08 December 2010

Novel : Jalan-Jalan Pilihan - siri 3

Hari semakin mendung, awan kelabu menguasai segenap sudut langit. Hawa sejuk semakin terasa, bagaikan tanda-tanda hujan akan turun. Kelihatan beberapa buah motosikal memasuki kawasan Surau Al-Ikhwan. Panggilan azam Zohor mula terdengar bersahut-sahutan memanggil jemaah ke arah kejayaan. Panggilan seperti mengingatkan manusia supaya melaksanakan ibadat fardhu kifayah.

Shariman menanggalkan seluarnya yang kotor, lalu dicapainya kain pelekat yang sudah sedia tersusun di rak surau. Dia terus melangkah ke tempat wuduk. Dia berselisih dengan Ali yang sudah berwuduk dan ingin menunaikan solat sunat. Diputarnya pili paip, terasa air sejuk mengalir membasahi tangannya. Disapunya mengikut tertib. 

Habis mengambil wuduk,dia terus melangkah masuk ke dalam surau. Diperhatikan keadaan di dalam surau Al-Ikhwan. Hanya tujuh orang sahaja jemaah termasuk dia. Teringat dia kata-kata Ustaz Kamal. Hikmah solat berjemaah ini cukup besar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat daripada solat bersendirian, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang-alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid. Malah Rasulullah pernah berkata kalau manusia tahu kelebihan solat berjemaah, mereka akan datang walaupun dalam keadaan merangkak sekalipun. 

"Ya Allah, moga-moga diriku sentiasa istiqamah dalam berjemaah " ucap hati kecilnya. Lamunan shariman terhenti, apabila mendengar panggilan iqamat. Jemaah mula kehadapan untuk membentuk saf.

"Betul dan rapat...rapatkan saf. Allahuakbar.." laung Iman Musa, lalu mengimankan solat.

Setelah selesai menunaikan solat dan menukar pakaiannya. Shariman terus melangkah keluar, lalu menuju ke basikalnya.

"Man...aku balik dululah. Hari gelap, macam nak hujan lebat je. Lusa nanti kita jumpa di sekolah. Aku temankan ko jumpa Cikgu Hayati." ucap Ali sambil menghidupkan motosikal Hondanya itu.

"Kalau macam tu. Tak apalah aku tunggu ko sana nanti." balas Shariman.

"Ok, janji Melayu. Haha. Assalamualaikum" kata Ali sambil mengangkat tangan, lalu berlalu pergi meninggalkan Shariman.

"Waalaikumsalam" ucap Shariman dengan nada lembut.

Sharima terus mengayuh basikal untuk pulang. Dia mengayuh laju, sambil kepalanya mendongak ke langit mengharapkan simpati,  supaya sempat sampai sebelum hujan turun. "Minta-minta sempat sampai rumah" katanya sambil terus memperlajukan kayuhan basikalnya.Titisan manik-manik air mula terasa di mukanya.
"Alamat...hujan dah turun" katanya gelisah.

Shariman sempat sampai ke rumahnya, sebelum hujan turun semakin lebat. Bunyi air hujan turun mengegarkan bumbung zink yang sudah berkarat itu."Alhamdulillah. Sempat juga aku sampai" katanya bila melihat hujan semakin lebat turun.

Shariman menuju ke pintu dapur selepas meletakkan basikalnya di bawah rumah. Dia dapati pintu dapur masih berkunci. "Ummi tak balik laginya." kata dalam hati.
Shariman terus masuk ke dalam rumah. Dia mencari-cari tuala untuk mengelap rambutnya yang basah. Shariman ke dapur, dilihatnya payung masi tersangkut di dinding. "Mesti Ummi lupa bawa payung ni" ucapnya gelisah. Di capainya payung, dinaikinya tangga ke ruang tamu terus berlalu, lalu terus ke muka pintu. Dia mencari-cari kelibat Mak Esah. Shariman makin gelisah, perasaan bimbang mula mengusai dirinya.

"Ummi pergi mana ni? tak balik-balik lagi. Hujan makin lebat ni" kata Shariman lalu duduk di atas tangga. Matanya galak mencari-cari kelibat Mak Esah. Payung dan tuala dipegangnya, sedia untuk diberikan kepada Mak Esah nanti. Hujan semakin lebat, diselang seli dengan tiupan angin. Dia dapat lihat pokok kelapa di hadapanya rumahnya itu bergoyang ke kiri dan kanan akibat ditiup angin.
  
