Terasa tubuhnya dibungkus bahang api yang menyemarak. Mukhlis tidak dapat menaham kepedihan, dia menjerit meminta tolong. Dia dapat lihat dihadapannya api mula menyemarak memenuhi ruang. Apa yang ada disekitarnya habis dijilatnya. Api itu semakin marak membakar, bahangnya cukup untuk membuatkan kulit merasa pedih. Namun, tiba-tiba mukhlis terdengar pekik meminta tolong.
"Tolong...tolong bang," suara itu semakin lama semakin kuat. Mukhlis mencari arah suara itu. Dia cukup mengenali suara itu.
"Najwa...itu suara Najwa, Najwa," pekik Mukhlis sambil mengagahi dirinya untuk bangun, tetapi kakinya terasa kebas, bagaikan kakinya telah mati tak bernyawa untuk bangkit.
"Abang..tolong..tolong , sakit bang," pekikan berkenaan semakin kuat. Mukhlis memandang ke arah suara berkenaan. Di satu sudut, keluar seorang perempuan sambil jasadnya dilitupi oleh api. Perempuan berkenaan menjerit dan cuba mengulingkan badannya bagi memadankan api yang sedang marak membakar itu.
"Najwa.." pekik Mukhlis, sambil cuba merangkak ke arah jasad yang sedang di jilat api itu.
Tiba-tiba, "Boom...," satu letupan yang memadankan terus pandangannya.
"Najwa.."pekik Mukhlis sambil kedua-dua matanya terbuka luas.Dahinya di basahi dengan manik-manik peluh. nafasnya tercungap-cungap bagaikan orang kelemasan.
"Astaghfirullah," ucap Mukhlis berkali-kali sambil mengelap dahinya. Sudah sembilan bulan, dia dihantui mimpi itu. Mimpi yang hadir tak diundang, yang datang setiap kali dia cuba memejangkan matanya. Mimpi yang hadir menemaninya sejak dia kehilangan Najwa. Hilang untuk selamanya.
Mukhlis kembali merebahkan dirinya di atas katil. Tapi kali ini tidak sama, kali ini dia tidak mampu melelapkan mata. Perasaan cemasnya masih bergetar dalam badanya, cuma nafasnya sahaja semakin tenang. Dia meletakkan tangan di atas kepalanya, cuba melupakan sesuatu....
Bersambung
sambung2 cepat...hehe
ReplyDelete