Leonardo da Vinci, korang mesti kenal . Dia sebenarnya, tiada pertalian darah dengan aku.Tapi kalau dengan Leonardo de carpio itu, mungkin ada kot..haha. Aku jarang tengok TV. Kalau buka pun hanya untuk tengok Education Channel macam Discovery , History Chaneel dan National Geo. Saluran sukan jarang-jarang itu pun jika ada perlawanan bola sepak. Nak dijadikan cerita, Aku terbuka History Chaneel. Program berkaitan dengan Leoardo da Vinci. Masa dekat sekolah dulu, dia ini salah satu tokoh yang aku kagum juga. Sebab time sekolah dulu. Markah Sains aku yang tertinggi dekat sekolah, tapi masuk menengah atas je merudum. Mungkin waktu itu berlaku ketidakseimbangan hormon alah macam movie gila-gila pengantin itu. haha.
Sebab apa aku kagum dengan mamat ini. Bukan sebab dia kahwin ramai. Tetapi sebabnya mamat ini seorang yang bersifat universal thinking bererti teori pemikiran secara umum dalam semua bidang, sama ada sastera, sains, kejuruteraan, perubatan, penyajak, matematik, pekebun dan banyak lagi. Pemikirannya mendahului masa peradaban zaman masyarakatnya. Cabangnya luas, baginya tiada bidang yang terikat untuk dikaji, asalkan dilakukan mengikut minat dan ilhamnya. Dia juga pernah mengkaji anatomi manusia, dimana dia pernah membedah mayat-mayat termasuk mayat wanita mengandung dan melukisnya kembali untuk tujuan katelog.
Korang pasti pernah mendengar novel Da Vinci Code karya Dan Brown, malah novel yang dicetak lebih 3 juta salinan itu juga pernah difilemkan. Nak dijadikan cerita bahawa pemikiran mamat ini hebat. Malah kajian baru-baru ini juga yang dimuatkan dalam surat khabar Kosmo mendedahkan bahawa dalam gambar Mona Lisa, dibahagian matanya ada tertulis simbol kemungkinan satu code. Katanya code berkenaan merupakan namanya. Lukisan code yang paling terkenal yang pernah aku tahu, kalau tak silap pernah disiarkan dalam Discovery Channel tahun lepas dalam lukisan seperti dibawah ini.
St. John and Jesus from The Last Supper
Dalam lukisan ada code berkaitan simbol huruf M. Pengkaji mengatakan simbol ini mewakili makna-makna tertentu yang ingin disampaikan oleh Da Vinci. Tapi itu bukan yang aku nak cerita (dah telajak). Aku nak bagi tahu bahawa dalam rancangan yang aku baru tengok ini. Gambar mona lisa (Rajah 1) yang dilukis Da Vinci dan gambar-gambar lain yang pernah dilukisnya, contoh gambar lukisan wajahnya sendiri ( Rajah 2) .
Rajah 1
(Rajah 2)
Menurut pendapat pengkaji yang terdahulu. Lukisan Mona Lisa ini merupakan seorang wanita iaitu isteri kepada awan Da Vinci. Itu kenyataan pengkaji awal. Tapi rupa-rupa, hang tau tak. Gambar Mona Lisa merupakan gambar wajah Leonardo Da Vinci sebenarnya. Menurut rancangan berkenaan. Leonardo suka melukis potret yang menyerupai wajahnya. Malah jika dikaji struktur geometri pada semua lukisan Da Vinci, semua lukisan itu dilukis sama dengan geometri muka Leonardo. Sama seperti gambar yang aku edit sendiri seperti mana yang dibuat dalam rancangan berkenaan (Rajah 3).
(Rajah 3. Gambar yang aku edit)
Bukan nak kata mamat ni pondan or apa. Bukan, cuma nak kata bahawa bukan senang untuk melukis sesuatu wajah dengan menggunakan kaedah geometri yang sama dalam semua lukisan yang dilukis. Dimana wajah individu atau manusia mengikut teori mempunyai bentuk geometri yang berlainan dan sukar untuk disesuaikan. Tetapi mamat boleh buat. Malah mengikut teori juga. Mamat ni sebenarnya yang mencipta kamera atau gambar. Cuma gambar yang dihasilkan itu dicetak diatas kain dan bukannya di atas kertas. Tapi sayang, sepandai-pandai manusia. Mereka tetap tak dapat mengkaji kehebatan kebenaran tuhan. Jika Leonardo dapat mengkajinya dan menghuraikannya tentu dia sudah memilih agama Islam. Jadi Moral of the story , bahawa Nur Hidayah itu milik tuhan, tak kira dia paling bijak, atau paling tak pandai. Yang menemukan kebenaran agama, bukan kepintaran manusia. Tetapi hak daripada Allah.
wei, kau ada baca ke buku da vinci the code??? buku tu satu2 nyer buku inggeris aku abis baca dalam 3 ari....bes gak layan buku tu...
ReplyDeleteGiler ar ko baca dlm masa 3 hari je...sama mcm adik aku. dia baca buku Haryy Potter dalam masa 2 hari je
ReplyDeletehahaha..harry potter aku x sentuh pun..aku baca mukasurat awal jek dh ngantuk....hebat la adik kau...aku tgkbuku gak...klu buku bi mmg confirm lembab...
ReplyDelete