25 December 2010

Tokoh yang Dikagumi No 10 hingga 1 (Siri Tokoh Tempatan)

Tokoh yang dikagumi No 10 hingga 1, merupakan beberapa siri post berkaitan tokoh-tokoh yang penulis kenali . Manakala, urutan nombor 10 hingga 1 mewakili penanda aras tahap penghormatan dan kekaguman penulis  terhadap tokoh berkenaan. Bilangan ini ditentukan berdasarkan sumber pengetahuan yang penulis dapat daripada akhbar, majalah, buku, internet dan rancangan tv. Semua itu penulis himpun dan kongsi seperti apa yang masih terkumpul dalam ingatan penulis berkenaan tokoh berkenaan.
Insyaallah akan menyusur post yang berkaitan tokoh-tokoh yang dikagumi siri tokoh tempatan, tokoh antarabangsa, tokoh barat, tokoh Islam, tokoh sains dan teknologi, tokoh sastera dan tokoh yang paling kejam.

Siri Tempatan
NO10
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memerintah. Satu-satunya Perdana menteri Malaysia yang mempunyai title doktor(Perubatan). Seorang pelajar yang cemerlang, dimana beliau pernah mendapat tajaan biasiswa melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine, Singapura. Beliau ini dulu aktif bersukan, sukan kegemaran ialah ragbi, isterinya pula badminton. Beliau dapat gelaran dockor di Universiti Malaya. Kalau tidak silap penulis beliau sewaktu zaman pemerintahan Tengku Abdul Rahman, pernah melakukan demostrasi jalanan, tetapi bila giliran Mahathir memerintah dia pula yang melarangnya dengan menggunakan akta Aoku, selepas peristiwa demostrasi jalanan yang diketuai oleh Anuar dahulu. Penulis kagum dengan Mahathir sebab pemikirannya.

**(Tambahan, tiada kaitan dengan biodata mahathir) Penulis masih ingat, sewaktu untuk masuk ke Universiti Putra dahulu. Untuk pengetahuan, bagi pemohonan jurusan pendidikan. Terdapat dua tapisan berbanding permohonan subjek lain. Pertama melalui ujian bertulis, 120 soalan jawab dalam masa 30 minit kemudian selepas lulus, ujian temu duga pula. Lulus kedua-duanya barulah dapat memilih jurusan pendidikan. Dalam ujian temu duga, penulis masih ingat. Dalam bilik itu ada 1 seorang penemuduga, soalan yang ditanya apa perbezaan pemerintahan Mahathir dengan Abdullah Badawi. Pada mulanya, bimbang juga kerana tidak pasti sama ada penemuduga ini kaki pembangkang atau kerajaan. Jadi penulis jawab tengah-tengah. “Pemerintahan Mahathir elok, sebab beliau berjasa terhadap pembangunan dan perindustrian Negara, tetapi zamannya dicemari dengan isu rasuah. Manakala Pak lah, pemerintahannya dihormati kerana dasar membasmi rasuah dan ketelusan, tetapi corak pemerintahannya lemah.” Jawab bertapis, bimbang juga masa itu. Tapi Bersyukur, dapat juga jadi cikgu. 

Pada pendapat penulis, Mahathir dikagumi kerana corak pemikirannya berpandangan jauh dan beliau seorang yang bersuara lantang. Sentiasa berfikiran kehadapan, tidak hairan beliau satu-satunya pemerintahan Malaysia yang disegani dirantau Asia. Indonesia waktu itu cukup takut dengan kemampuan Malaysia pada zamannya, malahan turut diakui dunia. Daripada kelantangan beliau bersuara, dia tidak lepas mengkritik, contohnya dalam bukunya “Dilema Melayu”. Penulis pinjam  buku ini  diperpustakaan UPM. Buku yang dikeluarkan pada tahun 1970. Buku ini cukup lantang menyuarakan tentang nasib bangsa Melayu dan kekangan masyarakat Melayu tidak boleh maju berbanding bangsa lain. Buku ini dahulu, sebenarnya merupakan buku kontroversi.

Apa yang penulis kagum dengan Mahathir, beliau ini kuat membaca. Dia berpegang teguh pada konsep bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tidak hairan jika beliau berjaya memperkenalkan pelbagai dasar dalam merangsang penjanaan ekonomi Negara. Pelbagai ilham dijananya untuk penbangunan negara, tetapi pada masa yang sama ada juga yang dikorbankannya untuk mencapai matlamat berkenaan. Contohnya pemansuhan Akta Bahasa Kebangsaan dalam pentadbiran dan pendidikan. Tetapi Mahathir otaknya selalu memikirkan kehadapan.  


