"Man, cikgu rasa baik kita bawa ummi terus ke Hospital Sulltan Haji Ahmad Shah. Cikgu bimbang tengok keadaannya sekarang. Kalau dibawa ke klinik, doktor pasti akan meminta dihantar ke hospital. juga Jadi lebih baik kita terus ke Temerloh. Di sana, rawatannya lebih rapi. " kata Cikgu Daud memberi pendapat.
"Baiklah cikgu, Man rasa pun macam tu juga. Baik kita terus ke hospital. Kesihatan ummi pun semakin teruk sekarang" balas Shariman sambil tangan kanannya memegang dahi Mak Esah. Perjalanan daripada Kampung Selendang ke Bandar Temerloh mengambil masa lebih dari 2 jam.
Mak Esah duduk menyandar dibahagian tempat duduk belakang dan wajahnya pucat.Shariman duduk disisinya sambil kedua-dua belah tangannya memegang tangan ibunya. Jalan daripada Kampung Selendang ke Kampung Pamah Kasih memang agak sempit. Jalan ini juga berlubang dan retak kerana sering menjadi laluan lori balak. Dalam keadaan hujan lebat, jarak penglihatan juga kurang baik kerana tiada lampu jalan kiri dan kanan jalan.Oleh itu, Cikgu Daud memandu berhati-hati menyusuri jalan ke arah Bandar Temerloh."Baiklah cikgu, Man rasa pun macam tu juga. Baik kita terus ke hospital. Kesihatan ummi pun semakin teruk sekarang" balas Shariman sambil tangan kanannya memegang dahi Mak Esah. Perjalanan daripada Kampung Selendang ke Bandar Temerloh mengambil masa lebih dari 2 jam.
Kereta Cikgu Daud memasuki pintu gerbang yang tertera selamat datang Bandar Temerloh. Dia terus membelok ke kanan, memasuki simpang tiga. Dia memberi lampu isyarat ke kanan. Dari jauh kelihatan petanda arah menuju ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kereta membelok ke arah papan tanda pintu kecemasan. Cikgu Daud memberhentikan kereta betul-betul di pintu masuk bahagian kecemasan.Shariman keluar dan menuju ke bahagian pintu sebelah tempat duduk Mak Esah. Kelihatan seorang petugas lelaki mendekati kereta Cikgu Daud.
"Boleh saya bantu" ujar petugas itu.
"Ibu saya sakit tuan," kata Shariman sambil membuka pintu kereta. Petugas itu melihat ke arah Mak Esah, lalu memadang ke arah kaunter kecemasan. Dia mengangkat tangan seperti memberi sesuatu isyarat kepada petugas di kaunter itu. Petugas dikaunter itu mengangguk faham. Dia terus membawakan sebuah kerusi roda. Shariman memapah Mak Esah untuk duduk di atas kerusi roda itu.
"Adik, pergi ke kaunter dihadapan sana untuk buat pendaftaran. Lepas tu, encik tunggu diruang menunggu." sambil menunjukkan ke arah kaunter pendaftaran.
Shariman terus melangkah menuju ke arah kaunter pendaftaran. Dari jauh dia dapat melihat kedua-dua petugas itu membawa Mak Esah memasuki bilik rawatan. Selesai mendaftar. Dia terus melangkah menuju ruang menunggu.Selang 5 minit, kedua-dua petugas itu keluar daripada bilik itu. Shariman terus bangun, dan mendapatkan kedua-dua petugas itu.
"Tuan, boleh saya tanya. Macam mana keadaan ibu saya."soal Shariman sambil wajanya jelas menampakkan kebimbangan.
