Aku seorang yang curang....
Aku akui,
Inilah diriku yang sebenarnya,
Aku memang curang,
Entah berapa kali aku curang,
Mungkin aku sudah lupa,mungkin sudah beratus-ratus kali,
Bagiku mereka hanya pemuas nafsu hatiku,
Tak dinafikan, aku memang menyayangi mereka semua,
Tapi menjadi lumrah hukum putaran alam,
Sama juga dengan perhatian dan kasih sayang,
Hari ini aku menyayangi Si A, esok Si B dan lusa mungkin Si C.
Samalah seperti hari ini,
Aku ke bandar untuk mencuci mata,
Aku berjalan di kaki lima,
Mataku memandang mencari mangsa,
Semuanya tidak menarik perhatianku,
Mereka semua jauh daripada citarasaku,
Ketika diri mula mengalah,
Datang sinar yang menyerlah,
Sinarannya mengamit pandangan,
Pandangan yang mengamit perhatian,
Aku mendekatinya,
Dia hanya diam,
Ku fikir dia pemalu,
Wajahnya putih, kulitnya nipis dan licin,
Dia memang menawan,
Hatiku jadi gundah gelana,
Perasaan sayangku meluap-luap,
Aku mula berbicara,
Aku rasa dia suka berpantun,
Jadi aku yang memulakan bicara;
Baju batik kain batik,
Batik datang dari jawa;
Adik cantik abang cantik,
Bagai pinang dibelah dua.
Dia hanya membisu seribu bahasa,
Aku terasa dipermainkan pula,
Aku menjadi tak keruan,
Perasaan gerang, sayang, tertarik serentak datang,
Masing-masing berebut meminta perhatian,
Tanpaku sedari tanganku memegang dirinya,
Baruku tahu kulit halus dan licin,
Aku membelainya, ku pegang lembut dia,
Aku tak mahu dia terluka,
Tiba-tiba lamunan antara kami terhenti,
Ada seorang lelaki setengah usia mula menyedari,
Aku rasa lelaki itu menjaganya,
Aku tak kira,
Aku sudah tertarik kepadanya,
Berapa harga kau pinta, tetap aku kabulkan jua,
Aku dah tak tahan lagi dengannya,
Aku sudah mula jatuh cinta,
Entah untuk beberapa kalinya,
Aku pergi ke arah lelaki itu,
Aku membawa dia bersama,
Aku pegangnya rapat-rapat,
Aku tak mahu dia lari bersama orang lain,
Aku runding harganya;
"Uncle dia ini berapa,"
"Ooo yang ini..... baik punya,"
"Gua bagi lu angkat murah jee. Comfirn lu puas hatinya dengan dia,"
"Tahu, berapa?"
"Gua bagi lu harga RM 20,dia murahkan...,"
"Betul dia memang murah, tapi dia yang paling menarik,"
Aku terus membayarnya,
Aku terus menghidupkan kereta,
Membawanya balik menuju ke istana kami berdua,
Malam ini tidurku berteman,
Akanku belai dia sepuas-puasnya,
Tapi aku akui, dia mungkin tak kekal lama,
Sama seperti yang lain,
Esok lusa, aku mungkin melupainya,
Awas diluar sana, anda mungkin mangsa berikutnya....Hahhahah
* Hahaha. Moral of the story, mungkin mula-mula korang baca, fikiran korang ke arah negatif (Kebanyakkan orang lah, mungkin pembaca ini tak kot...haha). Ye alah ayat yang digunakan ehem-ehem. Tapi dalam dunia yang sebenar, kita tidak boleh segera menjatuhkan hukuman (tanggapan) kepada seseorang kerana luarannya dan perbuatanya, tanpa kita selidik atau kita benar-benar tahu kebenarannya. Samalah falsafahnya dengan mononton filem, walaupun posternya buruk, tetapi belum tentu kualitinya buruk. Menarik atau tidak sesebuah flem bukan ditentukan oleh kata-kata aluan pelakon, tetapi tepukan penonton diakhir tayangan.Samalah seperti hidup ini, kita tidak boleh menjatuhkan sesuatu tanggapan jika kita tidak pasti kebenarannya. Tapi kalau luaran negetif, mesti masyarakat mengatakan dalaman juga negatif. Lumrah manusia. Haha, penulisan ini sekadar salah eksperimental untuk mengejutkan korang je...hahahha. Jadi aku nak perkenalkan si dia;
Ini wajah kekasih lamaku, aku dah puas dengannya . Namanya Pelangi.
Hubungan kami hanya bertahan 2 hari. Dia memang membosankan
Hubungan kami hanya bertahan 2 hari. Dia memang membosankan
Perkenalkan kekasih baruku. Aku baru jatuh cinta padanya. Dia suka berpantun.
Hahaha...aku tak ada idea...Penulisan yang paling kontroversi ini,..hahahahha
wei.....gerammmm gila aku.....eeee....kau nie kan...gila kontroversi tau....aku igt aku bc blog org salah tau.....huhu
ReplyDeleteKarya eksperimen...biasalah ini namanya sastera bro...gua nak buat ujian psikologi sikit .ini kalau karya sastera A. Samad Said lagi power..haha...Kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi....zaahhh
ReplyDeletesalam alaik.
ReplyDeletedei pak cik. pelangi tu best lah. cerita ked's story tu ada sambungannya. beta ada kot.