NO 9
Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn, Presiden UMNO yang keempat. Tun Hussein dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO menggantikan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang meninggal dunia. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Beliau dikenali sebagai “Penyambung Warisan Yang Terbilang”, malah  juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan'.

Penulis kagum dengan beliau terutama selepas membaca arkib Akhbar Berita Mingguan Malaysia dan menonton rancangan mengenai beliau di Astro dan TV1.  Penulis pernah terbaca, Tun Hussein ini seorang yang berjiwa rakyat. Malah setiap minggu, beliau akan menjemput beberapa orang pemimpin negara untuk solat berjemaan dirumahnya, selepas solat mereka akan makan malam bersama. Di situ hanya topik berkaitan negara yang dibincangkan terutama dalam membaiki aspek pemerintahan sedia ada. Masanya banyak dihabiskan untuk kemajuan rakyat.


NO 8
Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh  

Allahyarham merupakan seorang pakar ekonomi merupakan senator pertama yang dilantik daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Ditakdirkan menjadi buta pada umur 13tahun. Kecacatannya tidak menghalang beliau untuk terus maju. Beliau Berjaya menamatkan semua ijazah, master dan PHD di Amerika Syarikat.

Penulis sebenarnya serba salah sama sama ada nak meletak beliau atau anak Prof. Diraja Ungku Aziz iaitu Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz . Kerana kedua-duanya menpunyai rekod yang hebat. Untuk pengetahuan korang, Dr. Zeti Akhtar merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia. Tandatangan dia yang ada dekat duit RM1,RM5,RM10 itu. Dr. Zeti ini hebat juga kerana beliau ini mendapat pelbagai anugerah. kalau tak silap penulis, baru-baru ini beliau dimanakan salah seorang  daripada 5 orang gabenor bank  terbaik dunia. Tapi bila penulis banding dan melihat kelebihan daripada semua aspek, penulis tetap kagum kepada Dr. Ismail Md. Salleh. Beliau seorang pakar ekonomi yang serba boleh, dan pemikirannya besar. 

Beliau juga adalah Naib Canselor L & G Twintech Institute Of Technology. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai seorang yang sentiasa berusaha gigih. Pensyarah penulis pernah berkata beliau mempunyai daya ingatan yang cukup kuat. Malah walaupun buta, beliau dapat mengenalpasti susunan di mana fail yang diperlukannya mengikut baris dan kedudukan rak.


NO 7
Profesor Diraja Ungku Aziz

Beliau merupakan seorang yang ‘genius’. Penulis cukup kagum dengan beliau, terutama sifat cintakan ilmu yang ada padanya. Penulis pernah terbaca dalam akhbar Berita Mingguan beberapa tahun yang lepas. Dalam wawacara berkenaan, beliau menjelaskan bahawa beliau bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang. Tapi semangat untuk belajarnya kuat. Beliau pernah bekerja di tapak binaan, kepintarannya membolehkan beliau menjadi kerani disana. Selepas kedatangan Jepun, beliau ditawarkan untuk belajar di Jepun. 

Beliau merupakansalah seorang pemikir yang cukup dikagumi. Bidang beliau meliputi pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Beliau juga pernah mendapat anugerah terutama dalam bidang pendidikan dan komuniti(Dewan Masyarakat). Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama menerima Anugerah Melayu terbilang dan tokoh Maal hijrah. Malah artikel berkaitan pandangannya cukup seronok untuk dibaca. Walaupun sesetengah pihak melabelkannya sebagai kurang Islamik. Penulis lebih suka mengambil jalan tengah dalam melontarkan tanggapan yang penulis tidak berapa pasti. Jadi terpulang kepada pembaca. Penulis mengagumi beliau kerana pemikirannya.


NO 6
Datuk Dr Hassan Ahmad

Beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pelbagai aspek yang berhubung dengan penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, dan perancangan bahasa dan sastera. usahanya memajukan bahasa dan sastera Melayu, beliau banyak sekali menulis esei tentang bahasa, sastera dan penerbitan, dan telah mengemukakan banyak kertas kerja dalam persidangan-persidangan bahasa dan penerbitan buku pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  Kerana kepakaran beliau itu, beliau telah beberapa kali dipilih oleh UNESCO sebagai pakar bagi seminar dan mesyuarat tentang perusahaan penerbitan buku di dalam dan luar negeri. 