"Macam ni encik. Sekarang ini ibu encik sedang mendapatkan rawatan. Doktor masih lagi memeriksanya. Encik duduk dulu di sini. Selepas doktor selesai, dia akan panggil encik." balas petugas itu, lalu melangkah meninggalkan Shariman. Shariman kembali duduk di bangku. Mata merenung tepat ke arah bilik rawatan yang pintunya bercat kuning. Dalam koridor itu, terdapat 3 pintu bilik rawatan, iaitu merah, kuning dan hijau. Di atas pintu itu tertera papan menjelaskan warna-warna bilik itu. Pintu bilik yang bercat merah, menunjukkan bilik untuk pesakit kritikal dan perlu diberi rawatan segera. Pintu berwarna kuning pula bagi pesakit semi-kritikal yang berada dalam keadaan separa sedar, pesakit ini juga akan diberi rawatan segera. Manakala pintu berwarna hijau, bagi pesakit yang sepenuh sedar dan akan diberi rawatan mengikut keutamaan.
Dari jauh kelihatan Cikgu Daud. Dia melangkah menuju ke arah Shariman, lalu duduk disebelahnya.
"Sabar Man. Insya Allah selamat. Banyakkan berdoa dan bersabar." ucap Cikgu Daud sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Shariman tanda memberi sokongan.
"Insya Allah Cikgu." balas Shariman sambil kepala tunduk memandang ke arah lantai. Dan pada masa yang sama, matanya mula berkaca jernih. Tetapi dia cuba menahannya. Biarlah hatinya sahaja yang menangis.
Selang 20 minit. Terdergar satu pengemuman. "Kepada waris Puan Nur Esah Binti Abu, sila ke bilik berwarna kuning dengan segera....ulang bicara, kepada waris Puan Nur Esah Binti Abu, sila ke bilik zon kuning dengan segera."
Shariman dan Cikgu Daud terus bangun, lalu bergegas masuk memasuki bilik berwarna kuning. Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah katil. Dari jauh kelihatan dua orang doktor memerhatikan Mak Esah, yang sedang terbaring di atas katil. Doktor itu memakaikan Mak Esah topeng oksigen. Shariman dan Cikgu Daud terus melangkah ke arah katil berkenaan.
"Minta maaf doktor. Macam mana keadaan ibu saya?" soal Shariman dengan cemas.
"Awak waris Puan Nur Esah," soal Doktor itu. Shariman mengangguk.
"Macam ni encik. Paras tekanan darahnya tinggi, mungkin berpunca daripada demam panas.Kalau tidak dirawat mungkin boleh melarat menjadi Hiperthermia. Dan kemungkinan tinggi untuk mengalami serangan strok. Tetapi keadaannya sekarang sudah sedikit stabil."
"Kami akan tahan Puan Esah buat sementara waktu di wad bagi tujuan pemantauan. Kerana keadaannya masih lemah dan kami juga bimbang kemungkinan dia untuk mengalami serangan strok,"
"Kami akan pindahkan dia ke wad sebentar lagi. Jadi encik berdua boleh tunggu diluar dahulu. Nanti kami akan maklumkan jika ada apa-apa" balas doktor itu. Shariman dan Cikgu Daud melangkah keluar daripada bilik itu.
Wajah Shariman kembali tenang. Kekuatan dan semangatnya kembali datang pada dirinya. Dia mengucap syukur, sambil tangannya menyapu wajahnya yang terpapar kelegaan.
"Syukur, Kak Esah dah selamat sekarang, " ucap Cikgu Daud seperti mengamin kata-katanya.
Selang 7 minit, tiga orang jururawat keluar daripada bilik itu sambil menolak katil Mak Esah. Shariman dan Cikgu Daud bangun dan melangkah menuju ke arah mereka.
"Encik berdua ni, waris Puan Nur Esah Binti Abu, " soal Jururawat berbaju biru.
"Saya anaknya." balas Shariman spontan.
