MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Kalendar Hijrah bermula apabila Saidina Umar menjumpai sepucuk surat yang hanya mencatatkan bulan syawal. Tetapi beliau tidak tahu sama ada syawal yang dimaksudkan itu syawal tahun itu atau syawal sebelumnya. Oleh itu, Syaidina Umar pun berbincang dengan para sahabat. Ada yang mencadangkan menggunakan kalendar Masihi, tapi apabila bincang punya bincang. Akhirnya sahabat mencadangkan penggunaan kalendar baru yang mengikut bulan dalam Islam. Akhirnya Kalendar Islam pertama dihasilkan iaitu mengikut tahun hijrah pertama Rasulullah ke Madinah.
Tertarik dengan kuliah Ustaz jemputan yang berceramah di Masjid Bukit Besar selepas maghrib, iaitu sempena maal hijrah.Merujuk beliau, hijrah itu konsepnya luas, sama ada merujuk kepada perpindahan tempat mahupun sikap. Hijrah pada mula-mula di zaman Rasulullah cukup hebat. Ada yang sanggup menberikan segala harta hanya untuk berhijrah."Kau ambillah segala harta aku" ucapnya kepada golongan kafir qurash tapi engkau bebaskan aku untuk berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah." Akhirnya sahabat itu dilepaskan, semua hartanya dirampas. Tetapi bila sahabat itu sampai Madinah , Rasulullah memujinya. Berbahagia lah sabahat itu.
Apa yan hendak saya sampaikan ialah, bahasa hijrah di zaman sahabat cukup besar saudara dan saudari. Ada riwayat Muslim. Pernah diceritakan dahulu ada dua orang sahabat, A dan B (saya lupa namanya). Sahabat A , sakit tenat semasa sedang perjalanan untuk berhijrah mengikut Rasulullah. Di tengah perjalanan tersebut, Sahabat A yang sakit itu semakin tenat, akhirnya dia tidak mampu menahan sakitnya lalu memotong kedua-dua belah tangannya a.k.a bunuh diri. Sahabat B, seorang lagi meneruskan lagi perjalanan sehingga sampai ke Madinah. Selepas beberapa lama, Sahabat B berjumpa dengan Rasulullah. Dia berkata kepada Rasulullah, dan meceritakan segalanya dan dia juga mengatakan bahawa dia bermimpi melihat sahabat A yang wajahnya berseri-seri, tubuhnya cukup indah kecuali hanya kedua-dua tangannya sahaja yang kelihatan berbalut. Rupa-rupanya Allah meredhanya, kecuali tanganya, kerana tangannya dia membunuh diri. Kemudiannya Rasulullah pun berdoa.Selepas beberapa ketika. Sahabat itu bermimpi melihat sahabat A, tetapi kali ini kedua-dua tangannya lengkap.
The moral of the story saya bukan mengalakkan saudara dan saudari membunuh diri, tetapi nak bagi tahu dua perkara. Pertama pahala hijrah bagi generasi pertama umat Islam cukup besar. Manakan tidaknya, membunuh diri merupakan dosa yang cukup beratdan besar. Sesiapa yang membunuh diri atau menamatkan nyawanya pasti masuk ke neraka. Mahupun orang yang membunuh orang lain dengan sengaja. Kerana nyawa itu milik dan pemberian Allah. Hanya Allah sahaja yang berhak ke atasnya. Jika di lihat kesalahan yang dilakukan oleh sahabat A cukup besar, tetapi pergorbanannya untuk ikut berhijrah bersama Rasulullah mendapat redha Allah menyebabkan Allah mengampun dosanya. Huhu...cukup hebat orang atau generasi sahabat dahulu yang mula-mula berhijrah ini tuan-tuan. Manakan tidaknya dosa besar bertukar menjadi pegampunan Allah. Masyallah...
Kedua, moralnya. Doa Rasululah cukup mustajab. Doa yang comfirm Allah terima. Kerana doa Rasulullah tangan sahabat itu Allah ampunkan. Dan orang yang paling hampir dengan Rasulullah ialah golongan sahabat, pergorbanan mereka cukup besar. Apatah lagi kita ni tuan-tuan. Mereka golongan yang rapat dengan Allah.Bandingkan kita , nak berkorban ke pada jalan Allah pun berfikir dua atau tiga kali. Marilah kita berhijrah sempena tahun baru ini supaya hubungan dengan Allah semakin rapat. Iman Syafii dalam hidupnya pernah berhijrah tujuh kali untuk memcari Ilmu. Usia hanya 15 tahun tetapi sudah memgeluarkan fatwa.
Jom kita berhijrah, yang menulis ini pun bukan manusia yang sempurna. Anggaplah post ini sebagai nasihat kepada diri saya dan sahabat. Dan jika ada ilmu yang lebih tepat berpeganglah pada ilmu itu, kerana saya juga hanya insan yang jahil dan banyak yang perlu belajar. Selamat Maal Hijrah kepada semua.
No comments:
Post a Comment