Setelah bersara dari DBP pada tahun 1988, Datuk Hassan telah dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO (Dewan Masyarakat).  Memandangkan pengalamannya yang luas dalam bidang penerbitan buku, sekembalinya ke Malaysia, Datuk Hassan telah dilantik pula sebagai Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Penulis sentiasa membaca makalahnya terutama di dalam Dewan Masyarakat. Cara dia menulis cukup luar biasa. Tulisannya ilmiah dan tidak kaku, kerana disokong oleh fakta dan statistic(bukan cakap kosong). 

Disamping itu, pembaca pernah membeli bukunya yang bertajuk “Ke Luar Jendela”. Buku itu membincangkan masalah berkaitan bahasa, sains, budaya, sejarah, politik, teknologi, agama dan banyak lagi. Pembaca akan kagum melihat bagaimana beliau menulis dan mengupas sesebuah topik, seperti dia mempunyai pengetahuan yang cukup luas berkaitan topik berkenaan.


NO 5
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Beliau merupakan pengasas kepada AmBank Group dan  pengerusi Yayasan Al Bukhary iaitu sebuah badan kebajikan. Semasa kecil sebelum ke sekolah, beliau pernah menjual roti canai dan lobak di pasar pagi dan ketika beliau bersekolah di St Michael Independeng school, beliau membantu ayahnya menjual lembu (Dewan Masyarakat). Beliau merupakan tokoh koperat ketujuh terkaya di Malaysia dengan anggaran kekayaan melebihi RM3.67 bilian. 

Penulis kagum dengan motivasinya, serta sifat dermawannya. Selain menjalankan perniagaan beliau juga tidak lupa untuk beramal. Kalau tidak silap Yayasan beliau tubuhkan pernah menghantar golongan yang tidak berkemampuan menunaikan umrah dan memberikan sumbangan. Selain itu, pemikirannya cukup hebat. Penulis pernah membaca dalam Majalah Keusahawanan beberapa tahu yang lalu.  Dalam majalah berkenaan beliau menjelaskan bahawa dia cukup hairan kenapa masyarakat hanya ingin tahu berkaitan kejayaannya sahaja, tetapi bukan kegagalannya. Beliau menjelaskan bahawa kejayaan terhasil daripada berpuluh kegagalan. Dan setiap pintu kegagalan ada tips untuk mencari kejayaan.


NO 4
Y.B. Dato' Razali bin Ismail

Timbalan Menteri Pelajaran II, Y.B. Dato' Razali bin Ismail. Allahyarham meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki. Pengalaman perkhidmatan beliau ialah sebagai Timbalan Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia , Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, . Beliau merupakan kenalan  kepada Mak Saudara penulis dan pengerusi PIBG di sekolah penulis dahulu. Beliau cukup dikenali dan penulis kagumi. Beliau merupakan seorang guru yang sangat petah berbicara. Penulis masih ingat setiap kali hari permulaan sekolah setiap tahun, dia akan berucap dihadapan pelajar. Setiap perkataan yang diucap dan hujah begitu dalam, seperti sudah lama berlatih.

Beliau juga seorang ahli politik yang ulat buku. Setiap kali Parlimen berhenti rehat, beliau akan membuat ulangkaji di Perpustakaan Parlimen sebelum Parlimen memulakan persidangan. Tujuannya bagi memastikan setiap hujah dan soalan yang bakal dilontarkan dapat dijawab sepenuhnya. Bukan seperti sesetengah ahli yang hanya pandai mengetuk meja dan memcelah tanpa memahami apa yang dicelahnya. Pernah pensyarah penulis mengatakan sewaktu menaiki pesawat menuju ke Austaria yang mengambil masa 4 jam . Persyarah penulis berkata “Saya dapat duduk disebelahnya. waktu itu saya dan dia sama-sama membaca buku . Saya ingat saya yang gila membaca, tetapi dia lagi gila membaca daripada saya. Saya tertidur dan bila saya terjaga dia masih lagi membaca sehingga pesawat mendarat”. Selama penulis membaca apa-apa perkara mengenai perkembanagn dunia politik tanah air, penulis tidak pernah lagi melihat ada seorang pun ahli politik yang gila membaca selain dia dan Mahathir.