"Macam ni encik. Ibu encik perlu di masukkan ke wad. Jadi boleh encik ikut kami ke sana," balas jururawat itu. Shariman membantu menolak katil Mak Esah menuju pintu lif. Pintu lif terbuka, mereka masuk ke dalam lif dan menekan butang tingkat tujuh. Pintu lif terbuka, katil Mak Esah di tolak perlahan memyusuri koridor menuju ke wad yang tertulis dipintunya Wad Bunga Raya. Wad ini khas untuk pesakit perempuan, manakala dihadapan wad itu pula terdapat pula wad Bunga Melur yang dikhaskan untuk golongan yang berkemampuan. Keadaan Wad Bunga Raya sedikit bising dengan keriuhan pelawat yang menziarahi pesakit. Mak Esah di tempatkan dibahagian koridor paling hujung. Di situ terdapat 3 buah katil yang sudah tersedia . Mak Esah ditempatkan katil disebelah kiri yang berhampiran dengan tandas.Di kirinya terdapat seorang wanita berumur 50-an berbangsa Melayu sedang membaca akhbar. Wanita itu tersenyum melihat Shariman memandangnya, Shariman membalas senyuman sambil menudukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
Cikgu Daud memegang bahu Shariman seperti ingin mengatakan sesuatu. Shariman mengangguk memahami. Mereka melangkah keluar daripada wad menuju ke lif untuk turun ke tingkat bawah. Pintu lif terbuka, kelihatan orang ramai berkumpul di muka pintu lif menunggu giliran untuk menggunakannya. Sekarang waktu untuk pelawat. Jadi keadaan hospital dipenuhi dengan orang ramai yang sedang melawat pesakit. Shariman dan Cikgu Daud melangkah menuju tempat letak kereta Sampai dikereta, Cikgu Daud membuka pintu hadapan disebelah pemandu. Dia mencapai beg pakaian yang diletakkan di atas tempat duduk, lalu diberikan kepada Shariman.
"Man, cikgu rasa ...cikgu nak pulang dulu. Nanti jangan lupa telefon cikgu kalau berlaku apa-apa," ucap Cikgu Daud menginggatkan Shariman.
"Satu lagi. Man ambik ni," kata Cikgu Daud lagi sambil tangannya menyeluk saku seluarnya, dan mengeluarkan dompet. Lalu dikeluarkan 5 keping wang Rm50.00 lalu diberikan kepada Shariman.
"Cikgu. Tak apalah," kata Shariman seperti terkejut dengan tindakan Cikgu Daud itu.
"Man ambil je duit ini. Cikgu rasa, Man perlukannya untuk bayar kos rawatan. Ambil je," Ujarnya lagi, lalu mencapai tangan Shariman dan menyuruhnya mengambil wang berkenaan.
"Tak apalah cikgu. Cikgu dah banyak tolong Man. Lagi pun Man rasa, Man menyusahkan cikgu untuk menghantar Ummi ke sini," ucap Shariman serba salah.
"Man ambil je dulu." ucap Cikgu Daud ringkas.
"Terima kasih Cikgu" ucap Shariman, lalu mengenggang wang berkenaan
"Insya Allah, kalau cikgu ada masa cikgu datang melawat.Tapi kalau doktor benarkan Ummi keluar awal. Man terus je hubungi cikgu. Nanti cikgu datang ambil." Ucap Cikgu Daud, lalu membuka pintu kereta dan menghidpkan enjin kereta.
"Man banyakkan berdoa. Moga-moga ummi cepat sembuh," katanya lagi sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Shariman menyambutnya.
"Terima kasih cikgu. Hanya tuhan sahaja mampu balas jasa cikgu," kata Shariman sedikit sayu.
Kereta Cikgu Daud berlalu meninggalkan Shariman. Dia terharu dengan jasa baik Cikgu Daud. Selama ini, Cikgu Daud banyak membantunya dan jasanya cukup besar pada dirinya. Hutang budi yang dia rasa tak mampu dibayar dengan wang ringgit.