Hawa sejuk mula menganggunya. Bibirnya mula terketar-ketar menahan kesejukan.Tapi kesejukan itu tidak mampu membuatkan dirinya daripada terus berganjak. Kesejukan itu tidak mampu menewaskan  kebimbangan yang menguasai fikirannya sekarang.

Tiba-tiba dia melihat kelibat seseorang yang sedang berjalan menuju ke rumahnya. Orang itu berjalan perlahan sambil tangannya menadah kepala seperti cuba menahan air hujan. Shariman melihat daripada jauh. Dia mengenalinya, lalu terus bergegas turun berlari mendapatkannya.

Shariman membuka payung, lalu memberikannya tuala. Mak Esah kebasahan.

"Ummi pergi mana, hujan-hujan macam ni" soal Shariman dengan cemas.

Mak Esah tersenyum. "Ummi pergi rumah Pak Din tadi. Ada urusan sikit di sana" ucap Mak Esah dengan nada yang lembut.

"Jom, kita masuk dulu" balas Shariman sambil memegang payung menuju ke pintu rumah.

"Ummi pergi tukar pakaian dulu. Nanti Man buatkan teh panas" ucap Shariman, lalu ke dapur.Mak Esah terus menuju ke biliknya.

"Man...Ummi nak solat Zohor dulu" laung Mak Esah.

"Baik Ummi" sahut Shariman.

Shariman menuju ke ruang tamu. Diletakkan air teh panas di atas meja, lalu duduk di kerusi. Dia menunggu Ummi nya selesai solat dahulu.

"Lamanya Ummi sembahyang. Ummi..Ummi" katanya sambil melangkah menuju ke arah bilik tidur Umminya. Diketuknya pintu bilik itu."Ummi...Ummi dah habis solat belum?" ujarnya lagi.  Tiada suara yang menyambut panggilannya itu. Shariman terus membuka pintu. "Ummi..." ucapnya perlahan.Kelihatan Mak Esah sedang terbaring di atas katil dengan berbaju sembahyang. Shariman mendapatkan Mak Esah. "Umi..." katanya smabil memegang kepala Mak Esah.

"Ummi demam ni" kata Shariman yang melihat wajah pucat Mak Esah. Dahi Mak Esah panas, kakinya pula sejuk. Shariman membuka almari, lalu mengambil selimut tebal yang diletakkan di rak paling atas. Shariman menyelimutkan tubuh Mak Esah. Bibir Mak Esah masih terketar-ketar menaham kesejukan.

Shariman bergegas turun ke dapur mengambil pisau dan payung. Dia ke muka pintu, lalu dibukanya payung dan terus menuju ke belakang rumah.Shariman mencari-cari pokok asam jawa yang di tanamnya dahulu. Dia menjumpainya, dia mengambil daumnya yan halus itu. Dia mengutip beberapa biji asam jawa yang rapuh itu. Lalu terus menuju ke dapur.

Shariman membunag kulit buah asam jawa. Kulitnya  rapuh jadi senang diasingkan dari isinya.Shariman meletakan biji asam jawa ke dalam mangkuk, lalu dituangkan air ke dalamnya. Daunya pula direbus sehingga mendidih. Air rebusan daun asam jawa sesuai dijadikan  penawar demam.

Shariman meminta Mak Esah meminum air rebusan itu. Manakala air daripada biji asam jawa itu direndang dengan tuala basah dan tuala itu diletakkan ke atas dahi Mak Esah. Hati Shariman makin gelisah melihat keadaan Mak Esah itu. "Ummi...demam Ummi makin teruk ni. Kita pergi ke klinik ye" kata Shariman sambil tangannya memicit-micit kaki Mak Esah.

"Tak payahlah Man. Nanti baiklah demam ni.". 

"Man janganlah bimbang. Demam ni sekajap je"ucap Mak Esah dengan nada perlahan.

Sudah dua hari hujan turun bagaikan tiada petanda untuk berhenti. Demam Mak Esah makin teruk. Kadang-kadang tubuhnya terketar-ketar menahan kesejukan. Cuma panasnya didahinya semakin berkurangan.

"Ummi...Man rasa kita ke klinik je lah. Nanti Man minta Pak Kasim hantarkan kita ke pekan" ucap Shariman. Dia terus menuju pintu lalu memcapai payung. 

___________

Bersambung...
**sambungan mungkin mengambil tempoh masa yang lama......boringlak rasa tulis novel ni. huhu

2 comments:

  1. mcm pernah ku engar name shariman...tp di mana ye???:p

    ReplyDelete
  2. hahahah...nama sempena nama kawan aku

    ReplyDelete