Sejak akhir - akhir ini ramai yang letak status putus cinta. Bila di buka facebook tu,hampir 40 % kawan yang letak status ala-ala putus cinta lebih-lebih lagi kaum lelaki. Boleh dikatakan majoriti. Sebenarnya, takut juga hamba nak komen pasal ini. Sebab bimbang artikel ini di salah taksir atau menyebabkan sesiapa yang membacanya terasa. Tapi terasa pulak nak komen, sebab rasa sayang kepada persahabatan, diharapkan nasihat daripada hamba yang jahil ini sedikit sebanyak mampu mengubati duka dihati itu. Dalam melihat kalian smua mampu tersenyum.
Persoalan cinta memang indah. Kerana cinta adalah perasaan istimewa yang dianugerahkan kepada manusia. Cinta menghidupkan jiwa seseorang. Cinta juga boleh menjadikan seseorang itu bahagia dan merana pada masa yang sama. Sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya, bukan hambanya.
Sahabat, cinta yang sebenarnya adalah cinta kepada Allah. Dia lah yang memegang segala cinta yang mutlak. Kerana hanya Allah pengasih sejati kita. Sesungguhnya kasih Allah kepada makhluknya melebihi kasih ibu kepada anaknya. Kita mungkin kecewa ditinggalkan, dilupai, dikhianati, ditipu, tapi adakah kita sedari bahawa Allah sentiasa menemani, mengingati, menjaga, dan menyayagi kita. Allah lah sesetia pencinta. Tapi pernahkan kita sedari itu semua....Ye atau Tidak? Jawapannya ada pada soalan ini. Adakah sewaktu bercinta dahulu, kita banyak meluangkan masa untuk Allah berbanding dia, kita banyak menyebut nama Allah berbanding dia dan kita banyak mengingati Allah berbanding mengingati dia.
Jika anda mengatakan ye kepada Allah, itu mungkin kasih Allah kepada saudara. Mungkin Allah pilih jodoh yang lebih baik untuk saudara pada masa hadapan. Beruntunglah saudara. Kerana Allah sayangkan saudara. Tetapi jika tidak, mungkin itu juga tanda kasih Allah untuk mengingatkan kita, bahawa cinta itu milik Allah. Hanya dia yang boleh memberinya dan pada masa yang sama dia juga boleh menariknya kembali jika kita lalai dan mendahului cinta kepadanya.
Saya masih ingat pesanan seseorang masa zaman nakal-nakal dahulu."Awak jangan bimbang ummi saya pesan( mak dia ustazah...hahaha, cari pasal dulu) lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, dan sebaliknya." . Perkataan itu masih lagi berlegar-legar dalam fikiran. Rasanya semua pernah dengan ayat berkenaan. Dalam Al quran pun ada mengatakan perkara yang hampir sama. .Bila difikirkan katanya ada betulnya, dunia ini bulat. Sekiranya hari ini membuat khianat dan jahat atau mengewakan orang lain, esok atau lusa atau tulap atau tahun berikutnya. Mungkin kita atau anak kita atau cucu kita akan turut dibalas dengan apa yang pernah kita lakukan. Jadi marilah kita membaiki diri kita supaya kita berlaku adil dan memperolehi balasan dan hak kita yang setimpal.
Cinta itu lumrah. Tapi paling manis bila diberikan kepada orang yang betul-betul berhak menerimanya iaitu pasangan yang sah (bernikah). Dalam buku terbitnya fajar, karangan Hassan Ali (kalau tak silap) . Siti Khadijah juga meminati seseorang, dan dia memberitahu kepada sahabatnya. Dan sahabatnya bertanya kepada orang yang siti kahdijah minati itu. Rupa-rupanya, orang itu juga meminati siti Khadijah.. Itulah cinta Rasulullah. Cinta yang sebenar selepas kahwin. Tetapi tak salah kita meminati seseorang, kerana minat itu yang menjadi benih kepada cinta, yang hanya boleh bercambah menjadi pokok (berkahwin).. Supaya Kita meminatinya dengan niat menjadikannya pasangan hidup kita. Kita mengenalinya hanya untuk tahu hati budinya, sifat dan kelakuannya agar senang untuk kita sesuaikan dengan kita kelak. Jadi tak ada gunanya bercintai awal-awal bagaikan nak rak, dan lupakan segalanya.
Jodoh itu milik Allah, sudah ditentukan sejak ditiupkan roh ke dalam jasad. Jadi jangan lah bimbang, insyallah akan datang, cuma lambat atau cepat, cuma di sini atau di sana, cuma dekat atau jauh. Jadi janganlah terlalu bimbang. Hamba ingat kata-kata seorang ustaz. Kalau nak sesuatu, berdoalah kepada Allah. ya rob..ya rob, sesungguhnya Allah tempat segala makhluknya meminta dan Nya paling pemurah. Nak di terima doa perlu jadi orang baik. Insyallah akan tajam doa itu. Kalau kita sudah ada pasangan pilihan dan atau saling meminati, berdoalah semoga ia kekal bersama sehingga diijabkabulkan. Tetapi jika kita sedang meminati seseorang berdoalah, supaya dibukakan pintu hatinya untuk menerima kita. Kerana hanya pada Allah ada segala kunci. Bila dah dapat, jaga lah adab-abad sewaktu kita meminatinya supaya tidak melanggar apa yang ditegah. Insyallah jika kita jaga hubungan dgn Allah . Allah juga menjaga hubungan kita sesama kita.Dan kita perlu Istiqamah untuk memperolehinya. Moga-moga kita mendapat kebahagiannya..
Tulisan ini hanya sebagai semang-sembang kosong. Ia peringatan bagi saya. Ambillah ia jika baik, tinggal ia jika buruk. Dan jika anda terjumpa atau mendengar sesuatu yang lebih baik dan betul daripada sesiapa yang lebih baik dripada saya,berpeganglah kepada hujah-hujah dan pendapat yang lebih baik itu daripada orang itu. Sesungguhnya saya hanya insan yang jahil dan perlu banyak lagi belajar.
entri yg sgt baik...thanx untuk peringatan tu..
ReplyDelete