Shariman memegang beg pakaian. Dia meyeluk poket seluarnya. Di keluarkan dompet berwarna hitam, lalu dimasukkan wang berkenaan ke dalam dompetnya. Dia mengambil kad ATM Bank Simpanan Nasional. Shariman seperti berfikir sesuatu. Lalu dimasukkan kembali kad itu ke dalam dompetnya. Dia melangkah menuju ke arah pintu masuk hospital. Shariman menyapa seorang pengawal keselamatan di situ. Dia bertanyakan Mesin ATM. Pengawal itu menunjukkan ke arah sudut berhampiran tangga yang tidak jauh daripada pintu lif. Shariman memasukkan kad Bank Simpanan Nasional berwarna biru tua itu ke dalam mesin ATM berkenaan. Dia menekan menu pertanyaan baki. Terpapar baki berjumlah RM 907.65.
"Alhamdulillah. Baki duit biasiswa sewaktu ditingkatan 6 masih banyak. Minta-minta duit ini cukup untuk bayar rawatan ummi. Duit ini aku ingat nak gunakan sewaktu menyambung belajar nanti. Tapi, tak apalah. Ummu lebih penting. Ada gunanya menyimpan duit biasiswa." ucap Shariman.

Dia masih ingat sewaktu di tingkatan 6 dulu. Kerajaan ada menyediakan peruntukkan biasiswa untuk semua pelajar tingkatan 6. Jumlah biasiswa berkenaan sebanyak RM 1600.00 dan dimasukkan secara berperingkat-peringkat. Dia masih ingat wajah rakan-rakannya, apabila tahu wang biasiswa telah masuk. Semua riang memikirkan untuk membeli barang-barang idaman. Ramai juga yang berebut-rebut membeli handphone baru. Malah ada juga yang membeli motosikal baru. Tetapi bagi Shariman, itu semua tidak penting. Dia lebih tertarik untuk membelanjakan wang berkenaan untuk dusunnya. Wang berkenaan boleh digunakan untuk membeli baja dan racun rumpai. Hasil dusunnya nanti boleh dijual untuk mengembalikan modal yang dilaburkan. Dia merasakannya seperti pelaburan yang menguntungkan.
Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila ada suara menegurnya daripada belakang. "Assalamualaikum. Lama lagi ke urusannya," ujar seorang gadis dibelakang Shariman yang daripada tadi menunggu giliran.
"Maaf..." ucap Shariman tanpa memandang wajah gadis berkenaan . Dalam keadaan kelam kabut terus dia menekan butang batal. Lalu terus mengambil kad ATM dan memasukkan ke belakang poketnya. Dia terus mencapai beg pakaiannya lalu terus melangkah menuju ke arah lif.
"Assalamualakum saudara...saudara." laung seorang gadis dengan lembut. Shariman memandang ke arah gadis berkenaan. Gadis itu melangkah menuju ke arahnya sambil tersenyum.
"Saya rasa ini dompet ini milik saudara. Dompet ini saya jumpa di depan Mesin ATM tadi," ucap gadis yang umurnya hampir sebaya dengan Shariman.
Shariman memeriksa poket seluarnya.Lalu mengambil dompet berkenaan." Alhandullilah.Inilah nyawa saya. Mujur saudari menjumpanya. Terima kasih" ucap Shariman sedikit cemas.
"Sama-sama. Cuma saya harapkan supaya saudara lebih berhati-hati." kata gadis berkenaan sambil tersenyum, lalu melangkah meninggalkan Shariman. Shariman tersenyum malu apabila mendengar kata-kata berkenaan. Dia kadang-kadang memang seorang yang kelam-kabut. Dia mendengus, mengharapkan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan. Shariman terus melangkah ke arah lif.
Berjalan dikoridor Wad Bunga Raya memang sesuatu yang merimaskan.Keadaan dalam wad sedikit bising. Bilangan pesakit yang semakin meningkat dalam satu-satu masa menyebabkan wad berkenaan tidak cukup ruang untuk menampung pesakit. Malah ada juga pesakit yang katilnya diletakkan di tepi koridor dan ada juga runag untuk diletakkan tiga katil di isi dengan empat. Sekarang waktu melawat, jadi waktu ini penuh sesak dengan pelawat yang datang melawat. Kadang-kadang terasa juga kasihan melihat pesakit yang terbaring di situ. Sausana bising menganggu pesakit yang sedang tidur. Shariman melangkah ke bahagaian paling hujung.
