26 December 2010

Selingkar Kenangan : Udang Galah

Akhirnya perancangan selama dua minggu lebih akhirnya terlaksana. Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja dan  kerap ditunda kerana hujan. Penulis sebenarnya bukan pengemar aktiviti memancing. Memancing bagi penulis hanya untuk bertemu dan berborak-borak dengan kawan-kawan. Bukan kerana minat. Lagipun dalam sejarah hidup penulis. Dalam 6 kali lawatan memancing, baru seekor ikan yang berjaya dibawa naik. Kali ini memancing di Kampung Padang Air, perjalanan 20 kilometer daripada rumah penulis.

 Saja-saja nak berborak dengan kawan-kawan. Kawan-kawan duduk sibuk tunggu udang,
penulis sibuk baca paper.

Sungai ini banyak udang galah. Udang galah jika diikutkan merupakan makanan orang kaya. Harganya boleh mencecah RM40 untuk sekilogram. Udang galah sebenarnya tidak memilih makanan, antaranya cacing, jantung ayam, udang kecil dan mahupun isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut. Pada mulanya penulis akui, memang geli pegang cacing. Yelah tak pernah pegang. Tapi bila kawan penulis sindir dengan gelaran "budak bandar", terus je hilang geli.

 Mee cacing..nyum..nyu

Ketika memancing udang,  umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, jadi perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain. Tapi penulis bukan jenis yang sabar, selalu angkat mata kail awal.


 Ini sungai tempat memancing.

Dalam keseronokan menunggu udang, terdetik dalam hati penulis kesedihan pencemaran yang berlaku. Dulu mesti air sungai ini jernih dan tiada sampah, sekarang  semakin keruh dan sumber hidupan seperti udang juga semakin berkurangan. Sedih sebab sampah dibuang merata-rata yang membawa kepada pencemaran . Menurut laporan akhbar, dijangka kesemua bekalan ikan komersial dan spesies hidupan akan habis menjelang tahun 2048. Menurut LiveScience, analisis sejarah, eksperimen dan data perikanan berhubung spesies ikan  dan ekosistem, para penyelidik mendapati, ketika bekalan makanan utama semakin menekan, kepupusan kehidupan marin boleh mengganggu biodiversiti secara global. Jadi sumber makanan semakin berkurangan, dan petanda awalnya kenaikan harga.
 
Tidak dinafikan bahawa industri perikanan Malaysia merupakan penyumbang besar kepada sumber makanannya. Dengan pengambilan perkapita tahunan sebanyak 45 kilogram, penduduk Malaysia adalah antara yang tertinggi mengambil ikan sebagai diet harian di Asia Tenggara. "Namun, sumber ini semakin merosot dan kepelbagaian biologinya diancam oleh aktiviti manusia". Penulis pernah menonton rancangan dalam Discovery Channel iaitu River Monster yang mengisahkan dokumentari memancing ikan terbesar diseluruh dunia. Hosnya bernama, Jeremy Wade. Penulis kagum dengan beliau kerana, cara beliau berfikir. Setiap kali beliau mendapat ikan tidak kira kecil atau besar. Beliau akan melepasnya kembali. Jadi penulis bernazar, kalau dapat ikan penulis akan melepasnya kembali, dan hanya udang sahaja yang akan dibawa pulang. Kerana datang hanya untuk menangkap udang, bukan ikan, jadi konsepnya ambil apa yang perlu sahaja

Biasanya kalau memancing ini, mulut kena jaga. jangan cakap lepas je.  Yelah, kita datang ke tempat "orang tak nampak", jadi mulakan dengan bismillah. Kawan penulis mengatakan bahawa, ada udang mungkin ada buaya. Jadi mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal. Jadi dalam kita seronok-seronok bedal udang, jangan sampai kita juga kena bedal sudah. Macam menjadi kebiasaan, penulis balik dengan tangan kosong, kecuali kawan-kawan penulis. Dah biasa, haha.


 Senyumlah boleh udang, boleh buat tampura. Senyum..senyum sepak kan.




4 comments:

  1. wahahah...aku pun dpt lh borh...aku bley 2 ekor...rugi mun blik awal
    pss...yg baju kuning tu fizi...hehe

    ReplyDelete
  2. tapi...memang penulis tu cam budak bandar ckit lh...hehe.
    nk tahu kisah lucu...dia mncg naik janggut udang jer...haha

    ReplyDelete
  3. hahaa....aku duduk kampung ok..aku tahu. fahmi bagi tahu aku ko boleh 2 ekor..jgn bising2 aku bawa naik janggut udang.....nanti kita gi sekali lagi

    ReplyDelete
  4. haha...ok. x sabar nk p lg ni...haha

    ReplyDelete