"Assalamualaikum..Assalamualaikum Pak Kasim," laung Shariman sambil tangannya mengetuk-getuk pintu rumah Pak Kasim. Dia menlihat di celah-celah tingkap untuk melihat kelibat orang di dalam rumah itu. Shariman memandang ke arah garaj di tepi rumah Pak Kasim , tetapi keretanya tiada . Tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki menghampiri pintu.
"Waalaikumsalam..siapa tu" laung suara Mak Timah.
"Mat Timah, Man ni." balas Shariman sambil menutup payungnya.
"Pak Kasim ada?" soal Shariman.
"Ooo Man. Pak Kasim tak ada. Dia pergi ke Melaka seminggu. Minggu depan baru dia pulang,"ucap Mak Timah. Wajah Shariman mula berubah mendengar jawapan Mak Timah. Sekarang fikirannya kembali buntu.
"Kenapa Man, semacam je Mak Timah tengok muka kamu ni," tanya Mak Timah.
"Ummi sakit Mak Timah. Ingat nak minta tolong Pak Kasim hantarkan Ummi ke pekan," balas Shariman.
"Mak Esah sakit. Tapi sekarang Pak Kasim tiada, " balas Mak Timah.
" Kamu dah cuba minta tolong dengan Mak Cik Seha kamu. Anaknya, Si Rosmah tu ada kereta. Kamu cuba minta tolong dia hantarkan Mak Esah," soal Mak Timah.
"Mak Cik Seha!!" jawab Shariman bagaikan terkejut. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu.
"Tak apa lah Mak Timah. Saya minta izin untuk pulang dulu," balas Shariman tanpa menjawab pertanya an Mak Timah. Shariman terus membuka payung dan terus melangkah ke dalam hujan. Kelakuannya menyebabkan Mak Timah kebingungan.
"Ahh...adakah aku perlu minta tolong dengan perempuan tu. Mak Timah pun satu, bukan dia tak tahu sikap Mak Cik Seha kepada Ummi, " ucap Shariman di dalam hatinya.

Mak Seha merupakan isteri pertama Arwah Pak Dollah. Dengan kata lain, Shariman merupakan anak tiri kepada Mak Seha. Tetapi hubungan itu tidak pernah diakui oleh Mak Seha. Baginya Mak Esah seorang perosak dan orang yang paling dibencinya. Dahulu Mak Seha pernah menuduh ibunya membomohkan suaminya untuk berkahwin dengan ibunya. Pada hal, Pak Dollah sendiri yang tak tahan dengan perangai buruk Mak Seha. Semua penduduk kampung tahu, sikap panas baran Mak Seha. Mulutnya selalu mengatakan perkara-perkara yang kurang manis. Malah penduduk kampung jarang menegurnya kerana sifat pemarahnya. Dia masih ingat sewaktu dia berumur 10 tahun. Pernah ketika itu, Mak Seha mengamuk. Mak Seha bagaikan orang yang dihasut, dibawanya parang dan mengugut untuk mencederakan umminya. Alasanya Pak Dollah sudah lama tak pulang ke rumahnya. Mujur arwah ayahnya ada untuk mengalang. Banyak lagi perkara buruk yang pernah dilakukan oleh Mak Seha terhadap keluarganya. Shariman melangkah melewati batas sawah padi. Dari jauh kelihatan rumah bercat biru, itulah rumah Mak Seha.
"Keadaan kesihatan Ummi semakin merosot. Hanya itu sahaja cara untuk bawa ummi ke pekan. Hanya itu sahaja caranya"ucap hati Shariman seperti meminta mendesak dirinya untuk ke rumah Mak Seha. Hatinya tetap cuba menyakinnya untuk mencuba nasib. Tapi kakinya keberatan untuk melangkah merentasi batas sawah itu. Lagipun sudah setahun lebih dia tidak bersemuka dengan Mak Seha. Kalau dahulu, dia berani. Itu pun jika ada Pak Dollah disisi. Tetapi selepas kematian Pak Dollah. Dia tidak pernah lagi menjejaki ke kawasan rumah Mak Seha.
Hujan semakin lebat, kali ini diringi pula dengan bunyi guruh berselang seli dengan kilauan kilat yang memancar-mancar di dada langit. Dentuman demi dentuman guruh silih berganti, bagaikan sedang berlaku peperangan. Tetapi tidak sehebat peperangan yang sedang berlaku di antara hati dan fikiranya. Fikirannya melarangnya, manakala hatinya pula mendesak untuk mencuba. Peperangan yang tiada pemenang. Kali ini bunyi dentuman guruh semakin kuat, mengejutkan lamunannya.
Akhirnya dia mengalah, dan memilih pilihan hatinya."Tak salah aku mencuba. Moga-moga sikap Mak Seha kepada aku dah berubah," kata hatinya Shariman seperti memberikan satu hujah dan harapan . Shariman terus melangkah menuju ke rumah Mak Seha yang jika dianggarkan hanya jauhnya 600 meter daripada rumahnya. Tetapi jarak itu, dipisahkan oleh dinding kebencian Mak Seha kepada keluarganya. Shariman perlu tabahkan hatinya, dia perlu berani bersemuka dengan Mak Seha. Kesihatan Umminya lebih penting daripada perasaan ketakutan yang ada pada dirinya sekarang. Setiap langkahnya membawa dia lebih dekat. Dan tanpa dia sedari dirinya sudah berada dihadapan pintu rumah Mak Seha . Jelas kelihatan kereta kancil milik Rosmah, anak tunggal Mak Seha berada di bawah garaj.
"Assalamualaikum..." ucap Shariman sambil hatinya berdebar-debar menunggu balasan salamnya itu.