Dia melihat ada seorang wanita sedang bercakap-cakap dengan ummi yang sedang terbaring. Wanita itu merupakan pesakit di sebelah katil Ummi.
"Assalamualaikum" tegur Shariman dengan nada lembut.
"Waalaikumsalam" jawab wanita berkenaan.
"Ni anak saya, Puan Halimah. Namanya Shariman," kata Mak Esah. Kesihatannya bertambah baik. Mak Esah sudah ada sedkit tenaga untuk bercakap. Shariman mengangguk hormat sambil tersenyum. Sambil berdiri dihadapan katil menghadap kedua-dua wanita berkenaan.
"Shariman, berapa umur kamu ???" soal Puan Halimah.
"18 tahun." jawab Shariman ringkas.
"Ooo...sama dengan umur anak mak cik, " balas Puan Halimah sambil memandang Shariman.
"Tentu masih belajar lagi. Shariman belajar di Universiti sekarang??" Soal Puan Halimah.
" Saya sebenarnya baru habis daripada peperiksaan STPM. Sekarang tengah berkira-kira nak masuk Universiti. Itu pun kalau ada rezeki," balas Shariman sambil tersenyum.
"Ooo macam tu. Baguslah macam tu" balas Puan Halimah.
"Kak Esah rehat dulu ye. Saya nak pergi solat dulu. Mak cik minta diri dulu ye," kata Puan Halimah sambil memandang ke arah Mak Esah, dan Shariman.
"Baiklah mak cik," ucap Shariman, sambil Mak Esah mengangguk kepala.Puan Halimah melangkah menuju ke tandas yang tidak jauh daripada bilik berkenaan.
Shariman merapati Mak Esah. Dia meletakkan tangannya ke dahi Mak Esah." Dahi ummi dah tak panas," kata Shariman. Kemudian dia meletakkan beg dan membukanya. Dia mengeluarkan beberapa helai pakaian Mak Esah lalu diletakkan ke dalam almari kecil disebelah kanan katil dan selebihnya pakaian Shariman. Dia memasukkan kembali pakaiannya ke dalam beg. Lalu diletakkan ke bawah katil Mak Esah.
"Ummi nak makan," soal Shariman.
"Tak apa lah Man. Ummi tak berselera lagi nak makan. Ummi rasa nak solat dahulu. Man tolong ambilkan air untuk ummi berwuduk." pinta Mak Esah.
"Sekejap ye Ummi. Man pergi ambilkan bekas air,"balas Shariman melangkah ke singki di bahagian kiri koridor. Lalu dia membawakan air, lalu disapunya ke anggota Mak Esah dengan tertib. Mak Esah masih lemah, lalu Shariman memintanya sembahyang dalam keadaan berbaring. Mujurlah katil itu, kedudukannya betul-betul menghala ke arah Bakkah. Shariman meminta untuk turun membeli sedikit barang runcit dan makanan. Mak Esah mengangguk tanda membenarkan. Sariman berlalu meninggalkan Mak Esah yang sedang menunaikan solat itu.
Pintu lif terbuka. Shariman keluar sambil berasak-asak dengan pelawat lain. Dia menuju ke arah Surau. Daripada jauh kelihatan kelibat seorang gadis. Shariman mengenalinya. Itulah gadis yang memulangkan dompetnya yang tercicir tadi. Mereka terserempak. Shariman tersenyum sambil menunduk kepala sebagai tanda hormat. Gadis berkenaan turut tersenyum dan melakukan perkara yang sama. Mereka berdua terus menuju ke arah destinasi masing-masing. Surau itu sedikit kecil 1/3 daripada surau Al-Ikhwan. Di dalamnya cukup bersih. Kelihatan beberapa orang sedang terbaring di dalam masjid berkenaan. Mungkin sedang rehat selepas solat berjemaah sebentar tadi. Selepas menunaikan solat Zohor.
