja saya. Saya sekarang nak bertolak ke Putrajaya. Ok, bye" balas Dr. Sofea, sambil tangannya menekan butang unhold.

"Yes Maria"jawab Dr. Sofea.

"Doktor, we got bad news here," balas Maria.

"Sebentar tadi saya baru dapat fax daripada Dr. Lee. Keputusan analisis yang kita hantar itu sama dengan analisis virus baru mereka temui. Katanya virus itu mula dikenal pasti di Sweden 4 hari yang lepas"

"Virus ini dipercayai berasal daripada New Delhi. Seorang warga Sweden disyaki menjadi pembawanya selepas pulang daripada New Delhi. Setakat ini sudah 70 orang disyaki menghidapnya." ujar Maria.

"Setakat ini virus tu sudah merebak ke berapa buah negara sekarang " soal Dr.Sofea ingin kepastian.

"Buat masa ini, 5 buah negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Belanda, Pakistan dan Bangladesh. Virus ini semakin cepat tersebar dan kebal daripada semua antibiotik" balas Maria.

Dr.Sofea mendengus. "Nampaknya Maria, satu lagi virus bakal menyerang."

"Apa nama virus ni" soal Dr. Sofea

"Delhi Metallo beta lactamese 1 or NDM 1" balas Maria.

"NDM 1"

_____________________________________________ ___ __ _

NDM 1 sejenis kuman baru yang cukup kuat daya rintangannya kepada semua antibiotik yang ada. Mula-mula dikesan di Sweden apabila seorang pelancong telah mengalami kemalangan di New Delhi. kemudian dipindahkan ke Sweden. Virus ini lebih kuat daripada Virus Selsema burung. 
Teringat pula subjek biologi masa tingkatan 4 & 5.hahah. Tengoklah  macam mana cerpen ini, tak pasti nak sambung ke tak...








No comments:

Post a Comment