Selain itu, dalam dunia politik pula, beliau cukup amanah terutama menjaga duit yang diamanahkan untuk pelajar. Pernah satu ketika, penulis masih ingat sewaktu bersembahyang jumaat di Masjid Kubu kuat Pas. Penulis terkejut melihat beliau bangun dan terus berucap dihadapan penyokong Pas dan mereka mendengarnya. Dengan kata lain, beliau cukup dihormati sama ada lawan mahupun kawan. Tun Ahmad Badawi dalam akhbar berita harian pernah mengatakan bahawa jika Allahyarham masih ada, beliau sebenarnya akan dilantik menjadi Menteri Pendidikan mengantikan Hishamuddin. Semoga roh allahyarham ditempatkan ke dalam golongan yang dirahmati Allah.Amin


NO 3
Zaba atau Zainal Abidin bin Ahmad

Pendita Zaba merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang bahasa. Tetapi ada diantara kita tidak begitu mengenalinya secara mendalam. Beliau juga seorang pemikir, kalau penulis nak cerita sejarah beliau, rasanya tak akan habis, terlalu panjang. Cukuplah kalau penulis katakan beliau merupakan seorang anak kepada seorang guru agama, beliau juga merupakan pengasas UMNO(bukan macam UMNO sekarang). Seorang guru dan pengkritik bangsa Melayu.
 
 Beliau juga seorang penulis yang mencipta pembendeharaan kata yang kita gunakan sekarang. Jadi tidak hairan beliau dianggap sebagai bapa Bahasa Melayu dan diangkat sebagai pejuang bahasa dan persuratan Melayu. Penulis mengumpul buku-buku koleksi penulisan Zaba yang setiap satu daripadanya setebal kamus “Cambridge Advanced Learner dictionary” milik adik penulis. Penulis ada 5 buah jilid dan belum habis dibaca. 

Zaba penulis yang bebas dan berfikiran luas, beliau pernah menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu.  Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu.  Penulis pernah membaca  buku biodata ZABA keluaran UPSI, setahun yang lepas di Perpustakaan UPM.  Kalau tak silap, Zaba banyak menghasilkan  buku-buku yang seperti 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Buku ini pernah diharamkan bukan sahaja mufti, malah sultan ketika itu. Dalam hal ini, penulis mengambil jalan tengah. Hanya tuhan sahaja yang tahu kebenarannya.



NO 2
 Y.A.B. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Beliau merupakan bekas Menteri Besar Terengganu Darul Iman. Sewaktu Pas memerintah.
Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin.

Beliau banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. Contohnya beliau pernah mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan. Sifat beliau hampir sama dengan Tok Guru Nik Aziz. Rumah beliau seperti rumah penduduk biasa yang lain. Tidak mewah.


NO 1

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat 

Tok guru merupakan Menteri Besar Kelantan sehingga kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).  Beliau telah diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”. Merupakanseorang yang baik, sejarah politik beliau cukup panjang. Cukuplah dikatakan bahawa beliau merupakan lepasan Al-Azhar dan pernah mengajar sebagai guru agama di kampungnya. 

Penulis pernah menonton tayangan mengenai temubuai dengan beliau. Penulis  cukup kagum dengan peribadinya. Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau  bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Nik Aziz juga seorang pemikir yang hebat, terutama dalam pentabdiran bercorakkan Islam.


** Maaf penulis tak sempat nak edit ejaan. Yang ini penulis buat sekali taip jee, pening kepala perah otak dan esok pagi penulis nak pergi memancing. Jadi kalau ada tersalah ejaan, harap maaf., kira halal je lah Wasalam. Mungkin ada sedikit berat sebelah, kerana nama yang disenaraikan tiada satu pun wanita.  Dalam hal ini, bagi pendapat peribadi penulis sendiri. Wanita yang hebat merupakan wanita yang digambarkan dalam pepatah ini "Tangan yang memegang buai itulah yang mampu mengoncang dunia". Insan yang penulis senaraikan di atas tidak akan berjaya mencapai setiap kejayaan mereka tanpa jasa insan yang melahirkan mereka. Dan jika anda membaca sejarah pemimipin dunia, setiap kejayaan dicapai semuanya berkait dengan wanita yang paling rapat dengannya. Contoh Obama, Najib, Hitler. dan lain-lain. Jadi faham-faham ye, ini bukan penindasan hak ye. Seterusnya siri Tokoh sains pulak...tunggu

4 comments:

  1. saya pinjam link ni masuk ke blog saya. as rujukan. hope u tak keberatan. sila lihat di blog saya nati eh.
    http://mukaorensaya.blogspot.com
    sebab tokoh yg kurang upaya ada dalam senarai. good job. :)

    ReplyDelete
  2. tq kerana kongsi jawapan

    ReplyDelete