Shariman terus menuju ke arah kaunter pengawal keselamatan. "Assalamualaikum...tumpang tanya kak. Mana boleh saya cari kedai runcit disini," soal Shariman.
"Kedai runcit ye. Adik terus jalan sampai dihujung kaki laluan ini, kemudian adik belok kiri. Di sana ada papan tanda tulis kantin. Adik terus je masuk. Sebelah kantin tu ada kedai yang jual barang-barang harian." balas pengawal keselamatan berkenaan.
"Satu lagi kak. Di sini kalau waris pesakit biasanya dia orang tidur di mana. Biasanya kalau waris dia orang tidur dalam wad. Tapi kalau dalam wad adik perlu minta surat kebenaran keluar masuk berwarna coklat seperti ini," kata Pengawal itu sambil menunjukkan contoh kad.
"Adik mintak jer dengan ketua jururawat yang jaga wad tu."
"Selain dalam Wad mana lagi tempat yang biasa orang tumpang untuk tidur. Sebab Ummi saya diletakkan di Wad Bunga Raya, jadi segan pula saya nak tidur dalam wad berkenaan. Lagi semua penghuninya perempuan." soal Shariman.
"Kak pun tak pasti. Macam mana ye...Adik tidur je lah dekat bangku di kawasan luar wad tu jelah. Yang menghadap ke arah laluan lif tu. Nanti kalau ada pengawal yang tanya. Katakan, Kak Pah yang benarkan," jawab pengawal keselamatan berkenaan yang dikenai sebagai Kak Pah.
Shariman tersenyum."Terima kasih kak." Shariman berlalu menuju ke arah kedai runcit. Sampai di pintu masuk kantin, dia terus membelok ke arah kedai runcit. Terdapat dua buah kedai runcit di situ. Sebelah kiri menjual peralatan dan makanan ringan, manakala sebelah kanan menjual buah-buahan dan pelbagai jenis biskut. Shariman membeli beberapa peralatan, dia juga turut membeli beberapa biji buah epal dan limau. Dia meminta supaya diletakkan dalam dua plastik
berbeza. Satu untuk Mak Esah dan satu lagi untuk diberikan kepada Puan Halimah.
Pintu Lif terbuka, Shariman melangkah ke arah Wad Bunga Raya. Keadaa di wad tidak sekecoh tadi. Mungkin waktu melawat sudah habis. Biasanya, pengawal akan menutup pintu masuk utama dan hanya membenarkan waris-waris sahaja yang berada di dalam wad pada waktu ini. Shariman terus menuju ke arah kaunter jururawat. Seorang juruwarat memakai baju berwarna putih menyambutnya.
"Boleh saya bantu," soal jururawat berkenaan.
"Tumpang tanya kak....saya nak minta pas kebenaran keluar masuk." balas Shariman.
"Atas nama pesakit??" soal jururawat itu lagi.
"Atas nama Puan Nur Esah Binti Abu. Saya warisnya. Kalau tak silap no katil 34 yang dihujung sana," balas Shariman.
"Tunggu sebentar. akak tengok," kata jururawat berkenaan sambil membuka satu buku log berwarna hijau muda.
"Puan Nur Esah...ada. Boleh adik bagi IC adik. Kak nak nak isi maklumat pada kad ini," pinta jururawat berkenaan. Shariman terus memberikan IC . Apabila semua maklumat telah diisi, jururawat berkenaan mengecop dan tandatangan pada kad berkenaan. Kemudiaan diberikan kepada Shariman. Shariman menyambutnya.
"Kak satu lagi. Macam mana keadaan ibu saya sekarang," soal Shariman.
"Jika dilihat daripada buku laporan ini. Keadaannya stabil dan tiada masalah. Cuma sekarang dia masih lemah dan dalam tempoh pemantauan. Insyallah jika keadaannya dah ok. Mungkin dalam waktu seminggu je kami tahan dalam wad. Tapi kalau tak, mungkin lama. Apa-apa pun semua kebenaran tu bergantung pada pemeriksaan doktor yang memeriksanya," ucap juruwarat sambil tersenyum. "Terima kasih kak," kata Shariman, terus melangkah menuju katil ibunya.
