05 December 2010

Komentar buku : Fathi Aris Omar (2005) Patah balek ; catatan terpenting reformasi. Vinlin Press sdn. bhd.

Buku yang bersifat genre politik. fathi Aris Omar menulis buku ini dalam bentukdiari, dimana pendapat dihuraikan secara sinis. Penulis menulis secara bebas. Penulisan yang tidak berpihak kepada pola sikap yang memberatkan Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif.  Buku ini memdedahkan bahawa semua parti politik mempunyai masalah, tiada yang terlepas daripada melakukan kesilapan tak kira ia pembangkang, mahupun kerajaan.

Penulis seorang wartawan, jadi penulisannya melambangka pemikiran dan kupasan seorang wartawan. Tapi bila di baca buku ini, timbul tanda tanya. Adakah liberaslisme, sosialis dan yang dikatakan itu ekstremisme itu sebenarnya sesuai bagi negara yang penduduk mejoritinya Islam. Contonya, konsep liberaslisme itu ditakrifkan sebagai mereka yang berfikir berdasarkan kehendak manusia sebagai pusat kemajuan di dunia. Dengan kata lain doktrin ini mengasingkan hal ehwal dunia dan akhirat. Ini kah konsep sebuah negara Islam.Jika ada membca buku ini, awas, digalakkan kalau anda pemikir bebas dan tidak mudah terpengaruh dengan ideologi - ideologi baru.

Bagi saya, Islam itu bukan bersifat liberal, sosialis, maupun ekstremisme..kerana Islam tidak perlu diubah dan bukan perlu disesuaikan dengan masyarakat, tetapi masyarakat itu perlu  menyesuaikan diri dengan Islam. Kerana Islam itu agama yang lengkap dengan kata lain , Islam Itu Sumur (Sempurna)

No comments:

Post a Comment