29 December 2010

Sepintas lalu : Yahudi Pegang Dunia.


 William James

Dalam menyiapkan senarai Siri tokoh sains 10 hingga 1. Penulis cuba mencari latarbelakang William James. William James ini kalau nak tahu merupakan antara manusia terbijak di dunia dengan IQ antara 250 hingga 300. Tokoh warganegara Amerika ini dikenali sebagai ahli falsafah dan terkenal sebagai seorang psikologi ini merupakan daripada keturunan Yahudi. Kemudian penulis membuka laman sesawang Nobel Prize ( http://nobelprize.org/ ) salah satu web kegemaran penulis. Untuk pengetahuan semua, Nobel Prizes ini ditubuhkan oleh Alfred Nobel seorang tauke dinamit atau serbuk letupan (kalau nak cerita pasal dia panjang, korang tengok je National Geographic). Pertubuhan ini ditubuhkan bagi mengiktiraf individu yang memberi sumbangan kepada dunia sama ada dalam bidang Fizik, Sastera, perubatan, kimia, dan ke arah keamanan dunia.

Alfred Nobel, dia ini dulu jual dinamit. Kemudian dia insaf sebab barang yang dijualnya itu banyak menghasilkan kemusnahan dunia. jadi akhir hayatnya dia sumbangkan semua hartanya dengan memberikan hadiah kepada sesiapa yang memberi sumbangan kepada dunia.

Bila diselidik, penulis dapati daripada tahun 1901 anugerah ini diwujudkan sehingga ke hari ini. Hampir kebanyakkannya dimenangi oleh keturunan Yahudi, dan hanya 3 sahaja yang daripada bangsa Islam. Namakan sahaja tokoh-tokoh bijak pandai dunia abad ke-19 dan ke-20 seperti Albert Enstine, yang dinobatkan sebagai Person of The Century oleh Majalah Time. Sigmund Frud yang menemui teori Psikoanalisis,  Karl Marx (Fahaman komunis), Paul Samuelson, Milton Friedman. Contoh dalam bidang perubatan seperti Benjamin Rubin yang mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis(alah penyakit kelamin tu..), Elie Metcnikoff pula memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit.  

Manakala bidang fizik pula, seperti Benard Katz memenangi hadiah Nobel melalui kajian transmisi meuromuskular, Andrew Schally memenangi hadiah Nobel melalui indocrinology (kegagalan sistem indokrin yang menyebabkan diabetis dan hyperthyroidism) . Aaron Beck menemui terapi kognitif (terapi merawat pesakit mental), Gregory Pincus membangunkan pil kontraseptif pertama,George Wald memenangi hadiah Nobel hasil penemuan lanjut mengenai mata manusia. Stanley Cohen memenangi hadiah Nobel hasil kajiannya mengenai embriologi (kajian janin manusia) dan Willem Kolf mencipta mesin dialisis buah pinggang.  Dan ramai lagi yang penulis tidak senaraikan seperti dalam bidang ekonomi, sejarah, politik, teknologi dan paling banyak sastera. Tidak termasuk hiburan dan sebagainya lagi.


Wow..banyak dan ramai. Walaupun mereka mempunyai warganegara yang berbeza tetapi mereka mempunyai latar dan berdarah Yahudi. Penulis ingatkan bahawa Yahudi sebenarnya bukan berasal daripada Israel sahaja, tetapi taburanya amat luas meliputi Eropah, Asia Timur dan benua Amerika. Cuma taburan ini dalam kuantiti yang sedikit daripada kiraan bilangan. Tetapi daripada sudut kesan dan pengaruh, mereka yang paling berkuasa. Kalau pembaca mengkaji sejarah dunia, penulis nak maklumkan bahawa 2 kuasa besar dunia seperti Soviet Union (USSA) dan tertera berikat (Amerika, British dan Perancis)  berdiri dibawah mereka. Dan mereka boleh menyatukan 2 kuasa besar dunia menjadi satu. Cuba lihat Soviet Union dan tentera Berikat boleh bersatu melawan Nazi dalam perang dunia kedua. Manakala dalam era perang dingin pula mereka bermusuhan.

Ramai yang berada dalam lingkungan mereka, membolehkan mereka mengawal dunia. Mereka ibarat mustahil untuk disentuh dan digertak. Dan akhirnya setiap perbuatan mereka dihalakan dunia. Malah tidak hairanlah jika kenyataan Dr. Mahathir dahulu yang mengatakan dan mendedahkan bahawa yahudi memerintah dunia menggunakan proksi, cukup ditentang oleh mereka dan media antarabangsa. Malah masyarakat Yahudi di Itali pernah mendesak Perdana Menteri Itali memulaukan Malaysia.  Selain itu, pengaruh dan kekuasaan mereka bukan sahaja meliputi pentadbiran, malah boleh menjangkaui pegangan agama. Penulis juga pernah membaca bahawa kenyataan menteri luar Israel. Bahawa rakyat Amerika boleh mengkritik agama(Kristian) mereka, tetapi mereka tidak boleh mengkritik dasar Israel.Malah banyak lagi berkaitan mereka yang tidak habis kalau diterangkan.