Dari jauh kelihatan kelibat dua orang sedang duduk menghadap katil ummi. Salah seorang daripadanya Puan Halimah, tetapi gadis disebelahnya Shariman tidak kenali. Shariman terus melangkah semakin hampir dengan katil berkenaan.
"Assalamualaikum" ucap Shariman memberi salam.
"Waalaikumsalam," ucap mereka bertiga serentak.
Gadis itu memalingkan muka memandang wajah Shariman. Shariman seperti mengenalinya."Itu gadis yang menjumpai dompet aku tadi" ucap Shariman dalam hati. Shariman berdiri dihujung katil. Dia teringat, buah yang dibelinya di kedai sebentar tadi.
"Mak Cik, ini ada sedikit buah saya beli dibawah tadi," ucapnya sambil memhulurkan plastik beg berwarna merah.
"Terima kasih. Buat susah-susah je," ucap Puan Halimah lalu diberikan kepada gadis disebelahnya. Gadis itu meletakkan buah berkenaan ke dalam bangkul di atas meja.
"Shariman, ni anak mak cik nama nya Husna," ucap Puan Halimah sambil memegang bahu Husna.
"Ni Shariman anak Mak Cik Esah,". Husna menunduk sambil tersenyum, mungkin sebagai tanda hormat.
"Shariman masih belajar lagi???" Soal Husna.
"Saya baru habis STPM. Sekarang tunggu pengesahan untuk ke Universiti," balas Shariman.
"Shariman pohon Universiti mana," Soal Husna lagi.
"Tak pasti. Kalau diikutkan.Pilihan pertama dan kedua saya pohon UPM, ketiga UITM. Pertama dan kedua saya minta jurusan sains pertanian. Dan pilihan ketiga saya minta pendidikan" balas Shariman.
"Man Husna ni ambil Laywer. Universiti mana Husna," Soal Mak Esah.
"Universiti Malaya," kata Husna.
"Ooo..bidang undang-undang. Bidang tu memang susah, bukan semua orang mampu ambil," balas Shariman sambil tersenyum.
"Tak adalah, rezeki saya," balas Husna membalas senyuman. Shariman menundukkan padangannya. Dia tidak mampu memandang terus wajah Husna Lagi pun dia tidak biasa bercakap dengan perempuan. Dulu sewaktu di sekolah menegah, semua kawannya lelaki. Kawan lelaki senang dibawa bermain dan ke mana-mana.
"Husna mengalih pandangannya ke arah Mak Esah. Seperti memahami ketidakselesaan Shariman."Mak cik Esah sakit apa yer" soal Husna.
"Ummi demam panas. Tekanan darahnya tinggi. Doktor kata, buat sementara waktu ni ummi perlu tinggal di wad ni," balas Shariman.
"Ooo...moga-moga cepat sembuh," jawab Husna ringkas.
"Puan Halimah pula macam mana??" soal Shariman.
" Paras gula mak cik tinggi. Doktor terkejut tengok paras gula Mak Cik. Dia suruh Mak Cik masuk wad dulu. Bila dah turun sikit, baru dia benarkan pulang. Mungkin doktor bimbang mak cik makan yang manis-manis. Duduk sini senang dia kawal," Balas Puan Halimah sambil ketawa.
"Dah berapa hari Mak Cik di sini??" tanya Shariman, dia terpaksa menukar gelaran panggilan puan kepada mak cik, kerana Puan Halimah memanggil dirinya dengan gelaran Mak Cik. Jadi tidak manis untuk meneruskan panggilan Puan.
"Rasanya dah 2 hari Mama di sini," jawab Husna sambil memandang Puan Halimah. Kemudian kembali memandang Shariman. "Berapa lama Mak cik Esah ke tahan di wad yer," soal Husna, ke arah Shariman. Shariman tertunduk buat kali kedua. Dia tidak mampu melawan pandangan Husna. Walaupun ia hanya pandangan biasa dan bukan renungan tepat mata. Shariman tetap tidak mampu membalasnya.
