Sajak Guru Oh Guru
_________________
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979
Karya Arwah Usman Awang, Sasterawan negara. Nama yang cukup gah, setiap puisi, sajak, malah penulisannya penuh dengan pemikiran. Di kagumi kerana corak pemikiran yang memerlukan pembaca mendalami makna tersirat dan tersurat. Rasanya kalau di tanya cita-cita sejak kecil. Mungkin pekerjaan ini tiada langsung tercatat dalam benak fikiran, rasanya inilah pekerjaan yang paling dibenci. Cikgu lah orang yang baling bosan dan secara jujur, zaman persekolahan memang banyak masalah dengan displin. Jangan tertipu dengan pandangan luaran. Jangan disangka senyap dan baik, tak bermasalah. Rasanya, zaman sekolah menengah merupakan zaman gemilang, kerana pegang record pelajar paling banyak ponteng. (Untuk kelas-kelas tertentu). Masih ingat, kata-kata seorang guru tut..tut.."Cikgu rasa, kamu tidak mempunyai harapan cikgu rasa". Kata yang cukup tajam, bagai sebilah pedang membelah hati seorang pelajar.
Tapi Dunia bulat, dan sentiasa berputar. Dulu menjadi nakal, insyallah satu hari nanti mengajar pula budak nakal. Paradigma guru merupakan pekerjaan yang bosan mula berubah apabila di tingkatan enam. Rasanya menolak mengambil diploma ada hikmahnya. Pada mulanya, tiada bezanya, perangai tetap nakal. Tetapi bak kata perpatah, Guru itu produknya menghasilkan manusia. Betul cara memasak dan betul bahan yang digunakan, maka baik dan enaklah kek itu. Tingkatan enam, pelajar di layan berbeza seperti disekolah aku dulu, ibarat anak sendiri. Kami dilayan seperti orang dewasa, malah tiada pilih kasih, tiada striming atau perkelasan. Setiap masalah dikonsi bersama. Kami jadi bersemangat untuk belajar dan bertelaah. Pendekatan lebih kepada psikologi berbanding hukuman. Menjadikan aku kagum dan bersemangat untuk terus belajar.
Syukur, berkat dan hikmah, akhirnya berjaya menjadi pelajar terbaik di daerah kuala Terengganu. Terhutang budi pada guru, kerana seorang guru itu mampu merubah nasib pelajarnya sama ada berjaya atau tudak selain tidak dinafikan usaha itu juga penting. Tapi gurulah yang membina laluan, sama ada sesat atau tidak, gurulah yang bertanggungjawab. Bila belajar pendidikan, rupanya bila diingatkan, ramai guru mengunakan kaedah pemgajaran yang kurang berkesan. Rasanya, terhutang budi, budi yang tak boleh dibayar dengan wang ringgit...."kerana jika mereka boleh membuatkan aku berjaya, tak salah jika aku juga membalas jasa mereka dengan membuatkan orang lain berjaya." Kerana dunia ini bulat.
Guru oh guru..
No comments:
Post a Comment