Sebenarnya bagi penulis, umat Islam sudah membongkar segala perkara berkaitan kemajuan dunia sejak 1400 tahun yang lalu. Cuba baca atau cari buku-buku berkaitan sains daripada sudut Islam, semuanya sudah ada di dalam Al quran dan sunnah Nabi SAW. Penulis pernah membaca buku "Mukjizat Ilmiah dalam Islam" susunan Al-Ustaz Kamel Abdul Samad keluaran Yayasan Islam Terengganu. Buku ini mengandungi hasil-hasil penyelidikan ilmiah yang mendalam dalam semua bidang sama ada sains, fizik, kimia, perubatan dan sebagainya yang telah dikaji oleh ilmuan Islam. Dengan kata lain, kita sudah ada jawapan bagi semua persoalan dunia, cuma kita tidak mengilapnya dan malas berfikir mengenainya. Bagi penulis Umat Islam hari ini menjadi lemau kerana mereka menjadi masyarakat pengguna. Pengguna dengan kata lain mengambil sesuatu secara bulat-bulat tanpa menggunakan apa yang diambil sebagai modal untuk mencipta sesuatu yang lebih baik.

Lihat masyarakat eropah, mereka pernah menjadi masyarakat pengguna hasil penemuan masyarakat Islam, tetapi hari ini mereka bangkit sebagai masyarakat pengeluar (dalam konteks ilmuan). Ini kerana Masyarakat Eropah keluar daripada zaman kegelapan mereka kerana mereka menggunakan hasil penemuan tokoh-tokoh Islam kemudian mereka membaikinya dengan kajian dan menjadikannya lebih baik. Dan perkara ini dilakukan secara berterusan. Jadi mana umat kita, dimana letaknya kehebatan umat Islam. Bukan aspek ilmuan sahaja, malah aspek perpaduan. Lihat dunia umat Islam hari ini, perbalahan ada dimana-mana. Lebih dekat lagi kita boleh lihat perbalahan kita dengan Indonesia. Umat Islam yang bilanganya hampir 1.4 Bilion orang tapi hilang tanpa meninggalkan tanda kewujudan. Benar kata-kata Nabi, umat Islam itu banyak bilangannya. Tetapi bagaikan buih-buih dilautan. Bagi penulis jawapannya ada khutbah terakhir Rasulullah SAW di padang Arafah selepas solat Zohor dan Asar. Antara salah satu petikan ucapan baginda;


"Wahai manusia! Dengarlah kata-kata saya dengan cermat dan fikirkanlah. Saya akan meninggalkan kepada kamu sekalian dua hal penting, yang satu adalah kitab Allah dan yang lainnya adalah sunnah saya. Apabila kamu taat kepada kedua-duanya, maka kamu tidak akan pernah sesat selama-lamanya."


"Wahai manusia! Dengarlah kata-kata saya dan fikirlah. Setiap muslim adalah saudara kepada Muslim lainnya, dan seluruh umat Islam adalah bersaudara. Dan setiap harta Muslim tidak halal bagi Muslim lainnya kecuali ia memperolehinya dengan cara baik." (Petikan buku Keistimewaan Makkah)

Nabi SAW sudah ingatkan kita awal-awal, dan jawapannya penulis rasa ada di khutbahnya. Penulisan ini sebagai pandangan dan buah fikiran penulis yang cetek dan jahil ilmunya sama ada ilmu agama dan ilmu pengetahuan yang lain. Jika ada sebarang percanggahan pendapat dan taksiran. Berpeganglah pada taksiran yang lebih kuat sumbernya, dan bukan kepada taksiran penulis yang serba kekurang ini. Salam....

1 comment:

  1. sbnr nyer memang tu agenda yahudi kan...dorg nk takluk sume ilmu2 di dunia ini dan pastikan lebih ramai graduan bijak pandai dari kalangan mereka sendiri supaya mereka dapat mempercayakan dunia ini bahawa merekalah mengembangkan ilmu2...aku tgh baca novel habiburrahman: bumi cinta nie lagilah dia ceritakan psl yahudi...mcm byk mende yg aku rs aku br sedar..even anugerah nobel tu pun mmg salah satu agenda yahudi untuk mendpatkan semuanya dan akhirnya tunjuk pd dunia bahawa mereka adalah golongan yng bijak pandai...tiba2 rs apa sumbangan aku dalam bidang kimia aku sindri....aku rs sbgai salah seorg umat islam yg terpilih untuk masuk bidang sains aku kena buat sesuatu...klu sblm nie aku fkr aku nk berjaya dlm bidang nie untuk puaskan diri aku...skrg aku rs kepuasan tu dtg kemudian yg pntg aku sbg umat islam kena banggakan umat aku sindri...sekurg2 nyer jgnlah sampai ms akn dtg anak2 bangsa kita terpaksa bergantung pd ilmu yg akan disampaikan oleh seorg yahudi....

    ReplyDelete