"Kata Nurse. Mungkin untuk tempoh satu minggu. Tetapi bergantung kepada keadaan Ummi," balas Shariman.
Perbualan mereka terhenti apabila dua orang doktor menyapa mereka.Doktor berkenaan meminta izin untuk memeriksa Mak Esah.
_______________________________________________
*Bakkah salah satu nama untuk Makkah.
* Komentar.
Bersyukur sebab kesihatan kita masih elok. Aku nasihatkan jagalah kesihatan. Sebab sewaktu ayah aku mula-mula sakit dulu, hospital tu bagaikan rumah kedua. Ayahku bukan sehari dua duduk di sana, tapi kadang-kadang sampai 1 or 2 minggu di sana. Terutama selepas hemo, bila ada jangkitan kuman pasti akan ditahan di hospital. Bagaikan dah biasa keadaan di sana. Sampai sekarang pun masih berulang alik. Kalau cuti aku yang hantarnya ke mana-mana. Bila aku balik UPM. Ibu ku pula. Tapi tak apa, Insyallah. Berkhidmat kepada ibu bapa kedua disebut perkara yang Allah utama selepas solat di awal waktu dan sebelum berjihad. Doa kan supayaaku yang jahil ini sentiasa beristiqamah. haha. Dekat mana ye....ooo, jaga lah kesihatan anda. Terutama permakanan. Sedih kalau duduk hospital. Rekod aku duduk hospital setakat ni. Baru dua orang jee yang meninggal depan aku. kalau korang pernah tengok yang dalam TV yang doktor letak dua buah mesin kejutan macam streker tu atas dada pesakit. Aku siap dapat tengok live lagi depan mata. Siap doktor tu pula naik atas katil. Doktor memang insan yang mulia.

Biasanya aku akan balik dlm pukul 12 tengah malam lebih mcm tu, sejuk gak. Lepas ayah aku dah tidur, aku balik. Pukul 8 pagi esok, aku datang balik bawa makanan. Kepada sesiapa diluar sana. Pergi lah melawat ke hospital kalau ada waris dimasukkan ke sana. Bukan untuk melancong tapi sekadar nak tahu dan insaf. Macam-macam orang yang akan korang jumpa. Ada yang ada barah otak, dan 6 bulan lagi untuk hidup seperti sebelah katil ayah aku. Ada yang koma. Ada yang meraung sakit setiap masa . Macam-macam lah. Jadi jagalah kesihatan.
Sekarang Alhandulliah, ayah jarang hospital. Cuma 2 kali seminggu kena check di hospital, tapi kadang-kadang kena tunggu sampai 3 jam lebih setiap kali check. Sebab ramai orang semakin berpenyakit. Tapi memang tidak dinafikan Malaysia kekurangan doktor dan ruang untuk pesakit. Tapi yang penting doktor pun semakin banyak yang lawa n baik. Single lagi tauuu.... Tapi rasanya hamba ni x layak. Muka mcm ni tiada siapa nak. Asyik bertepuk sebelah tangan jee adalah...no komen..hahaha. So kesimpulannya jaga kesihatan yee :P

duduk di hospital sbnr nyer banyak menginsafkan kita...teringat ms kat f5 dl...syukur Allah makbulkan doa kami masa tu selepas berbulan2 abah berjuang....kita kn slalu muhasabah diri..=)
ReplyDeleteBetul..dalam dunia ni. kalau satu benda yang tidak boleh di beli. Benda itu pasti Kesihatan. kadang-kadang aku tengok orang yang sedang sakit, tak mampu tengok lama-lama. Macam perpatah kata. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bila tengok orang yang sakit, ia mengajar erti hidup. Gunalah sebaik-baiknya kesempatan kesihatan yang diberikan sebelum penyakit mendatang.
ReplyDelete