"Waalaikumsalam.Sekejap..tunggu.. tunggu" sahut seseorang sambil keluar membuka pintu.Rosmah kelihatan terperanjat melihat Shariman berada di depan pintu.
"Ko nak apa?," ujar Rosmah sambil riak mukanya mula berubah.
"Siapa tu Rosmah?," soal satu suara lembut daripada dalam rumah. Suara yang begitu ditakutinya.
"Ni mak, anak Si Esah datang." balas Rosmah bersahaja.
"Apa!! anak Si Esah.." pekik suara Mak Seha. Kedengaran suara yang nadanya penuh dengan kebencian.
Tiba-tiba Rosmah mengundurkan dirinya seperti ada orang yang menariknya masuk ke dalam rumah. Keluar Mak Seha dengan suara yang tinggi.
"Ko nak apa datang ke rumah aku? " soal Mak Seha sambil meninggikan suaranya, sambil matanya merenung tepat ke arah mata Shariman. Shariman tertunduk tidak mampu melawan renungan mata itu. Dirinya terasa ketakutan apabila direnung sedemikian.
"Mak Cik, Man nak minta tolong. Tolong hantar ummi ke pekan. Ummi sakit," ucap Shariman dalam satu lafaz yang panjang. Dia bimbang jika Mak Seha mencelah percakapannya.
Mak Seha masih merenung dirinya. Lama juga dia terdiam, kemudian dia tersenyum. Bagaikan ada sesuatu yang melucukan yang sedang bermain di dalam fikirannya.
"Oooo....Si Esah sakit, baguslah dia sakit. Cepat sikit dia mati," sindir Mak Seha sambil terukir senyuman. Shariman terkejut mendengar ucapan Mak Seha itu.
"OOoo...masa susah ni datang cari aku. Ko tahu kenapa mak ko sakit. Sebab mak ko terima balasan. Balasan yang sesuai untuk orang macam mak ko tu. Mak ko tu tak sedar diri. Si Seha tu perampas, laki orang pun nak rampas. Jadi baik mati awal, tak banyak sangat dosa. "
"Kalau perempuan macam tu baik pergi mampus je...pada duduk hi..."
Shariman tidak mampu menahan lagi apa yang didengarinya. Tiba-tiba.
"Sudah!! aku kata sudah!! Jangan ko hina Ummi aku" pekik Shariman yang mengejut Mak Seha. Dia seperti tiba-tiba memperolehi kekuatan.
Mak Seha terdiam. Wajahnya seperti terkejut. Kemudian wajahnya kembali bertukar merah. Kali ini matanya mula berubah seperti sedang dibakar dengan api kemarahan yang menyala-nyala.
"Hoi...kurang ajar ko. Berani ko tengking aku. Ko ni siapa.Pergi, pergi jangan ko jejak kaki ke rumah aku lagi. Berambus. Pergi mampus ko" pekik Mak Seha sambil tangannya memegang daun intu lalu ditutupnya pintu dengan kuat.
Wajah Shariman semakin marah dengan kata-kata Mak Seha. Mahu sahaja dia menendang pintu itu. Tapi ditahanya. Shariman membuka payung lalu melangkah pulang tanpa terus memandang ke arah rumah Mak Seha. Walaupun daripada luar rumah itu, jelas kedengaran suara Mak Seha masih memaki hamun nama Umminya . Dia tidak mahu melayan dan mendengarnya. Semakin didengar kata-kata itu, semakin hatinya marah. Keluar daripada halaman rumah Mak Seha. Shariman mengucap panjang dan diselang seli dengan selawat. Dia tidak mahu menjadi seperti Mak Seha.Shariman cuba menarik nafasnya dalam-dalam. Fikirannya kembali tenang.Perasaan marah semakin menghilang, tetapi diganti pula dengan rasa kekesalan.
Dia kesal dengan tindakan meninggikan suaranya kepada Mak Seha.Tetapi dia tidak mampu menahan mendengar cacian Mak Esah kepada umminya. Kata-kata yang cukup tajam, kata-kata yang hampir menyebabkan dia hilang kesabaran. Tapi kali ini, kekesalan pula melanda dirinya. Itu bahayanya sifat marah. Sifat marah ibarat api yang jika tidak dikawal yang boleh membakar diri. Apabila manusia marah, malaikat akan lari menjauhi dirinya dan syaitan semakin berani menghampiri. Dia memang menyesalinya, wajahnya membuktikan kekecewaannya.
Shariman melewati batas sawah.Bunyi guruh tidak kedengaran lagi. Hujan sudah tidak selebat sebentar tadi.Seperti tanda-tanda untuk berhenti. Tapi itu tidak memberi apa-apa makna untuknya. Jika hujan berhenti sekali pun, tidak mampu memgembirakan kegelisahan hatinya itu. Dia melangkah kelesuaan.
Tiba-tiba terdengar bunyi hon kenderaan. Dari jauh kelihatan sebuah kereta wira yang cukup dikenalinya. Kereta itu menghampirinya.
"Man, daripada mana ni," soal Cikgu Daud sambil menurunkan cermin tingkap keretanya.
"Cikgu Daud...tolong saya cikgu," kata Shariman,seperti kegembiraan dan kelopak matanya mula berkaca.
"Cikgu, Ummi sakit. Boleh cikgu tolong hantarkan ke klinik."
"Kak Esah sakit!! Man , cepat naik" balas Cikgu Daud sambil menbuka pintu kereta.Shariman terus melangkah masuk ke dalam, dan kereta itu terus menuju laju memasuki kawasan rumah Shariman.
Bersambung.....
Rasanya, cerita ini semakin boring untuk disambung, bila bosan rasa kemalasan mula melanda diri...huhu.

No comments:
Post a Comment