Masa bermain badminton dua minggu lepas. Kawan lama ajak berbekam . Tapi baru hari ini terlaksana. Dia kawan baik penulis sejak sekolah menengah lagi. Akhirnya tercapai juga. Bayaranya tak mahal cuma dalam lingkungan RM40 dan Rm70 untuk seluruh tubuh. Kawan penulis ini buka kedai sendiri khas untuk berbekam. Kawan baik masa sekolah, dia ambil jurusan kejuruteraan kimia, sekarang cuma tunggu untul melanjutkan pelajaran ke Universiti Petronas di Perak. Sambil menganggur dia buka kedai berbekam.
Berbekam ini ikut sunnah Nabi S.A.W , kerana baginda pernah berbekam. Zaman dahulu berbekam guna tanduk rusa, buluh atau apa-apa yang boleh memerangkap udara apabila disedut (Vakum). Sekarang sudah moden, guna pam dan balang kaca. Kalau nak diikutkan sejarah, buka masyarakat Islam sahaja yang berbekam. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini. Bukan sahaja timur, malah masyarakat barat juga mula mengamalkan kaedah ini. Tak percaya, penulis syorkan layari laman sesawang berkaitan thesisyang berkaitan berbekam.
Pernah juga seorang ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Akhirnya beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya. Malah di dalam berita melaporkan, bahawa Hospital kerajaan akan memasukkan sebahagian kaedah rawatan mengurut tradisional dan kaedah berbekam sebagai rawatan tambahan.
Pada mulanya, bila penulis dengar berbekam memang penulis takut. Yelah dahulu penulis pernah menonton TV berkaitan berbekam. Rawatan dengan menggunakan satu pisau kecil. Beberap torehan akan dibuat dibahagian kulit tertentu kemudian disedut dengan balang kaca sehingga darah berkumpul di dalamnya. Menurut sahabat penulis, kaedah itu banyak risikonya. Sekarang kaedah lebih selamat dengan menggunakan jarum (yang doktor guna untuk ambil sampel darah itu). Kemudian baru disedut dengan vakum.
Ini gambar hiasan. Penulis tak ambil gambar proses itu, bimbang pembaca wanita tak boleh tidur nanti tengok badan penulis yang sasa ini. Tapi kaedah dia sama macam ini.
Berbekam ada perkara sunat, contonhya berbekam ada hari yang elok berbekam seperti hari Isnin dan Khamis. Waktunya tengahari, tetapi mana-mana waktu pun boleh. Sebelum berbekam, badan akan disapu alkohol, lepas itu baru dicucuk dengan jarum. Penulis guna dalam 9 balang penyedut itu. Setiap satu balang 3 kali cucuk atau tiga kali sedut darah. Tak sakit pun, tak rasa apa. Rasanya beranak lagi sakit, jadi korang boleh cuba. Waktu berbekam, sahabat penulis akan baca beberapa surah, manakala penulis diminta baca ayat Kursi. Proses berbekam.ambil masa kurang daripada 30 minit.
Maaf ini pun bukan gambar penulis,hanya gambar hiasan. Bukan gambar penulis.
Yelah bimbang kalau korang buat wallpaper desktop nanti
(Bagi pembaca wanita), jadi penulis ambil je dalam internet.
(Bagi pembaca wanita), jadi penulis ambil je dalam internet.
Tapi kesan dia sama macam belakang badan penulis. Cuma yang penulis punya lagi biru.
Siapa yang berminat boleh menghubungi penulis. Penulis akan bagi nombor contact dia. Lelaki sahaja dan tinggal di Terengganu. Jom berbekam.
bab wallpaper desktop tu agak over la...
ReplyDeletengeri tgk. tapi bagus. keep on writing. saya suka blog yg memberi cerita lain dari lain. :)
ReplyDelete