13 December 2010

Jom Sembang Topik : Kedai Melayu boleh dihitung dengan jari.

Kalau ke Bandar, boleh dihitung dengan jari berapa buah kedai orang Melayu. Terbaca buku Muhamad Salleh bertajuk Budaya Usahawan. Aku pun tak tahu daripada mana datangnya buku ni. Rumah aku banyak buku-buku yang pelik-pelik. Orang Melayu tidak boleh hidup dalam kampung masyarakat Cina. Tetapi orang cina boleh hidup dalam kampong masyarakat melayu. Bangsa cina , kalau dibuang ke laut, tetap akan timbul menjadi pulau. Mereka mampu hidup dimana-mana. Ini terbukti apabila saya ke KLCC setahun yang lepas. Rasanya hampir semua kedai di dalam KLCC semua "Sama". Maksud sama merujuk keada status pemiliknya, kaum bukan bumiputra. Tertanya dimanakah perniaga, bangsa Melayu . Tetapi bila saya amati betul-betul, ada juga bangsaku yang berniaga disana, tetapi hanyalah sebagai jurujual. Jadi betullah kata Majalah Dewan Masyarakat yang hamba baca 2 tahun yang lepas. Bahawa dalam beratus-ratus kedai di KLCC hanya satu saja kedai dimiliki oleh golongan bumiputra, itu pun kedai makan di tingkat atas. Bayangkan hampir 99 peratus kedai milik bukan bumiputra yang majoritinya peniaga cina dan warga asing, mana letaknya bangsa kita.

Huuiii....bila difikir-fikirkan, takut rasanya. Kerana kita kena ingat, perkembangan tamadun itu dibina dengan berlandaskan perniagaan. Malah Nabi s.a.w pernah berkata, 9 daripada 10 punca rezeki merupakan perniagaan. Itu lah seperti yang dibuktikan oleh Israel. Israel merupakan negara yang cukup digeruni, bukan kerana kekuatan ketenteraan, tetapi kekuatan ekonominya. Mereka menguasai Amerika Syarikat, malahan dunia dengan sumber ekonomi. Bayangan jika bangsa lain yang menguasai ekonomi kita, habislah bangsa Melayu.Selain itu, tanpa kita sedari tanda-tanda kecil kekuasaan bangsa lain sudah terpapar, cuma bangsa kita yang tidak mengambil iktibar. Tengok Singapura dulu pulau itu milik bangsa Melayu, tapi sekarang lain jadinya. kalau nak dekat lagi tengok pula negeri Pulau Pinang, malah Johor. Siapa yang paling menguasainya. Selangor pun ibarat telur dihujung tanduk, kalau bukan disebabkan pusat pentadbiran berhampiran. Mungkin kita sudah kehilangan Selangor. Oleh itu penguasaan ekonomi membolehkan penguasaan kepada semua sumber lain seperti pendidikan, perubatan, dan pelbagai lagi.

Jadi apa bezanya bangsa Melayu dan Cina berniaga.  Masa zaman muda-muda dulu aku pernah berkerja disebuah kedai Cina. Aku berkerja disebuah kedai menjual peralatan dapur di bandar Kuala Terengganu. Hanya bekerja sebagai kuli dan jurujual. “Tapi tak kisahlah asal boleh buat duit”. Kerja disitu memang meletihkan, setiap hari terpaksa mengangkat barang yang berat. Pernah sekali mengangkat 6 set alat pendingin udara, malam tu hanya tuhan je tahu betapa sakitnya tulang.  Tapi, ada sesuatu pengalaman yang saya belajar di kedai itu. Sejak itu, hamba kagum cara mereka berkerja. Apa tak nya, tauke datang lebih awal daripada pekerja. Biasanya 20 minit lebih awal. Setiap kali pelanggan call untuk tempahan, hari itu juga dia terus menghantarnya. Saya selalu mengikutnya menghantar barang ke mana-mana. Selain itu, tauke ni memang pandai jaga hati pekerja. Duduk dikedai memang menbosankan, kerana bukan setiap waktu pelanggan datang. Kadang pelanggan ramai, kadang tiada pelanggan. Jadi tauke itu setiap hari membeli dua buah surat khabar Berita Harian dan Metro. Malah, kadang-kadang dia mengajak makan di kedai kopi berbangsa Melayu. Dia tidak lokek membelanjakan duit untuk pekerjanya. Tapi hanya kerja sementara kerana waktu sembahyang tak tetap. Jadi berhenti kerja awal.huhuhu

Lepas tu, aku berkerja pula ditapak binaan, sebagai pengutip besi. Tapi kali ini kerja dengan orang Melayu. Pernah dibayar gaji tidak cukup. Kerja disitu memang tak puas hati. Janji Melayu memang tidak boleh dipercayai. Tapi sedikit sebanyak pengalaman itu, mengajar diri ini untuk bersyukur. Kerja sebagai buruh binaan memang memenatkan, dan aku menghormati mereka. Sekurang-kurangnya mereka mencari rezeki yang halal. Malah, kerja disitu juga berbahaya, pernah satu ketika pekerja membuang konkrit daripada tingkat 3. konkrit tu jatuh ke bawah tempat aku berdiri. Mujur terkena bahu, dan hanya lebam-lebam. Tak tahan lama bekerja disitu, akhirnya bekerja di Mydin. Di mydin dibahagian customer servis. Disitu aku belajar bercakap dan berkomunikasi.. tu sampai sekarang banyak mulut. Dulu pemalu..haha..Tapi apa-apa pun, itulah pengalaman. Bekerja dengan dua bangsa yang berbeza, ada kontranya. Tapi mungkin semua tidak sama. Tak semua orang Melayu seperti itu, hanya segelintir dan sebahagian.

 Dr. Mahathir pernah meluahkan rasa kecewanya dengan bangsa kita. Contonya suka mengambil jalan singkat untuk capai keuntungan. Lihatlah dalam sector pembinaan. Tander-tander yang diperolehi dijual kepada sub-sub bawahan. Akhirnya projek tidak siap dan tebengkalai. Jadi tidak tak hairan, selepas 30 tahun Dasar Ekonomi Baru orang Melayu hanya memiliki 2 peratus daripada keseluruhan 19 peratus hak milikiekuiti korporat Negara. Besar perbezaan tu.

Oleh itu, pemikiran bangsa Melayu terutama dalam perniagaan perlu diubah. Supaya dapat bersaing dengan bangsa lain secara sihat. Cuma bagi pendapat, bukan berniat untuk kutuk bangsa sendiri. Yang baik dijadikan pengajaran, kerana manusia yang berjaya merupakan bangsa yang menerima pembaharuan dan membaiki diri untuk lebih baik . Supaya hari esok lebih baik daripada hari ini dan seterusnya.

2 comments:

  1. knape ye org melayu mcm tu?? kalau tgk pada zaman melayu melaka pun sama gak...dalam tamadun islam melaka plg cpt jatuh...jd apa cara yg kita leh guna utk ubah persepsi nie??

    ReplyDelete
  2. tak pasti...tapi pada pendapat aku. Al quran dan hadis...sebab Nabi telah membuktikan, Nabi boleh ubah sikap dan cara hidup Masyarakat Jahiliah yg lebih teruk daripada zaman kita ini. Dan kita jangan lupa bahawa, Zaman kegemilangan Melaka bermula bila Islam mula bertapak. Dengan kata lain sewaktu Islam dipraktikan sebenar2 nya

    ReplyDelete